Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Friday 29 June 2012

Doa Tahajjud Cintaku

      

      Nadhirah mengambil buku catatannya di atas meja belajarnya. Dia ingin mencatatkan sesuatu mengenai perancangannya bersama teman-teman sekolah lamanya untuk mengadakan perjumpaan semula (reunion). Dia telah berbincang sejak daripada awal untuk mengadakan reunion selepas peperiksaan SPM.

Umi          :Buat apa tu kakak?
Nadhirah :Ni umi. Kakak tengah kira berapa jumlah belanja untuk buat reunion sekolah lama 
                  nanti. Umi... Takpe ke kakak buat reunion kat rumah ni?
Umi          :Owh. Takpe sayang. Boleh je.
Nadhirah :Terima kasih umi. Abah mana umi?
Umi          :Abah ada kat luar tu. Kenapa?
Nadhirah :Kakak nak minta tolong abah belikan barang-barang untuk reunion nanti.
Umi          :Pergilah cakap kat abah tu.

       Nadhirah berjalan mencari abahnya. Akhirnya dia menemui abahnya sedang membaca surat khabar di beranda rumahnya. Nadhirah meminta abahnya untuk membawanya ke pasar pada hujung minggu nanti.

Nadhirah :Abah. Nanti kita pergi ye...
Abah        :Ye la. Banyak ke nak beli?
Nadhirah :Banyak jugak. Ayam, bihun, mug dan banyak lagi la.(Tersenyum)
Abah        :Ish..Banyak tu. Nanti bagi upah kat abah ye.
Nadhirah :Abah ni. Dengan anak pun nak berkira.
Abah        :Abah gurau je la. Nanti kita pergi ye.
Nadhirah :Terima kasih abah. Sayang abah.

     Setelah itu, Nadhirah berlalu ke biliknya. Dia mencapai handphonenya di atas almari untuk menelefon teman-temannya. Dia ingin memberitahu mereka jumlah yang perlu dibayar oleh setiap orang. 


Hari reunion.....................

Aifa          :Yang lain tak sampai lagi ke Nad?
Nadhirah :Fazira dengan Siti dah sampai tadi. Nad suruh diorang pergi beli ais tadi. Yang lain
                  belum sampai lagi.
Aifa         :Sementara tunggu diorang, jom kita siapkan apa yang patut dulu. Bila diorang datang 
                 nanti, tinggal nak goreng bihun je. Lepas tu kita suruh diorang bungkus mug. Yang 
                 lelaki bakar ayam.
Nadhirah :Okey Fa. Jom.

Beberapa minit kemudian, teman-temannya yang lain sampai.

Elyana     :Sorry Nad. Kitaorang lambat sikit. 
Nadhirah :Takpela Ana. Yang penting, korang dah sampai. Yang lelaki belum sampai lagi. Jom 
                  kita ke dapur semua.
Iffatul      :Diorang dah sampai la Nad. Ada kat pokok tu. Malu-malu pulak diorang. Nad panggil 
                  la diorang tu.
Nadhirah :Ye la. Nanti Nad panggil. Korang pergi tolong Aifa tu. Dari tadi lagi dia tak berhenti 
                  buat kerja tu.
Elyana     :Baiklah Nad.

        Nadhirah berjalan keluar dari dapur rumahnya. Dia berjalan ke arah teman-teman lelakinya. Nadhirah duduk dari jauh dan memanggil mereka. Jantung Nadhirah berdegup kencang ketika itu.    Dia terpandang seorang lelaki yang telah lama tidak ditemuinya dan yang sentiasa berada di hatinya sejak bertahun lamanya, Fazley. Namun hanya dia yang mengetahuinya. Baginya, perasaan cinta yang lahir dari dalam hati itu tak semestinya perlu dilafazkan. Dia lebih suka memendamnya dalam hati dan mencintainya dalam diam. Akhirnya mereka semua bejalan menuruti Nadhirah. 

*************

        Bermula dari hari itu, Nadhirah kembali berhubung dengan Fazley. Samaada di laman sosial facebook atau handphone. Kini Nadhirah menyambungkan pelajarannya di sebuah universiti di ibu kota. Suatu hari, Nad berchatting di laman sosial facebook dengan Fazley. Tanpa disedari, Nadhirah telah melakukan satu kesilapan. Dia telah meluahkan rasa cinta yang dipendamnya selama-bertahun itu terhadap Fazley. Nadhirah terkejut dengan perbuatannya sendiri dan berasa amat malu. Dia segera menutup laptopnya. Entah apalah tanggapan Fazley tehadapnya. Dia berasa menyesal dengan perbuatannya. Dia beristigfar. Hatinya menangis dan berbicara sendirian



Ya ALLAH.Hamba khilaf Ya ALLAH. Hamba telah merendahkan martabat diri hamba yang engkau jadikan begitu tinggi. Rasa cinta yang dipendam terlafaz jua kerana kelalaian hati. Ampuni hamba YA ALLAH.


       Sejak dari hari itu, mereka sudah tidak berhubung. Suatu hari, Nadhirah telah menghadiri satu ceramah di universitinya berkaitan cinta. Setelah mendengar ceramah itu, Nadhirah berasa sangat menyesal dengan perbuatannya selama ini yang membuatkan hatinya semakin jauh dari ALLAH. Berhubung dengan lelaki walaupun tanpa urusan. Sewaktu dalam perjalanan pulang menuju ke biliknya, Nadhirah nekad untuk tidak berhubung dengan mana-mana lelaki lagi.

     Selama beberapa hari itu, Nadhirah sudah tidah berhubung dengan mana-mana lelaki lagi.
Namun akhirnya, keikhlasan hatinya teruji. ALLAH memberikan ujian untuknya bagi mengukur keihlasan hatinya untuk mencari cinta ALLAH. Fazley tiba-tiba menghantar pesanan ringkas padanya bahawa dia akan menunggu Nadhirah dan berterima kasih padanya. Nadhirah tidak memahami makna yang tersirat di sebalik kata-kata itu. Lantas tanpa memikirkan apa-apa, Nadhirah membalas pesanan itu. Tujuannya hanya satu. Untuk mengetahui yang tersirat di sebalik yang tersurat. Namun tiada jawapan yang diterimanya. Nadhirah berasa kecewa.



       Dua hari kemudian, Nadhirah bersama teman-teman sekuliahnya sedang menunggu kehadiran pensyarah mereka. Tiba-tiba handphone Nadhirah berbunyi. Dia menerima satu pesanan ringkas. Alangkah terkejutnya Nadhirah apabila melihat nama yang tertera di skrin handphonenya. Fazley yang menghantarnya. Dengan hati yang berdebar, Nadhirah membuka pesanan itu. Setelah selesai membacanya, Air mata Nadhirah mengalir. Dia cepat-cepat menyekanya. Setelah itu, pensyarahnya tiba. Namun Nadhirah tidak dapat memberikan perhatian terhadap sesi pembelajaran pada petang itu. Hatinya menangis hiba. Setelah sesi pembelajaran selesai, teman-temannya berjalan keluar. Namun dia masih di situ. Dia menangis kerana tidak mampu menahannya lagi. Dia beristigfar dengan sepenuh hatinya. Memohon ampu kepada ALLAH kerana kelemahan dirinya.

      Tidak lama kemudian, dua orang sahabat karib Nadhirah muncul.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Nadhirah menangis. Nadhirah terkejut melihat sahabatnya itu.

Nadhirah :Korang tak balik lagi ke?
Anis         :Kitaorang tengok awak tak de kat tadi, tu yang kitaorang patah balik. Nad ada
                  masalah ke?
Husna      :Ye la Nad. Kenapa Nad menangis?
Nadhirah :Tak de apa la Husna, Anis. Nad okay.
Anis         :Nad. Awak tak boleh tipu kami. Kami kawan awak.
Husna      :Betul tu Nad. Kalau kami ada buat salah, maafkan kami.
Nadhirah :Korang tak buat salah apa pun.
Anis         :Nad. Bagitahulah kami. Kami sedih tengok awak macam ni.

      Nadhirah tidak mampu untuk meneruskan bicaranya. Dia menyerahkan handphonenya kepada  Anis supaya mereka membaca meseg yang diterimanya tadi. Setelah membacanya, serentak kedua-dua mereka menjadi sebak.

Husna      :Nad. Husna tak sangka masih ada lelaki seperti  ni sekarang.Nad jangan sedih ye. 
                  InsyaALLAH.
Anis         :Tak sangka korang berdua sedang melakukan perkara yang sama. Berjihad melawan 
                  nafsu hati. Berjihad mencari cinta yang suci.Berdoalah pada ALLAH Nad. Semoga 
                  segala urusan Nad dipermudahkan olehnya. Sekarang ni, Nad perlu banyak berdoa 
                  dan bertawakkal pada ALLAH.
Husna      :Betul tu Nad. Jatuh cinta tak salah. Malah ia fitrah. Cuma kita yang perlu 
                  wewarnainya dengan warna yang sempurna. Jangan sampai ianya menjadi fitnah.
                   memudarkan warna kesucian cinta tu. 
Nadhirah :InsyaALLAH Anis. Husna. Terima kasih. Nad sayang korang.

        Mereka bertiga berpelukan.Setelah itu, mereka bertiga berjalan menuju kebilik masing-masing. Sesampainya di bilik, Nadhirah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat fardhu Asar. Setelah selesai menunaikan solat Fardhu Asar, Nadhirah membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan hatinya. 

        Malam itu, Nadhirah bangun dari tidurnya untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Nadhirah menangis dalam doanya.


Ya ALLAH. 
Ampunilah hambaMu yang lemah ini Ya ALLAH
Jagalah hati hamba ini.
Tuntulah hati hamba ini.
Sepanjang perjalanan hamba.
Mengembara mencari cintaMU.
Cinta yang suci dan yang kekal abadi.
Kuatkanlah iman di hati hamba.
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Andai adanya rasa cinta di hati ini
Andai lahirnya rasa cinta dari hati ini
Ikhlaskanlah cinta itu hanya keranaMU.
Dan bukan kerana nafsu
Ya Muhaimin
Andai adanya cinta di hati ini
Jagalah ia agar tidak melebihi
Cinta hamba kepadaMU.
Bantulah hamba Ya ALLAH.
Terkadang hamba terasa lemah dan tidak berdaya.
Maka berikanlah kekuatan untuk hati ini.
Dalam usaha hamba ini Ya ALLAH
 Amin Ya Rabbal Alamin
     
       Bermula hari itu, Nadhirah tidak lupa untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Mengubati hatinya yang merindui kekasihnya yang Abadi. Dia meyerahkan semuanya kepada ALLAH. Dia tahu, dalam hatinya masih ada cinta terhadap Fazley. Andai adanya jodoh di antara mereka, cepat atau lambat, jauh atau dekat, susah atau senang, InsyaALLAH mereka akan bersatu. Apa yang peting padanya sekarang adalah meneruskan pencariannya mencari cinta yang hakiki dan rindu yang abadi hanya pada Ilahi.Dia yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang berjihad dijalanNYA.


       

Daripada Fazley.
       Nad. Maafkan Faz sebab tak balas meseg Nad sebelum ni. maafkan Faz andainya meseg Faz sebelum ni menimbulkan tanda tanya di hati Nad. Faz tak layak untuk gadis yang baik seperti Nad. faz tak layak untuk Nad. Sekarang ni Faz tengah berusaha untuk  jaga ikhtilat Faz. Faz minta maaf. Faz ingin berubah. Faz hargai perasaan Nad pada Faz. Faz tak pernah fikir bukan-bukan. InsyaALLAH Nad, andai terciptanya jodoh di antara kita, insyaALLAH kita akan bersatu. Buat masa sekarang ni, kita belajar bersungguh-sungguh dan buktikan kejayaan kita. Faz jauh dari Nad. Faz tak mampu untuk jaga Nad. Tapi Nad, andainya dalam penantian itu nanti, Nad menemui seorang lelaki yang lebih baik daripada Faz, Nad pergilah pada dia. Maafkan Faz kalau Faz ada sakitkan hati Nad. Faz tak mahu kita semua terus hanyut dalam dosa terutamanya Nad. Faz tak mahu Nad buat dosa. Jaga diri baik-baik Nad. Assalamualaikum.


2 comments:

  1. ehem2.. cik lya oi..citer2 awk mmg best,,tp blh ubah ckit x backgroundnya?? xdpt bca ngan btul la..tpaksa highlight semua tlisan bru dpt bca..=)

    ReplyDelete
  2. la....ye ke tak nampak...asif...insyaALLAH nnt lya akn ubah backgroundnya...syukran tgur...

    ReplyDelete