Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 24 February 2013

Jenis Cinta Lelaki kepada Wanita

   

              Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa jenis cinta kepada wanita ada tiga jenis.

1) Mencintai wanita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya, cinta seorang suami kepada isterinya. Cinta seperti ini adalah cinta yang bermanfaat, kerana akan mendorong orang tersebut melaksanakan syariat Allah, iaitu perkahwinan. Dengan perkahwinan, seseorang dapat menahan mata dan hati dari melihat yang lain, yang tidak seharusnya untuk dilihat.

2) Cinta yang dapat mendatangkan murka Allah dan dapat menjauhkan dari rahmatNya. Orang yang memiliki cinta jenis ini adalah para pencinta yang hingga melanggar garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah. Salah satu bentuk yang paling parah adalah dengan terjerumusnya seseorang kepada zina yang telah diharamkan oleh Allah. Berkenaan dengan cinta jenis ini.

Rasulullah pernah mengingatkan,

"Barangsiapa yang bercinta lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudiaan dia mati, maka ia mati syahid"

3) Ketiga adalah cinta yang mubah. Cinta ini terjadi kerana tidak ada unsur kesengajaan, sebagaimana mencintai bayangan seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik. Tanpa sengaja dia melihatwanita itu lalu jatuh cinta. Cintanya itu sampai menyebabkan dia berbuat maksiat. Bila hasrat cintanya sudah menggebu, sebaiknya dia melanjutkannya dengan perkahwinan. Andai belum mampu, sebaiknya dia berusaha untuk melupakan wanita itu dan senantiaa menyibukkan diri untuk melakukan hal-hal yang lebih bermanfaat. Dia harus merahsiakan cintanya, menahan diri dan tetap bersabar. Bahkan Rasulullah S.A.W memberikan peringatan untuk berpuasa. Jika dapat melakukannya, maka Allah akan memberikan keteguhan dengan kesabaran. Ini sebagai ganjaran kerana usahanya dalam menahan diri dari perbuatan yang diharamkan, menolak ajakan hawa nafsu dan lebih mengutamakan redha Allah. 

(cREDIT tO bURHAN sODIQ = YA ALLAH, AKU JATUH CINTA)

Maratibul-Mahabah) Peringkat Cinta




      Assalamualaikum wrh. Kali ini ana nak kongsikan pembacaan ana dalam satu buku yang berjudul (Ya Allah' Aku Jatuh Cinta karya Burhan Sodiq) yang menerangkan tentang peringkat cinta. Menurut Ibnul Qayyim, seorang ulama pada abad ke-7, terdapat enam peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu.

1) Peringkat pertama dan yang paling tinggi adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata.

       Allah yang paling utama. Tidak ada tandingan dan bandingan. Allah yang pertama dan selalu akan menjadi yang pertama. KedudukanNya tidak boleh diluncurkan menjadi nombor dua atau tiga. Cinta kita kepadaNya harus menjadi uncak dari segala cinta yang kita miliki. Jadi ungkapan-ungkapan seperti : "Kau selalu dihatiku, bersemi di dalam kalbu" atau " Kusebutkan namamu di setiap detik jantungku,""Cintaku hanya untukmu," selayaknya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat dan kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Sayangnya terkadang kita lupa dengan cinta ini. Bahkan kita mendahulukan cinta manusia daripada cinta pada Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat.

Allah berfirman "Bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya. (Al Baqarah: 165)

      Apabila cinta jenis ini tersalah sasarannya, maka akibatnya amat buruk. Adalah sebuah kesalahan besar bila kita menyebut, " Aku tidak boleh hidup tanpamu, hidup dan matiku untukmu," tapi ditujukan untuk kekasih, suami, isteri atau bahkan negara kita. Cinta kita tertinggi hanya untuk Allah dan bukan yang lain.

2) Peringkat kedua 'Isyk

      'Isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah S.A.W. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya dan lain-lain. Namun bukan untuk menghambakan diri padanya. Kita mencintai Rasulullah dengan segenap konsekuensinya. Kita dengan bangga melaksanakan sunnah-sunnahnya dan mengikuti petunjuknya dalam mengamalkan agama ini. Kita juga akan mencintai kehidupannya yang luhur dan penuh amal soleh. Kita rindu untuk berjumpa dengannya kerana kemuliaan yang ada pada diri baginda. Namun kecintaan kita bukanlah menuntut sebuah penghambaan. Kecintaan menuntut sebuah amal yang meneladani akhlaknya. Cinta kita kepada Rasulullah mendorong diri untuk membela agama ini dengan kekuatan yang kita miliki. Demikian juga membela sunnahnya bila sunnahnya diinjak-injak oleh orang lain.

Ali Imran:31 ( "Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.")

3) Peringkat ketiga Syauq

      Syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, yang meluahkan rasa mawaddah wa rahmah. Seorang suami harus mencintai isterinya dengan sepenuh hati. Demikian pula si isteri harus memberi cintanya kepada suaminya. Cinta yang mekar pada diri mereka akan menambah ketenteraman hati dan ketenangan jiwa. Hidup akan menjadi lengkap kerana saling mengerti dan memahami. Apabila terjadi konflik atau perbezaan pendapat, akan mudah diselesaikan kerana aspek cinta mereka yang begitu besar. Kadang kala boleh saja emosi meninggi namun dia akan menjadi surut ketika cinta menjadi pertimbangan utama. Seorang ayah yang begitu memberi perhatian kepada anaknya, mencurahkan cinta kepada buah hatinya. Dia menyayanginya dan rela bekerja siang dan malam untuk anak-anaknya. Selain kerana ibadah kepadaNya, dia melakukannya juga kerana cinta.

4) Peringkat keempat Shababah

      Shababah iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah. Cinta ini menuntut sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan dan melihatnya sebagai sebuah hikmah yang berharga. Seperti kita ketahui bahawa saat ini sedikit sedikit sahaja perbezaan seringkali menimbulkan perpecahan. Misalnya berbeza takbiratul ihram, berbeza gerakan solat, berbeza hari Aidiladha dan Aidilfitri kadang tidak ditangani secara dewasa. lantas masalah pun muncul dan terbinalah ruang pemisah yang teramat jelas antara pengikutnya. Belum lagi kalau kita lihat betapa banyaknya kelompok harakah Islamiah yang muncul. Bila cinta ini ada, In sya Allah segala perbezaan dapat diubah menjadi kekuatan bagi ummat. Tidak semua perbezaan harus dipaksa sama, tapi terkadang hanya memerlukan sedikit pengertian saja. Cinta ini harus muncul sebagai sebentuk usaha untuk mencipta ketenangan hubungan dalam tubuh ummat Islam.

5) Peringkat kelima 'Ithf

      'Ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, termasuk juga di dalamnya adalah berdakwah. rasa ini seringkali muncul bila isi kemanusiaan kita tersentuh. Di saat melihat seorang anak kecil yang merintih memerlukan bantuan, tinggal disebuah gubuk dengan wajah penuh penderitaan, atau saat melihat korban musibah alam bergelimpangan, tentu saja mengetuk rasa keprihatinan kita yang paling dalam. Sudut kemanusiaan kita menjadi tersentuh dan ingin menitiskan air mata. Hati kita tidak tega melihat sebuah penderitaan yang tak kunjung berakhir. Inilah bentuk simpati yang muncul dari hati yang paling dalam.

6) Peringkat keenam adalah cinta yang paling rendah dan sederhana iaitu cinta atau keinginan kepada selain manusia : harta benda. namun keinginan ini sebatas intifa' (pemanfaatan). Cinta jenis ini pula seringkali menggelincirkan manuia. Ini kerana sifat harta memang selalu melalaikan. namun bila kita bijak, banyaknya harta benda tidak seharusnya menjadikan kita terlena. Sebaliknya ia menjadi saranan atau alat untuk meraih cinta yang sebenarnya iaitu cinta pada Allah Ta'ala.

Thursday 21 February 2013

Ya ALLAH Jagakan Dia Untukku 2



Zinnirah  : Ummi dengan abah tunggu kat sini dulu dengan adik-adik. Irah masuk untuk pendaftaran dulu
                sementara pelajar tak ramai ni.

Ummi     : Ye lah Irah. Pergilah. Kami tunggu kat sini.

       Zinnirah berjalan memasuki dewan pendaftaran bagi pelajar-pelajar untuk semester baru. Dia berbaris menunggu gilirannya tiba. Sesekali dia memandang sekeliling melihat keriuhan dan telatah-telatah pelajar yang ingin mendaftarkan diri untuk semester ini. Tiba-tiba ada seseorang yang menegur Zinnirah dari belakang.

Aini       : Assalamualaikum cik adik.

Zinnirah : Waalaikumussalam. Eh. Aini. Sihat ke? Lama tak jumpa.

Aini       : Alhamdulillah. AinI sihat. Baru nak daftar ke?

Zinnirah : Ye. Baru nak daftar. Aini dah daftar ke?

Aini       : Dah. harap kita dapat bilik sekali. AinI tunggu kat luar ye.

Zinnirah : In sya ALLAH. Okay. (Tersenyum)

       Zinnirah memerhatikan langkah Aini yang sedang berjalan keluar dari dewan. Dia tersenyum melihat telatah teman baiknya itu. Temannya itu tetap ceria dan sentiasa tersenyum. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tibalah giliran Zinnirah. Dia lantas mendaftarkan dirinya tanpa membuang masa.

*********


Aini       : Irah dah siap? Macammana? Irah dapat mahallah mana? Bilik nombor berapa?

Zinnirah : AinI ni. banyak pula soalan dia. Irah dapat mahallah Zulaikha. Bilik no A-2-1.

Aini       : Alhamdulillah. Kita sama. (Aini memeluk Zinnirah)

Zinnirah : Alhamdulillah. (Tersenyum). Jom Irah kenalkan AinI dengan keluarga Irah. Mereka ada kat sana
               tu.

Aini       : Nak nak. Jom. (Ketawa)

       Mereka berjalan beriringan menuju ke arah keluarga Irah yang sedang berteduh dibawah pokok.

Ummi     : Dah daftar Irah?

Zinnirah  : Alhamdulillah. Dah ummi. Ummi, abah. Ni Irah kenalkan kawan baik Irah, Aini.

       Aini menghampiri ummi Zinnirah untuk bersalam dengannya.

Aini        : Apa khabar ummi?

Ummi     : Alhamdulillah. Ummi sihat.

Abah     : Kalau semua dah siap, jomla kita kita bergerak. Bawa semua barang pergi ke bilik kamu
               Irah. Abah takut nanti lewat pula perjalanan kami untuk pulang ke kampung nanti.

Zinnirah  : Baiklah abah.

Aini        : Kalau begitu, saya minta diri dulu ye. Jumpa kat bilik nanti ye Irah. Assalamualaikum.

       "Waalaikumussalam" serentak mereka menjawab salam daripada Aini. Kemudian mereka sekeluarga berlalu menuju ke tempat letak kereta.

******************************

Ummi     : Bilik ni untuk dua orang sahaja? Bagusla. kamu sebilik dengan orang yang kamu telah kenal.

Zinnirah  : Alhamdulillah ummi.

Abah      : Barang-barang kamu semua dah dibawa naik.

Zinnirah  : Alhamdulillah. Terima kasih abah.
             
*******************************
Ummi     : Jaga diri ye Irah. Belajar rajin-rajin. Doa ummi dan abah sentiasa bersama Irah.

Zinnirah  : In sya ALLAH ummi. Irah akan berusaha. (memeluk umminya dalam tangisan)

Abah     : Dah la tu. irah. Ni duit belanja kamu. Belajar rajin-rajin ye nak.

Zinnirah  : In sya ALLAH. Terima kasih abah.

       Zinnirah bersalam dengan kedua orang tuanya dan mencium pipi insan yang dikasihinya itu. Walaupun dia telah biasa berjauhan dari kedua orang tuanya, namun sebak di kala waktu perpisahan menjelma tetap terasa.

Abah     : Baiklah Irah. Kami balik dulu ye. Assalamualaikum.

Zinnirah : Hati-hati abah. Waalaikumussalam.

       Zinnirah memerhatikan kepergian keluarganya dengan penuh perasaan sebak. Namun dia redha kerana dia di sini untuk berjihad dijalanNYA. Berjihad untuk menuntut ilmu.

#Esoknya#

Aini       : Irah buat apa tu?

Zinnirah : Irah tengah tengok jadual untuk kelas esok. Kelas esok sampai petang.

Aini       : Aini pun. Tapi esok mesti setiap kelas cuma separuh masa je. Esok kan hari pertama. Mesti
               esok kelas untuk sesi taaruf je.

Zinnirah : Betul tu Aini.

Aini       : Jom kita turun cafe. Aini lapar.

Zinnirah : Sekejap ye. Irah bersiap dulu.

Aini       : Baiklah.

#Di cafe#

Aini       : Irah tak nak makan ke?

Zinnirah : Irah masih kenyang lagi makan tengah hari tadi. Aini je la yang makan.

Aini       : Betul ke ni Irah?

Zinnirah : Betul sayang.

Aini      : Baiklah. Irah ambil makanan dulu ye.

       Zinnirah menganggukkan kepalanya. Setelah itu Aini berlalu menuju ke tempat lauk-pauk yang terhidang. Sementara itu, Zinnirah memerhatikan sekeliling. Dia tersenyum apabila seorang perempuan datang menghampirinya.

Amrah   : Assalamualaikum Irah.

Zinnirah : Waalaikumussalam Amrah. Makin berisi ye sekarang.

Amrah   : Ye ke. Alamak. Amrah kena diet ni. (Tergelak)

Zinnirah : Amrah sihat?

Amrah    : Alhamdulillah. Sihat. Irah seorang je?

Zinnirah  : Tak la. Irah dengan Aini. Dia tengah beli makanan tu.

Amrah    : Kita masih sekelas kan Irah?

Zinnirah  : Ye. Sekelas. Amrah ada meseg Irah semalam bagitahu Amrah kelas berapa kan. Maaf Irah
               tak dapat balas. lupa nak top up.

Amrah    : Amrah dah agak. Tak apa. Seronoknya. Kita sekelas lagi.

Zinnirah  : Amrah tak nak makan ke?

Amrah    : Nak nak. Lupa pula tujuan asal ke sini lepas jumpa Irah. Amrah pergi dulu ye.

Zinnirah  : Tak makan kat sini?

Amrah   : Tak. Amrah nak bungkus. Sampaikan salam Assalamualaikum Amrah kat Aini ye.
               Assalamualaikum Irah.

Zinnirah  : In sya ALLAH. Waalaikumussalam.

       Seketika kemudian, Aini menghampiri Zinnirah. Dia meletakkan makanan dan minuman yang telah dibelinya.

Aini       : Maaf lambat Irah. Ramai sangat orang.

Zinnirah : Tak pe. Tadi Irah jumpa Amrah. Dia kirim salam Assalamualaikum kat Aini.

Aini       : Ye ke. Waalaikumussalam.

#Esoknya di kelas#

      Zinnirah mengambil tempat dibahagian belakang. Sementara menunggu semua pelajar masuk dan menunggu kedatangan pensyarah, Zinnirah berbual dengan rakan sekelasnya. Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki memberi salam dan masuk dari pintu hadapan. Lelaki itu duduk di bahagian hadapan. Alangkah terkejutnya Zinnirah apabila terpandangkan lelaki itu. Lantas dia beristigfar dalam hati

"Astagfirullahalzim. Kenapa dia hadir lagi dalam hidupku ini Ya Allah. Apakah makna semua ni? Di saat hamba ingin melupakan dia, kenapa semakin dekat dia hadir? Ya Allah. Bantulah hamba. Tabahkanlah hati ini. Sesungguhnya hamba mengerti. Engkau sedang mengaturkan sesuatu yang terbaik buat hamba".

       Seketika kemudiaan, seorang pensyarah lelaki memasuki kelas mereka. Pensyarah itu memperkenalkan dirinya. Namanya Muhammad Iqbal. Setelah itu, dia mengarahkan kami untuk memperkenalkan diri kami masing-masing. Apabila sampai giliran lelaki itu memperkenalkan dirinya, hati Zinnirah berdegup kencang.

Fadhli      : Assalamualaikum wrh. Nama saya Muhd Fadhli. Kawan-kawan semua boleh panggil saya
                 Fadhli. Saya berasal daripada Kelantan.

      Setelah selesai sesi taaruf, pensyarah itu menerangkan serba sedikit tentang apa yang akan mereka pelajari dalam kelas ini nanti.

*************************

      Zinnirah berjalan pulang ke biliknya bersendirian. Hatinya masih lagi resah memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Dia tidak berhenti beristigfar dalam hati supaya Allah memberikan ketenangan buat hatinya. Setelah sampi di biliknya, kelihatan Aini telah menunggu kepulangan Zinnirah.

Aini       : Irah. Baru sampai?

       Namun Zinnirah hanya mendiamkan dirinya. Tiada jawapan yang diberikan kepada Aini.

Aini       : Irah kenapa ni? Irah okay ke tak?

Zinnirah : Eh Aini. Irah okay. Dah lama Aini balik?

Aini        : Lama la jugak. Aini ke mana sekarang baru balik? Dah la muka nampak runsing sangat.

Zinnirah  : Irah jumpa kawan kejap tadi. Irah okay je.

      Aini hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang telah berlaku. Namun dia tidak mahu bertanyakan tentang itu.

Malam itu

     Seperti kebiasannya, Zinnirah bangun dari lenanya untuk beribadat kepada kekasih hatinya Allah SWT. Zinnirah membersihkan dirinya dan mengambil wudhu'. Setelah itu, dia membentangkan sejadahnya dan bersedia untuk menunaikan qiammullail. Dia memulakannya dengan solat tahajjud. Dia berdoa dalam sunyi.

Ya Allah. Jagalah hati hamba ini Ya Allah. Jangan biarkan hati ini lalai dari mengingatiMu. Bantulah hamba untuk tabah menghadapi semua ini. Sunnguh hamba tidak menyangka semua ini akan berlaku. Di saat hamba ingin melupakannya, semakin dekat dia dengan hamba. Hamba tidak mampu untuk berhadapan dengannya. Hati hamba lemah. Maka berikanlah kekuatan buat hati ini Ya Allah. Jangan biarkan lemah kerana seorang lelaki. Andainya rasa yang ada dalam hati hamba ini benar, alirkan rasa itu dalam keindahan kasih sayangMu. Andainya rasa ini hanya dusta, bawalah rasa ini pergi. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri hamba. 

      Berlinangan airmata Zinnirah di saat dia mengaminkan doanya itu. Dia tahu. Dia tidak boleh lemah. Dia mesti kuat. Ini adalah ujian dari Allah untuknya. Ujian untuk menguji sejauhmana keinginan Zinnirah untuk mencintai Allah SWT.

*****************************