Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Saturday 18 February 2012

Bercintalah Kerana ALLAH


Tahukah anda apa sebab berlakunya perpecahan?Ramai orang akan berkata,sebab tiada kesefahaman.Tahukah anda bagaimana hendak membina kesefahaman?Ramai orang akan berkata,dengan membina ukhuwah.Tahukah anda bagaimana hendak membina ukhuwah?Ramai orang akan berkata,dengan berkenalan,bermesra dan bertaaruf.
Betul...tetapi masih kurang satu.
Orang ramai tanya saya apa yang satu itu?
Cinta kerana ALLAH.
Cinta kerana ALLAH?Orang ramai pelik.Apakah itu cinta kerana ALLAH?Saya kata,cinta kerana ALLAH itu adalah cinta kita kepada orang lain,bertujuan mencari keredhaan dan rahmat ALLAH S.W.T.
   Jika buah kepada puasa adalah takwa,maka buah kepada ukhuwah adalah rahmat.
   "Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara,kerana itu perdamaikanlah antara kedua saudaramu itu(yang bertelagah) dan bertakwalah kamu kepada ALLAH,moga-moga kamu mendapat rahmat."(Al-Hujarat:11)
     Ukhuwah tanpa hubungan cinta dan kasih sayang yang mendalam hanyalah ukhuwah yang rapuh.Tanpa cinta,pasti tidak akan wujud sikap berlapang dada antara manusia.Mengenali sifat-sifat,perilaku,akhlak,peribadi dan sejarah seseorang bukanlah sesuatu yang mencukupi sebenarnya.Semua itu hanyalah zahir sahaja.Bahkan jika kita tahu akan kebaikannya,keluhuran hatinya,mungkin kita belum tentu akan menyukainya.Kita mungkin tidak menyukainya kerana dalam hati kita,ada satu hijab yang hanya boleh dibuka dengan kunci cinta.
   Saya bagi contoh mudah,Abdullah ibn Ubay ibn Salul,seorang yang hidup di sisi Rasulullah SAW.Kita sudah maklum bahawa Rasulullah SAW berakhlak mulia,budi pekertinya menawan,hidupnya bersih dan Baginda ialah utusan ALLAH yang terakhir,penghulu segala nabi dan rasul.Abdullah ibn Ubay ibn Salul ini duduk di sisi Baginda,melihat kehidupan Baginda,memerhatikan perjuangan dan kesungguhan Baginda.Bahkan Rasulullah itu amat baik terhadap Abdullah ibn Ubay Ibn Salul.Namun,apakah Abdullah ibn Ubay ibn Salul ini berhubung baik dengan Rasulullah?
   Tidak.Dia ialah ketua munafik yang telah menyebabkan tentera Uhud berkurang daripada 1000 orang kepada 700 orang.300 orang berpatah balik atas hasutan Abdullah ibn Ubay ibn Salul.Malah hatinya busuk dengan mengatakan bahawa Rasulullah itu lebih hina daripadanya dan dia bercita-cita untuk menghalau Rasulullah SAW dari Madinah.Dialah juga orang yang menyebarkan fitnah mengenai isteri Rasulullah,Aisyah.
   Kenapa dia bersikap begitu?Tidakkah dia mengenali Rasulullah?Dia mengenali Rasulullah lebih lagi daripada kita mengenali Rasulullah.Dia hidup di sisi Rasulullahh tetapi hatinya tiada cinta.
   Lihat,hati yang tidak berhubung dengan manusia lain bersama cinta,hanyalah hati yang akan menimbulkan permusuhan dan porak-peranda.Hubungan yang harmonis itu terasanya cinta,dan cinta sejati hanyalah cinta atas dasar iman kepada ALLAH S.W.T..
   Lihat sahaja cinta sahabat kepada sahabat kepada Rasulullah,bukankah cinta mereka membuatkan kehidupan mereka menjadi harmonis,bahagia,tenang dan ceria?Walaupun mereka sering diasak oleh orang yang tidak beriman kepada ALALH,namun hati mereka tetap tenang.Mereka tetap kuat dan bahagia.Semuanya itu wujud kerana mereka berhubung atas dasar cinta kepada ALLAH s.W.T.Maka ALLAH menghadiahkan rahmat dan kasih sayangNYA ke atas mereka.
   Cinta kerana ALLAH akan membuatkan hati itu bertaut rapat.Destinasi kita hanyalah ALLAH,maka cinta kerana ALLAH akan membuatkan hati manusia bersefahaman,masing-masing hendak mengejar redha ALLAH S.W.T,masing-masing berada dalam satu fikrah yang dinamikntetapi seragam,masing-masing berada di atas satu jalan,mengejar satu matlamat.
   Cinta kerana ALLAH akan membuatkan hubungan sesama manusia menjadi berharga.Daripada cinta kerana ALLAH inilah akan lahir pula dari jiwa manusia,bukan sahaja sifat berlapang dada,tetapi juga sifat mencintai manusia lain lebih daripada dirinya sendiri.
   Nah...kenapa kita tidak buka hijab dalam hati kita?Kenapa mesti hendak berterusan membenci manusia lain?Kenapa mesti sering bergaduhan,bermusuhan,bermasam muka sesama sendiri?Harmonikan kehidupan anda dengan cinta.Cinta kerana ALLAH,cinta yang hendak mengejar redhaNYA,cinta untuk melengkapkan matlamat hidup kita...






Kembara Hamba Mencari Cahaya=Hilal Asyraf

No comments:

Post a Comment