Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 21 February 2013

Ya ALLAH Jagakan Dia Untukku 2



Zinnirah  : Ummi dengan abah tunggu kat sini dulu dengan adik-adik. Irah masuk untuk pendaftaran dulu
                sementara pelajar tak ramai ni.

Ummi     : Ye lah Irah. Pergilah. Kami tunggu kat sini.

       Zinnirah berjalan memasuki dewan pendaftaran bagi pelajar-pelajar untuk semester baru. Dia berbaris menunggu gilirannya tiba. Sesekali dia memandang sekeliling melihat keriuhan dan telatah-telatah pelajar yang ingin mendaftarkan diri untuk semester ini. Tiba-tiba ada seseorang yang menegur Zinnirah dari belakang.

Aini       : Assalamualaikum cik adik.

Zinnirah : Waalaikumussalam. Eh. Aini. Sihat ke? Lama tak jumpa.

Aini       : Alhamdulillah. AinI sihat. Baru nak daftar ke?

Zinnirah : Ye. Baru nak daftar. Aini dah daftar ke?

Aini       : Dah. harap kita dapat bilik sekali. AinI tunggu kat luar ye.

Zinnirah : In sya ALLAH. Okay. (Tersenyum)

       Zinnirah memerhatikan langkah Aini yang sedang berjalan keluar dari dewan. Dia tersenyum melihat telatah teman baiknya itu. Temannya itu tetap ceria dan sentiasa tersenyum. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tibalah giliran Zinnirah. Dia lantas mendaftarkan dirinya tanpa membuang masa.

*********


Aini       : Irah dah siap? Macammana? Irah dapat mahallah mana? Bilik nombor berapa?

Zinnirah : AinI ni. banyak pula soalan dia. Irah dapat mahallah Zulaikha. Bilik no A-2-1.

Aini       : Alhamdulillah. Kita sama. (Aini memeluk Zinnirah)

Zinnirah : Alhamdulillah. (Tersenyum). Jom Irah kenalkan AinI dengan keluarga Irah. Mereka ada kat sana
               tu.

Aini       : Nak nak. Jom. (Ketawa)

       Mereka berjalan beriringan menuju ke arah keluarga Irah yang sedang berteduh dibawah pokok.

Ummi     : Dah daftar Irah?

Zinnirah  : Alhamdulillah. Dah ummi. Ummi, abah. Ni Irah kenalkan kawan baik Irah, Aini.

       Aini menghampiri ummi Zinnirah untuk bersalam dengannya.

Aini        : Apa khabar ummi?

Ummi     : Alhamdulillah. Ummi sihat.

Abah     : Kalau semua dah siap, jomla kita kita bergerak. Bawa semua barang pergi ke bilik kamu
               Irah. Abah takut nanti lewat pula perjalanan kami untuk pulang ke kampung nanti.

Zinnirah  : Baiklah abah.

Aini        : Kalau begitu, saya minta diri dulu ye. Jumpa kat bilik nanti ye Irah. Assalamualaikum.

       "Waalaikumussalam" serentak mereka menjawab salam daripada Aini. Kemudian mereka sekeluarga berlalu menuju ke tempat letak kereta.

******************************

Ummi     : Bilik ni untuk dua orang sahaja? Bagusla. kamu sebilik dengan orang yang kamu telah kenal.

Zinnirah  : Alhamdulillah ummi.

Abah      : Barang-barang kamu semua dah dibawa naik.

Zinnirah  : Alhamdulillah. Terima kasih abah.
             
*******************************
Ummi     : Jaga diri ye Irah. Belajar rajin-rajin. Doa ummi dan abah sentiasa bersama Irah.

Zinnirah  : In sya ALLAH ummi. Irah akan berusaha. (memeluk umminya dalam tangisan)

Abah     : Dah la tu. irah. Ni duit belanja kamu. Belajar rajin-rajin ye nak.

Zinnirah  : In sya ALLAH. Terima kasih abah.

       Zinnirah bersalam dengan kedua orang tuanya dan mencium pipi insan yang dikasihinya itu. Walaupun dia telah biasa berjauhan dari kedua orang tuanya, namun sebak di kala waktu perpisahan menjelma tetap terasa.

Abah     : Baiklah Irah. Kami balik dulu ye. Assalamualaikum.

Zinnirah : Hati-hati abah. Waalaikumussalam.

       Zinnirah memerhatikan kepergian keluarganya dengan penuh perasaan sebak. Namun dia redha kerana dia di sini untuk berjihad dijalanNYA. Berjihad untuk menuntut ilmu.

#Esoknya#

Aini       : Irah buat apa tu?

Zinnirah : Irah tengah tengok jadual untuk kelas esok. Kelas esok sampai petang.

Aini       : Aini pun. Tapi esok mesti setiap kelas cuma separuh masa je. Esok kan hari pertama. Mesti
               esok kelas untuk sesi taaruf je.

Zinnirah : Betul tu Aini.

Aini       : Jom kita turun cafe. Aini lapar.

Zinnirah : Sekejap ye. Irah bersiap dulu.

Aini       : Baiklah.

#Di cafe#

Aini       : Irah tak nak makan ke?

Zinnirah : Irah masih kenyang lagi makan tengah hari tadi. Aini je la yang makan.

Aini       : Betul ke ni Irah?

Zinnirah : Betul sayang.

Aini      : Baiklah. Irah ambil makanan dulu ye.

       Zinnirah menganggukkan kepalanya. Setelah itu Aini berlalu menuju ke tempat lauk-pauk yang terhidang. Sementara itu, Zinnirah memerhatikan sekeliling. Dia tersenyum apabila seorang perempuan datang menghampirinya.

Amrah   : Assalamualaikum Irah.

Zinnirah : Waalaikumussalam Amrah. Makin berisi ye sekarang.

Amrah   : Ye ke. Alamak. Amrah kena diet ni. (Tergelak)

Zinnirah : Amrah sihat?

Amrah    : Alhamdulillah. Sihat. Irah seorang je?

Zinnirah  : Tak la. Irah dengan Aini. Dia tengah beli makanan tu.

Amrah    : Kita masih sekelas kan Irah?

Zinnirah  : Ye. Sekelas. Amrah ada meseg Irah semalam bagitahu Amrah kelas berapa kan. Maaf Irah
               tak dapat balas. lupa nak top up.

Amrah    : Amrah dah agak. Tak apa. Seronoknya. Kita sekelas lagi.

Zinnirah  : Amrah tak nak makan ke?

Amrah    : Nak nak. Lupa pula tujuan asal ke sini lepas jumpa Irah. Amrah pergi dulu ye.

Zinnirah  : Tak makan kat sini?

Amrah   : Tak. Amrah nak bungkus. Sampaikan salam Assalamualaikum Amrah kat Aini ye.
               Assalamualaikum Irah.

Zinnirah  : In sya ALLAH. Waalaikumussalam.

       Seketika kemudian, Aini menghampiri Zinnirah. Dia meletakkan makanan dan minuman yang telah dibelinya.

Aini       : Maaf lambat Irah. Ramai sangat orang.

Zinnirah : Tak pe. Tadi Irah jumpa Amrah. Dia kirim salam Assalamualaikum kat Aini.

Aini       : Ye ke. Waalaikumussalam.

#Esoknya di kelas#

      Zinnirah mengambil tempat dibahagian belakang. Sementara menunggu semua pelajar masuk dan menunggu kedatangan pensyarah, Zinnirah berbual dengan rakan sekelasnya. Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki memberi salam dan masuk dari pintu hadapan. Lelaki itu duduk di bahagian hadapan. Alangkah terkejutnya Zinnirah apabila terpandangkan lelaki itu. Lantas dia beristigfar dalam hati

"Astagfirullahalzim. Kenapa dia hadir lagi dalam hidupku ini Ya Allah. Apakah makna semua ni? Di saat hamba ingin melupakan dia, kenapa semakin dekat dia hadir? Ya Allah. Bantulah hamba. Tabahkanlah hati ini. Sesungguhnya hamba mengerti. Engkau sedang mengaturkan sesuatu yang terbaik buat hamba".

       Seketika kemudiaan, seorang pensyarah lelaki memasuki kelas mereka. Pensyarah itu memperkenalkan dirinya. Namanya Muhammad Iqbal. Setelah itu, dia mengarahkan kami untuk memperkenalkan diri kami masing-masing. Apabila sampai giliran lelaki itu memperkenalkan dirinya, hati Zinnirah berdegup kencang.

Fadhli      : Assalamualaikum wrh. Nama saya Muhd Fadhli. Kawan-kawan semua boleh panggil saya
                 Fadhli. Saya berasal daripada Kelantan.

      Setelah selesai sesi taaruf, pensyarah itu menerangkan serba sedikit tentang apa yang akan mereka pelajari dalam kelas ini nanti.

*************************

      Zinnirah berjalan pulang ke biliknya bersendirian. Hatinya masih lagi resah memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Dia tidak berhenti beristigfar dalam hati supaya Allah memberikan ketenangan buat hatinya. Setelah sampi di biliknya, kelihatan Aini telah menunggu kepulangan Zinnirah.

Aini       : Irah. Baru sampai?

       Namun Zinnirah hanya mendiamkan dirinya. Tiada jawapan yang diberikan kepada Aini.

Aini       : Irah kenapa ni? Irah okay ke tak?

Zinnirah : Eh Aini. Irah okay. Dah lama Aini balik?

Aini        : Lama la jugak. Aini ke mana sekarang baru balik? Dah la muka nampak runsing sangat.

Zinnirah  : Irah jumpa kawan kejap tadi. Irah okay je.

      Aini hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang telah berlaku. Namun dia tidak mahu bertanyakan tentang itu.

Malam itu

     Seperti kebiasannya, Zinnirah bangun dari lenanya untuk beribadat kepada kekasih hatinya Allah SWT. Zinnirah membersihkan dirinya dan mengambil wudhu'. Setelah itu, dia membentangkan sejadahnya dan bersedia untuk menunaikan qiammullail. Dia memulakannya dengan solat tahajjud. Dia berdoa dalam sunyi.

Ya Allah. Jagalah hati hamba ini Ya Allah. Jangan biarkan hati ini lalai dari mengingatiMu. Bantulah hamba untuk tabah menghadapi semua ini. Sunnguh hamba tidak menyangka semua ini akan berlaku. Di saat hamba ingin melupakannya, semakin dekat dia dengan hamba. Hamba tidak mampu untuk berhadapan dengannya. Hati hamba lemah. Maka berikanlah kekuatan buat hati ini Ya Allah. Jangan biarkan lemah kerana seorang lelaki. Andainya rasa yang ada dalam hati hamba ini benar, alirkan rasa itu dalam keindahan kasih sayangMu. Andainya rasa ini hanya dusta, bawalah rasa ini pergi. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri hamba. 

      Berlinangan airmata Zinnirah di saat dia mengaminkan doanya itu. Dia tahu. Dia tidak boleh lemah. Dia mesti kuat. Ini adalah ujian dari Allah untuknya. Ujian untuk menguji sejauhmana keinginan Zinnirah untuk mencintai Allah SWT.

*****************************


     















2 comments:

  1. Subhanallah..
    makin menarik ny..hehe..
    cepat2 ye post sambungan ye..
    ore tunggu..

    ReplyDelete
  2. In sya Allah.. Law ade masa nanti, lya sambung.

    ReplyDelete