Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 23 December 2012

Sebuah Cerita Secalit Rasa (Akhir)

     


     Ujian yang pertama untuk Zahira adalah dengan kehadiran Farid kembali. Farid menghantar SMS kepadanya. Zahira membalas SMS itu dengan memberitahu bahawa dia tidak dapat berhubung dengan Farid lagi. Farid tidak dapat menerima keputusan itu. Namun Zahira tetap dengan keputusannya. Alhamdulillah. Dia dapat bertahan dengan ujian yang pertama itu.

       Setelah itu, ujian yang kedua pula hadir dalam hidupnya. Kehadiran semula Haiqal dalam hidupnya. Zahira tewas dengan ujian itu kerana kasihnya pada Haiqal. Mereka berhubung seperti biasa. Suatu hari, Haiqal meminta gambar Zahira kerana dia terlalui ingin mengenali Zahira. Zahira takut untuk menghantarnya kerana bimbang Haiqal tidak mahu berteman dengannya lagi selepas itu. Namun akhirnya Zahira memberikan jua gambarnya kepada Haiqal. Haiqal la lelaki pertama dan terakhir yang menerima gambar Zahira. Beberapa hari kemudian, Haiqal tidak menghantar SMS lagi kepada Zahira. Zahira menghantarkan SMS kepada Haiqal, namun tiada jawapan yang diterimanya. Zahira berasa sangat dengan keadaan itu. Dia sangat menyesali apa yang telah dilakukannya. Dia tewas dengan nafsunya. Sekali lagi Zahira menangis memohon ampun dari ALLAH. Dia sentiasa menunaikan Qiam. Membaca Al-Quran untuk mendekatkan dirinya pada ALLAH. Untuk mencintai kekasihnya Yang Abadi itu. Alhamdulillah. Zahira berasa sangat tenang. Hatinya berasa begitu dekat ALLAH. Dia meluahkan semuanya kepada ILAHI. Menceritakan kesilapannya yang lalu.

        Sekali lagi Zahira diuji dengan kehadiran lelaki dalam hidupnya. Seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Menghulurkan salam perkenalan dengan menghantarkan SMS kepadanya. Zahira berasa berdepan. Namun Zahira membalas SMS itu bertanyakan siapa lelaki itu dan dri mana lelaki itu mendapatkan nombornya. Lelaki itu memberitahu bahawa namanya ialah Hafi dan Zahira memang tidak mengenalinya dan dia juga tidak mengenali Zahira. Dia memberitahu Zahira menganggapnya adalah aturan dari ALLAH. Zahira tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lelaki itu. Dia tetap ingin mengetahui dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya. Lelaki itu memberitahu bahawa dia pernah terbaca blog Zahira. Dari situ, dia cuba mendapatkan maklumat tentang Zahira. Dia memberitahu bahawa dia merupakan lulusan dari sebuah universiti di luar negara dan sepanjang disana, dia belajar tentang ilmu untuk mendapatkan maklumat daripada komputer. jadi tidak susah baginya untuk mendapatkan nombor Zahira. Dia meminta maaf kerana menceroboh hak peribadi Zahira. Tidak lama kemudian, Zahira menghantar SMS kepada Hafiz memberitahu bahawa dia tidak mampu untuk membalas salam perkenalan dari Hafiz. Dia menganggap kehadiran Hafiz adalah ujian daripada ALLAH untuknya.. Hafiz tidak membalas SMS itu dan hanya mendiamkan diri. Sungguhpun begitu, Zahira tetap tidak tenang. Hatinya meronta untuk mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan Zahira lalai seketika. Dia tidak dapat bangun untuk menunaikan Qiam seperti yang menjadi kebiasaanya. Zahira berasa sedih dengan keadaan itu. Dia memohon ampun. Berdoa semoga ALLAH memberikan ketabahan buat hatinya. Alhamdulillah. Dia merasa tenang selepas itu. Dia tidak lagi memikirkan dan menagih cinta daripada manusia. Baginya, yang paling penting adalah untuk dia mencintai ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

        Daripada kisah Zahira, dapat kita simpulkan bahawa untuk menjaga hati adalah satu perkara yang terlalu sukar. Sentiasalah berusaha untuk melawan nafsu dihati kita. Kita terlalu sibuk mencari cinta daripada manusia. Menagih cinta daripada manusia. Tapi kita selalu lupa untuk mencari cinta ILAHI. Kita mengaku mencintai ALLAH dan Rasulullah. tapi semua tu hanya kata dibibir. Kita tak pernah buktikan cinta itu. Kita manusia yang bersifat lalai dan lemah. Sebab tu ALLAH Maha Pengampun. Dia sentiasa menunggu kita. Menunggu kita menagis keranaNYA. Semoga kita semua mampu untuk menghadapi ujian daripada ALLAH untuk kita. Ujian itu adalah tanda cintanya Dia pada kita. Dia rindu nak dengar suara kita. Sebab itu dia menghadirkan ujian untuk kita. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengalirkan airmata untuk kita. Baginda tak kenal kita. Tapi baginda mampu untuk menangis kerana merindui kita. Teringat satu ayat yang pernah ana baca APA ERTINYA CINTA KEPADA MANUSIA JIKA CINTA DAN RINDU RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH KITA BALAS. marilah sama-sama kita berusaha untuk mencinta ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W. In sya ALLAH ketenangan akan hadir dalam hidup kita. serahkan semuanya pada ALLAH kerana Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita.

(maaf andai ana melakukan kesilapan. Tegurlah agar ana dapat membaiki segala kelemahan itu. in sya ALLAH)

Sebuah Cerita Secalit Rasa 2

       Assalamualaikum wrh. Untuk post kali ni, ana nak sambung tentang kisah Zahira yang pernah diceritakan pada post sebelum ini. Tentang Zahira yang berkenalan dengan ramai lelaki. Kerana baginya, hubungan dengan lelaki itu diizinkan selagi tidak membicarakan tentang perasaan.

       Zahira berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Farid. Farid merupakan seorang pelajar disebuah pondok. Perkenalan mereka bermula apabila Farid tersilap menghantar SMS padanya. Farid banyak bercerita tentang agama padanya. Farid juga pernah meminta Zahira untuk menjadi teman istimewa dalam hidupnya. Namun Zahira tetap dengan pendiriannya. Dia berteman biasa dengan Farid. Namun mereka sering berbicara tentang perkara yang berkaitan hati. Tentang cinta. Tentang rindu. Mereka seringkali berbual melalui telefon. Farid meminta Zahira untuk menghantarkan gambar Zahira kepadanya. Zahira tetap menolak dengan alasan dia tidak pernah memberikan gambarnya kepada lelaki. Mereka berhubung seperti biasa. Namun tidak lama kemudian, Farid pergi menyepi.

      Suatu hari, seperti biasanya Zahira berfacebook. Zahira menyertai satu group yang cukup popular dalam laman sosial itu. Ruang yang membicarakan tentang agama. Zahira mengepos sesuatu dilaman itu tentang agama. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki memberikan komen pada statusnya. Setelah itu, lelaki itu meminta untuk menjadi teman Zahira di facebook. Zahira menerimanya. Bermulalah perkenalan mereka. Walaupun baru sahaja berkenalan, hubungan mereka sangat rapat walaupun tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Zahira selesa berteman dengan Haiqal. Haiqal merupakan seorang lelaki yang sangat baik. Untuk kali pertamanya, Zahira berbual dengan Haiqal melalui telefon. Haiqal meminta nombor telefon ibubapa Zahira kerana dia memberitahu bahawa dia ingin menelefon orang tua Zahira untuk meminta izin dari mereka untuk bersahabat dengan Zahira. Zahira memberikan nombor orang tuanya kepada Haiqal. Setelah itu, Zahira memberitahu orang tuanya tentang Haikal. Ibubapanya memberitahu bahawa Haiqal telah banyak kali menelefon mereka namun tidak pernah dijawab. Zahira sentiasa berhubung dengan Haiqal. Haiqal meminta gambar Zahira. Namun Zahira tidak memberikannya. Haiqal memahaminya. Zahira menyukai Haiqal. Dia sangat gembira apabila mengetahui bahawa Haiqal juga menyukainya. Namun Zahira tetap dengan pendiriannya. Haiqal juga tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana perempuan. Mereka berteman seperti biasa. Namun tidak lama kemudiaan, Haiqal mendiam tanpa kata. Zahira pernah beberapa kali cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

       Zahira berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Ryzal. zahira menemui nombor telefon Ryzal didalam sebuah buku. Lantas Zahira menghantar SMS kepada Ryzal seperti biasa untuk berkenalan dengannya. Ryzal berumur muda setahun dari Zahira. Mereka tidak pernah berjumpa kerana tinggal berlainan negeri. Zahira menjadikan Ryzal sebagai adik angkatnya. Zahira berhubung baik dengan Ryzal. Mereka sentiasa berkongsi cerita. Ryzal pernah meminta Zahira untuk menghantarkan gambar Zahira kepadanya. Namun Zahira menolak kerana dia tidak mahu memberikan gambarnya kepada lelaki. Zahira banyak menasihati Ryzal dalam perkara yang berkaitan agama kerana Ryzal berasal dari sekolah menengah biasa. Banyak yang tidak diketahuinya. Ryzal merupakan seorang lelaki yang baik. Ryzal mempunyai seorang teman wanita. Kerana itu, Zahira banyak menasihatkan Ryzal tentang perkara yang berkaitan cinta. Suatu hari, Ryzal memberitahu Zahira bahawa hubungan cintanya dengan teman wanitanya telah terputus. Zahira memberikan nasihat kepadanya. Meminta Ryzal bersabar dan menyerahkan semuanya pada ALLAH. Namun tidak lama selepas itu, Zahira meninggalkan Ryzal.

      Suatu hari, Zahira mengar tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang sangat popular. Tazkirah yang berkaitan tentang ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Zahira menangis mengenangkan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Dia menyesal. Dia nekad ingin berubah. Kerana itulah dia meninggalkan Ryzal. Kerana kasih dan sayang ALLAH pada hambanya, ALLAH menghadiahkan ujian untuk Zahira. Untuk menguji sejauh mana keikhlasan hati Zahira untuk kembali ke jalanNYA.

 

     

            

Saturday 22 December 2012

Sebuah Cerita Secalit Rasa





       Assalamualaikum wrh sahabat-sahabat semua. Sudah lama rasanya ana tak update blog ana ni. Pertama sekalli, ana nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana sudi singgah di blog ana yang tak seberapa ni. Ana harap, sahabat-sahabat semua mendapat manfaat daripada blog ana ni. Kali ni ana nak cerita lagi pasal topik hangat yang sering menjadi bualan masa kini. topik apa lagi kalau bukan topik CINTA.   Ramai yang suka dengan topik ni. Apa maksud CINTA sebenarnya? Apa itu CINTA? Setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza tentang maksud CINTA. Tapi ana yakin, ada persamaan dalam pentafsiran makna CINTA itu iaitu rasa kasih sayang. CINTA adalah rasa yang ALLAH anugerahkan dalam  diri  setiap manusia. Tipulah kalau seseorang itu mengatakan tiada cinta dalam hati dia. Di sini, ana ceritakan satu kisah. Harap sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar daripada cerita ini.

       Zahira, merupakan seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kampung. Zahira merupakan seorang yang sentiasa menjaga auratnya. Dia sentiasa memastikan auratnya ditutup dengan sempurna. Sungguhpun Zahira dapat menjaga auratnya sedemikian rupa, namun dia tidak mampu menjaga hatinya. Ya. Sungguh sulit untuk menjaga perkara yang berkaitan hati. zahira diuji dengan kehadiran ramai lelaki dalam hidupnya. Ada yang dikenalinya, dan ada yang merupakan kenalan SMSnya sahaja.Ada yang dia sering bertemu dan ada yang tidak pernah ditemuinya.. Kehadiran lelaki-lelaki itu membuatkan Zahira hanyut dalam dunianya sendiri. Amir, merupakan salah seorang rakan kenalan Zahira di telefon. Amir belajar disekolah yang sama. Amir merupakan seorang lelaki yang sangat kacak dan menjadi idaman ramai pelajar disekolah itu. Amir berumur setahun lebih tua dari Zahira. Disebabkan terlalu ingin berkenalan dengan Amir, Zahira meminta bantuan rakannya untuk mendapatkan nombor telefon Amir. Akhirnya, Zahira berjaya mendapatkannya. Dia menghantar SMS kepada Amir untuk menghulurkan salam perkenalan. Amir menyambut huluran perkenalan itu. Mereka sentiasa berhubung melalui SMS. Bercerita tentang banyak perkara. Suatu hari, Amir meminta Zahira untuk menjadi teman istimewanya. Hati Zahira melonjak untuk menerimanya. Namun dia berpegang pada prinsip hidupnya yang dia tidak akan pernah bercinta kecuali selepas berkahwin. Lantas dia menolak Amir dengan memberikan nasihat kepada Amir bahawa cinta sebelum nikah itu tidak ada dalam Islam. Dan mereka tetap berhubung seperti biasa sebagai teman. Setiap kali pulang daripada melancong, Zahira tidak lupa untuk membelikan sesuatu buat Amir. Namun dia tidak memberikannya kepada Amir. Dia hanya menyimpan semua itu. Dia menyukai Amir kerana rupa Amir yang kacak. Setelah sekian lama, Amir meminta untuk berjumpa dengan Zahira. Dia ingin mengetahui siapa Zahira sebenarnya. Akhirnya Zahira bersetuju. Namun mereka hanya berpandangan.Sejak dari hari itu, mereka akan tersenyum papabila berjumpa antara satu sama lain. Zahira pernah meminjamkan novel kepada Amir.  Salah seorang guru disekolah itu menjadi perantaraan antara mereka. Guru itu adalah ibu kepada Zahira. Tidak disangka pula, ayah kepada Amir merupakan teman sekelas ibu Zahira sewaktu sekolah dahulu. Zahira juga pernah memberikan hadiah untuk Amir. Namun tidak beberapa lama kemudian, Amir pergi menyepi dari hidup Zahira tanpa sebarang kata. Keadaan itu membuatkan Zahira sedih. Setelah sekian lama, Zahira membuang semua perkara yang berkaitan dengan Amir. Dia tidak mahu lagi mengingati Amir. Baginya, Amir hanya ingin mempermainkan dirinya. Amir tidak akan pernah menyukai perempuan yang tidak cantik sepertinya. Kenangan bersama Amir berlalu begitu sahaja.

       Setakat ini dulu ana ceritakan kisah ni. Post yang akan datang nanti, ana akan sambung lagi tentang perjalanan hidup Zahira yang sentiasa berperang dengan nafsu hatinya. In sya ALLAH. Natikan sambungannya ye.