Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Monday 16 July 2012

Cinta Tanpa Bicara



Syakirin :Encik Alif Irfan. Tak nak balik lagi ke?
Irfan      :Kau ni kan. Masuk tak ketuk pintu. Ayat pulak skema.Belum lagi.Nak habiskan kerja sikit lagi ni.
Syakirin :Owh.Kalau macam tu aku balik dulu la Ir.
Irfan      :Okay.Tapi kau jangan lupa lak meeting esok dengan syarikat Berjaya Holdings tu.
Syakirin :Aku tak lupa la.Jagan risau.Aku balik dulu.Assalamualaikum.
Irfan      :Waalaikumussalam.
     Irfan meneruskan kerja-kerjanya sehingga jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Irfan mmengemas mejanya dan bersedia untuk pulang.Irfan merupakan seorang lelaki yang bekerjaya. Dia bekerja sebagai CEO di syarikat Bintang.Usianya telah mencecah 31 tahun.Namun dia masih belum berkahwin.Bukan tiada yang suka padanya,namun kerana dia terlalu memilih dalam mencari teman hidupnya.Dia mempunyai seorang adik perempuan yang belajar di sebuah universiti.

    Suatu petang, Irfan berbual-bual bersama ibu dan bapanya di halaman rumah.

Mama    :Irfan.Bila kau nak bawa calon menantu untuk kami?Kau tu bukannya muda lagi.
Irfan       :Ala mak.Rilek la.Awal lagi.Lagipun Ir belum jumpa yang sesuai lagi.
Mama    :Ye la tu.Mama nak kenalkan kau dengan Maisarah anak kawan mama tu kau tak nak.Budak tu
                baik orangnya.Berbudi bahasa.
Irfan       :Yang tu memang okay. Cuma kurang cantik sikit je.
Mama    :Kalau tu la yang kau kejar,sampai bila-bila pun kau takakn dapat cinta sejati.
Irfan       :Cinta sejati?Tu tak jadi hal la mak.Small matter.
Mama    :Ikut suka kau la Ir.Kau dah besar.Pilihlah hidup kau sendiri.Malas mama nak layan kau ni.Papanya
               pun satu.Diam je.Bukan nak nasihatkan anak dia ni.
     Namun papanya hanya tersenyum.
Mama    :Senyum je dia.
Irfan       :Papa pun sokong Ir kan pa.Mama jangan risau la.Ir ada prinsip hidup Ir sendiri untuk cari teman
               hidup Ir.Ir nak yang terbaik.Ir nak cari yang cantik macam Ratu Balqis.Kasih setulus Zulaikha.
               Sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah dan seistimewa Siti Khadijah.
Mama    :Tinggi cita-cita kau ye Ir.Dah la.Mama masuk dulu.Malas dah mama nak campur hal kamu.

    Ibunya berlalu pergi meninggalkan Irfan bersama papanya.Irfan puas kerana mamanya tidak akan lagi mendesaknya.Tambahan pula papanya hanya diam sahaja tanpa menuturkan sebaris kata.Irfan berpendapat bahawa papanya bersetuju dengannya.

Keesokannya di pejabat....

Irfan      :Tension la aku Syakir.Mama aku tu sibuk suruh aku bawa balik menantu untuk dia.
Syakirin :Dah tu apa yang tensionnya?Betul la apa mama kau cakap tu.Kau bukannya muda lagi.Aku ni pun
              dah ada seorang anak.
Irfan      :Bukan aku tak nak.Tapi masalahnya,aku belum jumpa yang sesuai.
Syakirin :Kau berharap yang terlalu sempurna Ir.Bila kau nak jumpa kalau kau terus macam tu.
Irfan      :Tak salah kan.Aku nak seorang yang dapat membahagiakan hidup aku.
Syakirin :Ye.Tak salah.Tapi kau lupa yang setiap manusia pasti ada kekurangan mereka sendiri.
Irfan      :Dah la.malas aku cakap dengan kau.Bukan nak sokong aku.Sama je macam mama aku.
Syakirin :Bukan macam tu la Ir.Aku cuma bagitahu je.Maaf la.
Irfan      :Dah la.


    Irfan berjalan keluar dari biliknya meninggalkan Syakirin terkebil sendirian.Syakirin pun tidak faham akan sikap temannya itu.Irfan berjalan menuju ke keretanya dan memandunya ke sebuah tasik.Dia duduk disitu sambil termenung.Tiba-tiba Irfan terpandang seorang wanita yang berbaju dan bertudung biru sedang menulis sesuatu bersama seorang remaja disebelahnya.Dia memerhatikan wanita itu dari jauh."Cantiknya perempuan tu",bicaranya dalam hati.Seketika kemudian,wanita tersebut bangun dan menuju ke sebuah kereta.Wanita itu memandu dan berlalu pergi tanpa menyedari bahawa dia diperhatikan.Irfan tersenyum sendirian dan berkata "Macam ni la yang aku nak.Sopan.Cantik".Irfan berjalan menghampiri keretanya dan berlalu pulang.

    Malam itu,selepas makan malam,Irfan duduk diruang tamu bersama mama dan papanya.

Irfan      :Mama.Papa. Ir rasa Ir dah jumpa jodoh Ir.
Mama   :Ye ke Ir?Siapa?
Irfan      :Yang tu Ir akan siasat.Ir jumpa kat tasik tadi.Cantik ma.Sopan pulak tu.
Mama   :Bagusla tu Ir.Nanti jangan lupa kenalkan kat mama dengan papa.
Irfan      :Okay mama.

    Di pejabat,Irfan menceritakan peristiwa itu kepada Syakirin.

Syakirin :Bagus la tu Ir.Aku harap kau akan bertemu jodoh dengannya.
Irfan      :InsyaALLAH.Amin.

    Sejak dari itu,Irfan sering melawati tasik itu untuk bertemu dengan wanita idamannya itu.Dia hanya memerhatikan wanita itu dari jauh tanpa mempunyai keberanian untuk menegurnya.Tahulah dia bahawa wanita itu sering berkunjung ke tasik itu bersama adiknya untuk menulis.Irfan semakin tertarik dengan wanita itu.

2 minggu kemudian..

Syakirin :Kenapa kau ni Ir.Monyok je.
Irfan      :Syakir.Aku tak tahu la.Aku memang dah jatuh cinta perempuan tu.Tapi aku takut nak tegur dia.
Syakirin :La.Cuba la beranikan diri tu.nanti melepas lak.Kau jugak yang gigit jari.
Irfan      :Nanti la aku cuba.


    Suatu hari,Irfan memberanikan dirinya untuk menegur perempuan tu.

Irfan      :Assalamualaikum.

    Wanita itu terkejut.Dia memandang ke arah Irfan dan hanya tersenyum.

Irfan      :Boleh saya kenal awak?Nama awak siapa?

    Namun wanita itu tetap tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan. Akhirnya adik wanita itu menjawab.

Amila     :Nama kakak saya Nur Madihah.
Irfan      :Owh.Cantik nama tu.Sebenarnya saya ada sesuatu nak bagitahu awak.Saya dah lama perhatikan
              awak.Saya rasa saya dah jatuh cinta kat awak.

     Wanita itu melarikan wajahnya dari memandang Irfan.Irfan hampa kerana wanita itu tidak sedikit pun menuturkan bicara.

Irfan      :Madihah.Cakaplah sesuatu.
Amila    :Maaf abang.Kakak saya bisu.Dia tak boleh cakap.
Irfan      :Apa????Bisu!!!Tidak..Ini pembohongan.
Amila    :Betul abang.Kakak saya kemalangan  hari tu.lepas tu dia terus jadi macam ni.
Irfan      :Macam mana wanita secantik awak adalah seorang yang bisu.Bodohnya aku.Rupa-rupanya selama
              ni aku jatuh cinta kat perempuan bisu.

     Tiba-tiba Madihah menangis.Dia terguris dengan kata-kata Irfan.

Amila    :Abang ingat semua manusia kat duniani sempurna ke?Abang jangan ingat abang ada rupa,cukup sifat
              dan abang boleh hina orang lain!!!!!!!!Abang ingat perempuan bisu ni tak layak untuk dicintai
              ke?????
 
     Irfan berlari meninggalkan Amila dan Madihah.Betapa terkejutnya hati Irfan bila mengetahui hakikat itu.Dia berlari meninggalkan wanita itu kerana terlalu kecewa.Dia tidak menyangka bahawa wanita yang dicintainya selama ini adalah seorang perempuan yang bisu.Dia tidak dapat menerima hakikat itu.

    Sesampainya dirumah,Irfan berlari masuk ke dalam rumah dan duduk diruang tamu.Mamanya memerhatikan kelakuannya.Dia menghampiri Irfan.

Mama     :Kenapa ni Ir?
Irfan        :Ir betul-betul kecewa ma.Kecewa sangat.
Mama     :Apa maksud Ir ni?Mama tak faham.
Irfan        :Perempuan yang Ir cerita kat mama hari tu rupa-rupanya bisu.Ir rasa tertipu.
Mama     :Kenapa pula kalau perempuan tu bisu?
Irfan        :Mama boleh tanya Ir kenapa?Ma.Bisu tu maknanya cacat.Takkan Ir nak kahwin dengan
                perempuan yang cacat.
Mama     :Ir.jaga sikit mulut kau tu.Semua tu dah takdir ALLAH untuk dia.Kamu yang salah.Bukan
                perempuan tu yang minta kamu untuk mencintai dia.tapi kau sendiri.

     Tiba-tiba papanya berjalan menuju ke arah Irfan dan berkata padanya.

Papa       :Ir.Papa diam selama ni bukan bermakna papa setuju dengan kamu.kamu tahu tak kamu ni
                seorang yang mementingkan diri sendiri.Kamu tak fikir ke perasaan perempuan tu?Kamu sibuk
                dengan prinsip kamu tu tapi kamu lupa.Untuk apa kamu berharap yang secantik ratu Balqis kalau
                tak seindah Sulaiman.Untuk apa mahukan kasih setulus Zulaikha jika diri tidak setampan Yusuf.
                Mengapa kamu berharap yang sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah jika diri tak seteguh Ibrahim.
                Mengapa dicari seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.Kamu terlalu
                sibuk mencari yang sempurna Ir.Tapi kamu lupa kekurangan yang ada pada diri kamu sendiri.
                Kamu lupa tu Ir.

    Setelah itu papanya berlalu.Kelihatan mata papanya sebak menahan tangis.Irfan tersentuh dengan kata-kata papanya tadi.Betapa berdosanya dia selama ini."Ya ALLAH.Betapa khilafnya hamba Ya ALLAH"'bicaranya dalam hati.Airmatanya mengalir.Dia berlalu ke biliknya.Seleps menunaikan solat fardhu maghrib,Irfan berdoa pada Ilahi.

Ya ALLAH.
Betapa berdosanya.
Hamba terlalu mengharap pada yang sempurna.
Hingga hamba lupa akan kekurangan diri hamba sendiri.
Hamba lupa semua itu adalah pemberianMU.
Ampuni hamba YA ALLAH.
Hamba telah melukakan hatinya.
Padahal dia langsung tidak bersalah.
Hamba telah menyakitinya.
Ampuni hamba Ya ALLAH.


     Setelah itu, Irfan berjalan keluar dari biliknya menghampiri mama dan papanya yang baru lepas menunaikan solat maghrib dibilik solat.Dia terduduk dihadapan mama dan papanya.


Irfan     :Mama.Papa.Maafkan segala kesilapan Ir selama ni.Ampunkan Ir.
Papa    :Dah la tu Ir.Ir perlu minta maaf dengan perempuan tu.Ir dah lukakan hati dia.
Mama  :Betul tu Ir.Minta maaf padanya.Ir.Cinta itu adalah menerima seseorang itu seadanya.Lebik baik kamu
             mencintainya kerana kekurangan yang ada padanya kerana bila kamu tahu kelebihan yang ada pada
             dirinya,cinta kamu terus bersemi.

     Mereka bertiga berpelukan malam itu.Keesokannya,Irfan pergi ke tasik itu untuk berjumpa dengan wanita itu.Namun ianya hampa.Wanita itu tidak juga muncul.Irfan terus menunggu pada hari-hari seterusnya.Namun tetap hampa.


     Malam itu,seleps menunaikan solat sunat tahajjud,Irfan berdoa pada ALLAH.

Ya ALLAH.
Berikanlah hamba peluang untuk bertemu dengan Madihah.
Hamba telah menyakiti hatinya.
Hamba ingin memohon ampun darinya.
Bantulah hamba YA ALLAH.


      Hujung minggu itu,Irfan ke universiti adiknya,Haliza untuk menjemput adiknya kerana adiknya bercuti selama 2 minggu.Sesampainya disitu,Irfan mencari kelibat adiknya.Kelihatan adiknya sedang berjalan menghampirinya bersama temannya. Alangkah terkejutnya dia apabila terpandang teman adiknya itu. Ya. Amila.Adik kepada perempuan yang dicarinya selama ini.


Haliza     :Assalamualaikum abang.Kenalkan.Ni kawan Liza,Amila.
Amila     :Ni abang awak Liza?
Haliza     :Ye.Kenapa?Awak kenal ke?
Amila     :Maaf Liza.Abang awaklah lelaki yang telah melukakan hati kakak saya tu.Yang saya cerita hari tu.
Irfan       :Amila.Maafkan abang.Abang menyesal dengan perbuatan abang.Abang nak jumpa dia.Abang nak
              minta maaf dengan dia.
Haliza     :Sampai hati abang buat kak Madihah macam tu.
Irfan       :Abang dah menyesal.Tolong la abang.Abang betul nak jumpa dia.Abang nak minta maaf
               dengannya.
              (mata Irfan Merah menahan sebak)
Amila     :Baiklah abang.Mila tolong.Tapi janji jangan lukakan hati kak Madihah lagi.
Irfan       :Terima kasih Mila.Jom kita pergi sekarang.
Haliza     :Inagt ye abang.Ni peluang terakhir abang.

     Mereka menuju ke rumah Amila. Sesampainya disitu,kelihatan bapa Amila,Encik Zul sedang membaca surat khabar di beranda rumah.Mereka keluar dan menghampiri Encik Zul.

Amila      :Assalamualaikum abah.
Encik Zul:Waalaikumussalam.
Amila      :Abah.Kenalkan ni kawan Mila,Haliza.Ni abang dia Irfan.Kak Madihah ada abah?
Encik Zul:Ada kat belakang tu.Pergi la.
Irfan       :Pak Cik.Sebenarnya saya datang sini sebab saya nak minta maaf dengan Madihah.Saya bersalah
                pada dia.Saya dah sakitkan hati dia.Saya minta maaf pak cik.Saya dah menyesal Pak Cik.
Encik Zul:Jadi kamu la Irfan tu.Takpe.Pak Cik faham.Mari kita pergi.

       Mereka berjalan menuju ke belakang rumah untuk mencari Madihah.Kelihatan Madihah sedang membaca novel di atas buaian.Madihah terkejut apabila terpandang Irfan.Dia bangun untuk masuk ke dalam rumahnya.

Irfan      :Madihah!!!!!!!Tunggu.

      Langkah Madihah terhenti.Dia memandang ke arah mereka semua.

Irfan     :Madihah.Saya minta maaf.Saya tahu saya yang salah.Saya buat selama ni.Saya menyakiti hati awak
             sedangkan awak tidak bersalah apa pun.Maafkan saya Madihah.
   
     Madihah kembali untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya.Tiba-tiba Irfan menjerit.

Irfan     :Saya cintakan awak Madihah.Saya cintakan awak.Cinta telah pun lahir dalam hati saya untuk awak.
              Saya mencintai awak sebagaimana diri awak.
              Saya terima segala kekurangan yang ada pada diri awak.Awak terlalu baik.Maafkan saya.
             Berikanlah peluang untuk saya tebus kesilapan saya.
Madihah:Saya maafkan awak sebab perasaan cinta itu pun telah lahir dalam hati saya.
Irfan      :Awak boleh bercakap?Bukankah awak bisu?
Abah     :Sejak bila pulak Madihah bisu ni?
Amila    :Kak Madihah tak bisu pun.Hari tu kitaorang sengaja buat macam tu sebab nak tahu sejauh mana
              keikhlasan cinta abang untuk kak Madihah.Kitaorang selalu buat macam tu.Cuma abang sorang je
              yang sedar akan kesilapan tu.Ramai yang akan jatuh cinta kerana kelebihan yang
              ada dalam diri seseorang tu tanpa dapat menerima kekurangannya.Tapi abang sedar semua tu.
Irfan      :Jadi selama ni Madihah memang boleh bercakap?

    Madihah tersenyum dan mengangguk.Irfan berasa sangat gembira.Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan jodoh yang terbaik untuknya.Kini dia mengerti akan kesilapannya yang lalu kerana terlalu sibuk mencari yang sempurna tanpa berusaha untuk menjadi yang terbaik.Alhamdulillah dia menyedari semuanya sebelum terlambat.Andai kita menyintai kelebihan yang ada padanya,kita akan meninggalkannya apabila mengetahui kekurangannya.Cintailah seseorang itu kerana ALLAH.InsyaALLAH kasih itu akan kekal bersama kamu.


     



    





 

Sunday 15 July 2012

Corakan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...Asslamualaikum...Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk melakar kata di sini. Pertamanya saya ingin memohon maaf andai ada yang terasa dengan coretan saya ini. Baiklah. Kita mulakan..Ehem3..hehe.. Kebelakangan ni, topik tentang hati telah menjadi satu topik yang hangat dibicarakan oleh remaja masa kini. Ramai yang share sesuatu berkaitan dengan hati ini terutamanya kat facebook.


    Tu salah satu gambar yang berbicara tentang hati. Mesti ramai yang mengetahui maksud di sebalik ayat tu kan...Hmm.. Setiap manusia mesti pernah jatuh cinta. Perasaan tu memang satu anugerah yang ALLAH hadiahkan pada setiap hambaNYA. Cuma menjadi tugas kita untuk mencorakkan cinta itu dengan lakaran yang sepatutnya seperti yang diajar dalam Islam. Jangan sampai kita jatuh cinta terhadap seseorang tu lebih daripada cinta kita terhadap ALLAH. Mungkin jatuh cinta itu boleh menggembirakan kita dan mungkin juga bisa menyakiti. Sebab tu kalau kita jatuh cinta, jangan kita harapkan cinta juga sebagai balasan. Kerana tidak semestinya kita mencintai seseorang yang mencintai kita. Andai kita jatuh cinta, serahkan rasa itu pada ALLAH. Berdoa pada dia agar cinta itu tidak dicemari dengan nafsu. InsyaALLAH, andai ALLAH takdirkan dia jodoh kita, cepat atau lambat, jauh atau dekat, ALLAH akan satukan hati kita dengannya. Apa yang perlu kita buat, dekatkan diri kita dengan ALLAH. Berdoa pada DIA agar kita mampu mengawal rasa cinta itu. Berdoa padaNYA agar cinta yang lahir dari hati kita ikhlas kerana ALLAH dan bukan kerana nafsu. Ada yang jatuh cinta kerana paras rupa, dan ada yang jatuh cinta kerana harta. Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.. (ayat dalm citer hoorey2) . 


    Kadang-kadang seseorang itu terlalu sibuk mengejar kesempurnaan pada diri pasangannya sehinggakan dia lupa akan kekurangan dirinya sendiri. Sebab tu kalau kita mahukan pasangan yang soleh, jangan terlalu memilih untuk mencari yang soleh tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang solehah. Begitu juga sekiranya menginginkan seseorang yang solehah. Jangan terlalu sibuk memilih untuk mencari yang solehah, tetapi berusahalah untuk menjadi yang soleh. Betul kan. Dalam Al-Quran pun ada sebut dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud (Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat. Lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat. Perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik dan lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu orang yang baik terlepas dari tuduhan yang mereka katakan dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia) 

   Kalau kita mencorakkan cinta itu seperti yang diajar dalam Islam, insyaALLAH ia akan menjadi sangat indah. Tapi andainya kita mencorakkan cinta itu dengan cara yang salah, bagaimana kita nak mengharapkan keberkatan dalam hubungan cinta itu. Kesimpulannya jatuh cinta itu tak salah sebab ia memang fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk mencorakkan cinta tu. kalau betul warna yang digunakan, maka cantiklah cinta itu. 

    So, kalau kita jatuh cinta berdoalah pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya. Tapi kalau tak, InsyaALLAH ada insan yang lain yang telah ALLAH ciptakan untuk kita. Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. InsyaALLAH. Amin. 

Sekian...Terima kasih..