Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Wednesday 21 March 2012

Kenangan



Ku lihat bintang di langit itu ceria
Menari-nari bersama sang bulan
Menghiasi malam bersama senyuman
Terukir manis dibibir yang sunyi
Namun untuk seketika
Mata ini memandang pada yang tiada
Hati ini pilu
Hati ini hiba
Tidak mampu untuk mengukirkan kata
Tanpa disedari
Mutiara jernih itu mengalir
Beralun lembut membasahi pipi
Betapa rindunya hati ini
Betapa hati ini mengingati
Sejambak kenangan yang kian layu
Diantara engkau dan juga aku
Yang masih berlari di awan minda
Ya ALLAH
Tabahkanlah hati ini
Tenangkanlah hati ini
Melayari ombak perpisahan
Yang mengakhiri satu episod kehidupan
Untuk bertemu lakaran yang baru