Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Monday 27 August 2012

Doa Tahajjudku 2

     Nadhirah menangis lagi dalam doanya. Hatinya tidak merasai ketenangan. Dia lantas bangun untuk melakukan rutin hidupnya. Dia membersihkan diri dan mengambil wudhu' untuk menunaikan solat tahajjud. Dia berdoa mohon pada Ilahi. Ya Allah. Kenapa hatiku ini tidak merasai ketenangan? Ya Allah. Kenapa aku mengingatinya? Ya Allah. Andainya rasa ini adalah rasa cinta kerana nafsu, bawalah rasa ini pergi Ya Allah. Aku tidak mahu terus mengingatinya. Jangan biarkan aku mengingati dia. Amin Ya Rabbal Alamin.



Husna :Nad.Jom pergi library buat assignment.

Nadhirah :Okay. Jom.

Husna:Nad okay tak ni?

Nadhirah:Nad okay je.

   Nadhirah berjalan menuju ke library bersama Husna. Anis tidak bersama mereka kerana Anis mempunyai urusan lain.

    Malam itu, Nadhirah menerima pesanan ringkas daripada sahabat karibnya Syaza. Nadhirah sangat menyayangi dan mempercayai temannya itu. Dialah tempat untuk Nadhirah meluahkan segala yang perasaan dan berkongsi cerita dengannya. 

Syaza: Assalamualaikum Nad.

Nadhirah :Waalaikumussalam Syaza.

Syaza: Nad sihat. Dah lama kita tak jumpa. Reunion hari tu pun Nad tak pergi. Syaza tunggu Nad.

Nadhirah :Alhamdulillah. Nad sihat. Maaf. Nad ada hal sikit. Sebab tu Nad tak pergi. Nad pun rindu nak jumpa
                Syaza.

Syaza: Nad buat ape ni?

Nadhirah: Tak de buat ape pun. Syaz. Nad ade sesuatu nak cerita kat Syaz.

Syaza: Ape Nad?

Nadhirah: Syaz ingat lagi tak kawan lelaki Nad yang Nad cakap Nad suka dia tu?Syaza pun meseg dengan dia 
                kan.

Syaza: Fazley tu ke?

Nadhirah:Yup. Fazley.

Syaza: Kenapa dengan dia Nad?

Nadhirah :Susah Nad nak cerita. Nanti law Syaz ada masa, Syaz baca cerpen kat blog Nad. Doa Tahajjud 
                cintaku.

Syaza: InsyaAllah nanti Syaz baca.

Nadhirah: K lah Syaz. Nad tidur dulu ye. Mengantuk. Selamat malam.

Syaza: Ok. Selamat malam. 


   
  Suatu hari, Nadhirah ingin mendengar lagu baru. Dia membuka aplikasi youtube. Dia mendengar lagu baru dari Ainan Tasneem yang bertajuk Aku Suka Dia. Nadhirah sangat menyukai muzik lagu itu. Cuma liriknya yang tidak sesuai. Nadhirah cuba untuk mengubah lirik lagu tu. Akhirnya dia berjaya. Setelah selesai mengubah lirk itu, Nad menunjukkannya kepada teman sebiliknya.

Nadhirah : Wardah. Fazira. Okay tak lirik ni?Nad ubah lagu Aku suka dia tu.

Wardah: Okay la Nad. Best sangat.

Fazira: Betul tu. Okay lirik ni.

Wardah: Kita nyanyi balik nak tak lirik ni? Lepas tu post kat youtube. Aku suka dia versi islamik.

Nadhirah: Okay gak tu. Tapi sape nak nyanyi?

Wardah: Suruh encik mimpi la nyanyi.Hehe.

Nadhirah: ye la tu encik mimpi. kenal pun tak.

Wardah: Nad je la nyanyi.Nad kan pandai nyanyi. Nanti kita ubah suara Nad buat suara kartun.



     Hari itu, Nadhirah dengan wardah berusaha menyiapkan video untuk lirik lagu itu. Akhirnya mereka berjaya menyiapkannya dan mengeposknnya di youtube.

Wardah: Tak sangka Nad. Kita berjaya.

Nadhirah: Yup. Alhamdulillah. Hehe. Wardah la banyak berusaha untuk siapkan video ni. Terima kasih.

Wardah: Okay. No problem.

Lirik Lagu Aku Suka Dia (Doa Tahajjudku)

Hatiku mengingati dia
Hatiku merindui dia
Aku tidak tahu mengapa
Rasa rinduku ini ada
Aku menangis sendirian
Aku menangis dalam doa
Ya Allah jaga hati ini
Bawalah rasa ini pergi
Bila aku mengingati dirinya
hatiku rasa berduka
Ku berdoa padaMu Ya Tuhanku
Rindukan diriku padaMu
Kekadang hatiku diuji
Bila ku ingin mendekati
DiriMu Ya Rabbul Izzati
Cinta kasihku yang abadi.
namun aku mengetahui
Engkau cintakan diri ini
Engakau menguji keikhlasan
Bila ku cuba mendekati
Andainya ada rasa cinta untuknya
Ikhlaskan ia keranaMu.
Jangan biarkan ku merindui dirinya
Melebihi kasih padaMu.
Dalam doa tahajjudku.
Ku memohon.hanya kepadaMu
Akhirnya kini
Ku merasa ketenangan
Bila ku dekat denganMu
Akhirnya kini
Aku mulai bahagia
menerima cinta dariMu.
Doa tahajjudku

     Beberapa hari selepas itu, Nadhirah menerima pesanan ringkas dari Syaza. Syaza memberitahu Nadhirah bahawa dia telah membaca cerpen itu. Syaza bertanya Nadhirah betulkah apa yang diceritakan dalam cerpen tu? Betul ke Fazley buat macam tu.

Nadhirah: Betul. Tu la yang berlaku. Kenapa Syaz?

Syaza:Takde pape la Nad. Nad. Law satu hari nanti Nad tahu yang Syaz lakukan kesilapan yang sangat besar 
        pada Nad, Nad maafkan Syaz tak?

Nadhirah:InsyaAllah Nad maafkan. Nad sayang Syaz.

Syaza: Terima kasih Nad.

Nadhirah: Sama-sama Syaz. 

     2 minggu kemudian, Nadirah selesai menduduki ujian midterm. Dia bergembira bersama teman-teman sebiliknya kerana dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Mereka mengemas pakaian untuk dibawa pulang. 

Di rumahnya.

     Malam itu, Nadhirah menidurkan adik bongsunya. Setelah itu, dia bersiap sedia untuk tidur.
Tiba-tiba dia menerima satu pesanan ringkas dari Syaza.

Syaza: Nad.

Nadhirah: Ye Syaz.

Syaza: Tengah buat ape?

Nadhirah : Baru lepas tidurkan adik Nad.

Syaza: Nad. Syaz ada sesuatu nak bagitahu Nad. Syaz harap, pesahabatan kita tak putus kerana hal ni.

Nadhirah:Apa Syaz?

Syaza: Syaz dengan Fazley ada hubungan.

     Selepas menerima meseg itu, airmata Nad mengalir. Nadhirah bersa sungguh terhina dan malu akan perbuatannya selama ini. Ya Allah...Ujian apakah ini Ya Allah. Sungguh hamba lemah. Rintih Nadhirah dalam hati.

Nadhirah: Owh. Takpela.

Syaza: Nad tak marah Syaz?

Nadhirah: Untuk apa?

Syaza: Sebab khianati nad.

Nadhirah: Ye. Nad terluka sangat. Nad terkejut dengan semua ni.Kenapa Syaz tak jujur dari awal?Syaz tahu
                betapa Nad menyayangi dan mempercayai Syaz?Syaz buat nad macam orang bodoh ceritakan semua
                 tentang Fazley pada Syaz. Syaz gelakkan Nad dari belakang. Kenapa buat Nad macam ni? Korang 
                 berdua buat Nad macam Nad ni takde perasaan. Nad pun ada perasaan. Sama macam korang.


Syaza: Maafkan Syaz Nad.

Nadhirah: Nad maafkan. takpela. Nad tidur dulu. Nad ngantuk.Assalamualaikum.

     Nadhirah menangis lagi. Hatinya berasa sangat terluka. Dia terkilan dengan sikap mereka kerana tidak bersikap jujur. Nad bersyukur kerana rasanya untuk Fazley semakin hilang. Mungkin itu jawapan untuk doanya selama ini. Nad bersyukur dia mengetahui semuanya sebelum terlambat. Nad menghantar satu pesanan ringkas pada Fazley.

Nadhirah: Faz. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sangat-sangat. nad harap lepas ni Nad takkan 
                dengar ape2 berita pun dari awak lagi.

     Nadhirah tertidur bersama linangan airmata. Pkul 2 pagi, dia bangun membersihkan diri dan menunaikan solat tahajjud.

Ya Allah.
Berat sungguh ujian ni.
Kenapa semua ini harus berlaku.
Hamba rasa terhina Ya ALLAH
Hamba malu terhadap diri hamba sendiri.
Ampuni segala dosa hamba
Namun hamba bersyukur
Engkau menjawab doa hamba selama ini
Engkau menerangi semuanya sebelum hamba buta dalam penipuan mereka.
Walaupun kenyataan ini sungguh menyakitkan hamba,
namun hamba redha
Kerana Engkau mengaturkan semuanya
Bawalah hamba jauh dari kepalsuan cinta dunia ini.
Dekatkanlah hamba dengan cintaMu
Semoga hubungan teman baik hamba kekal
Permuadahkanlah segala urusan mereka
Jagalah hubungan mereka
Berikanlah kebahagiaan kepada mereka
Amin Ya Rabbal Alamin.



     Seketika kemudian, Nadhirah menerima pesanan ringkas dari Fazley.

Fazley: Kenapa Nad cakap macam tu?

Nadhirah: Tahniah atas hubungan awak dengan Syaz.

Fazley: Jangan cakap macam tu Nad. Faz minta maaf. Nad perempuan paling baik pernah Faz jumpa.

Nadhirah: Awak mainkan perasaan saya. Awak bagi harapan setinggi gunung pada saya. Akhirnya awak
                 cuma mainkan saya. Saya pun manusia sama macam awak. kenapa tak jujur. Alhamdulillah. Saya
                 bersyukur sebab Allah hilangkan rasa kasih dan cinta saya pada awak. Mungkin ini caranya Allah    nak tunjukkan pada saya yang awak bukan jodoh saya. Semoga awak bahagia dengan Syaz.

Fazley :Faz taknak lukakan Nad.

Nadhirah: Faz dah pun lukakan hati Nad dengan semua penipuan ni.

Fazley: Nad. Maafkan Faz. Faz keliru dengan perasaan Faz. Hati Faz berbelah bagi. Tolong Faz.

Nadhirah:Faz tak keliru. Faz cintakan Syaz. Tu kenyataannya.

Fazley: Mana Nad tahu Faz cintakan Nad?

Nadhirah:Sebab Faz couyple dengan dia. Bermakna Faz nak jadikan dia isteri Faz. Sudahlah Faz. Cukuplah
                dengan penipuan korang selama ni.

Fazley: Faz akui Faz jatuh hati pada Syaz, tapi Faz suka Nad. Maafkan Faz.

Nadhirah: Cukuplah Faz. Jangan mainkan Nad lagi.

Fazley: maafkan Faz Nad. Faz dah tersilap langkah. Faz nak jadi macam dulu balik. Faz nak serahkan hati
              Faz pada Allah balik.

Nadhirah:Baguslah macam tu. Maafkan Nad. Nad tak dapat teruskan semua ni lagi. Nad takkan sesekali
               putuskan persahabatan ni. Cuma Nad tak mahu kita berhubung lagi.

Fazley: Maafkan Faz. Jangan tinggalkan Faz. Faz tak benarkan Nad pergi.

Nadhirah: Untuk apa Faz minta nad untuk tetap di sisi Faz? Untuk sakitkan hati Nad lagi? Faz dah ada
                Syaz disisi Faz. Setialah pada dia. Jangan sesekali lukakan hati dia.

Fazley: Faz dah taknak fikir semua ni lagi. Faz dah cakap tadi Faz nak serahkan hati Faz balik pada Allah.

Nadhirah: Allah dah jawab semua doa Nad. Allah dah tunjukkan siapa awak yang sebenarnya.

Fazley: Nad. Kita masih boleh berdoa semoga ada jodoh antara kita.

Nadhirah: Nad tak minta jodoh dengan Faz. Nad takkan sesekali terima Faz lagi dalam hidup Nad.

Fazley: Nad. Faz rasa cinta Faz pada Syaz bukan kerana Allah. Tapi nafsu.

Nadhirah: Dan perasaan cinta Nad pada Faz selama ni hanya nafsu. Bukan kerana Allah.

     Fazley meminta Nadhirah untuk tetap disisinya. Memohon maaf pada Nad atas kesilapannya. Namun Nad tetap dengan pendiriannya. Sungguh ujian ini amat berat bagi Nad kerana dia diuji dengan hubungan persahabatan. Dia terlalu menyayangi Syaz kerana baginya Syaz adalah kawan yang paling setia dengannya. Namun sebaliknya yang berlaku. kepercayaannya dikhianati. Nadhirah benar merasakan diri dia hina. Dia teramat malu dengan dirinya sendiri.

Ya Allah.
Terima kasih kerana membukakan kebenaran ini
Hingga hamba mampu menilai semuanya.
Ya Allah.
Andainya hamba jatuh cinta
Cintakanlah hamba pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Seseorang yang benar-benar ikhlas menyintai hamba.
untuk waktu ini
Dekatkanlah hati hamba dengan cintaMu.
Menjauhi dari kepura-puraan dunia.
Ampunilah segala dosa-dosa hamba.
Jagalah hati hamba ini
Jangan biarkan ia tejatuh sehingga membawa hamba jauh dariMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.

     Nadhirah tidak pernah berhenti dengan doanya. Dia tahu, Allah menguji keikhlasan hatinya melalui ujian-ujian yang diberikan padanya. Dia menerima segala yang berlaku dalam hidupnya dengan redha kerana dia yakin, ada sinar kebahagiaan menanti di hujung ceritanya.