Hati itu tidak pernah mampu untuk mengukirkan walau hanya sebaris kata...Hati itu juga tidak mampu berbicara untuk bermain kata...Namun dalam diam ia berbisik....Cuba untuk menzahirkan rasa...Namun ia sukar untuk difahami...Terlalu sulit untuk dijelasi...Akhirnya hati itu hanya mampu untuk menanti agar dirinya dimengerti oleh seseorang yang memahami...
Scrolling Text
Smile
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Tuesday, 8 January 2013
Bila Al-Quran Mula Berbicara
Waktu engkau masih kanak-kanak,
Engkau laksana kawan sejatiku.
Dengan wudhuk, aku kau sentuh.
Dalam keadaan suci aku kau pegang.
Aku kau junjung dan kau pelajari.
Aku kau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari.
Setelah selesai engkau menciumku mesra.
Sekarang engkau telah dewasa.
Nampaknya engkau sudah tidak berminat lagi padaku.
Apakah aku bahan bacaan yang tinggal sejarah?
Menurutmu aku mungkin bahan yang tidak menambah pengetahuanmu.
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.
Sekarang aku tersimpan rapi sekali.
Sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan.
Aku sudah engkau anggap sebagai pengisi stormu.
Kadangkala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa.
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini aku lebih banyak beristigfar, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari. Di dalam laci aku kau kau pendamkan.
Dulu...Pagi-pagi..Surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang aku kau baca beramai-ramai bersama teman-temanmu di surau.
Sekarang...Seawal pagi, sambil minum kopi..Kau baca surat khabar dahulu.
Waktu lapang kau baca buku karangan manusia.
Sedang aku yang berisi ayat-ayat yang datang daripada ALLAH Azza Wajalla.
Engkau abaikan dan engkau lupakan.
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Bismillah)
Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di komputermu pun kau putarkan muzik kegemaranmu.
Jarang sekali engkau putarkan ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu.
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.
Tidak ada kaset yang berisi ayat ALLAH di dalam keretamu.
Sepanjang perjalanan radiomu sentiasa tertuju ke stesen radio kesukaanmu.
Mengasyikkan.
Bila malam tiba, engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan televisyen.
Menonton siaran televisyen.
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah.
Waktu pun cepat berlalu.
Aku semakin kusam dalam lacimu.
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.
Seingatku, awal Ramadhan baru engkau membacaku kembali.
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz tidak semerdu dahulu.
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku.
Atau ketika kematian saudara atau taulanmu.
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba.
Engkau akan diperiksa oleh malaikat-malaikatNYA.
Apakah televisyen, radio, hiburan dan komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat ALLAH yang ada padaku yang menolongmu.
Itu janji Tuhanmu. ALLAH S.W.T.
Sekarang engkau begitu leka membuang waktumu.
Setiap saat yang berlalu dan akhirnya.
Kubur yang setia menunggumu.
Engkau pasti kembali.
kempali kepada Tuhanmu.
Jika engkau selalu membaca dan menghayati aku.
Di kuburmu nanti aku datang sebagai seorang pemuda gagah dan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri.
Dalam perjalanan ke akhirat.
Sunday, 23 December 2012
Sebuah Cerita Secalit Rasa (Akhir)
Ujian yang pertama untuk Zahira adalah dengan kehadiran Farid kembali. Farid menghantar SMS kepadanya. Zahira membalas SMS itu dengan memberitahu bahawa dia tidak dapat berhubung dengan Farid lagi. Farid tidak dapat menerima keputusan itu. Namun Zahira tetap dengan keputusannya. Alhamdulillah. Dia dapat bertahan dengan ujian yang pertama itu.
Setelah itu, ujian yang kedua pula hadir dalam hidupnya. Kehadiran semula Haiqal dalam hidupnya. Zahira tewas dengan ujian itu kerana kasihnya pada Haiqal. Mereka berhubung seperti biasa. Suatu hari, Haiqal meminta gambar Zahira kerana dia terlalui ingin mengenali Zahira. Zahira takut untuk menghantarnya kerana bimbang Haiqal tidak mahu berteman dengannya lagi selepas itu. Namun akhirnya Zahira memberikan jua gambarnya kepada Haiqal. Haiqal la lelaki pertama dan terakhir yang menerima gambar Zahira. Beberapa hari kemudian, Haiqal tidak menghantar SMS lagi kepada Zahira. Zahira menghantarkan SMS kepada Haiqal, namun tiada jawapan yang diterimanya. Zahira berasa sangat dengan keadaan itu. Dia sangat menyesali apa yang telah dilakukannya. Dia tewas dengan nafsunya. Sekali lagi Zahira menangis memohon ampun dari ALLAH. Dia sentiasa menunaikan Qiam. Membaca Al-Quran untuk mendekatkan dirinya pada ALLAH. Untuk mencintai kekasihnya Yang Abadi itu. Alhamdulillah. Zahira berasa sangat tenang. Hatinya berasa begitu dekat ALLAH. Dia meluahkan semuanya kepada ILAHI. Menceritakan kesilapannya yang lalu.
Sekali lagi Zahira diuji dengan kehadiran lelaki dalam hidupnya. Seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Menghulurkan salam perkenalan dengan menghantarkan SMS kepadanya. Zahira berasa berdepan. Namun Zahira membalas SMS itu bertanyakan siapa lelaki itu dan dri mana lelaki itu mendapatkan nombornya. Lelaki itu memberitahu bahawa namanya ialah Hafi dan Zahira memang tidak mengenalinya dan dia juga tidak mengenali Zahira. Dia memberitahu Zahira menganggapnya adalah aturan dari ALLAH. Zahira tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lelaki itu. Dia tetap ingin mengetahui dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya. Lelaki itu memberitahu bahawa dia pernah terbaca blog Zahira. Dari situ, dia cuba mendapatkan maklumat tentang Zahira. Dia memberitahu bahawa dia merupakan lulusan dari sebuah universiti di luar negara dan sepanjang disana, dia belajar tentang ilmu untuk mendapatkan maklumat daripada komputer. jadi tidak susah baginya untuk mendapatkan nombor Zahira. Dia meminta maaf kerana menceroboh hak peribadi Zahira. Tidak lama kemudian, Zahira menghantar SMS kepada Hafiz memberitahu bahawa dia tidak mampu untuk membalas salam perkenalan dari Hafiz. Dia menganggap kehadiran Hafiz adalah ujian daripada ALLAH untuknya.. Hafiz tidak membalas SMS itu dan hanya mendiamkan diri. Sungguhpun begitu, Zahira tetap tidak tenang. Hatinya meronta untuk mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan Zahira lalai seketika. Dia tidak dapat bangun untuk menunaikan Qiam seperti yang menjadi kebiasaanya. Zahira berasa sedih dengan keadaan itu. Dia memohon ampun. Berdoa semoga ALLAH memberikan ketabahan buat hatinya. Alhamdulillah. Dia merasa tenang selepas itu. Dia tidak lagi memikirkan dan menagih cinta daripada manusia. Baginya, yang paling penting adalah untuk dia mencintai ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W.
Daripada kisah Zahira, dapat kita simpulkan bahawa untuk menjaga hati adalah satu perkara yang terlalu sukar. Sentiasalah berusaha untuk melawan nafsu dihati kita. Kita terlalu sibuk mencari cinta daripada manusia. Menagih cinta daripada manusia. Tapi kita selalu lupa untuk mencari cinta ILAHI. Kita mengaku mencintai ALLAH dan Rasulullah. tapi semua tu hanya kata dibibir. Kita tak pernah buktikan cinta itu. Kita manusia yang bersifat lalai dan lemah. Sebab tu ALLAH Maha Pengampun. Dia sentiasa menunggu kita. Menunggu kita menagis keranaNYA. Semoga kita semua mampu untuk menghadapi ujian daripada ALLAH untuk kita. Ujian itu adalah tanda cintanya Dia pada kita. Dia rindu nak dengar suara kita. Sebab itu dia menghadirkan ujian untuk kita. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengalirkan airmata untuk kita. Baginda tak kenal kita. Tapi baginda mampu untuk menangis kerana merindui kita. Teringat satu ayat yang pernah ana baca APA ERTINYA CINTA KEPADA MANUSIA JIKA CINTA DAN RINDU RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH KITA BALAS. marilah sama-sama kita berusaha untuk mencinta ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W. In sya ALLAH ketenangan akan hadir dalam hidup kita. serahkan semuanya pada ALLAH kerana Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita.
(maaf andai ana melakukan kesilapan. Tegurlah agar ana dapat membaiki segala kelemahan itu. in sya ALLAH)
Sebuah Cerita Secalit Rasa 2
Assalamualaikum wrh. Untuk post kali ni, ana nak sambung tentang kisah Zahira yang pernah diceritakan pada post sebelum ini. Tentang Zahira yang berkenalan dengan ramai lelaki. Kerana baginya, hubungan dengan lelaki itu diizinkan selagi tidak membicarakan tentang perasaan.
Zahira berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Farid. Farid merupakan seorang pelajar disebuah pondok. Perkenalan mereka bermula apabila Farid tersilap menghantar SMS padanya. Farid banyak bercerita tentang agama padanya. Farid juga pernah meminta Zahira untuk menjadi teman istimewa dalam hidupnya. Namun Zahira tetap dengan pendiriannya. Dia berteman biasa dengan Farid. Namun mereka sering berbicara tentang perkara yang berkaitan hati. Tentang cinta. Tentang rindu. Mereka seringkali berbual melalui telefon. Farid meminta Zahira untuk menghantarkan gambar Zahira kepadanya. Zahira tetap menolak dengan alasan dia tidak pernah memberikan gambarnya kepada lelaki. Mereka berhubung seperti biasa. Namun tidak lama kemudian, Farid pergi menyepi.
Suatu hari, seperti biasanya Zahira berfacebook. Zahira menyertai satu group yang cukup popular dalam laman sosial itu. Ruang yang membicarakan tentang agama. Zahira mengepos sesuatu dilaman itu tentang agama. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki memberikan komen pada statusnya. Setelah itu, lelaki itu meminta untuk menjadi teman Zahira di facebook. Zahira menerimanya. Bermulalah perkenalan mereka. Walaupun baru sahaja berkenalan, hubungan mereka sangat rapat walaupun tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Zahira selesa berteman dengan Haiqal. Haiqal merupakan seorang lelaki yang sangat baik. Untuk kali pertamanya, Zahira berbual dengan Haiqal melalui telefon. Haiqal meminta nombor telefon ibubapa Zahira kerana dia memberitahu bahawa dia ingin menelefon orang tua Zahira untuk meminta izin dari mereka untuk bersahabat dengan Zahira. Zahira memberikan nombor orang tuanya kepada Haiqal. Setelah itu, Zahira memberitahu orang tuanya tentang Haikal. Ibubapanya memberitahu bahawa Haiqal telah banyak kali menelefon mereka namun tidak pernah dijawab. Zahira sentiasa berhubung dengan Haiqal. Haiqal meminta gambar Zahira. Namun Zahira tidak memberikannya. Haiqal memahaminya. Zahira menyukai Haiqal. Dia sangat gembira apabila mengetahui bahawa Haiqal juga menyukainya. Namun Zahira tetap dengan pendiriannya. Haiqal juga tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana perempuan. Mereka berteman seperti biasa. Namun tidak lama kemudiaan, Haiqal mendiam tanpa kata. Zahira pernah beberapa kali cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.
Zahira berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Ryzal. zahira menemui nombor telefon Ryzal didalam sebuah buku. Lantas Zahira menghantar SMS kepada Ryzal seperti biasa untuk berkenalan dengannya. Ryzal berumur muda setahun dari Zahira. Mereka tidak pernah berjumpa kerana tinggal berlainan negeri. Zahira menjadikan Ryzal sebagai adik angkatnya. Zahira berhubung baik dengan Ryzal. Mereka sentiasa berkongsi cerita. Ryzal pernah meminta Zahira untuk menghantarkan gambar Zahira kepadanya. Namun Zahira menolak kerana dia tidak mahu memberikan gambarnya kepada lelaki. Zahira banyak menasihati Ryzal dalam perkara yang berkaitan agama kerana Ryzal berasal dari sekolah menengah biasa. Banyak yang tidak diketahuinya. Ryzal merupakan seorang lelaki yang baik. Ryzal mempunyai seorang teman wanita. Kerana itu, Zahira banyak menasihatkan Ryzal tentang perkara yang berkaitan cinta. Suatu hari, Ryzal memberitahu Zahira bahawa hubungan cintanya dengan teman wanitanya telah terputus. Zahira memberikan nasihat kepadanya. Meminta Ryzal bersabar dan menyerahkan semuanya pada ALLAH. Namun tidak lama selepas itu, Zahira meninggalkan Ryzal.
Suatu hari, Zahira mengar tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang sangat popular. Tazkirah yang berkaitan tentang ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Zahira menangis mengenangkan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Dia menyesal. Dia nekad ingin berubah. Kerana itulah dia meninggalkan Ryzal. Kerana kasih dan sayang ALLAH pada hambanya, ALLAH menghadiahkan ujian untuk Zahira. Untuk menguji sejauh mana keikhlasan hati Zahira untuk kembali ke jalanNYA.

Saturday, 22 December 2012
Sebuah Cerita Secalit Rasa
Assalamualaikum wrh sahabat-sahabat semua. Sudah lama rasanya ana tak update blog ana ni. Pertama sekalli, ana nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana sudi singgah di blog ana yang tak seberapa ni. Ana harap, sahabat-sahabat semua mendapat manfaat daripada blog ana ni. Kali ni ana nak cerita lagi pasal topik hangat yang sering menjadi bualan masa kini. topik apa lagi kalau bukan topik CINTA. Ramai yang suka dengan topik ni. Apa maksud CINTA sebenarnya? Apa itu CINTA? Setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza tentang maksud CINTA. Tapi ana yakin, ada persamaan dalam pentafsiran makna CINTA itu iaitu rasa kasih sayang. CINTA adalah rasa yang ALLAH anugerahkan dalam diri setiap manusia. Tipulah kalau seseorang itu mengatakan tiada cinta dalam hati dia. Di sini, ana ceritakan satu kisah. Harap sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar daripada cerita ini.
Zahira, merupakan seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kampung. Zahira merupakan seorang yang sentiasa menjaga auratnya. Dia sentiasa memastikan auratnya ditutup dengan sempurna. Sungguhpun Zahira dapat menjaga auratnya sedemikian rupa, namun dia tidak mampu menjaga hatinya. Ya. Sungguh sulit untuk menjaga perkara yang berkaitan hati. zahira diuji dengan kehadiran ramai lelaki dalam hidupnya. Ada yang dikenalinya, dan ada yang merupakan kenalan SMSnya sahaja.Ada yang dia sering bertemu dan ada yang tidak pernah ditemuinya.. Kehadiran lelaki-lelaki itu membuatkan Zahira hanyut dalam dunianya sendiri. Amir, merupakan salah seorang rakan kenalan Zahira di telefon. Amir belajar disekolah yang sama. Amir merupakan seorang lelaki yang sangat kacak dan menjadi idaman ramai pelajar disekolah itu. Amir berumur setahun lebih tua dari Zahira. Disebabkan terlalu ingin berkenalan dengan Amir, Zahira meminta bantuan rakannya untuk mendapatkan nombor telefon Amir. Akhirnya, Zahira berjaya mendapatkannya. Dia menghantar SMS kepada Amir untuk menghulurkan salam perkenalan. Amir menyambut huluran perkenalan itu. Mereka sentiasa berhubung melalui SMS. Bercerita tentang banyak perkara. Suatu hari, Amir meminta Zahira untuk menjadi teman istimewanya. Hati Zahira melonjak untuk menerimanya. Namun dia berpegang pada prinsip hidupnya yang dia tidak akan pernah bercinta kecuali selepas berkahwin. Lantas dia menolak Amir dengan memberikan nasihat kepada Amir bahawa cinta sebelum nikah itu tidak ada dalam Islam. Dan mereka tetap berhubung seperti biasa sebagai teman. Setiap kali pulang daripada melancong, Zahira tidak lupa untuk membelikan sesuatu buat Amir. Namun dia tidak memberikannya kepada Amir. Dia hanya menyimpan semua itu. Dia menyukai Amir kerana rupa Amir yang kacak. Setelah sekian lama, Amir meminta untuk berjumpa dengan Zahira. Dia ingin mengetahui siapa Zahira sebenarnya. Akhirnya Zahira bersetuju. Namun mereka hanya berpandangan.Sejak dari hari itu, mereka akan tersenyum papabila berjumpa antara satu sama lain. Zahira pernah meminjamkan novel kepada Amir. Salah seorang guru disekolah itu menjadi perantaraan antara mereka. Guru itu adalah ibu kepada Zahira. Tidak disangka pula, ayah kepada Amir merupakan teman sekelas ibu Zahira sewaktu sekolah dahulu. Zahira juga pernah memberikan hadiah untuk Amir. Namun tidak beberapa lama kemudian, Amir pergi menyepi dari hidup Zahira tanpa sebarang kata. Keadaan itu membuatkan Zahira sedih. Setelah sekian lama, Zahira membuang semua perkara yang berkaitan dengan Amir. Dia tidak mahu lagi mengingati Amir. Baginya, Amir hanya ingin mempermainkan dirinya. Amir tidak akan pernah menyukai perempuan yang tidak cantik sepertinya. Kenangan bersama Amir berlalu begitu sahaja.
Setakat ini dulu ana ceritakan kisah ni. Post yang akan datang nanti, ana akan sambung lagi tentang perjalanan hidup Zahira yang sentiasa berperang dengan nafsu hatinya. In sya ALLAH. Natikan sambungannya ye.
Sunday, 15 July 2012
Corakan Cinta
Bismillahirrahmanirrahim...Asslamualaikum...Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk melakar kata di sini. Pertamanya saya ingin memohon maaf andai ada yang terasa dengan coretan saya ini. Baiklah. Kita mulakan..Ehem3..hehe.. Kebelakangan ni, topik tentang hati telah menjadi satu topik yang hangat dibicarakan oleh remaja masa kini. Ramai yang share sesuatu berkaitan dengan hati ini terutamanya kat facebook.
Tu salah satu gambar yang berbicara tentang hati. Mesti ramai yang mengetahui maksud di sebalik ayat tu kan...Hmm.. Setiap manusia mesti pernah jatuh cinta. Perasaan tu memang satu anugerah yang ALLAH hadiahkan pada setiap hambaNYA. Cuma menjadi tugas kita untuk mencorakkan cinta itu dengan lakaran yang sepatutnya seperti yang diajar dalam Islam. Jangan sampai kita jatuh cinta terhadap seseorang tu lebih daripada cinta kita terhadap ALLAH. Mungkin jatuh cinta itu boleh menggembirakan kita dan mungkin juga bisa menyakiti. Sebab tu kalau kita jatuh cinta, jangan kita harapkan cinta juga sebagai balasan. Kerana tidak semestinya kita mencintai seseorang yang mencintai kita. Andai kita jatuh cinta, serahkan rasa itu pada ALLAH. Berdoa pada dia agar cinta itu tidak dicemari dengan nafsu. InsyaALLAH, andai ALLAH takdirkan dia jodoh kita, cepat atau lambat, jauh atau dekat, ALLAH akan satukan hati kita dengannya. Apa yang perlu kita buat, dekatkan diri kita dengan ALLAH. Berdoa pada DIA agar kita mampu mengawal rasa cinta itu. Berdoa padaNYA agar cinta yang lahir dari hati kita ikhlas kerana ALLAH dan bukan kerana nafsu. Ada yang jatuh cinta kerana paras rupa, dan ada yang jatuh cinta kerana harta. Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.. (ayat dalm citer hoorey2) .
Kadang-kadang seseorang itu terlalu sibuk mengejar kesempurnaan pada diri pasangannya sehinggakan dia lupa akan kekurangan dirinya sendiri. Sebab tu kalau kita mahukan pasangan yang soleh, jangan terlalu memilih untuk mencari yang soleh tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang solehah. Begitu juga sekiranya menginginkan seseorang yang solehah. Jangan terlalu sibuk memilih untuk mencari yang solehah, tetapi berusahalah untuk menjadi yang soleh. Betul kan. Dalam Al-Quran pun ada sebut dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud (Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat. Lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat. Perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik dan lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu orang yang baik terlepas dari tuduhan yang mereka katakan dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia)
Kalau kita mencorakkan cinta itu seperti yang diajar dalam Islam, insyaALLAH ia akan menjadi sangat indah. Tapi andainya kita mencorakkan cinta itu dengan cara yang salah, bagaimana kita nak mengharapkan keberkatan dalam hubungan cinta itu. Kesimpulannya jatuh cinta itu tak salah sebab ia memang fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk mencorakkan cinta tu. kalau betul warna yang digunakan, maka cantiklah cinta itu.
So, kalau kita jatuh cinta berdoalah pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya. Tapi kalau tak, InsyaALLAH ada insan yang lain yang telah ALLAH ciptakan untuk kita. Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. InsyaALLAH. Amin.
Sekian...Terima kasih..
Friday, 17 February 2012
Menanti Cinta
Sejak lama aku berdiri
Dalam sepinya rongga hati
Tak satu pun burung
Mampu menjawab
*
Hanya padaMu ku bertanya
Lewat setiap sujudku ini
Siapakah nanti
Cinta untukku
Reff:
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan kisah dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Repeat *
Wahai penilai hati lihat batinku
Nyaris bernanah karna luka tersayat
Merana menantikan cinta dan kasih hidupku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku
Rahasia itu hanya Kau yang tahu
Namun aku tak mau jadi tuna cinta
Namun harus ku ikhlaskan semua nasib cintaku padaMu

Di Atas Satu Cinta
Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakahku masih bisa
Terus melangkah
Serpihan hidupku
Kan ku bangun
Di atas satu cinta
Subhanallah
Aku mencintainya
Subhanallah
Aku menyayanginya
Dari ufuk timur
Hingga ke barat
Selalu dihatiku
Suke sangat dengar lagu ni!!!!!!!!!!
Bagaikan lembaran waktu
Apakahku masih bisa
Terus melangkah
Serpihan hidupku
Kan ku bangun
Di atas satu cinta
Subhanallah
Aku mencintainya
Subhanallah
Aku menyayanginya
Dari ufuk timur
Hingga ke barat
Selalu dihatiku
Suke sangat dengar lagu ni!!!!!!!!!!
Thursday, 16 February 2012
Khilaf
Lihat mangga itu......Berada tinggi di puncak dahan.....Menanti untuk masak ranum.....Namun mangga itu tidak mampu......Untuk bertahan dalam penantiannya.....Pabila dia melihat mangga yang lain dipetik....."Kenapa diriku belum dipetik?"berbicara mangga sendiri.....Lalu tanpa sedar.....Mangga itu menggugurkan dirinya.....Jatuh menyembah tanah.....Betapa khilafnya mangga itu.....ALLAH telah menciptakan dirinya begitu istimewa.....Masak ranum di dahan.....Agar mereka yang benar-benar menginginkan mangga itu.....Berusaha untuk mencapainya.....Walau sesukar apapun.....Namun mangga itu khilaf.....Ia telah menggugurkan dirinya.....Mangga itu hanya mampu berharap.....Masih ada sinar untuk hidupnya......Menjernihkan kembali khilaf diri.....Dengan hadirnya keikhlasan hati.....
Mencari CintaMU 2
Ya ALLAH
Hamba berdosa Ya ALLAH
Hamba malu pada diri hamba sendiri
Hamba malu
Bebunga indah yang telah sekian lama
Dilindungi dalam kuntumannya
Tersimpan jauh disudut sanubari
Kerana bebunga itu khuatir
Dirinya disalah erti
Namun ketika bebunga itu mulai mekar
Dia lupa akan kuntumannya
Yang sebelum ini melindunginya
Menanti untuk diwarnai
Dan untuk seketika
Bebunga itu alpa
Hingga akhirnya
Kelopaknya berguguran
Bertaburan membajiri tanah
Bebunga itu menyedari khilaf diri
Namun semua itu sudah berlalu
Tidak mampu diundur kembali
Bebunga itu menanti
Sinar yang baru untuk menerangi
Hidupnya yang pudar mewarnai diri
Ya ALLAH
Ampunilah hambaMU ini
Di atas khilaf diri ini
Tenangkanlah hati ini
Tabahkanlah hati ini
Dalam usahaku
MENCARI CINTAMU.......
Saturday, 11 February 2012
Mencari CintaMU
Ya ALLAH
Kalbuku ini menangis
Menangis dalam mencari cintaMU
Menangis dalam meraih cintaMU
Ya ALLAH
Sungguh sulit menyusuri arus ini
Bergunung halangan ditempuhi
Aku memutuskan sesuatu yang sukar
Untuk diri ini menerimanya
Hingga kalbu ini terluka
Ya ALLAH
Aku tekadkan kalbuku ini
Untuk menjauh dari semua itu
Aku sirami nafsu yang menguasai diri
Namun tak semudah yang dibayangi
Ya ALLAH
Semakinku cuba menghindari
Semakin mendekat ia di hati
Aku yakini kalbu ini
Untuk tabah menjernihkan semuanya
Agar diriku ini
Bisa mendekatiMU
Ya ALLAH
Bantulah hambaMU ini
Kuatkanlah kalbuku ini
Sepanjang perjalananku
Mencari cintaMU
Ya ALLAH...Mudahkanlah segala urusan dalam kehidupanku...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha memudahkan atas setiap kesulitan...Tabahkanlah hati ini Ya ALLAH...Dan jagalah hati ini agar tidak berpaling dari cintaMU....Amin Ya Rabbal Alamin...
Subscribe to:
Posts (Atom)