Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 27 November 2011

Bicaralah Bulan


Bulan itu berbisik
Ingin menyatakan sesuatu
Namun tiada yang mendengarnya
Bulan itu cuba berbicara
Namun tiada kata yang mampu diukir
Lalu bulan itu menangis
Bintang mendekati bulan
Ingin berkongsi cahaya suramnya
"Mengapa kau menangis bulan?"
Berbicaralah denganku
Aku ada disisimu"
Bulan memandang kepada bintang
Membariskan senyuman kepiluan
Namun bintang mengerti
Hati bulan terluka
Tersembunyi disebalik senyumnya
Bintang tetap menunggu bulan
Akhirnya bulan mengukir kata
Tidak lagi dia berbisik
Tentang kepedihan hatinya
Bersama bintang yang ikhlas
Hingga bertemu penghujungnya....

No comments:

Post a Comment