Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Saturday 1 September 2012

Anugerah Yang Terindah



Hazwani :Abang. Sarapan dah siap.

Irwan : Okay sayang. Kejap lagi abang turun.

     Beberapa minit kemudian, Irwan turun berpakaian lengkap untuk ke tempat kerjanya. Irwan bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia manakala Hazwani bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah.

Hazwani: Abang balik pukul berapa hari ni?

Irwan : Abang balik lewat sikit kot hari ni. Ada program. Kenapa Wani tak siap lagi ni? Tak kerja ke?

Hazwani : Owh. Hari ni ada majlis kat sekolah. Jadi lewat sikit pergi. Kan Wani dah bagitahu semalam.

Irwan : Oh ye. Abang lupa. Maaf ye sayang.

Hazwani : Takpe abang.

Irwan : Sayang. Hujung minggu ni kita balik rumah mama nak?

     Jantung Hazwani tiba-tiba berdegup kencang bila suaminya bertanyakan hal itu.

Irwan : Kenapa sayang diam je ni?

Hazwani : Tak de apa la abang. Wani ikut je abang.

Irwan : Alhamdulillah. Bagus la macam tu.

     Setelah selesai bersarapan, Irwan bersiap menuju ke keretanya. Hazwani menurutinya dari belakang dan menyalami suaminya.

Hazwani : Hati-hati ye bang.

Irwan : InsyaALLAH sayang. (Irwan mencium dahi isterinya)

     Tak lama kemudian, kereta Irwan hilang dari pandangan mata Hazwani. Dia menutup pintu rumahnya dan berjalan menuju ke biliknya untuk menyiapkan dirinya ke tempat kerjanya.


Hujung minggu****************

     Irwan dan Hazwani tiba di perkarangan rumah mama Irwan. Mama dan papanya telah menanti mereka di hadapan rumah untuk menyambut kepulangan anak tunggal kesayangan mereka. Setelah memarkirkan keretanya dibawah garaj, Irwan dan Hazwani berjalan keluar menuju ke arah mama dan papanya.

Irwan : Assalamualaikum Mama. Papa. (Menyalami tangan mereka berdua)

     Hazwani menuruti perlakuan suaminya.

Mama : Korang berdua sihat? Dah lama tak balik jumpa mama.

Irwan : Maaf ma. Kitaorang sibuk sikit.

Papa : Tu je la alasannya.

Mama : Sudah la tu. Jom masuk.

Malam itu*********

     Setelah selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, Hazwani bergegas menuju ke dapur untuk membantu ibu mertuanya menyiapkan makan malam.

Hazwani : Assalamualaikum ma. Mama nak masak apa ni?

Mama : Mama nak masak lauk biasa je.

Hazwani : Mari Wani tolong mama.

     Setelah itu suasana menjadi senyap seketika. Kemudiaan mamanya bersuara.

Mama : Kamu berapa hari kat sini?

Hazwani : 2 hari ma. Abang Irwan kena balik awal sikt. Dia cakap ada kerja.

Mama : Owh. Wani...

Hazwani : Ye ma. Kenapa? (Berdebar)

Mama : Dah 5 tahun kamu kahwin dengan Irwan kan. Tapi kamu belum dapat anak lagi. Mama tahu. Mungkin
            bukan rezeki korang berdua lagi untuk dapat anak. Tapi mama harap, mama dapat lihat cucu mama
            sebelum mama pejam mata.

     Hati Wani berdegup kencang. Dia tahu mamanya akan mempersoalkan hal itu. Dia sendiri memang inginkan anak. Itulah impian setiap wanita berkahwin. Namun apakan daya, masih tiada rezeki untuknya mendapatkan cahaya mata.

Hazwani : Maafkan Wani ma. Wani dah abang Irwan dah cuba bermacam cara. Tapi masih tiada rezeki
                buat kami lagi ma. (Wani menangis)

Mama : Takpela. Mama faham. Bukan salah kamu.

     Hati Wani semakin menangis melihat wajah kesayuan ibu mertuanya. Dia sangat menyayangi ibu mertuanya kerana dia telah kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia kerana kemalangan. Ibu mertuanya memeluk Wani yang masih lagi dalam tangisnya.

Mama : Sudahla. Jangan menangis lagi. Mari kita siapkan makanan cepat. Nanti papa dengan Irwan nak turun
             makan.

Hazwani : Baiklah mama. (Wani menyapu airmatanya)


2 hari kemudian**************

     Hazwani dan suaminya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka setelah menghabiskan cutinya dirumah mama dan papa mereka. Hazwani memandang wajah suaminya. Tiba-tiba dia bersuara.

Hazwani : Abang.

Irwan : Ye sayang.

Hazwani : Dah 5 tahun kita kahwin kan bang.

Irwan : Kenapa Wani tiba-tiba cakap macam ni?

Hazwani : Kenapa kita belum dikurniakan anak bang?

Irwan : Ya ALLAH sayang. Jangan cakap macam ni. Bukan rezeki kita lagi untuk dapatkan anak.
           InsyaALLAH satu hari nanti. Kita jangan putus asa untuk berdoa pada ALLAH.

Hazwani : Maafkan Wani ye bang. Wani kecewakan mama. Mama teringin nak tengok cucu dia. Tapi Wani...

Irwan : Dah sayang. Jangan cakap macam tu lagi. Mama faham tu. Jangan menangis lagi.
            (Irwan memegang tangan isterinya dan menciumnya).

****************

Amir : Irwan. Kau ada kelas lagi lepas ni?

Irwan : Ada satu kelas lagi. Kau?

Amir : Aku dah takde kelas.

Irwan : So kau nak balik la ni?

Amir : Tak la. Aku nak singgah hospital dulu. Jumpa isteri aku.

Irwan : Lupa lak aku. Isteri kau bersalin semalam kan. Dapat anak lelaki ke perempuan?

Amir : Alhamdulillah. Anak lelaki. Nanti kalau kau ada masa, datang la melawat dengan isteri kau.

Irwan : InsyaALLAH. Nanti aku datang.

***********************************************************************

     Malam itu setelah selesai menikmati makan malam, Irwan membantu isterinya mengemaskan dapur. Setelah itu, mereka duduk bersantai diruang tamu.

Irwan : Sayang.

Hazwani : Ye abang.

Irwan : Mira isteri Amir kawan abang tu dah bersalin semalam. Dapat anak lelaki.

Hazwani : Ye ke bang. Alhamdulillah.

Irwan : Minggu depan kita pergi rumah dia ye. Melawat diorang.

Hazwani : Baiklah bang.

*******************

Irwan : Comel anak kau Amir.

Amir : Mesti la. Tengok sape ayahnya. Aku kan.

Irwan : Mula la tu.

Amir : Tak la. Aku gurau je. Kau bila pulak?

Irwan : Entahla Mir. Belum ada rezeki lagi.

Amir : Sabarlah Wan. InsyaALLAH. Satu hari nanti.

Irwan : Amin.

     Hazwani memerhatikan suaminya dengan penuh kesayuan. Dia merasai cahaya kegembiraan di wajah suaminya bila melihatkan bayi itu. Dia tahu betapa suaminya meninginkan anak. Begitu juga dirinya. Namun apakan daya. "Abang. Maafkan Wani kerana tidak mampu memberikan cahaya itu untuk abang".

Irwan : Aku balik dulu la Mir.

Amir : Okay. Terima kasih ye sebab datang Wan. Wani.

Irwan : Sama-sama.

Hazwani : kami balik dulu Mira. Assalamualaikum.

Amir dan Mira : Waalaikumussalam.

     Irwan dan Hazwani berjalan menuju ke kereta mereka dan memandunya pulang ke rumah.

*****************

Siti : Kenapa kau ni Wani? Kau ada masalah ke? Muram je Ti tengok.

Hazwani : Takde apela. Wani okay je.

Siti : Ti dah lama kenal Wani. Ti tahu Wani tak okay. Ceritala.

Hazwani : Wani kasihankan suami Wani. Wani tak mampu bahagiakan dia. Wani tahu dia inginkan kehadiran
                cahaya mata dalam hidup kami. Tapi dia tidak pernah merungut tentang semua tu. Dia hanya
                mendiamkan perkara tu.

Siti : Korang tak pergi jumpa doktor ke buat check-up?

Hazwani : Dah. Doktor cakap kitaorang berdua noramal. Takde masalah.

Siti : Sabarlah Wani. ALLAH sedang menguji korang. Sentiasalah berdoa padaNYA.

     Hazwani hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu bersuara lagi. Dia terlalu memikirkan suaminya.
**************************************************************************
 

 Suatu malam, selepas menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah bersama suaminya, Wani bersuara

Hazwani : Abang. Wani tahu betapa abang menginginkan seorang anak. Tapi Wani masih belum mampu
                untuk beri abang semua tu.

Irwan : Tak ape sayang. Abang faham.

Hazwani : Abang selalu cakap takpe. Tapi Wani tahu hati abang terluka kan bila tengok kawan-kawan abang
                semua dah ada anak. tapi abang....(Airmatanya gugur)

     Airmata Irwan juga mengalir tanpa disedari. Benar apa yang dikatakan isterinya. Namun dia terlalu menyayangi isterinya. Dia tidak mahu melukakan hati isterinya dengan membicarakan tentang itu. Hazwani menghampiri suaminya. Dia mengangkat wajah suaminya yang berlinangan airmata.

Hazwani : Abang. Wani sayangkan abang. Terlalu sayangkan abang. Sebab tu Wani nak abang bahagia.
                Tapi Wani tak mamapu memberikan kebahagiaan tu untuk abang. Wani izinkan abang kahwin
                lain. Semoga perempuan itu dapat memberikan zuriat untuk abang.

     Irwan lantas bangun dan berkata.

Irwan : Tida!!!. Abang takkan sesekali duakan cinta abang pada Wani. Itu janji abang.

Hazwani : Tapi abang berhak untuk bahagia. Wani yang izinkan.

Irwan : Tidak!!!!!!

     Wani menangis. Irwan melutut di hadapan isterinya dan memandang isterinya dengan penuh kasih sayang.

Irwan : Sayang. Abang pun terlalu mencintai sayang. Abang takkan biarkan sayang menghadapi situasi ini
            sendirian. Abang nak selalu ada disisi sayang. Tolong jangan cakap hal ni lagi. Abang tak sanggup
           dengar semua ni lagi. Hati abang terluka dengar sayang cakap semua ni. Abang akan ytetap setia pada
           sayang. Takde yang lain dihati abang selain sayang. InsyaALLAH. Doa kita akan dimakbulkan suatu
           hari nanti. Kita jangan berputus asa ye sayang.

Hazwani : Maafkan Wani bang. Wani cuma nak abang bahagia. Wani bersyukur pada ALLAH kerana
                mmberikan Wani suami yang berhati mulia seperti abang. Wani sayangkan abang.

     Irwan mmenyapu airmata dipipi isterinya dan memeluk erat isterinya. "Abang pun sayangkan Wani".

Setahun kemudiaan. (Di rumah mama dan papa Irwan)

     Hazwani sedang sibuk menyiapkan makan tengahhari didapur bersama mertuanya manakala suami dan papanya berbual di halaman rumah. Tiba-tiba......

Hazwani : Mama. Kepala Wani pening sangat.

Mama : Kenapa ni Wani? Dari pagi tadi mama tengok Wani muntah-muntah. Wani mengandung ke?

Hazwani : Wani tak tahu ma. Pening sangat ma.

     Tiba-tiba Wani pengsan. Mamanya berasa sangat terkejut.

Mama : Wani? Kenapa ni? Bangun nak.

     Mama menjerit memanggil suami dan anaknya.

Irwan : Kenapa ma?

Mama : Isteri kamu Wan. Dia pengsan.

Irwan : MasyaALLAH sayang.

     Irwan bergegas mendapatkan isterinya.

Irwan : Bangun sayang. bangun.

Papa : Cepat Wan. Kita hantar Wani ke hospital.

     Irwan lantas menggendong isterinya untuk dibawa ke hospital.

Di hospital.........

Irwan : Ya ALLAH. Kau selamatkanlah isteriku. jangan biarkan sesuatu yang buruk terjadi padanya.

Papa : Sabar Wan. InsyaALLAH. Semuanya akan selamat.

     Seketika kemudian, doktor Aliani berjalan keluar dari bilik pemeriksaan. Irwan menuju ke arah doktor itu untuk menanyakan tentang isterinya.

Irwan : Doktor. Macammana keadaan isteri saya? Dia tak ape-ape kan.

Doktor : Sabar encik. Isteri encik selamat.

Irwan : Betul ke encik. Alhamdulillah.

Doktor : Tahniah. Isteri encik mengandung.

Irwan : Mengandung doktor. Betul ke?

Doktor : Betul encik. Isteri encik mengandung tiga minggu.

Irwan : Terima kasih doktor. terima kasih.

Doktor : Bersyukurlah pada ALLAH atas kurnianNYA.

     Doktor Aliani tersenyum dan berlalu pergi.

Irwan : Mama. Papa. Wani mengandung. Wani mengandung.

Mama dan papa : Alhamdulillah Wan.

     " Ya ALLAH. Hamba bersyukur diatas anugerah yang terindah ini. Terima kasih Ya ALLAH..."

*****************************************************


Irwan : Terima kasih sayang kerana membahagiakan abang.

Hazwani : Sama-sama abang. Ni semua anugerah dari ALLAH untuk kita bang. Penantian kita selama ni.
             
Irwan : Ye sayang. Abang bersyukur sangat. ALLAH dah kabulkan doa kita selama ni.

Hazwani : Betul kata abang. Kita tak boleh berputus asa.

Irwan : Ye sayang. Terima kasih untuk anugerah yang terindah ini. (Irwan mencium dahi isterinya)

Hazwani : Sama-sama abang. Terima kasih kerana setia disisi Wani.

     Seketika kemudian, mama dan papanya berjalan memasuki bilik itu.

Mama : Macammana Wani?

Hazwani : Alhamdulillah ma. Wani okay.

Papa : Tahniah nak.

Hazwani. Sama-sama pa.

Mama : Semoga mama sempat melihat cucu mama ni.

Irwan : InsyaALLAH ma. Jangan cakap macam tu.

      * Akhirnya ALLAH memberikan anugerah yang terindah dalam kehidupan mereka. Sesuatu yang dinantikan mereka selama ini. sesuatu yang selalu didoakan oleh mereka selama ini. Mereka sedar, selagi mereka tidak berputus asa, ALLAH akan memberikan yang terbaik buat mereka. Yang penting, jangan mudah berputus asa andai ALLAH lambat menjawab doamu. Bukan kerana DIA tidak mempedulikan kita, tapi DIA merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sentiasalah berusaha dan berdoa padaNYA. Semoga DIA sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita didunia dan juga diakhirat. *



TAMAT...........