Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 1 January 2012

Sunao Ni Narenakute

           
      Firdaus mengambil kunci kereta yang terletak di atas meja dalam biliknya.Selepas itu,dia berjalan menuju ke arah mama dan papanya yang telah bersedia di meja makan.Dia mencium pipi mama dan papanya dan berkata ‘’Morning ma..papa”.’’Morning sayang.Jom makan’’pelawa mamanya.Namun Firdaus hanya menggeleng.’’Takpe la ma.Fir nak pergi keje dulu’’,kata Firdaus.Papanya bersuara ‘’Awal lagi la Fir.Makan la dulu’’.’’Saje Fir nak gi keje awal’’,jawab Firdaus.Dia berlalu menuju ke keretanya.Firdaus merupakan anak tunggal Dato Jamal dan Datin Siti.Dia bekerja di syarikat milik bapanya.
              Dato Jamal dan Datin Siti menggelengkan kepala dengan kerenah anak tunggal mereka itu.Datin Siti berkata’’Anak kita tu..Umur dah 28 tahun.Tapi perangai still macam budak-budak’’.Dato Jamal tersenyum memandang isterinya.”Biasa la tu.Awak tak perlu risau’’,katanya.Mereka menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pembantu rumah mereka yang digelar ‘Mak Teh’.
            Lebih kurang 20 minit kemudian,Firdaus tiba di pejabat.Dia meletakkan briefcasenya di atas meja dan kemudian duduk bersandar di sofa dalam pejabatnya.Seketika kemudian,terdengar pintu pejabatnya diketuk.’’Masuk’’,kata Firdaus.Seorang lelaki sebayanya berjalan menuju ke arah Firdaus dan duduk bersebelahannya.Dia berkata”Eh Fir.Terkejut aku.Awal pulak kau hari ini’’,kata Fikri yang merupakan teman karib Firdaus.Firdaus melihat temannya itu dan berkata’’Kau ni Fik,aku datang awal salah,lambat lagi la’’.Fikri tergelak’’Hak3..Rilex la.Aku gurau je’’,katanya lagi.Firdaus tersenyum.
           Malam itu,selepas menikmati makan malam,Dato Jamal dan Dato Siti meminta Firdaus untuk ke ruang tamu kerana mereka ingin membicarakan sesuatu dengan Firdaus.Firdaus hanya menuruti kedua  orang tuanya itu.Mereka bertiga duduk di ruang tamu.
Dato Jamal:Fir.Sebenarnya papa nak jodohkan kamu dengan anak kawan baik papa dari kampung.Papa        harap kau setuju.Dah lama papa rancang semua ni.
        Firdaus berasa sangat terkejut.Dia memandang tepat ke arah papanya.
Firdaus:What pa?Jodohkan Fir dengan anak kawan papa?Sape?
Dato Jamal:Anak Encik Ismail,Nabila.Kamu ingat lagi kan.Kita pergi rumah dia hari tu mase isteri dia sakit.
Firdaus:Nabila pa.Ala pa.Takde orang lain ke pa.Yang cantik.Moden sikit.Ni Nabila.
Dato Jamal:Tak baik kamu hina dia macam tu.Dia seorang wanita yang baik.Ape pun,kamu mesti kahwin dengan dia.Ini keputusan papa dan mama.
Firdaus:Mama.Ape ni ma?Paksa-paksa Fir macam ni.
   
Datin Siti:Fir.Kami buat semua ni untuk ebaikan kamu.Kami nak yang terbaik untuk kamu.Kamu setuju ye.Kamu sayang mama kan.
            Firdaus mendengus.Dia masih tidak berpuas hati.Namun mama dan papanya terus mendesak.Akhirnya dia terpaksa bersetuju walaupun hatinya tidak rela.
            Keesokan harinya semasa di pejabat,dia menceritakan perkara itu kepada Fikri.
Firdaus:Teruk betul la Fik.Diorang pakse aku kahwin dengan budak kampung tu.Dah la tak cantik.Tak pandai bergaya.Dia ingat ni zaman empat puluhan ke ape nak jodoh-jodohkan anak ni.Geram betul aku.
Fikri:Fir.Ade sebab kenapa mama dan papa kau suruh kau buat macam tu.Kau kena terima.Pilihan orang tua adalah yang terbaik.Kau kena sabar.
Firdaus:Kau pun sama la macam mama ngan papa aku.Blah la!!
            Firdaus marah apabila tiada yang menyebelahinya.
Fikri:Fir.Kau nak pergi ke mane tu?Rilex la. 
              Namun Firdaus tidak menghiraukannya dan berlalu pergi.
3 bulan kemudian…
              Firdaus telah selamat diijabkabulkan dengan Nabila.Majlis perkahwinan mereka diadakan di sebuah hotel yang terkenal di ibu kota.Kawan-kawannya datang mengucapkan tahniah kepadanya.Namun dia tetap bersahaja.Tiada riak kegembiraan diwajahnya dengan perkahwinan itu. Setelah selesai majlis perkahwinan,Encik Ismail dan isterinya Puan Zaiton menemui keluarga besannya.
 Encik Ismail:Alhamdulillah.Semuanya berjalan dengan lancar.
 Dato Jamal:Betul tu Mail.Selesai semuanya.
 Encik Ismail:Kalau camtu,kami balik dulu ye.Assalamualaikum.
 Dato Jamal:Waalaikumussalam.
           Encik Ismail dan Puan Zaiton berjalan ke arah Firdaus dan Nabila.
 Encik Ismail:Firdaus.Ayah titipkan puteri ayah kepada kamu.Kamu jaga dan sayangilah dia.
 Firdaus:InsyaALLAH ayah.
Puan Zaiton:Ila.Sekarang ni kamu dah jadi isteri orang.Kamu jaga suami kamu dan taatilah perintahnya.Mak doakan kamu akan selalu bahagia.
 Nabila:InsyaALLAH mak.Saya sayang mak.
              Nabila dan Puan Zaiton menangis.Mereka berpelukan.Setelah bersalaman,Encik Ismail dan Puan Zaiton bertolak pulang.Seketika kemudian,mereka berempat pula bertolak pulang.Sesampai di rumah,Puan Zaiton membawa Nabila untuk menunjukkan biliknya sementara Firdaus duduk berehat di sofa.Papanya datang menghampirinya dan berkata ‘’Fir.Ingat.Fir dah jadi suami orang.Sayangilah isteri kamu.Jangan kamu sakiti dia.Ingat pesan papa’’.Firdaus tidak menghiraukan kata-kata papanya.Selepas itu.dia berlalu untuk ke biliknya.Sesampai di biliknya,dia melihat Nabila sedang bersedia di tikar sembahyang.
Nabila:Abang.Saya tunggu abang.Kita solat berjemaah.
 Firdaus:Hei perempuan.Kalau kau nak solat,solat je la!!!Tak perlu nak tunggu aku!!Dan satu lagi kau kena ingat,aku kahwin dengan kau sebab terpaksa!!!Terpaksa!Kau faham tak!!
     Nabila berasa sangat terkejut dengan kata-kata Firdaus.
Nabila:Abang kahwin dengan saya sebab terpaksa?
Firdaus:Ye la.Kau ingat aku nak kahwin ke dengan kau?Cermin la diri tu sikit.Kau tak layak untuk aku!!
Nabila:Maafkan saya abang jikalau saya hanya membebankan abang.(Nabila menangis)
Firdaus:Dah.Kau tak payah la nak menangis.Benci aku tengok.Mulai hari ni,kau tidur atas katil.Aku tidur kat bawah.Faham!!
Nabila:Abang sajela tidur di katil.Biar saye yang tidur di bawah.
Firdaus:Kau ingat aku kejam sangat ke..Kau ikut je ape yang aku suruh!!
              Nabila hanya mengangguk.Setelah itu Firdaus berlalu ke arah bilik mandi.Malam itu,Nabila menunaikan solat dengan linangan airmata.
*Keesokannya..
          Nabila mengejutkan suaminya untuk menunaikan solat subuh.Namun Firdaus memarahinya.Nabila hanya mampu bersabar dengan sikap suaminya itu.Setelah selesai menunaikan solat subuh dan membaca Al-Quran,Nabila turun ke bawah untuk menyediakan sarapan bersama Mak Teh.
Nabila:Assalamualaikum Mak Teh.Boleh saya tolong.
Mak Teh:Puan.Tak mengapala puan.Saya boleh lakukannya.Ini kan memang tugas saya.
       Nabila tetap ingin membantu.Mak Teh terpaksa beralah.
**
      Mereka duduk bersama di meja makan.Datin Siti memulakan bicara.
Datin Siti:Nabila.Macammana semuanya?Ok?Kamu gembira tinggal di sini?
Nabila:Alhamdulillah Mama.Semuanya ok.Saya gembira sangat tinggal di sini.Mama,Papa dan abang Fir layan saya dengan baik.Saya bersyukur.
Dato Jamal:Alhamdulillah.Bagusla macam tu.Nanti nak honeymoon kat mane?
Firdaus:Tak perlu honeymoon la pa.Kat rumah ni pun dah cukup.Betul tak?
Nabila:Betul tu pa.Ta perlu la nak honeymoon.
Dato Jamal:Kalau macam tu kata kamu,papa tak boleh cakap ape lagi.
Firdaus:Saya ikut papa pergi kerja.
Dato Jamal:Bukan ke kamu masih bercuti?Takkan nak pergi kerja?
Firdaus:Takpela pa.Boring kat rumah nanti.Nabila pun boleh ikut mama pergi jumpe kawan mama nanti.
Dato Jamal:Kalau macam tu kata kamu,baiklah.
          Setelah selesai menjamu selera,Firdaus dan Dato Jamal bersiap untuk ke tempat kerja.Nabila menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Firdaus.Namun Firdaus hanya menepisnya dan berlalu.Nabila terkilan.Namun dia redha akan takdirnya.
**Di pejabat….
Firdaus:Aku sakit hati betul la.Berlagak baik pulak  perempuan tu.Benci betul aku.Naik menyampah aku tengok dia.
Fikri:Kau ni kenape?Ta baik kau buat dia macam tu.Sepatutnya kau bersyukur dapat isteri yang solehah macam dia.Walaupun dia tak cantik dari segi luaran,dia cantik dari segi agama dan akhlaknya.Ape pun,dia tetap isteri kau.
Firdaus:Lantakla!!Yang penting,aku tade sikit pun perasaan cinta,kasih dan sayang untuk dia.
      Fikri hanya menggelengkan kepala dengan sikap Firdaus.
     Beberapa bulan berlalu,Firdaus tetap bersikap dingin dengan Nabila.Dia sering memarahi Nabila dan mengejeknya.Nabila tetap bersabar dengan semua itu walaupun hatinya luka.Dia tidak pernah melawan kata-kata suaminya itu kerana jauh di sudut hatinya,dia sangat mencintai suaminya.Dia terpaksa membohongi orang tuanya apabila mereka bertanyakan tentangnya.”Alhamdulillah.Ila bahagia mak.Abang Fir baik sangat.Dia sayang Ila’’,itulah jawapan yang selalu diberikan olehnya.
       Pada suatu hari,Dato Jamal dan Datin Siti pergi menziarahi kawan mereka.Tinggallh Firdaus di rumah bersama Nabila kerana Mak Teh bercuti untuk pulang ke kampung.Pada waktu itu,Nabila ingin menyediakn makan tengah hari.Namun banyak barang yang telah kehabisan.Nabila memberitahu Firdaus tentang itu.
Nabila:Abang.Barang untuk memasak dah habis.
Firdaus:Kau ni betul ke?Takkan dah habis kot?
Nabila:Betul bang.Maaf.Saya baru perasan.
Firdaus:Dah la.Kau tak payah masak.Lepas zohor nanti kita makan kat luar.Kau pergi bersiap.
      Nabila hanya menurut.Setelah selesai menunaikan solat Zohor,dia mempersiapkan dirinya dengan memakai baju kurung berwarna hijau dan tudung labuh.Setelah bersiap,dia turun mendapatkan suaminya.
***
        Setelah selesai menjamu selera di sebuah restoran,Firdaus dan Nabila berjalan keluar menuju ke arah kereta.Firdaus mengambil kunci kereta dari dalam poket sambil berjalan.Tiba-tiba keliahatan sebuah kereta menghampirinya dengan laju.Dia tidak menyedarinya.Nabila yang melihat keadaan itu menjerit’’Abang.Bahaya’’.Dia berlari ke arah suaminya dan menolaknya  ke tepi.
          Firdaus terkejut apabila melihat Nabila terbaring di jalan dengan dipenuhi darah.Tanap disedari,airmatanya jatuh.Dia berlari ke arah Nabila dan memeluknya.’’Nabila.Bangun.Bangun Nabila’’,katanya penuh hiba.Dia membawa Nabila ke hospital.
**Di hospital..
          Kedua orang tua Firdaus dan Nabila menanti dengan penuh hiba untuk mengetahui  keadaan Nabila.Mereka menangis.Seketika kemudian dotor yang merawat Nabila keluar.Firdaus bergegas mendapatkan doktor itu.
Firdaus:Doktor.Bagaimana keadaan isteri saya?Dia selamat kn?
Doktor:Alhamdulillah.Isteri kamu selamat.Cuma dia masih belum sedarkan diri.
          Mereka bersyukur ke hadrat ilahi kerana Nabila selamat.Mereka masuk ke bilik di mana Nabila berada.Firdaus duduk disamping Nabila.Dia menangis semahunya.”Bersabarlah Fir.InsyaALLAH,dia akan sedar nanti’’,kata Dato Jamal.’’Saya banyak menyakitinya pa’’rintih Firdaus.
         Kedengaran azan asar berkumandang.Firdaus menyuruh kedua orangtua dan mertuanya pulang dahulu.Dia akan menunggu Nabila sehingga dia sedar.
    Dato Jamal:Baiklah.Kami balik dulu.Kalau ade ape-ape berita bagitahu kami.
    Firdaus:InsyaALLAH pa.
              Setelah mereka berlalu,Firdaus pergi ke keretanya untuk mengambil sejadah yang telah sekian lama tersimpan di dalam keretanya.Selepas itu,dia masuk kembali ke bilik itu dan berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhuk.Kemudian,dia menunaikan solat asar bersebelahan katil isterinya.Dia menadah tangan dan berdoa.
Ya ALLAH
Ampunilah segala dosa-dosa hamba Ya ALLAH.
Terlalu banyak dosa yang hamba telah lakukan.
Hamba telah melupakanMU untuk sekian lama.
Hamba lalai dari mengingatiMU kerana taksub dengan dunia.
Ampunilah hamba Ya ALLAH.
Hamba menyesal dan ingin bertaubat untuk kembali ke jalanMU.
Ya ALLAH.
Sembuhkanlah isteri hamba.
Walaupun hamba sering menyakitinya
Namun tidak pernah ade dendam dihatinya.
Berilah hamba peluang untuk meminta kemaafan darinya dan menyayanginya.
Sesungguhnya dia seorang isteri yang solehah.
Namun hamba buta untuk melihat semua itu.
Ampunilah hamba Ya ALLAH
Dan sembuhkanlah isteri hamba.
Amin Ya Rabbal Alamin.
                Firdaus mengaminkan doanya.Airmatanya tidak henti mengalir.Setelah itu dia duduk disamping isterinya.Tiba-tiba,mata Nabila terbuka secara perlahan-lahan.Firdaus tersenyum.Dia memanggil doktor untuk memeriksa isterinya.Dia berasa sangat gembira Nabila telah sedar.Dia menelefon keluarganya untuk memberitahu tentang hal itu.
              Setelah selesai menelefon keluarganya,Firdaus menuju ke arah Nabila dan duduk di sampingnya.Tiba-tiba Nabila bersuara dalam keadaan yang agak lemah.
Nabila:Abang tak ape-ape?
Firdaus:(menangis)Abang tak ape-ape.

             Firdaus terkedu kerana dalam keadaan seperti itu,Nabila masih mementingkan dirinya.Nabila menggenggam tangan Firdaus.
Nabila:Abang.Saya minta maaf kerana selalu menyakiti abang.Saya minta maaf bang.Dan maafkanlah saya kerana mencintai & menyayangi abang sepenuh hati saya.Saya nak jadi seorang isteri yang baik untuk abang.Namun saya hanya menyakiti.Maafkan saya abang.
         Firdaus meletakkan jarinya dibibir Nabila.Dia menangis dengan ape yang diperkatakan Nabila.Nabila sangat tulus dan jujur dengannya.sedangkan dia hanya melukakan Nabila.
Firdaus:Shhh..Jangan cakap lagi..Abang tak sanggup nak dengar.Nabila seorang isteri yang terlalu baik sayang.Terlalu baik.Cume abang yang tak nampak semua tu kerana abang pentingkan diri sendiri.Abang yang patut minta maaf.Sayang tidak pernah menyakiti hati abang.Tapi abang yang selalu melukakan hati sayang.Maafkan abang.Abang janji.Lepas ni,abang tak akan menyakiti sayang lagi dan abang akan berusaha untuk menjadi seorang suami yang terbaik.InsyaALLAH.Maafkan abang.Abang sayangkan Nabila.Bila abang melihat sayang berlumuran darah,abang sedar betapa pentingnya sayang dalam hidup abang.Abang takut akan kehilangan sayang.Bila sayang sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan abang,abang dapat rasakan keikhlasan cinta dalam hati sayang untuk abang.Maafkan abang.Selama ni abang menafikan perasaan abang.Abang ego.Tapi kini abang yakin dengan perasaan abang yang abang mencintaimu.
            Firdaus mencium dahi Nabila.Nabila tersenyum.Sinar kebahagiaan telah datang untuknya.Alhamdulillah.Amin…






Bersambung....



5 comments:

  1. lya citer dya bestlaa,,,blh doh nk asah bakat jdk,penulis novell...citer ok doh cume kalu wat bnyk lagi watak msti lg best,,,huhu...ok apa pom gudluck lya,,,,teruskan buat karya yg best,,,aja2 fighting,,,

    ReplyDelete
  2. lia....sdeyh nye...nagnis ney..per pum terbaik lah lia...teruskan berkarya... :)

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH..Lya akan cube lagi..Terima kasih banyak-banyak
    ye..Doakan lya..Fighting!!!!

    ReplyDelete
  4. lia memang trbaik lah!!!!!

    ReplyDelete