Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Saturday 23 June 2012

DOAKU UNTUKMU SAYANG



      "Ya ALLAH.Pertemukanlah aku dengan pasangan yang mampu untuk membimbingku. Menemani perjalananku untuk bertemu cintaMU. Tuntunlah hatiku dan hatinya untuk membina cinta yang Engkau redhai. Hamba bukanlah seorang insan yang sempurna Ya ALLAH. Justeru itu, hamba tidak mengharapkan yang sempurna. Cukuplah yang dapat membimbing hamba. Amin Ya RAbbal Alamin",Wardah mengaminkan doa tahajjudnya. Airmatanya gugur membasahi pipinya. Itulah yang selalu didoakan olehnya. Wardah tidak pernah berputus asa dengan doanya. Surah An-Nur ayat 30. Itulah ayat yang sering berada dihatinya. Dia percaya, untuk mendapatkan seseorang yang soleh, dia tidak perlu terlalu memilih untuk mencari yang soleh tetapi dia perlu berusaha untuk menjadi yang solehah. Wardah bangun mencapai Al-Qurannya. Dia menghabiskan sisa malamnya dengan membaca Al-Quran sementara menunggu azan Subuh berkumadang.

       Pagi itu, setelah menunaikan solat fardhu Subuh, Wardah turun untuk menyiapkan sarapan pagi buat keluarganya. Wardah merupakan anak tunggal. Oleh itu, dia menjadi kesayangan umi dan abinya. Dia bekerja sebagai seorang guru. Wardah bercadang ingin menyediakan nasi goreng untuk sarapan pagi. Dia membuka peti sejuk untuk mengeluarkan bahan-bahan membuatnya. Tiba-tiba datang seseorang menyergahnya daripada belakang. "Umi.Terkejut Wardah", adu Wardah. Wardah memandang uminya sambil tersenyum. Uminya membalas senyumannya.

Umi      :Boleh umi tolong Wardah?
Wardah:Takpe umi.Umi duduk je.Dah nak siap pun.Abi mana umi?
Umi      :Ada kat atas tu.

      Wardah meneruskan kerjanya. Uminya memerhatikan Wardah. Tanpa disedari, airmata keibuannya mengalir.

Wardah:Okay umi.Dah siap.Nanti wardah hidangkan.Lepas tu kita panggil abi turun makan ye umi.

      Wardah terkejut apabila melihat airmata mengalir daripada mata ibunya. Dia merapati ibunya.

Wardah:Umi?Kenapa umi menangis? Wardah ada buat salah? Wardah ada sakitkan hati umi?Maafkan
              Wardah umi. Wardah sayang umi.(Wardah merintih dengan linangan airmata sambil mencium
               tangan uminya)
     
       Uminya menyapu airmatanya.

Umi      :Tidak sayang. Wardah tak buat salah apa pun. Wardah seorang anak yang baik.Terlalu baik.Umi
             bersyukur dapat anak macam Wardah.Umi pun sayang Wardah. Semoga Wardah akan mendapat  
             seorang yang soleh.
Wardah:InsyaALLAH umi.

      Pada suatu hari, sewaktu Wardah sedang menyapu dihalaman rumah, umi dan abi memanggilnya. Wardah berjalan menghampiri dan duduk disisi mereka.

Wardah:Kenapa umi..abi?
Umi      :Abi ada sesuatu nak bagitahu Wardah.
Wardah:Apa dia abi?
Abi       :Wardah.Umi dengan abi bercadang nak jodohkan Wardah dengan anak kawan ayah Encik Zarul
              dan Puan Fida, Khairul Naim.
         

        Wardah terdiam untuk seketika sebelum memulakan bicara.

Wardah:Wardah tak sesuai untuk dia umi..abi..(Wardah menundukkan wajahnya)
Abi       :Naim sendiri yang meminta abi dengan umi untuk bertanyakan hal ini pada kamu.Dia berharap
             sangat Wardah akan setuju.Umi dengan abi pun setuju.
Wardah:Baiklah umi.Abi.Wardah terima kalau ini pilihan umi dan abi.Wardah tahu umi dan abi mahukan
             yang terbaik untuk Wardah.
Umi & Abi:Alhamdulillah.
 
         Umi dan abinya bersyukur kerana ALLAH mempertemukan jodoh yang soleh untuk anaknya. Malam itu, seperti biasa Wardah terjaga pada pukul 3 pagi. Dia membersihkan dirinya untuk beribadah kepada ALLAH. Wardah berdoa pada Ilahi.

YA ALLAH.
SEANDAINYA MEMANG ENGKAU TAKDIRKAN DIA MILIKKU.
TERCIPTA UNTUKKU.
AKU REDHA YA ALLAH.
ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUKKU.
JAGALAH HATIKU PADANYA NANTI.
AGAR AKU TIDAK BERPALING DARI CINTAMU.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.


          Alhamdulillah. wardah telah selamat bergelar isteri kepada seorang doktor, Khairul Naim. Wardah bersyukur kerana Naim melayaninya dengan baik. Walaupun dia sibuk dengan kerjanya, dia tetap ingin meluangkan masa untuk bersama Wardah. Setiap kali selepas pulang dari kerjanya, dia akan membelikan sekuntum bunga ros untuk Wardah. Suatu hari, uminya menelefon Wardah untuk bertanyakan khabarnya.

Umi      :Assalamualaikum sayang.
Wardah:Waalaikumussalam umi.Umi sihat?Wardah rindu umi dengan abi.
Umi      :Alhamdulillah umi sihat.Umi dengan abi pun rindukan Wardah.Sunyi rumah ni bila Wardah takde.
             Camne kehidupan baru Wardah?
Wardah:Alhamdulillah umi.Abang Naim baik sangat.Wardah bahagia.

       Wardah mengalirkan airmata setelah berbicara dengan ibunya. Naim memerhatikannya. Dia merapati Wardah.

Naim    :Wardah rindukan umi dengan abi ye.Hujung minggu ni kita balik ye sayang. Jumpa umi dengan abi.
wardah:Betul ke abang?Terima kasih abang.(Wardah memeluk suaminya)

      Hujung minggu itu, mereka berdua bertolak ke rumah umi dan abi Wardah. Sesampainya disana, Wardah berlari mendapatkan uminya yang sedang berbual dengan abinya yang sedang berbual dihalaman rumah. Naim tersenyum memerhatikan gelagat isterinya. Dia berjalan ke arah mertuanya dan bersalaman dengannya.

Abi       :Wardah ni memang rapat sangat dengan umi dia Naim.
Naim    :Naim tahu abi.Wardah selalu bagitahu.
Abi       :Macam budak-budak diorang ni.

     Serentak mereka berdua ketawa.Mereka sangat bahagia.Namun semua itu hanyalah sementara. Panas yang disangka sampai ke petang namun hujan di tengah hari.


     Suatu hari, Naim mula berubah. Tiada lagi layanan seperti dulu. Dia sering memarahi Wardah. Tiada lagi bunga ros untuk Wardah. Wardah terluka dengan perubahan suaminya. Dia rindukan suaminya yang sentiasa menyayanginya. Namun Wardah tetap setia menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dalam hatinya berkata "Mungkin abang tertekan sebab kerja kat hospital. sebab tu dia berubah". Sewaktu Wardah sedang melayani perasaanya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon menandakan suaminya telah pulang. wardah bergegas membuka pintu.

Wardah:Abang dah balik?Abang nak minum?Wardah buatkan.
Naim    :Tak yahlah.Aku dah makan tadi.
 
     Naim meninggalkan Wardah sendirian dan menuju ke biliknya. Sudah berbulan lamanya naim bersikap dingin terhadap Wardah. namun Wardah tetap bersabar kerana kasih dan cintanya untuk Naim.

    Seperti biasa Wardah bangun untuk menunaikan qiamullail. wardah berdoa kepada Ilahi. Airmatanya tidak berhenti mengalir.

YA ALLAH.AMPUNILAH HAMBA ANDAI HAMBA MENYAKITI SUAMI HAMBA SEHINGGA DIA BERUBAH. KEMBALIKANLAH SUAMI HAMBA YANG DULU.HAMBA MERINDUINYA YA ALLAH. sUNGGUH HAMBA MERINDUINYA YA ALLAH.

     Wardah mengaminkan doanya. Dia berjalan menuju ke arah suaminya. Dia memegang erat tangan suaminya dan menciumnya.

Wardah:Abang.Wardah sayangkan abang.Wardah rindukan abang yang dulu.Wardah rindukan abang yang
             dulu.Jangan buat Wardah macam ni. Wardah tak sanggup dibenci oleh abang.Wardah sayang
             abang.
   
      Tiba-tiba Naim membuka matanya. Sebenarnya Naim telah terjaga setwelah mendengar doa isterinya tadi. Namun dia berpura-pura tidur.

Wardah:Abang.(Wardah menyapu airmatanya)Maafkan Wardah.Wardah tak bermaksud nak bangunkan
             abang.
Naim    :Tak pe. Kenapa Wardah menangis?
Wardah:Wardah rindukan abang. Kenapa abang tiba-tiba berubah?
Naim    :Abang atau Wardah yang berubah?
Wardah:Apa maksud abang?
Naim    :Tak yah pura-pura la Wardah. Faiz dah bagitahu abang semuanya yang Wardah bawa dia balik
              rumah waktu abang kerja. Abang tak sangka Wardah sanggup buat macam tu. Wardah dah tak
              hormatkan abang.(Naim bangun dari katil dan berdiri berhampiran cermin.)
Wardah:Astagfirullahhalazim abang.wardah tak pernah buat semua tu.Wardah tahu halal haram abang.
Naim    :Tak yah bohong la. Abang tak sangka yang Wardah hanya berlakon dengan abang selama ni.
     
        Wardah bangun mendapatkan suaminya untuk menjelaskan hal yang sebenar namun Naim menolaknya. Wardah jatuh tersungkur. Wardah pengsan. Naim terkejut melihat situasi itu. Dia mendapatkan Wardah. Dia menepuk-nepuk pipi Wardah memintanya bangun. Dia mengendong Wardah ke kereta untuk membawanya ke hospital. Naim gelisah melihatkan keadaan isterinya. Airmatanya mengalir.
       
      Beberapa hari selepas itu, Wardah mula membuka matanya. Dia memandang Naim disisnya.

Wardah:Maafkan Wardah abang. Wardah tak buat semua tu.
Naim    :Abang tahu sayang.Faiz dah ceritakan semuanya.Dia yang memfitnah Wardah kerana Wardah
             pernah menolaknya.Maafkan abang sayang. Abang sepatutnya menyiasat perkara ini terlebih
             dahulu.Maafkan abang kerana melukakan hati Wardah.Maafkan abang.
Wardah:Tak abang.Wardah sayangkan abang. wardah yang salah.
Naim    :Abang yang salah Wardah.Abang yang salah.Maafkan abang.(menangis)
Wardah:Tak abang. Wardah tak pernah salahkan abang. Abang seorang suami yang sangat baik.
Naim    :Kenapa Wardah tak bagitahu abang tentang semua ni. Kenapa sembunyikan perkara ni daripada
             abang.
Wardah:Maafkan Wardah.wardah cuma tidak mahu membebankan abang.
Naim    :Abang gagal untuk menjadi seorang suami yang baik untuk Wardah.
Wardah:Abang adalah suami yang terbaik didunia ni.
     
       Malam itu,Naim menuanaikan solat-solat sunat disampng isterinya yang sedang terbaring dikatil hospital.
Keadaanya sungguh lemah. Naim berdoa.

YA ALLAH. ENGKAU TELAH MEMBERIKAN SEORANG ISTERI YANG BAIK UNTUKKU.NAMUN AKU TELAH MENZALIMI ISTERIKU YA ALLAH. AKU TELAH MENYAKITI HATINYA. NAMUN DIA TIDAK PERNAH MENGELUH. TETAP BERSABAR DENGANKU. BETAPA DIA MENDERITA SELAMA INI. NAMUN AKU HANYA TERUS MENYAKITI HATINYA. AKU TELAH MENZALIMINYA YA ALLAH. AMPUNKANLAH SEGALA KELALAIAN HAMBA. AKU MEMBIARKAN DIA MENDERITA BERSENDIRIAN SEDANGKAN DIA MEMERLUKAN AKU UNTUK TERUS BERADA DISISINYA. AMPUNI HAMBA. BERIKANLAHG PELUANG UNTUK HAMBA MENEBUS KESALAHAN HAMBA. AMIN YA RABBAL ALAMIN.

    Naim mengaminkan doanya. Dia memandang isterinya. Airmatanya mengalir mengenangkan penderitaan yang ditanggung isterinya selama ini. Dia tidak mengetahui bahawa isterinya menghidap kanser otak pada tahap ketiga. Wardah menyembunyikan hal itu daripadanya. Betapa Wardah menyayangi dan menyintainya. Betapa Wardah memikirkan tentangnya lebih berbanding dirinya. "Maafkan abang sayang", ucap Naim dalam nada sayu.

     Setelah mengetahui tentang sakit yang dialami Wardah, Naim tidak pernah berhenti untuk mengubati penyakit isterinya. Berdoa pada ALLAH agar tidak mengmbil Wardah darinya dan memberikan peluang untuknya menebus segala kekhilafannya. Wardah perlu menjalani pembedahan..Namun peluangnya untuk sembuh amat tipis. Sebelum Wardah dibawa ke bilik pembedahan, Naim menenangkan isterinya. "Abang. Andainya Wardah harus tinggalkan abang, abang janji yang abang takkan menangis. Wardah tak mahu setitis pun airmata mengalir dari mata abang. Abang mesti hidup bahagia. Jangan salahkan diri abang. Semua ni dah ditakdirkan olehNYA. Wardah nak bagitahu yang Wardah sentiasa menyayangi dan mencintai abang. Naim menahan airmatanya dari mengalir. Dia mencium dahi isterinya dan berkata "Tidak sayang. Sayang takkan tingalkan abang. Abang tetap akan tunggu sayang. Akhirnya Wardah dibawa ke bilik pembedahan. Selama 3 jam menunggu, Naim tidak putus-putus berdoa semoga ALLAH memberikan kesembuhan untuk isterinya.

     Tidak lama kemudiaan, doktor yang melakukan pembedahan ke atas Wardah berjalan keluar. Naim mendapatkan doktor itu untuk bertanyakan tentang isterinya. Doktor itu terdiam untuk seketika sambil memandang wajah Naim yang penuh pengharapan.

Doktor:Alhamdulillah Encik Naim. Isteri awak selamat. Doa awak dah dimakbulkan. Ini merupakan satu
            keajaiban. Betapa ALLAH itu berkuasa.

     Naim sujud mengucapkan syukur kapada Ilahi kerana masih membenarkan isterinya menemani hidupnya. Naim menelefon ibu dan bapanya dan juga mertuanya untuk mengkhabarkan keaddan Wardah. Apabila Wardah telah sedarkan diri, Naim duduk disamping isterinya.

Naim    :Terima kasih sayang. Terima kasih sebab tak tinggalkan abang. Terima kasih sayang.
Wardah:ALLAH masih memberikan peluang untuk Wardah menyayangi dan menyintai abang.
Naim    :Abang berjanji akan menjaga sayang dengan baik. Abang takkan menyakiti dan melukakan
              sayang lagi.InsyaALLAH.

      Naim mencium dahi Wardah sebagai tanda cintanya.

Naim    :Abang ada sesuatu untuk Wardah.(mengeluarkan sekuntum bunga ros)Ni untuk sayang.
Wardah:Terima kasih abang. Dah lama Wardah tak dapat bunga ni.

       Naim mengeluarkan telefon bimbitnya dan memainkan lagu Doaku Untukmu Sayang khas untuk isterinya. "Ni pun untuk sayang. Abang takkan pernah berhenti untuk menyayangi dan mencintaimu".Wardah sebak mendengarkan bait-bait lagu itu. Naim memeluknya dan melafazkan kata cinta untuknya "Abang mencintaimu kerana ALLAH".

     Setahun selepas itu, Wardah dan Naim dikurniakan seorang anak perempuan. Mereka menamakannya Farah Madihah. Naim dan Wardah semakin bahagia dengan kehadiran insan baru dalam hidup mereka. Mereka sentiasa berdoa agar cinta diantara mereka akan berkekalan sehingga ke syurga. InsyaALLAH.

(Kadang-kadang, tanpa disedari kita telah melukakan hati seorang insan yang betul-betul ikhlas menyayangi kita. Hargailah mereka yang ikhlas mencintaimu kerana bukan mudah untuk kita dicintai oleh insan yang kita cintai)





2 comments: