Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Tuesday 8 January 2013

Bila Al-Quran Mula Berbicara




Waktu engkau masih kanak-kanak,
Engkau laksana kawan sejatiku.
Dengan wudhuk, aku kau sentuh.
Dalam keadaan suci aku kau pegang.
Aku kau junjung dan kau pelajari.
Aku kau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari.
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa.
Nampaknya engkau sudah tidak berminat lagi padaku.
Apakah aku bahan bacaan yang tinggal sejarah?
Menurutmu aku mungkin bahan yang tidak menambah pengetahuanmu.
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.
Sekarang aku tersimpan rapi sekali.
Sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan.
Aku sudah engkau anggap sebagai pengisi stormu.

Kadangkala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa.
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini aku lebih banyak beristigfar, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari. Di dalam laci aku kau kau pendamkan.

Dulu...Pagi-pagi..Surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang aku kau baca beramai-ramai bersama teman-temanmu di surau.
Sekarang...Seawal pagi, sambil minum kopi..Kau baca surat khabar dahulu.
Waktu lapang kau baca buku karangan manusia.
Sedang aku yang berisi ayat-ayat yang datang daripada ALLAH Azza Wajalla.
Engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Bismillah)
Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di komputermu pun kau putarkan muzik kegemaranmu.
Jarang sekali engkau putarkan ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu.

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.
Tidak ada kaset yang berisi ayat ALLAH di dalam keretamu.
Sepanjang perjalanan radiomu sentiasa tertuju ke stesen radio kesukaanmu.
Mengasyikkan.

Bila malam tiba, engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan televisyen.
Menonton siaran televisyen.
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah.
Waktu pun cepat berlalu.
Aku semakin kusam dalam lacimu.
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.

Seingatku, awal Ramadhan baru engkau membacaku kembali.
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz tidak semerdu dahulu.
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku.
Atau ketika kematian saudara atau taulanmu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba.
Engkau akan diperiksa oleh malaikat-malaikatNYA.
Apakah televisyen, radio, hiburan dan komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat ALLAH yang ada padaku yang menolongmu.
Itu janji Tuhanmu. ALLAH S.W.T.

Sekarang engkau begitu leka membuang waktumu.
Setiap saat yang berlalu dan akhirnya.
Kubur yang setia menunggumu.
Engkau pasti kembali.
kempali kepada Tuhanmu.

Jika engkau selalu membaca dan menghayati aku.
Di kuburmu nanti aku datang sebagai seorang pemuda gagah dan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri.
Dalam perjalanan ke akhirat.