Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Friday 19 October 2012

Seloka Kelas CCT Group 803 Semester 1 2012/2013

Assalamualaikum pembuka bicara,
Story pelajar yang 'jurus' belaka,
Kelas CCT kelas yang ceria,
Nak citer semua, 5 tahun pun tak habis la.

Bermula kita dengan lecturernya,
Brother Shams nama diberi,
Dia tersenyum kami ketawa,
terima kasih sir untuk semua.

Farahin nama diberi,
Ketua dalam kelas kami,
Hamizah pula jawatan bendahari,
Memungut 'pitis' memang dah hobi.

Beralih pula ke cerita seterusnya,
Kisah Hanif yang sangat ceria,
Kalau dia diam kami mula bertanya,
"Amrah dia tak datang ye".

Soleha dan Aifa garang orangnya,
Susah sekali nak kenyit mata,
Kami semua selalu berjaga,
Takut ditengking kami lari entah ke mana.

Husana dan Anis teman sejati,
Lagu kPop pujaan hati,
Laili dibelakang hanya memerhati,
"Tak faham betul la aku korang ni".

Fairuz dan Nurratul teman sejoli,
Selalu namapk diorang sekali,
Seorang comel seorang kurus melidi,
Tapi tetap sahabat kami.

Tersebut pula kisah Fadzly dan Momo kami,
Seorang suka bertanya seorang berdiam diri,
Hendak berurusan senang sekali,
Maklumlah datang dari sama negeri.

Shima dan Mayo comel sekali,
Hendak berpisah susah sekali,
Zahara dan Hayati pula diam ubi berisi,
Time buat kerja serius sekali.

Bani dan Ain berjalan kaki,
Pelajar berkacamata kelas kami,
Pergi ke mana selalu sekali,
Mana taknya duduk bilik sekali.

Kak Wani dan Nazihah ayu sekali,
Pelajar IRK kelas kami,
Ramai putera dah jatuh hati,
Tapi sayang mereka buat tak reti.

Syahira dan Nazirah kurus melidi,
Lewat ke kelas dah banyak kali,
Fatimah pula comel sekali,
Bila jumpa sir senyum tak berhenti.

Tibalah pula giliran saya,
Takde ape pun yang istimewa,
Saya hanya manusia biasa,
Salam perkenalan buat semua.

Tamat sudah story saya,
Maafkan saya kalau terasa,
Seloka ini penghibur rasa,
Menjadi kenangan antara kita.

No comments:

Post a Comment