Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 15 July 2012

Corakan Cinta

Bismillahirrahmanirrahim...Asslamualaikum...Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk melakar kata di sini. Pertamanya saya ingin memohon maaf andai ada yang terasa dengan coretan saya ini. Baiklah. Kita mulakan..Ehem3..hehe.. Kebelakangan ni, topik tentang hati telah menjadi satu topik yang hangat dibicarakan oleh remaja masa kini. Ramai yang share sesuatu berkaitan dengan hati ini terutamanya kat facebook.


    Tu salah satu gambar yang berbicara tentang hati. Mesti ramai yang mengetahui maksud di sebalik ayat tu kan...Hmm.. Setiap manusia mesti pernah jatuh cinta. Perasaan tu memang satu anugerah yang ALLAH hadiahkan pada setiap hambaNYA. Cuma menjadi tugas kita untuk mencorakkan cinta itu dengan lakaran yang sepatutnya seperti yang diajar dalam Islam. Jangan sampai kita jatuh cinta terhadap seseorang tu lebih daripada cinta kita terhadap ALLAH. Mungkin jatuh cinta itu boleh menggembirakan kita dan mungkin juga bisa menyakiti. Sebab tu kalau kita jatuh cinta, jangan kita harapkan cinta juga sebagai balasan. Kerana tidak semestinya kita mencintai seseorang yang mencintai kita. Andai kita jatuh cinta, serahkan rasa itu pada ALLAH. Berdoa pada dia agar cinta itu tidak dicemari dengan nafsu. InsyaALLAH, andai ALLAH takdirkan dia jodoh kita, cepat atau lambat, jauh atau dekat, ALLAH akan satukan hati kita dengannya. Apa yang perlu kita buat, dekatkan diri kita dengan ALLAH. Berdoa pada DIA agar kita mampu mengawal rasa cinta itu. Berdoa padaNYA agar cinta yang lahir dari hati kita ikhlas kerana ALLAH dan bukan kerana nafsu. Ada yang jatuh cinta kerana paras rupa, dan ada yang jatuh cinta kerana harta. Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.. (ayat dalm citer hoorey2) . 


    Kadang-kadang seseorang itu terlalu sibuk mengejar kesempurnaan pada diri pasangannya sehinggakan dia lupa akan kekurangan dirinya sendiri. Sebab tu kalau kita mahukan pasangan yang soleh, jangan terlalu memilih untuk mencari yang soleh tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang solehah. Begitu juga sekiranya menginginkan seseorang yang solehah. Jangan terlalu sibuk memilih untuk mencari yang solehah, tetapi berusahalah untuk menjadi yang soleh. Betul kan. Dalam Al-Quran pun ada sebut dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud (Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat. Lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat. Perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik dan lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu orang yang baik terlepas dari tuduhan yang mereka katakan dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia) 

   Kalau kita mencorakkan cinta itu seperti yang diajar dalam Islam, insyaALLAH ia akan menjadi sangat indah. Tapi andainya kita mencorakkan cinta itu dengan cara yang salah, bagaimana kita nak mengharapkan keberkatan dalam hubungan cinta itu. Kesimpulannya jatuh cinta itu tak salah sebab ia memang fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk mencorakkan cinta tu. kalau betul warna yang digunakan, maka cantiklah cinta itu. 

    So, kalau kita jatuh cinta berdoalah pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya. Tapi kalau tak, InsyaALLAH ada insan yang lain yang telah ALLAH ciptakan untuk kita. Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. InsyaALLAH. Amin. 

Sekian...Terima kasih..

No comments:

Post a Comment