MUTIARA KATA
(Anda tidak akan pernah memeliki seorang teman jika anda mengharapkan seseorang tanpa kesalahan)
(Yang paling kukuh keimanannya ialah berkawan kerana ALLAH,bermusuhan kerana ALLAH,cinta kerana ALLAH dan benci kerana ALLAH)
(Persahabatan yang sejati tidak akan membeku biarpun musim dingin)
(Kawan yang sebenar ialah seseorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar)
(Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia ,maka teruskan.Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini sekali .Mungkin tiada lagi peluang yang kedua)
(Orang yang menunjukkan kebaikan pada anda itu ialah sahabat yang baik dan orang yang menunjukkan kesalahan pada anda itu adalah sahabat yang lebih baik)
(Bersyukur dan berpuas hatilah dengan apa yang anda miliki sekarang.Jangan sekali-kali berfikir bahawa anda bergembira setelah memiliki perkara-perkara yang tidak anda miliki sekarang)
(Berbahagialah bagi mereka yang memperbaiki kelemahan diri daripada menyibukkan diri mengatakan kelemahan orang lain)
(Anggaplah dunia sebagai sebuah tempat menarik yang penuh dengan beraneka perkara menarik yang menunggu anda untuk mempelajarinya)
(Ada hikmahnya Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.Kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu)
(Seburuk-buruk orang tua adalah yang menyerupai orang muda dan sebaik-baik orang muda adalah yang menyerupai orang tua)
(Sesungguhnya dunia ini Cuma perhiasan.Maka tertipulah orang yang memilihnya)
(Kasih sayang yang sejati umpama cahaya matahari yang tidak mungkin disekat oleh sesiapapun)
(Akhlak yang buruk itu merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu)
(Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil)
(Sesiapa yang berpura-pura terhadapmu sebenarnya dia tidak pernah menyukaimu)
(Sebagaimana pandangan manusia itu mempunyai batas yang tertentu.Begitulah juga akal manusia)
(Cinta bukanlah kata-kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya)
(Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga:
Apabila bercakap dia berbohong
Apabila berjanji dia ingkar dan
Apabila diberi kepercayaan dia khianati)
nice..~~~
ReplyDeleteSyukran..
ReplyDelete