Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 26 January 2012

Salah Faham Tentang Hijab


Pada zaman sekarang,terlalu banyak salah faham yang terjadi akibat ceteknya ilmu pengetahuan dalam masalah aurat wanita islam.Mereka menyempitkan soal hijab itu kepada sehelai kain semata-mata,sedangkan konsep hijab itu jelas menerangkan luaran dan dalaman.

  Syaitan,jin dan manusia membisikkan bahawa menutup aurat adalah hijab.Dan hijab pula hanyalah tudung semata-mata.Jika sudah memakai tudung,bermakna seseorang wanita sudah melaksanakan perintah menutup aurat.Maka perkara-perkara yang lain sudah tidak dipedulikan atau diambil berat.Akibatnya,tidak hairan berlaku banyak maksiat yang mana pelakunya adalah Muslimah yang bertudung,tanpa melihat jenis,saiz atau warna tudungnya.

 Jika kita memperincikan salah faham tersebut,kita boleh bahagikan kepada 14 jenis salah faham dan ia adalah pemandangan yang biasa kita lihat di tempat awam @ kenderaan awam:

1)Mengenakan tudung tetapi baju kebarung @ baju kebaya yang kainnya terbelah,malah sendat.

2)Mengenakan tudung tetapi memakai baju t-shirt @ kemeja lengan pendek.

3)Mengenakan tudung,memakai baju t-shirt @ kemeja lengan panjang tetapi lengan bajunya dilipat.

4)Mengenakan tudung tetapi mendedahkan jambul @ hujung rambutnya.

5)Mengenakan tudung tetapi hujung tudungnya dilempar @ dipin ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya daripada ditutup oleh tudung.

6)Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul,leher,tengkuk dan dadanya.

7)Bertudung tetapi tudungnya singkat,atas paras dada menampakkan benjolan buah dada.

8)Berseluar sama ada seluar slack @ jean tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk dan potongan kaki terutamanya pinggang,pinggul dan peha.

9)Berbaju kemeja tetapi kemeja yang singkat dan ketat.Kain kemeja itu tidak pun menutup @ dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan @ belakang.

10)Berbaju t-shirt dan berlengan pendek serta menampakkan lengan dan sikunya.

11)Memakai baju kurung yang sangat ketat,menampakkan bentuk badan,menampakkan pinggang yang langsing,bahagian dada yang dipersempitkan dan warna-warni yang cukup menarik perhatian.

12)Memakai skirt singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skirt terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk di dalam komuter misalnnya.

13)Menutup aurat dengan lengkap tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

14)Menutup aurat dengan lengkap tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah,pasar raya dan tempat-tempat lain.

  Pemandangan-pemandangan di atas menunjukkan pelakunya tidak memahami apa makna Islam yang dianuti.Apa makna suruhan menutup aurat yang merangkumi luaran dan dalaman.kita mempunyai pengetahuan agama sahaja tetapi tidak membawa apa-apa erti sebenarnya.Jika tidak,tidaklah berlaku dan didedahkan di mana-mana ada wanita bertudung litup tetapi mulutnya jahat dan hatinya juga jahat.

  Syaitan yang nampak @ tidak nampak,dalam usaha menggoda manusia memiliki pelbagai cara dan strategi.Strategi yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan.Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita.Dia terus berusaha agar manusia keluar daripada landasan yang dutentukan oleh syarak,termasuklah melepaskan hijab @ pakaian muslimah.

Saturday 21 January 2012

Jamshi Yaegi Hallaeyo


Syazwani:Aduh!!Sakit la.Kau ni kan.Tak habis-habis nak tarik rambut aku.Sakit tau tak.

Hafiz      :Padan muka kau.Dah hobi aku macam tu.Nak buat macam mana.Terima je la.

            Syazwani geram akan tindakan abangnya itu.Namun dia telah masak dengan perangai
abangnya yang terlalu suka mengusiknya.Usikan itulah yang mengukuhkan ikatan dua beradik itu.Hubungan diantara mereka sangat rapat.Syazwani merupakan anak kedua.Dia mempunyai tiga orang adik beradik.Dia anak perempuan tunggal dalam keluarganya.


           Hafiz berjalan menuju ke arahadik bongsunya,Adam.Dia meriba adik bongsunya itu.Syazwani menggelengkan kepala melihat perlakuan abangnya itu.

Syazwani:Kau ni.Budak tu dah darjah 6,Bukan 6 bulan sampai kau nak riba-riba.Teruk betul la.

Hafiz       :Biarla.Hal aku.Sibuk pulak dia.Kan adik kan.(memandang adik bonsunya sambil menyanyikan lagu)

Syazwani:Tak faham betul la aku dengan kau ni.Belajar dah habis.Tapi macam budak-budak.

              Petang itu,sewaktu Syazwani bersama ibunya memasak di dapur,Hafiz datang menghampiri
mereka.


Hafiz      :Mak.Nak kahwin.

Emak     :Buang tebiat ke ape budak ni.Tiba-tiba nak kahwin pulak.

Hafiz      ;Betul la mak.(tergelak)

Emak     :macam la kau tu ada calon.Dah.Jangan nak menyakat lagi.

Hafiz      :Mak la cari.I follow je.

Syazwani:Siapa la perempuan malang yang jadi isteri kau tu ye.Musnah hidup dia.Kesian.

Hafiz      :Bukan malang.Tapi paling bertuah dapat lelaki macam aku.Baik.Kacak pulak tu.

Syazwani:Perasan pulak mamat ni.

Hafiz      :Kenyataan Syaz.Aku tak boleh nak tolak hakikat ni.

Syazwani:Dah la.Nak termuntah pulak aku dengar.Keluar la kau.Sibuk je.

Emak     :Korang berdua ni kan.Kalau sehari tak bergaduh tak sah.Macam anjing dengan kucing.

Hafiz      :Bukan bergaduh mak.Gurau-gurau manje je.Kan Syaz?

Syazwani:Banyak la kau punya manje.

Emak     :Dah.Fiz.Jangan nak mengusik lagi.Pergi tengok adik kau tu tengah buat ape.Tanye dia dah solat  
               ke belum?

Hafiz     :Okay ladyboss.

             Hafiz berlari keluar menuju ke arah adiknya.Emaknya menggelengkan kepala memerhatikan tingkah anak-anaknya itu.

Malamnya

             Sewaktu Syazwani sedang membaca komik di ruangan membaca,Hafiz datang menghampirinya.


Hafiz       :Kenapa la aku ni handsome sangat?Patut la ramai yang syok kat aku.Letih la aku macam ni.

Syazwani:Tolong la jangan nak perasan lagi.Loya tekak aku ni.Dah la.Pergi main jauh-jauh.Aku nak bace
               komik ni.

Hafiz       :Dengki la tu.Mentang-mentangla takde yang suke kat dia.

Syazwani:Adela.Kau je tak tahu.

Hafiz       :Mesti dia rabun kan.

Syazwani:Kau cakap baik-baik sikit.Siap kau nanti.

Hafiz       :(tergelak)Sorry.Bila kau nak balik universiti kau tu?Naik rimas aku tengok kau.

Syazwani:Amboi mulut kau.Bukan main lagi ye.Kau tu asyik tanam anggur je kat rumah ni.Berbuahnya
               tak.InsyaALLAH munggu depan.

Hafiz      :Bukan tak berbuah.Cuma lambat sikit sebab buah yang berkualiti bukan mudah untuk didapati.
               Cheewah ayat aku.

Syazwani:Ye la tu.Malas aku nak layan kau.

              Syazwani mengemas buku-bukunya setelah selesai membaca.Dia ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Lega hatinya kerana Hafiz tiada di situ.Kalau tidak,mesti Hafiz akan mengusiknya.Tiba-tiba

Syazwani:Aduh!!!!!Sakit la.

Hafiz      :Kau terhendap-hendap tu cari ape?Cari aku ke?

Syazwani:Aku ingat kau dah tidur tadi.Mak dengan ayah mane?

Hafiz      :Tengah bincang pasal calon isteri aku kat dapur tu.Malu aku nak dengar.Siapa la gadis bertuah tu
               ye.

Syazwani:Dah la kau.Tak habis-habis dengan sifat perasan dia tu.Kau tu belum kerja lagi.Kau nak sara isteri
               kau macam mana?

Hafiz      :Cemburu la tu.Kesian kau.Takde yang suka kat kau.

Syazwani:Ade la.Anak raja lagi tau.

Hafiz       :Anak Raja Ahmad jiran kita boleh la.

Syazwani:Kau ni kan.Sini kau.Aku nak tumbuk kau biar kau tak boleh bercakap lagi.Sakit betul hati aku.

             Syazwani mengejar abangnya itu.Dia sangat geram akan usikan abangnya itu apabila menggelarkannya dengan anak Raja Ahmad yang berumur 8 tahun.
 

Seminggu kemudian....

            Syazwani sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pulang kembali ke universitinya bagi memulakan semester baru.Hafiz berjalan ke arahnya.

Hafiz      :Dah siap kemas?

Syazwani:Lembut pulak kau hari ni.Sedih ke aku nak balik?Hari tu tak sabar-sabar.

Hafiz       :Tak boleh la aku usik kau lagi.

Syazwani:Rilex la.'Baby' kau kan ade.

Hafiz      :Ye la tu.(membuat muka sedih)

Syazwani:Kenapa tiba-tiba touching pulak kau ni?Sedih pulak aku dengar.

Hafiz      :Kau bertolak pukul berapa ni?

Syazwani:Pukul 9 malam ni.InsyaALLAH.

Tiba-tiba ayahnya datang menghampiri mereka.

Ayah     :Dah siap Syaz?

Syazwani:Alhamdulillah ayah.Semua dah siap.

Ayah      :Bagus la.Kamu ni kenape Hafiz.Sedih je.

Syazwani:Dia sedih Syaz nak pergi la tu.

Ayah      :Sedih pulak.Selalunya korang ni macam anjing dengan kucing je ayah tengok.

Hafiz      :Ayah.Fiz nak ikut hantar Syaz malam ni.

Ayah      :Boleh.Macam-macam la kau ni.

          Syazwani dan ayahnya tergelak melihatkan wajah Hafiz.Namun di dalam hati,Syaz juga amat sedih untuk berpisah dengan abangnya itu.

Di universiti.

Syazwani:Nak call mak saya kejap.Rindu.

Nadia    :Ye la tu rindu kat mak.Ntah-ntah rindu kat abang kesayangan dia tu.

            Syazwani tersenyum.Dia mengambil handphonenya dan mendail nombor ibunya.







Syazwani:Assalamualaikum mak.


Hafiz       :Waalaikumussalam anakku.

Syazwani:Kau ni.Mane mak?Aku nak cakap dengan mak.

Hafiz      :Bukan kau rindu kat aku ke?

Syazwani:Takde maknenya.Cepat la.Habis lak kredit aku nanti.

Hafiz      :Ye la.Ye la.


**********************************************************************************

               Pada suatu hari,sewaktu Syazwani sedang berbual-bual bersama rakan-rakannya,handphonenya berbunyi.Dia melihat nombor Hafiz tertera di skrin.Dia menjawab panggilan itu.






Syazwani:Assalamualaikum.Kenape?


Hafiz      :Waalaikumussalam.Saje.Tak boleh ke nak call adik aku sendiri.Macam tak suke je.

Syazwani:Tak la.Sensitif pulak dia.

            Mereka berbual-bual untuk seketika.Sebelum mematikan talian,Hafiz berpesan kepada Syazwani.

Hafiz      :Syaz.Kau belajar rajin-rajin.Capai cita-cita kau.Jangan hampakan harapan mak dengan
               ayah yang nak kau berjaya.Aku minta maaf kalau aku ade sakitkan hati kau selama ni.Aku
               tak berniat nak sakitkan hati kau.Aku nak bergurau je.Aku sayang kat kau.

Syazwani:InsyaALLAH.Takpe.Aku tak kisah la.Kau ni lain macam je.Ok tak?

Hafiz       :Aku ok je.Kau jaga diri baik-baik ye.Ingat islam sebagai cara hidup.Assalamualaikum.

Syazwani:Waalaikumussalam.


             Malam itu,sewaktu Syazwani sedaang mengulangkaji,Ayahnya menelefonnya.

Syazwani:Assalamualaikum ayah.

Ayah:Waalaikumussalam syaz.

Syazwani:Kenape ayah?

Ayah      :Abang kau.Abang kau.(menahan sebak)

Syazwani:Kenape dengan abang ayah?

Ayah      :Abang kau dah tak de Syaz.Dia dah tinggalkan kita semua.

Syazwani:Ape maksud ayah ni?

Ayah      :Abang kau dah meninggal sewaktu dalam perjalanan balik dari masjid.Dia tak dapat nak kawal
               motosikalnya lalu terbabas.

               Syazwani menangis semahunya malam itu.Dia tidak menyagka bahawa abangnya telah pergi meninggalkannya dengan berjuta kenangan.Rakan baiknya menghampiri.

Nadia     :Syaz.Kenape ni?

Syazwani:Abang saya dah meninggal.Dia kemalangan.

Nadia     :Innalillahiwainnailaihirojiun.Sabar ye Syaz.Allah lebih sayangkan dia.

Syazwani:Patutla dia call saya siang tadi.Pesan macam-macam kat saya.Rupa-rupanya itu petanda yang dia
               akan tinggalkan saya.Saya terkilan.Saya tak bagitahu yang saya juga sayang kat dia.Saya bangga
               dapat abang macam dia.Saya belum ucap semua tu.Tapi dia dah tinggalkan saya.

            Nadia memeluk Syazwani untuk menenangkannya.Dia bersimpati terhadap sahabatnya itu kerana dia tahu betapa rapatnya hubungan antara Syazwani dan abangnya.
     
###################################################################################
5 tahun berlalu.

Amirul:Akak.Kenapa akak termenung?

           Tanya Amirul,anak jiran rumahnya yang menyertai mereka sekeluarga bercuti di korea.

Syazwani:Takde ape dik.Akak cuma teringatkan abang akak.Dia dah takde.Mase tu adik belum lahir lagi.






           Akhirnya,Syazwani telah berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Dia berbicara dalam hatinya.


         #Hafiz.Alhamdulillah.Syaz dah berjaya capai cita-cita Syaz.Syaz dah buktika pada mak dan ayah yang Syaz dah berjaya.Syaz rindukan Fiz.Syaz tak pernah lupakan kenangan kita.Hafiz adalah seorang abang yang terbaik untuk Syaz.Semoga abang Fiz tenang di alam sana.Amin.#





                                                  Tamat...