Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Monday 26 December 2011

CERPEN "DOA CINTA"






 “Aisyah..Jom gi library jap..Saya nak buat ulangkaji sikit.Boleh tak?”,tanya Jamilah kepada sahabat karibnya Aisyah.Aisyah memandang kepada sahabatnya itu.Dia tersenyum dan menganggukkan kepalanya sambil berkata “Okay.Jom”,jawab Aisyah.Jamilah memeluk Aisyah dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Mereka berjalan beriringan menuju ke perpustakaan.Dalam perjalanan Jamilah yang beperwatakan kelakar itu mengusik Aisyah.Aisyah hanya tersenyum.Dia senang dengan sikap Jamilah yang selalu ceria.Dia mengenali Jamilah sejak mereka masih kecil lagi kerana mereka berjiran.Sejak zaman persekolahan mereka sentiasa bersama.Dan alangkah gembiranya mereka sewaktu mendapat surat tawaran dari universiti yang sama.Mereka belajar di Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan Ilmu Wahyu.


       Apabila mereka sampai disana,Rabiatul kawan mereka dari jurusan yang sama menegur mereka.Mereka berjalan menuju ke arah Rabiatul dan duduk disampingnya.Mereka mengulangkaji bersama-sama.Tidak lama lagi,mereka akan menghadapi peperiksaan terakhir mereka sebagai seorang mahasiswi untuk mereka meneruskan kehidupan yang lebih mencabar pada masa hadapan.Selesai mereka mengulangkaji,kedengaran azan Asar berkumandang.Mereka bertiga diam.Selesai azan berkumandang,Aisyah berdiri dan berkata “Biey,Jamilah..Jom balik dorm.Kita solat berjemaah.Nanti kita nak beli makanan pulak”.Jamilah dan Rabiatul bangun dan mereka berlalu meninggalkan perpustakaan.
     Malam itu,seperti malam-malam kebiasaannya,Aisyah bangun di tengah malam saat semua sahabatnya sedang tidur.Selepas selasai berwudhuk,Aisyah bersedia di sejadahnya untuk menunaikan solat-solat sunat.Aisyah merupakan seorang gadis solehah sehinggakan dia mampu memendamkan perasaannya terhadap seorang lelaki.Aisyah telah lama menyukai seorang lelaki di kampungnya.Sejak dari sekolah menengah lagi.Lelaki itu merupakan seorang lelaki yang sangat soleh.Lelaki itu bersekolah ditempat yang sama dengannya .Tetapi dia tidak pernah memberitahunya kepada sesiapapun termasuklah sahabat karibnya,Jamilah.Perasaanya itu dipendam di dalam hati.Dia menyerahan semuanya kepada ILAHI.Dia tidak mahu rasa itu merampas rasa cinta pada DIA yg lebih Sempurna.Dia sentiasa berdoa diakhir solatnya.

Ya ALLAH
Seandainya telah engkau catatkan dia untukku.
Tercipta untukku.
Satukanlah hatinya dengan hatiku dengan ikatan yang halal disisiMU.
Tuntunlah hatiku agar sabar menanti waktu itu.
Dan Ya ALLAH Ya Tuhanku.
Jagalah hati ini agar tidak berpaling dariMu.
Janganlah rasa ini melebihi rasa kasih dan cintaku kepadaMU.
Sesungguhnya hanya Engkau cinta yg abadi.
Namun andainya dia tidak ditakdirkan untukku.
Berikanlah aku kekuatan.
Untuk melontarkan bayangannya.
Hilang dari hatiku.
Redhakanlah aku dengan takdirmu.
Berikanlah jodoh yg terbaik untukku.
Yang mencintaiMu.
Yang hatinya tertaut padaMU.
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.
Jagalah hati ini Ya ALLAH.
AMIN….
         
       Pada suatu hari,Aisyah tertinggal diarinya didalam kelas.Selalunya Aisyah tidak membawa diarinya ke kelas.Jamilah ternampak diari itu sewaktu dia masih lagi menyiapkan tugasannya sementara Aisyah telah pulang terlebih dahulu untuk menunaikan solat.Jamilah mendapatkan diari itu dan membukanya.Jamilah membuka diari itu untuk mengetahui siapa pemiliknya.Apabila mengetahui pemiliknya adalah Aisyah,tanpa disedari,dia membaca diari tersebut.Selesai membaca diari itu,Jamilah sangat terkejut.Dia tidak pernah menyangka selama ini sahabat karibnya itu memendam perasaan jauh disudut hatinya untu waktu yang lama.Betapa suci hatinya.Tidak mahu perasaan yang suci itu dicemari.Jamilah membawa diari itu balik ke dormnya.Sewaktu Jamilah sampai dibiliknya,Aisyah baru selesai membaca Al-Quran.Kawan mereka yang lain keluar membeli makanan.hanya mereka yang berada di dorm waktu itu.
         Jamilah mendekati Aisyah.Aisyah bertanya”Milah baru balik?Dah siap semuanya?”.Jamilah hanya terdiam.Airmatanya mengalir.”Jamilah.Kenapa ni?Awak sakit ke?”tanya Aisyah.Tiba-tiba Jamilah memeluk Aisyah dan menangis dibahunya.Aisyah mengusap kepala Jamilah sambil bertanya”Jamilah.Kenapa ni?Bagitahulah”.Jamilah memandang Aisyah dan mengukir kata “Aisyah.Milah minta maaf.Milah terbaca diari Aisyah.Milah betul-betul minta maaf”.”Aisyah memandang sahabatnya itu dan berkata “takpela Jamilah.Saya tak marah pun.Tapi kenapa awak nangis?Jamilah menjawab “Saya tersentuh dengan cinta awak.Saya tak pernah sangka yang awak setabah itu.Memendam cinta selama bertahun tanpa meluahkan kepada sesiapa.Hanya pada DIA awak berserah.Betapa sucinya perasaan itu.Saya kagum dengan awak”.Mereka berpelukan antara satu sama lain.Aisyah berkata “Cinta yang sejati itu hanya cinta kepada ILAHI.Andai hadirnya rasa cinta terhadap seseorang kerana ALLAH,dan ALLAH telah takdirkan dia jodohnya,lambat atau cepat,pasti akan bersatu.InsyaALLAH.
         Beberapa tahun kemudian,Aisyah dan Jamilah telah menamatkan pengajian mereka dan telah bekerja.Jamilah pernah bertanya kepada Aisyah sewaktu mereka sedang berbual selepas selesai  menyiapkan tugasan mereka.Jamilah bertanya “Aisyah..Awak masih mencintai dia?”namun Aisyah hanya tersenyum memandang Jamilah.Dia tidak menjawab pertanyaan itu.Namun Jamilah memahaminya.
         Suatu hari,sewaktu Aisyah pulang dari tempat kerjanya,dia terlihat sebuah kereta yang tidak dienali dihadapan rumahnya.Dia memasuki rumah dan memberi salam “Assalamualaikum”.Aisyah melihat sepasang suami isteri yg sebaya ibu dan ayahnya sedang duduk di atas sofa.Aisyah bersalaman dengan wanita itu. Kemudian dia meminta izin untuk masuk ke biliknya.tidak lama kemudian,ibu Aisyah memasuki biliknya.Dia berkata “Aisyah.Tetamu kita diluar datang membawa hajat.”Aisyah bertanya’’Hajat ape ibu”?”Hajat melamar kamu untuk  anak mereka,”sambung ibunya.Aisyah terkejut.”Siapa ibu’’?tanya Aisyah lagi.Ibunya memberitahu nama lelaki itu dan menunjukkan gambarnya.Alagkah terkejutnya dia apabila mengetahui lelaki yg melamarnya adalah lelaki yang selama ini ada dalam doanya.Ibunya juga menyerahkan sepucuk surat kepada Aisyah daripada lelaki itu.Aisyah membuka surat itu dan membacanya.Di dalamnya tertulis
*Bismilahirrahmanirrahim.Assalamualaikum Aisyah.
   Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.
Amiin…

Aisyah.Maafkan saya andai saya mengejutkan awak.Cinta yg telah lama terpendam dalam hati ini,saya ingin akhirkan dengan ikatan yang sah dalam Islam.InsyaALLAH.Saya telah menunaikan solat isthikarah untuk memohon petunjukNYA.Alhamdulillah.Saya temui jawapannya.Saya berharap agar awak sudi terima saya sebagai suami yang sah dalam hidup awak.InsyaALLAH,saya akan menjaga,menyayangi dan membimbing awak.*
                                                                                                                                           Yang benar
                                                                                                                                          (AIMAN)
     
        Rupa-rupanya Aiman juga mencintainya.Selesai membaca surat itu,Aisyah menangis.Dia tidak pernah menyangka doanya dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T..Aisyah sujud syukur dan memeluk ibunya.Dia menerima lamaran itu.
         Akhirnya,Aiman dan Aisyah selamat disatukan.Doa cinta Aisyah telah dimakbulkan.Aisyah berdoa kepada ILAHI
YA ALLAH
BETAPA AGUNGNYA CINTAMU
ENGKAU MEMAKBULKAN DOAKU
AKU BERSYUKUR KEPADAMU
KAMU TELAH MEMBERIKAN JODOH YANG TERBAIK UNTUKKU
JAGALAH CINTA KAMI INI
AGAR SENTIASA DIBAWAH RAHMATMU DAN REDHAMU
DAN BANTULAH KAMI UNTUK MENCAPAI CINTAMU YANG HAKIKI
AMIN YA RABBAL ALAMIN…

                                      TAMAT

No comments:

Post a Comment