Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 29 December 2011

RENUNGAN



Biar kepahitan itu pergi.agar kemanisan mengisi.

Biar kekecewaan berlalu.agar kegembiraan mewarnai.

Biar kegelisahan lenyap.jangan kita hilang semangat.

Biar penderitaan itu menyapa.agar kekuatan kita menjana semula.

Biarlah diri ini derita.agar aku tahu kepahitan derita ini.

Agar aku sedar kesengsaraan ini.

Tak sama bahkan hanya secebis.

Dari penderitaan Rasulullah saw

Tuhan sesekali  tidak menzalimi hamba-Nya.

Tapi manusia yang menzalimi diri sendiri

Cahaya kelam pahala dosa

Berupaya memilihnya

Walau kadang kala tersasar lantaran pautan nafsu

Namun peluang dari-Nya sentiasa ada

Namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi

Diturunkan ad-din memperhiasi akal

Dianugerahkan akal memperhalusi akhlak

Dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti

Menjadi sebaik baik umat,tunduk sebagai hamba

Berjalan sebagai khalifah

Menyusuri kehidupan mencari sebutir permata ‘’iman’’

Menyemai sepohon ‘’taqwa’’

Agar dapat berteduh dari kepanasan ‘’nafsu’’

Agar dapat berlindung dari angin hasutan ‘’syaitan’’

Dalam mencari ‘’KEREDHAAN ALLAH SWT’’…..



                    Tidak ada daun yang gugur yang tidak diketahui olehNYA.................

                Manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan..ALLAH S.W.T itu Maha Pengasih.ALLAH S.W.T itu Maha Pengampun..Menerima hamba-hambaNYA yang ingin kembali ke jalanNYA........



                                      
    Ya ALLAH..Ampunilah segala dosa-dosa hamba.
Tunjukilah hamba jalan yang lurus.Jalan yang Engkau redhai.   

No comments:

Post a Comment