Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 24 February 2013

Maratibul-Mahabah) Peringkat Cinta




      Assalamualaikum wrh. Kali ini ana nak kongsikan pembacaan ana dalam satu buku yang berjudul (Ya Allah' Aku Jatuh Cinta karya Burhan Sodiq) yang menerangkan tentang peringkat cinta. Menurut Ibnul Qayyim, seorang ulama pada abad ke-7, terdapat enam peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu.

1) Peringkat pertama dan yang paling tinggi adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata.

       Allah yang paling utama. Tidak ada tandingan dan bandingan. Allah yang pertama dan selalu akan menjadi yang pertama. KedudukanNya tidak boleh diluncurkan menjadi nombor dua atau tiga. Cinta kita kepadaNya harus menjadi uncak dari segala cinta yang kita miliki. Jadi ungkapan-ungkapan seperti : "Kau selalu dihatiku, bersemi di dalam kalbu" atau " Kusebutkan namamu di setiap detik jantungku,""Cintaku hanya untukmu," selayaknya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat dan kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Sayangnya terkadang kita lupa dengan cinta ini. Bahkan kita mendahulukan cinta manusia daripada cinta pada Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat.

Allah berfirman "Bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya. (Al Baqarah: 165)

      Apabila cinta jenis ini tersalah sasarannya, maka akibatnya amat buruk. Adalah sebuah kesalahan besar bila kita menyebut, " Aku tidak boleh hidup tanpamu, hidup dan matiku untukmu," tapi ditujukan untuk kekasih, suami, isteri atau bahkan negara kita. Cinta kita tertinggi hanya untuk Allah dan bukan yang lain.

2) Peringkat kedua 'Isyk

      'Isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah S.A.W. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya dan lain-lain. Namun bukan untuk menghambakan diri padanya. Kita mencintai Rasulullah dengan segenap konsekuensinya. Kita dengan bangga melaksanakan sunnah-sunnahnya dan mengikuti petunjuknya dalam mengamalkan agama ini. Kita juga akan mencintai kehidupannya yang luhur dan penuh amal soleh. Kita rindu untuk berjumpa dengannya kerana kemuliaan yang ada pada diri baginda. Namun kecintaan kita bukanlah menuntut sebuah penghambaan. Kecintaan menuntut sebuah amal yang meneladani akhlaknya. Cinta kita kepada Rasulullah mendorong diri untuk membela agama ini dengan kekuatan yang kita miliki. Demikian juga membela sunnahnya bila sunnahnya diinjak-injak oleh orang lain.

Ali Imran:31 ( "Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.")

3) Peringkat ketiga Syauq

      Syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, yang meluahkan rasa mawaddah wa rahmah. Seorang suami harus mencintai isterinya dengan sepenuh hati. Demikian pula si isteri harus memberi cintanya kepada suaminya. Cinta yang mekar pada diri mereka akan menambah ketenteraman hati dan ketenangan jiwa. Hidup akan menjadi lengkap kerana saling mengerti dan memahami. Apabila terjadi konflik atau perbezaan pendapat, akan mudah diselesaikan kerana aspek cinta mereka yang begitu besar. Kadang kala boleh saja emosi meninggi namun dia akan menjadi surut ketika cinta menjadi pertimbangan utama. Seorang ayah yang begitu memberi perhatian kepada anaknya, mencurahkan cinta kepada buah hatinya. Dia menyayanginya dan rela bekerja siang dan malam untuk anak-anaknya. Selain kerana ibadah kepadaNya, dia melakukannya juga kerana cinta.

4) Peringkat keempat Shababah

      Shababah iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah. Cinta ini menuntut sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan dan melihatnya sebagai sebuah hikmah yang berharga. Seperti kita ketahui bahawa saat ini sedikit sedikit sahaja perbezaan seringkali menimbulkan perpecahan. Misalnya berbeza takbiratul ihram, berbeza gerakan solat, berbeza hari Aidiladha dan Aidilfitri kadang tidak ditangani secara dewasa. lantas masalah pun muncul dan terbinalah ruang pemisah yang teramat jelas antara pengikutnya. Belum lagi kalau kita lihat betapa banyaknya kelompok harakah Islamiah yang muncul. Bila cinta ini ada, In sya Allah segala perbezaan dapat diubah menjadi kekuatan bagi ummat. Tidak semua perbezaan harus dipaksa sama, tapi terkadang hanya memerlukan sedikit pengertian saja. Cinta ini harus muncul sebagai sebentuk usaha untuk mencipta ketenangan hubungan dalam tubuh ummat Islam.

5) Peringkat kelima 'Ithf

      'Ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, termasuk juga di dalamnya adalah berdakwah. rasa ini seringkali muncul bila isi kemanusiaan kita tersentuh. Di saat melihat seorang anak kecil yang merintih memerlukan bantuan, tinggal disebuah gubuk dengan wajah penuh penderitaan, atau saat melihat korban musibah alam bergelimpangan, tentu saja mengetuk rasa keprihatinan kita yang paling dalam. Sudut kemanusiaan kita menjadi tersentuh dan ingin menitiskan air mata. Hati kita tidak tega melihat sebuah penderitaan yang tak kunjung berakhir. Inilah bentuk simpati yang muncul dari hati yang paling dalam.

6) Peringkat keenam adalah cinta yang paling rendah dan sederhana iaitu cinta atau keinginan kepada selain manusia : harta benda. namun keinginan ini sebatas intifa' (pemanfaatan). Cinta jenis ini pula seringkali menggelincirkan manuia. Ini kerana sifat harta memang selalu melalaikan. namun bila kita bijak, banyaknya harta benda tidak seharusnya menjadikan kita terlena. Sebaliknya ia menjadi saranan atau alat untuk meraih cinta yang sebenarnya iaitu cinta pada Allah Ta'ala.

2 comments:

  1. Assalamualaikum wrh..
    terima kasih sudi kongsikan sesuatu yg sgt2 bermakna n berharga..
    ~Cintailah Cinta yg Pertama n Utama~

    ReplyDelete