Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Wednesday 27 March 2013

30 Kisah Pengembaraan Si Bujang = LAPAR





Musim kemarau sudah tiba. Nampaknya kemarau kali ini berlangsung begitu lama sehingga menimbulkan bencana kekeringan dan kebuluran di seluruh pelosok negeri, termasuk Kampung Batu Gamping. Banyak dusun dan ladang pertanian yang tidak mengeluarkan hasil.
            Kerana itu awal-awal lagi Sultan Abdurrahim menyuruh seorang menterinya mengirim bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Namun, ternyata menteri tersebut menggunakan kesempatan itu untuk mencemarkan nama baik Sultan. Dia hanya memberi bantuan kepada daerah-daerah yang tidak jauh dari ibu kota saja. Sedangkan, untuk daerah-daerah terpencil, dia mengirimkan bantuan dengan menggunakan namanya. Kononnya dialah yang memberi bantuan kepada mereka. Denagn demikian, pengaruh diri dan kelompoknya akan semakin  luas sehingga dapat menandingi pengaruh sultan.
            Akhirnya, pemberi bantuan daripada kelompok menteri yang jahat itu sampai juga ke kampung Bujang. Mereka terdiri daripada para anak muda kota yang fasih bercakap panjang lebar mengenai kejahatan sultan dan sikap sultan yang mengabaikan rakyatnya.
            “ Wahai penduduk kampung. Sultan sudah lama hidup senang dan membiarkan kita hidup menderita. Patutkah kita biarkan saja hal ini?” tanya seorang pemuda yang begitu fasih berpidato.
            “ Tidak. Tidak,” jawab ratusan penduduk kampung.
            “ Saudara, boleh saya bertanya?” Bujang berteriak dari jauh.
            “ Silakan!” ujar pemuda itu sambil tersenyum kerana menyangka provokasinya berjaya.
            “ Saudara, saya bersyukur ada orang yang baik hati seperti saudara semua.”
            “ Itu kewajipan kami,” potong pemuda itu dengan bangga.
            “ Tetapi mengapa kalian berpidato terlebih dahulu sebelum membahagikan makanan? Apakah kalian tidak ikhlas memberikannya kepada kami?” tanya Bujang.
            “ Kami ikhlas menolong kalian. Cuma kami tidak mahu bencana kelaparan ini berulang lagi. Kerana itu, kami berusaha menyedarkan kalian bahawa selama ini sultan sudah memperdaya kita. Kita tidak boleh membiarkan ketidakadilann ini berlarutan. Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya pemuda itu kepada ratusan penduduk kampung yang sudah tidak sabar lagi.
            “ Benar. Kita kakn menuntut keadilan,” ujar seorang penduduk kampung diikuti oleh yang lain.
            Bujang terdiam melihat suasana yang makin panas tersebut. Dia melihat orang kampung yang lapar semakin tidak sabar. Dia sedar dalam keadaan seperti itu, tidak berguna dia bercakap lagi. Jika ia tetap mahu meneruskan perdebatan, ratusan penduduk yang kelaparan itu akan menghambatnya. Kerana itu dia memutuskan untuk pergi meninggalkan kerumunan orang ramai itu.
            Keesokan harinya rombongan pemuda itu kembali lagi ke kampung Batu Gamping. Mereka dapati situasi di kampung itu sangat kondusif untk provokasi mereka. Kerana itu, pemuda yang biasa berpidato itu sudah menyiapkan pidato yang lebih keras lagi bagi menanam kebencian penduduk kampung kepada sultan. Dia berdiri di hadapan orang-orang kampung bagi menyampaikan pidatonya. Namun baru beberapa ayat meluncur dari mulutnya, mereka dikejutkan oleh suara tangisan lima orang anak kecil. Lalu pandangan mereka tertuju kepada lima orang anak kecil yang berdiri bersama Bujang itu.
            “ Bujang, mengapa dengan anak-anak itu?” tanya Ulil, pemuda yang biasa berpidato itu.
            “ Mereka kelaparan.”
            “ Mengapa kamu tidak memberi mereka makan?”
            “ Saya akan memberinya makan. Tetapi sekarang saya sedang menasihati mereka supaya mereka faham yang kampung ini sedang ditimpa bencana kelaparan,” jawab Bujang sambil memegang kepala seorang kanak-kanak.
            “ Huh, dasar orang kampung! Mengapalah kamu ini bodoh sangat. Bujang? Kanak-kanak itu kelaparan. Mereka memerlukan makanan bukan nasihat. Kalau kamu mahu menasihati mereka, berilah mereka makanan dahulu supaya mereka tenang. Dengan demikian, mereka dapat mendengar nasihatmu dengan baik,” ujar Ulil dengan angkuhnya.
            “ Kamu pandai sekali. Ternyata kalian orang yang pandai-pandai ya?” kata Bujang.
            “ Kami ini orang-orang yang berpendidikan. Jadi kami selalu menggunakan logik akal dalam segala hal,” jawab Ulil sambil tersenyum bangga.
            “ Tetapi…”
            “ Tetapi apa pula?” soal Ulil dengan angkuh.
            “ Mengapa kalian berpidato dahulu sebelum memberi kami makanan? Bagaimana kami dapat mendengar pidato kalian dengan baik jika perut kami masih kosong? Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya Bujang kepada ratusan penduduk kampung yang hadir.
            “ Benar Bujang. Benar. Kami lapar. Kami lapar,” teriak ratusan penduduk kampung yang hadir dalam perhimpunan itu.
            Melihat suasana yang kian panas, rombongan muda kota itu segera membahagi-bahagikan makanan yang mereka bawa. Penduduk kampung dengan tertib beratur untuk mendapatkannya. Suara mereka yang berteriak, “ Lapar… lapar…” sangat menakutkan para pemuda kota tersebut.
            Setelah makanan habis dibahagi-bahagikan, pemuda yang biasa berpidato itu mahu menyambung pidatonya. Tetapi, penduduk kampung beransur-ansur meninggalkan tempat itu. Akhirnya tidak ada seorang pun yang mahu mendengar pidatonya. Begitu juga pada hari-hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota tersebut tidak lagi datang ke Kampung Batu Gamping.


(30 Kisah Pengembaraan Si Bujang Bertemu Puteri Melaka= Harlis Kurniawan)

Monday 4 March 2013

Habis Dah Baucer Buku

      Assalamualaikum wrh.. Apa khabar semua?  Sihat ke? Harap sihat-sihat la semua ye. Pertamanya, ana nak ucapkan terima kasih kepada anda yang sudi datang ke blok yang tak seberapa ni. Terima kasih banyak-banyak. Kali ni ana nak cerita pasal buku-buku yang ana beli dengan menggunakan baucer buku yang telah diberikan kepada ana awal bulan dua tahun ni. Mesti ramai kawan-kawan yang dapat jugak kan? Awak semua buat apa ye dengan baucer buku tu? First, ana ingt nak beli buku-buku yang berkaitan dengan subjek yang ana ambik sem ni. Tapi kebanyakannya guna yang print. So ana beli la buku-buku lain dan buku political science.  Dekat situ, ana dah gunakan baucer buku RM100. Lepas tu ada RM150 lagi lebih. Alamak!! Nak beli buku apa lagi ni. Tak tahu. Dalam ketidaktahuan itu, ana call ummi ana tanya ana patut beli buku apa? ummi ana jawab "Ikut kakak la kakak nak beli buku gapo pun. ummi tak kisah".

      So, setelah mendapat ketidakkesahan daripada ummi ana, ana pun membuat keputusan untuk menghabiskan baucer buku di pcfair yang telah diadakan di universiti ni baru-baru ni. Hari pertama ana dekat situ. banyak buku yang menarik especially yang gempak starz punya. Tapi hari tu tak boleh nak beli lagi sebab ana lupa bawa baucer buku. Malam tu, akak ajak makan dekat luar. Ana ajak kawan ana Norabaniah yang setia menemani ana untuk join sama. Kitaorang pun pergi makan kat jusco. Lepas makan, kitaorang singgah MPH. Kat situ, ana habiskan RM50 baucer buku. Keesokannya ana pergi balik dekat PC fair tu dan ana habiskan RM100 dekat situ. So, begitulah habisnya baucer buku digunakan oleh ana. kt bawah ni ana sertakan gambar dan tajuk buku yang ana beli.

1)Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-Ayat Cinta Allah


2) Aku, Kau & Cinta



3) Maaf, Aku Masih Mencintaimu






4) Hye-Jee's Secret Diary




5) Melodi Kucing Hitam




6)Benarkan Aku Jadi Pelayanmu



7)Hadiah Santai




8)Si Penjual Aiskrim





9)Under 18 Elite




10) Lawak Kampus Jilid 15


11) Kijiya Jilid 9



12) Lawak Kampus Jilid 16



13) Warisan Puaka



14) Ya Allah. Aku Jatuh Cinta





15) Apa Erti Cinta




16) Lili Buat Najah



17) Ros Biru Untuk Awak





18) Surat Ungu Untuk Nuha


19) Rapat Dalam Kejauhan