Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 29 December 2011

RENUNGAN



Biar kepahitan itu pergi.agar kemanisan mengisi.

Biar kekecewaan berlalu.agar kegembiraan mewarnai.

Biar kegelisahan lenyap.jangan kita hilang semangat.

Biar penderitaan itu menyapa.agar kekuatan kita menjana semula.

Biarlah diri ini derita.agar aku tahu kepahitan derita ini.

Agar aku sedar kesengsaraan ini.

Tak sama bahkan hanya secebis.

Dari penderitaan Rasulullah saw

Tuhan sesekali  tidak menzalimi hamba-Nya.

Tapi manusia yang menzalimi diri sendiri

Cahaya kelam pahala dosa

Berupaya memilihnya

Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu

Namun peluang dari-Nya sentiasa ada

Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi

Diturunkan ad-din memperhiasi akal

Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak

Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti

Menjadi sebaik baik umat,tunduk sebagai hamba

Berjalan sebagai khalifah

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata ‘’iman’’

Menyemai sepohon ‘’taqwa’’

Agar dapat berteduh dari kepanasan ‘’nafsu’’

Agar dapat berlindung dari angin hasutan ‘’syaitan’’

Dalam mencari ‘’KEREDHAAN ALLAH SWT’’…..



                    Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui olehNYA.................

                Manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan..ALLAH S.W.T itu Maha Pengasih.ALLAH S.W.T itu Maha Pengampun..Menerima hamba-hambaNYA yang ingin kembali ke jalanNYA........



                                      
    Ya ALLAH..Ampunilah segala dosa-dosa hamba.
Tunjukilah hamba jalan yang lurus.Jalan yang Engkau redhai.   

Monday 26 December 2011

CERPEN "DOA CINTA"






 “Aisyah..Jom gi library jap..Saya nak buat ulangkaji sikit.Boleh tak?”,tanya Jamilah kepada sahabat karibnya Aisyah.Aisyah memandang kepada sahabatnya itu.Dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya sambil berkata “Okay.Jom”,jawab Aisyah.Jamilah memeluk Aisyah dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Mereka berjalan beriringan menuju ke perpustakaan.Dalam perjalanan Jamilah yang beperwatakan kelakar itu mengusik Aisyah.Aisyah hanya tersenyum.Dia senang dengan sikap Jamilah yang selalu ceria.Dia mengenali Jamilah sejak mereka masih kecil lagi kerana mereka berjiran.Sejak zaman persekolahan mereka sentiasa bersama.Dan alangkah gembiranya mereka sewaktu mendapat surat tawaran dari universiti yang sama.Mereka belajar di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Ilmu Wahyu.


       Apabila mereka sampai disana,Rabiatul kawan mereka dari jurusan yang sama menegur mereka.Mereka berjalan menuju ke arah Rabiatul dan duduk disampingnya.Mereka mengulangkaji bersama-sama.Tidak lama lagi,mereka akan menghadapi peperiksaan terakhir mereka sebagai seorang mahasiswi untuk mereka meneruskan kehidupan yang lebih mencabar pada masa hadapan.Selesai mereka mengulangkaji,kedengaran azan Asar berkumandang.Mereka bertiga diam.Selesai azan berkumandang,Aisyah berdiri dan berkata “Biey,Jamilah..Jom balik dorm.Kita solat berjemaah.Nanti kita nak beli makanan pulak”.Jamilah dan Rabiatul bangun dan mereka berlalu meninggalkan perpustakaan.
     Malam itu,seperti malam-malam kebiasaannya,Aisyah bangun di tengah malam saat semua sahabatnya sedang tidur.Selepas selasai berwudhuk,Aisyah bersedia di sejadahnya untuk menunaikan solat-solat sunat.Aisyah merupakan seorang gadis solehah sehinggakan dia mampu memendamkan perasaannya terhadap seorang lelaki.Aisyah telah lama menyukai seorang lelaki di kampungnya.Sejak dari sekolah menengah lagi.Lelaki itu merupakan seorang lelaki yang sangat soleh.Lelaki itu bersekolah ditempat yang sama dengannya .Tetapi dia tidak pernah memberitahunya kepada sesiapapun termasuklah sahabat karibnya,Jamilah.Perasaanya itu dipendam di dalam hati.Dia menyerahan semuanya kepada ILAHI.Dia tidak mahu rasa itu merampas rasa cinta pada DIA yg lebih Sempurna.Dia sentiasa berdoa diakhir solatnya.

Ya ALLAH
Seandainya telah engkau catatkan dia untukku.
Tercipta untukku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku dengan ikatan yang halal disisiMU.
Tuntunlah hatiku agar sabar menanti waktu itu.
Dan Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Jagalah hati ini agar tidak berpaling dariMu.
Janganlah rasa ini melebihi rasa kasih dan cintaku kepadaMU.
Sesungguhnya hanya Engkau cinta yg abadi.
Namun andainya dia tidak ditakdirkan untukku.
Berikanlah aku kekuatan.
Untuk melontarkan bayangannya.
Hilang dari hatiku.
Redhakanlah aku dengan takdirmu.
Berikanlah jodoh yg terbaik untukku.
Yang mencintaiMu.
Yang hatinya tertaut padaMU.
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.
Jagalah hati ini Ya ALLAH.
AMIN….
         
       Pada suatu hari,Aisyah tertinggal diarinya didalam kelas.Selalunya Aisyah tidak membawa diarinya ke kelas.Jamilah ternampak diari itu sewaktu dia masih lagi menyiapkan tugasannya sementara Aisyah telah pulang terlebih dahulu untuk menunaikan solat.Jamilah mendapatkan diari itu dan membukanya.Jamilah membuka diari itu untuk mengetahui siapa pemiliknya.Apabila mengetahui pemiliknya adalah Aisyah,tanpa disedari,dia membaca diari tersebut.Selesai membaca diari itu,Jamilah sangat terkejut.Dia tidak pernah menyangka selama ini sahabat karibnya itu memendam perasaan jauh disudut hatinya untu waktu yang lama.Betapa suci hatinya.Tidak mahu perasaan yang suci itu dicemari.Jamilah membawa diari itu balik ke dormnya.Sewaktu Jamilah sampai dibiliknya,Aisyah baru selesai membaca Al-Quran.Kawan mereka yang lain keluar membeli makanan.hanya mereka yang berada di dorm waktu itu.
         Jamilah mendekati Aisyah.Aisyah bertanya”Milah baru balik?Dah siap semuanya?”.Jamilah hanya terdiam.Airmatanya mengalir.”Jamilah.Kenapa ni?Awak sakit ke?”tanya Aisyah.Tiba-tiba Jamilah memeluk Aisyah dan menangis dibahunya.Aisyah mengusap kepala Jamilah sambil bertanya”Jamilah.Kenapa ni?Bagitahulah”.Jamilah memandang Aisyah dan mengukir kata “Aisyah.Milah minta maaf.Milah terbaca diari Aisyah.Milah betul-betul minta maaf”.”Aisyah memandang sahabatnya itu dan berkata “takpela Jamilah.Saya tak marah pun.Tapi kenapa awak nangis?Jamilah menjawab “Saya tersentuh dengan cinta awak.Saya tak pernah sangka yang awak setabah itu.Memendam cinta selama bertahun tanpa meluahkan kepada sesiapa.Hanya pada DIA awak berserah.Betapa sucinya perasaan itu.Saya kagum dengan awak”.Mereka berpelukan antara satu sama lain.Aisyah berkata “Cinta yang sejati itu hanya cinta kepada ILAHI.Andai hadirnya rasa cinta terhadap seseorang kerana ALLAH,dan ALLAH telah takdirkan dia jodohnya,lambat atau cepat,pasti akan bersatu.InsyaALLAH.
         Beberapa tahun kemudian,Aisyah dan Jamilah telah menamatkan pengajian mereka dan telah bekerja.Jamilah pernah bertanya kepada Aisyah sewaktu mereka sedang berbual selepas selesai  menyiapkan tugasan mereka.Jamilah bertanya “Aisyah..Awak masih mencintai dia?”namun Aisyah hanya tersenyum memandang Jamilah.Dia tidak menjawab pertanyaan itu.Namun Jamilah memahaminya.
         Suatu hari,sewaktu Aisyah pulang dari tempat kerjanya,dia terlihat sebuah kereta yang tidak dienali dihadapan rumahnya.Dia memasuki rumah dan memberi salam “Assalamualaikum”.Aisyah melihat sepasang suami isteri yg sebaya ibu dan ayahnya sedang duduk di atas sofa.Aisyah bersalaman dengan wanita itu. Kemudian dia meminta izin untuk masuk ke biliknya.tidak lama kemudian,ibu Aisyah memasuki biliknya.Dia berkata “Aisyah.Tetamu kita diluar datang membawa hajat.”Aisyah bertanya’’Hajat ape ibu”?”Hajat melamar kamu untuk  anak mereka,”sambung ibunya.Aisyah terkejut.”Siapa ibu’’?tanya Aisyah lagi.Ibunya memberitahu nama lelaki itu dan menunjukkan gambarnya.Alagkah terkejutnya dia apabila mengetahui lelaki yg melamarnya adalah lelaki yang selama ini ada dalam doanya.Ibunya juga menyerahkan sepucuk surat kepada Aisyah daripada lelaki itu.Aisyah membuka surat itu dan membacanya.Di dalamnya tertulis
*Bismilahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Aisyah.
   Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

Aisyah.Maafkan saya andai saya mengejutkan awak.Cinta yg telah lama terpendam dalam hati ini,saya ingin akhirkan dengan ikatan yang sah dalam Islam.InsyaALLAH.Saya telah menunaikan solat isthikarah untuk memohon petunjukNYA.Alhamdulillah.Saya temui jawapannya.Saya berharap agar awak sudi terima saya sebagai suami yang sah dalam hidup awak.InsyaALLAH,saya akan menjaga,menyayangi dan membimbing awak.*
                                                                                                                                           Yang benar
                                                                                                                                          (AIMAN)
     
        Rupa-rupanya Aiman juga mencintainya.Selesai membaca surat itu,Aisyah menangis.Dia tidak pernah menyangka doanya dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T..Aisyah sujud syukur dan memeluk ibunya.Dia menerima lamaran itu.
         Akhirnya,Aiman dan Aisyah selamat disatukan.Doa cinta Aisyah telah dimakbulkan.Aisyah berdoa kepada ILAHI
YA ALLAH
BETAPA AGUNGNYA CINTAMU
ENGKAU MEMAKBULKAN DOAKU
AKU BERSYUKUR KEPADAMU
KAMU TELAH MEMBERIKAN JODOH YANG TERBAIK UNTUKKU
JAGALAH CINTA KAMI INI
AGAR SENTIASA DIBAWAH RAHMATMU DAN REDHAMU
DAN BANTULAH KAMI UNTUK MENCAPAI CINTAMU YANG HAKIKI
AMIN YA RABBAL ALAMIN…

                                      TAMAT

IN THE NAME OF LOVE



When eyes
Are tested by the sweetness
Of your smile
Feelings that seems gone
Flourish into new hope

And for a moment
I was cast back into the
World of illusions
Until I forgetten
That the journey of my life
Made a detour

I regained consciousness
After being asleep
By the touch of the sweet 
Cares of love

I want to hide
The dreams I kept  
Reluctant to occupy myself
(with The Lord)
Worry with it splendours
My feelings of love were taken away
For YOU (who is) very perfect

It's not easy
To breath in the spirit of a servant
(of God)
And I have tried
To avoid the spell of illusion
Cause there is no(other) way
I turns towards HIM
If your punishment in anger
Is not to severe

In the name of love(ALLAH)
In such righteouness
I was (still) denying fact
That life is temporal
May it accumulate
Every sacrifice
So that a torch will shine a light
(on) Your righteouness

Let it (shine) for me personally
Until the end of my life
from His love no loneliness
Can originate
Because verily love itself
Are You,the only One
This heart was submerged
In real love
Until I felt  
His blessings..............
His heaven.................
His love...................   

Sunday 25 December 2011

BICARA TARBIYAH


JAWAPAN ALLAH KPD PERSOALAN SEPANJANG HIDUP KITA

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?
**"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka.Maka sesungguhnya ALLAH mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya DIA mengetahui org2 yg dusta."-surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TA DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
**"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu.ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."-surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN NI?   
**"ALLAH tidak embebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."-surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?TENSION?LEMAH SEMANGAT?
**"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya jika kamu org2 beriman."-surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
**"Wahai org2 yg beriman!Bersabarlah kamu(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yg berkebajikan)dan kuatkanlah kesabaran kamulebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanandi daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kpd ALLAH supaya kamu berjaya mencapai kemenangan)."-surah Al-Imran ayat 200
**"Dan mintalah pertolongan (pd ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang.Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali bagi org2 yg khusyuk."-surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI?
**"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari org2 yg mu'min diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....-surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
**"Cukuplah ALLAH bagiku,tida ada Tuhan selain diriNYA.Hanya kepadaNYA aku bertawakkal."-surah At-Taubah ayat 129

ARGHH AKU TAK TAHAN!!!!!!!!!!!AKU DAH BOSAN!!
**"Dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat ALLAH.Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat ALLAH melainkan kaum yg kafir."-surah Yusuf ayat 12

RENUNG DAN REDHALAH TERHADAP KETENTUAN ALLAH
**"Janganlah kamu lihat siapa yg berkata tapi lihat apa yg dikatakannya."..Saidina Ali.ra            

Saturday 10 December 2011


Kerinduan hanya datang..........Setelah kita kehilangan seseorang yang amat bererti dalam hidup kita.....Pada waktu itu penyesalan sudah terlewat......Itulah yang terjadi dalam hidupku....Ku kehilangan insan yang amat ku sayangi.....Dahulu....Waktu kami masih lagi bersama....Ku tidak menghargai kewujudannya....Sebagai seorang teman......Yang menemani di setiap detik kehidupanku.......Ku terlalu tega membuat dirinya terluka......Sering kali dirinya menitiskan airmata keranaku......Suatu hari......Dia mengutuskan warkah buatku.......Didalamnya terkandung seribu satu perasaannya terhadapku......Dia telah memutuskan untuk pergi buat selamanya dari hidupku.........Pada waktu itu.....Penyesalan tidak berguna lagi.....Tinggallahku sendiri.....Meratapi sebuah pemergian.........Yang disulami kesalan yang tiada penghujungnya.......Di akhir warkahnya.....Dia telah berpesan agar diriku belajar menghargai...Erti sebuah persahabatan @ perhubungan.....Pintaku agar kalian....Menghargai insan yang menyayangi kalian.....Sebelum mereka pergi.....Dan tidak kembali lagi..........



                      YOU WILL NEVER KNOW THE
                      
TRUTH OF HAPPINESS UNTIL YOU HAVE TRUE LOVE....YOU WILL NEVER KNOW WHAT PAIN REALLY IS UNTIL YOU HAVE ..............................LOST IT...................................