Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 19 January 2012

Kisah Luka

Assalamualaikum                                             

Kali ni,saya nak kongsi tentang satu kisah yang yang amat melukakan hati saya.Tentang kawan yang saya anggap sebagai sahabat karib saya.Mulanya kami berempat.Lepas dapat tahu keputusan PMR,salah satu dari kawan saya itu berpindah ke sekolah lain.Tinggal kami bertiga.Kami memang rapat dan saling mengambil berat antara satu sama lain.Hubungan kami memang akrab.Kami saling menceritakan masalah kami.Indah sungguh saat tu.Saya selalu berdoa agar persahabatan kami akan kekal.Adakalanya kawan-kawan saya tu tidur kat rumah saya pada hujung minggu.Bila saya ada masalah,diorang akan tenangkan saya.Peluk saya.Sapu air mata saya.Betapa terharunya saya.Sungguh saya menyayangi mereka.Kami belajar bersama.Makan bersama.Dan tidur bersama.Namun akhirnya,salah seorang dari kawan saya itu pula meninggalkan saya.Semuanya terjadi apabila berlaku pertukaran kelas.Salah seorang daripada kami terpisah.Pada awalnya,kami masih lagi mengekalkan hubungan kami.Namun tak lama lepas tu,dia mula menjauhkan diri setelah mendapat kawan baru.Dan yang paling menyedihkan apabila dia menceritakan kisah yang saya ceritakan kepada kawan-kawan barunya itu.Dari hari ke sehari,dia semakin berubah.Saya redha dengan semua tu.Saya pulangkan semua barang yang berkaitan dengannya.Saya tak nak menyimpannya lagi kerana saya akan sering mengingatinya.Dia tak cakap ape pun dengan tindakan saya itu.Kini tinggallah kami berdua.Saya sangat menyayangi kawan saya itu.Saya tidak mahu kehilangan kawan saya lagi.Saya terlalu menyayanginya.Dan kami semakin rapat.Pergi ke mana sentiasa bersama sehinggakan ada yang mencemburui kami.Dia sering menghabiskan masa dirumah saya dan keluarga kami pun telah saling mengenali.Saya sentiasa ingin menggembirakan dia.Saya selalu memberikan hadiah kepadanya kerana saya mahu adanya kenangan yang boleh mengingatkannya kepada saya.Pada suatu hari tu,selepas berlakunya kejadian itu,dia semakin berubah.Dan saya bimbang akannya lalu menegurnya.Namun siapa sangka,kerana itu,hubungan kami semakin jauh.Dari hari ke hari semakin jauh.Ramai yang bertanyakan kepada saya apa yang telah berlaku diantara kami.Tiada jawapan pasti yang saya berikan.Selalunya,kalau dia hendak ke mana-mana,dia pasti akan meminta saya untuk menemaninya.Tapi saat itu,insane lain yang menemaninya.Saya terasa seperti insan yang tidak berharga.Saya terasa amat sedih dengan keadaan itu.Saya meminta maaf darinya andainya saya pernah melukainya.Saya sering mengingatinya kerana terlalu banyak kenangan antara kami.Saya tak mampu untuk melupakan kenangan itu.Air mata saya sering menitis mengingatinya.Saya terlalu merinduinya.Rindukan kenangan saat kami bersama.Sehinggakan pada suatu hari,loceng berbunyi tanda waktu rehat telah tiba.Kawan saya itu keluar bersama kawan-kawannyanya yang lain.Saat itu,perasaan sedih saya tidak dapat dikawal.Saya menangis di situ.Sungguh hati saya terluka.Tiba-tiba salah seorang rakan sekelas saya datang kepada saya.Dia bertanya”Lya.Kenapa lya nangis”…Saya hanya terdiam tidak mampu berkata.Hanya air mata yang mengalir.Dia peluk saya.Saya peluk dia seeratnya dan berkata’’Lya rindukan dia ni.Lya tak kuat”…Dia tenangkan saya.Sejak hari tu,persahabatan antara saya dan dia semakin rapat.Mungkin ALLAH mengasihani saya dan menemukan saya dengan dia.Saya sering berdoa semoga ALLAH akan kekalkan persahabatan antara saya dan dia sampai akhir hayat.Alhamdulillah,hingga kini,persahabatan kami masih lagi terjalin.Walaupun kami berjauhan,dia tetap di hati saya.Kami sentiasa berhubung melalui telefon.

Nur Syazwani Abdullah…….Lya sayangkan wani.Lya harap persahabatan kita akan kekal.InsyaALLAH.Lya rindukan wani.Terima kasih sebab masih setia di sisi lya sebagai sahabat lya.Wani sentiasa dihati lya.Luv u……….

                                            Sekian…………

2 comments:

  1. sabar e2 sparuh dari iman..insyaallah d sbalik ksabaran 2h Allah akan m'nggantikan yang lbih baek......igt Allah tdak kjam terhadap hambanya~~
    snyum ye lya!!

    ReplyDelete
  2. InsyaALLAH cah..Lya bersyukur dengan kwn2 yg lya ade skrg....syukran...Lya akn slalu senyum...

    ReplyDelete