Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Sunday 27 November 2011

Cerpen "TAKDIR ILAHI"



            Hari itu merupakan hari yang sangat indah.Burung-burung beterbangan di awan yang biru.Wani sedang membaca novel bersama sahabat karibnya,Ainaa.Ainaa tinggal di rumah Wani selama satu minggu kerana mereka ingin belajar bersama-sama.Semasa Wani dan Ainaa sedang belajar,tiba-tiba telefon bimbit Wani berbunyi.Wani melihat skrin telefon bimbitnya untuk mengetahui siapa yang menelefonnya.Tapi nombor itu adalah nombor yang tidak Wani kenali.Wani menghantar meseg untuk mengetahui tentangnya.
             Beberapa minit kemudian,Wani menerima balasan mesegnya tadi.Wani membaca meseg itu dan meberitahu Ainaa.”Ainaa.dia cakap nama dia Mohd Aiman Hafiz.Dia nak berkenalan dengan Wani.Wani patut terima ke?”.”Terimala Wani.dia nak berkawan je”,kata Ainaa.Bermula dari hari itu,Wani telah bersahabat dengan Aiman.Wani sangat bersyukur kerana dapat mengenali Aiman.Aiman selalu memberikan nasihat kepadanya.Mereka berkongsi masalah antara satu sama lain.Mereka menjadi sahabat karib.Tetapi mereka belum pernah berjumpa.Mereka hanya mengenali antara satu sama lain melalui telefon.
             Beberapa bulan kemudian,Aiman menelefon Wani.Dia memberitahu Wani tentang perasaannya yang sebenar terhadap Wani.”Wani.Saya minta maaf.Saya telah jatuh cinta pada awak.Saya merasakan bahawa awak seorang perempuan yang baik.Saya cintakan awak.Saya sendiri tidak mengetahui bagaimana perasaan ini muncul.Saya betul-betul minta maaf”,kata Aiman.”Aiman.Saya menghargainya.Saya juga mencintai awak”,kata Wani.Sejak dari hari itu,persahabatan mereka bertukar kepada percintaan.
             Suatu hari,sewaktu Wani sedang mengemas bilik abangnya,dia telah terjumpa satu artikel.Padanya tertulis,dalam islam tiada istilah couple.Ikatan yang halal dalam islam adalah perkahwinan.Wani berasa sangat terkejut.Wani menelefon Aiman untuk memberitahu tentangnya.Aiman menolak.’’Tapi kita tidak pernah berjumpa antara satu sama lain.Kita cuma berhubung melalui telefon.”Sama sahaja Aiman.Maafkan saya.Macammana kita nak mengharapkan redha dari ALLAH untuk hubungan kita jika kita membinanya dengan cara yang salah”,kata Wani dengan suara yang hiba.
           “Saya akan merindui awak”,luah Aiman.Wani menjawab”Aiman.Kita sama-sama berusaha untuk mencari cinta ALLAH terlebih dahulu.Andai ada rasa rindu dihati awak buat saya,beristigfarlah.Berikan rindu itu kepada DIA yang selalu bersama kita.Saya juga akan melakukan perkara yang sama.Percaya pada takdir ALLAH.Andai tercipata jodoh diantara kita,kita akan disatukan kembali.InsyaALLAH”.Itulah kata-kata terakhir daripada Wani buat Aiman.Wani menceritakan hal itu kepada Ainaa.”Ye ke Wani.Ainaa harap,ada jodoh diantara Wani dan Aiman.Bersabarlah.ALLAH sentiasa bersama kita”,kata Ainaa.
           Lima tahun kemudian,Wani bekerja sebagai seorang guru.Hari itu,jam menunjukkan tepat pukul 2.30 p.m.Wani bersiap untuk pulang ke rumah.Kemudian,dia ternampak pelajarnya.Nina sedang duduk dibangku berhampiran pagar.Wani menghampirinya dan bertanya”Nina.Kenapa tak balik lagi?Siapa yang akan jemput Nina”?”Uncle saya cikgu.Dia cakap lewat sikit sebab dia ada kerja”,jawab Nina.”Cikgu temankan Nina ye,”kata Wani.Dia duduk bersebelahan Nina.Nina mengucapkan terima kasih kepada Wani.
          Sepuluh minit kemudian,sebuah kereta memasuki perkarangan sekolah.Nina berkata”Itu pun uncle saya dah sampai.Jom cikgu.Saya kenalkan cikgu dengan dia”.”tak mengapala Nina.Cikgu balik dulu”.Nina tetap memaksa Wani.Akhirnya Wani bersetuju.”Uncle.Ni cikgu Nina.Dia temankan Nina tadi”kata Nina.Uncle Nina memandang Wani dan berkata”Assalamualaikum.Nama saya Hafiz.Maaf menyusahkan cikgu”.Wani tersenyum dan berkata”Waalaikumussalam.Nama saya Wani.Tak mengapa”.”Wani.Sama dengan nama kawan saya dulu.Tapi saya dah lama tidak berhubung dengan dia”,kata Hafiz lagi.”Kenapa?”tanya Wani.Hafiz menjawab”Demi agamaku,Islam.Saya hanya ingat kata-kata terakhir daripada dia.Percaya pada takdir ALLAH.Andai tercipta jodoh diantara kami,kami pasti akan disatukan lagi.InsyaALLAH.Maafkan saya.Saya tak patut menceritakan semua ni pada awak”.Tiba-tiba wani menangis dan bertanya “Awak Mohd Aiman Hafiz.Pernah belajar di Maahad ………”?Aiman terkejut dan berkata “Ye.Macammana awak tahu”?Wani memandang Hafiz dan berkata”Aiman.Sayalah wani kawan awak tu”.
       Aiman berasa sangat terkejut.Doanya selama ni dimakbulkan oleh ALLAH.Dia bertemu lagi dengan perempuan yang dicintainya.Dia berasa sangat bersyukur.Aiman telah melamar Wani dan mereka berkahwin tidak lama selepas itu.Mereka berdoa kepada yang Esa.”Ya ALLAH.Kami bersyukur kepadamu.Engkau telah menyatukan kami kembali dengan ikatan yang halal dalam Islam.Syukran Ya ALLAH.Jika kita meninginkan yang terbaik,kita perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik.Rahmatilah hubungan ini Ya ALLAH.Amin Ya Rabbal Alamin.

No comments:

Post a Comment