Hati itu tidak pernah mampu untuk mengukirkan walau hanya sebaris kata...Hati itu juga tidak mampu berbicara untuk bermain kata...Namun dalam diam ia berbisik....Cuba untuk menzahirkan rasa...Namun ia sukar untuk difahami...Terlalu sulit untuk dijelasi...Akhirnya hati itu hanya mampu untuk menanti agar dirinya dimengerti oleh seseorang yang memahami...
Scrolling Text
Smile
Sunday, 15 January 2012
Naega Jal Jal Jal Mothaeseo
"Kenapa Sha?Kenapa buat Ain macam ni?Apa salah Ain pada Sha?Selama ni Ain anggap Sha
sahabat karib Ain.Tapi sanggup Sha buat macam ni kat Ain",rintih Ain.Betapa terlukanya hati Ain apabila sahabat yang amat dipercayai dan disayangi sanggup melakukan perkara itu kepadanya.
###############
Fasha:Tak sangka kita dapat universiti yang sama kan Ain.Course sama pulak tu.Sha rasa hepi sangat.
Ain :Alhamdulillah Sha.Ain pun terkejut bila dapat tahu keputusannya tadi.Ain bersyukur sebab kita
masih dapat bersama.
Fasha:Betul tu Ain.Sha sayang Ain.
Ain :Ain pun sayang Sha.
Mereka berpelukan antara satu sama lain.Ain berharap agar persahabatan mereka akan kekal
hingga akhir hayat mereka.
**Hari pendaftaran
Fasha:Ain.Maaf Sha lambat.Tadi jalan sesak sangat.Dah lama Ain tunggu?
Ain :Tak mengapa la Sha.Ain tak ambil hati pun.Jom kita pergi daftar.Nanti makin ramai pulak orang.
Fasha:Jom.
Mereka berdua berjalan menuju ke arah dewan untuk mendaftarkan diri mereka di universiti itu.
Setengah jam kemudian,mereka selasai melalui proses pendaftaran.
Fasha:Fuhh!!Lama jugak kita kat dalam tu.Naik longgar lutut ni.
Ain :Alhamdulillah.Semua dah selesai kan..
Fasha:Betul tu.Jom kita jumpa family kita lak.Lama diorang tunggu kita.
****
Puan Hamimah:Ain jaga diri baik-baik ye.Jaga kesihatan kamu.Paling penting ,jaga akhlak kamu.Mak akan
sentiasa doakan Ain.InsyaALLAH.
Ain :InsyaALLAH ummi.Ain akan ingat pesan ummi.Ain sayang ummi.
Ain berpelukan dengan ibunya bersama linangan air mata.
Fasha:Fasha akan belajar rajin-rajin.Papa ngan mama jangan risau ye.
Setelah selesai melihat keluarga mereka berlalu,mereka menuju mke bilik mereka.Mereka mengemas barang-barang mereka.
Beberapa bulan kemudian
Fasha:Ain.Sha ada benda nak bagitahu Ain ni.Tapi janji ye.Jangan bagitahu sesiapa pun.
Ain :InsyaALLAH.Ain janji.Ape dia?
Fasha:Sebenarnya.........Sha ade suka kat seorang lelaki ni.
Ain :Siapa?Ain kenal ke?
Fasha:Ain kenal dia.Zariff Adham.
Ain :Adham Ketua Perwakilan Pelajar tu?Betul ke?
Fasha:Hehe.Dah la kacak.Pandai.Baik pulak tu.Orang kata ape.Kira pakej lengkap la.
Ain :Tapi Fasha jangan terlalu berharap ye.Ain tak nak Fasha terluka nanti.
Fasha:Sebab tu Ain kena tolong Sha.Ain kan Setiausaha Perwakilan Pelajar.Mesti Ain tahu banyak tentang
dia.
Ain hanya tersenyum memandang Fasha.Dia tidak mahu sahabat karibnya itu terluka.
Dia amat menyayangi Fasha.Dia sedar yang cinta Fasha terhadap Adham hanyalah khayalan kerana Adham yang dikenali sebagai Ad memang menjadi pujaan ramai mahasiswi di situ.
*****
Ain :Assalamualaikum Adham.Ni laporan pasal program hari tu.Maaf lambat sikit.
Adham:Tak mengapa la Ain.Saya tahu awak bukan sengaja.
Ain :Terima kasih.Saya pergi dulu.
Adham:Sama-sama.
Ain berjalan beriringan bersama ahli jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang lain.
*****
Petang itu,Ain dan rakannya Shazwani mengemaskan bilik Perwakilan Pelajar.Dia menyusun
dan menyapu lantai supaya semuanya kelihatan rapi.Tiba-tiba dia terpandang sebuah buku di atas meja berdekatan almari.Dia menghampiri untuk mengambilnya.
Ain :Diari siapa ni Shaz?Tak pernah nampak pun kat sini.Ada sesiapa yang tertinggal ke?
Shazwani:Kalau tak silap Shaz,buku tu selalu ada dengan Ad.Ad bawa buku tu ke mana je dia pergi.
Mungkin itu buku Ad.
Ain :Mungkin kot.Macam mana dia boleh tertinggal barang yang penting ni.Ain biarkan kat sini je la.
mungkin nanti dia datang ambil.
Shazwani:Shaz rasa,baik Ain bawa balik.Shaz takut nanti ade yang mereka yang tidak amanah membacanya.
Ain :Kalau Ain baca,Shaz tak risau la?
Shazwani:Shaz percayakan Ain.Ain seorang yang jujur.
Ain :InsyaALLAH.Ain akan menyimpan dan memberikannya kepada Ad esok.
*****
Fasha:Diari baru Ain?Bila beli?
Ain :Bukan Ain punya.Tapi Ad.Dia tertinggal dalam bilik persatuan tadi.Ain bawa balik nak bagi kat dia
esok.
Fasha:Diari Ad.Sha nak baca.
Ain :Mana boleh Sha.Itu rahsia Ad.Kita tak boleh baca sesuka hati.
Fasha terus memujuk Ain supaya membenarkannya membaca diari Ad.Namun Ain tetap tidak membenarkannya.
*****
Malam itu,setelah Ain dan rakan-rakan sebiliknya yang lain sedang lena dibuai mimpi,
Fasha mengambil diari Adham untuk membacanya.Setelah selesai membacanya,dia menghempaskan buku itu ke atas meja.Hatinya sangat sakit.Dia tidak menyangka yang semua itu akan terjadi.
*****
Beberapa hari kemudian
Fasha:Ain.Betul ke apa yang dikatakan oleh pelajar-pelajar kat sini?Sha tak percaya.
Ain :Sumpah demi ALLAH.Ain tak buat semua tu.Ain tak tahu macam mana berita ni boleh tersebar.
Ain redha.Mungkin ini ujian ALLAH untuk Ain.
Fasha:Sabar ye Ain.Fasha percayakan Ain.
Setelah menunaikan solat Zohor,Ain berjalan menuju ke bilik Persatuan Pelajar.Dalam
perjalanan,kebanyakan pelajar memandang sinis dan mengejeknya.
Di bilik persatuan
Ain :Apa?Ain dilucutkan daripada jawatan ni?Kenapa?
Adham:Maafkan kami Ain.Ahli-ahli telah mencapai kata sepakat.Kami minta maaf.
Ain :Tak mengapa.Ain faham.Tapi percayalah,Ain tak buat semua tu.Ini semua fitnah.
Shazwani:Maafkan kami Ain.
Ain :Terima kasih kerana membenarkan Ain untuk sertai persatuan ni.Ain bersyukur sangat.Banyak
yang Ain dapat belajar.Ain redha dengan semua ni.Assalamualaikum.
Ain meninggalkan bilik itu dengan hati yang sebak.Matanya berkaca.Adham memerhatikan
langkah kaki Ain dengan penuh kepiluan.Dia berkata dalam hatinya.
#Ain.Ad percayakan Ain.Ad tahu semua tu fitnah.Maafkan Ad kerana tidak dapat
menolong Ain.Bersabarlah Ain.ALLAH sedang mengujiMU.
*****
Ain menghampiri pintu bilik dan ingin membukanya.Namun terhenti apabila terdengar perbualan di dalam biliknya.
Fasha:Puas hati aku.Padan muka perempuan tu.Tak sangka ramai yang percaya dengan cerita karut tu semua.
Mira :Tak baik la kau buat Ain macam tu.Dia kan kawan baik kau.
Siti :Betul tu Sha.Kau memang tak patut buat dia macam tu.
Fasha:Kawan baik?Aku berlakon je la selama ni.Aku berlagak baik je dengan dia.Dia kan baik.Senang
aku nak buli dia.
Ain terkejut mendengar semua itu.Air matanya mengalir.Dia lantas membuka pintu.Fasha dan rakan_
rakannya terkejut.
Fasha:Ain dah balik?
Ain:Kenapa Sha?Kenapa buat Ain macam ni?Apa salah Ain pada Sha?Selama ini Ain anggap Sha sahabat
karib Ain.Tapi sanggup Sha buat macam ni kat Ain.Sha fitnah Ain.Sha fitnah Ain yang Ain ni suka berfoya
-foya dengan lelaki pada hujung minggu sampai pihak universiti panggil Ain.Ape semua ni Sha?Ain
percayakan Sha.Tapi Sha..
Fasha:Dah la Ain.Benci aku dengar semua tu.Memang kau salah.Kau tahu yang aku suka kat Ad.Yang kau
goda dia apahal sampai dia gila kat kau.Patutla kau beriya-iya pesan kat aku jangan terlalu berharap.
Dasar talam dua muka.
Ain :MasyaALLAH Sha.Ain tak pernah buat macam tu.Tak terlintas sedikit pun di hati Ain.Ad tak pernah
sukakan Ain.Ain sedar Ain siapa.
Fasha:Kau jangan nak bohong la.Aku dah baca dalam diari dia hari tu yang dia suka kat kau.
Ain :Ain tak tahu ape-ape pun.Betul Sha.Ain ingatkan Sha ikhlas ngan Ain.Rupa-rupanya Sha gunakan
Ain.Sampai hati Sha.
Fasha:Sudahlah dengar sandiwara kau tu.Aku memang benci kat kau.
Betapa hancurnya hati Ain apabila mendengar semua itu.Dia berlari keluar dari bilik itu.Tiba-tiba kakinya tersadung dan dia terjatuh dari tangga.Kepalanya terhantuk di besi tangga itu.Fasha dan rakan-rakannya terdengar jeritan itu.Mereka berlari ke arah jeritan itu.Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati Ain dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
Fasha:Ain!!!!!!!!!!!!!!
Di hospital
Ibu dan bapa Ain,Puan Hamimah dan Encik Faris menangis mengenangkan nasib anak mereka.
Fasha:Pak cik.Mak cik.Maafkan saya.Ini semua salah saya.Saya fitnah dia.
Puan Hamimah:Sudahlah Fasha.Benda dah jadi.
Fasha menuju ke arah Ain yang masih tidak sedarkan diri.
Fasha:Ain.Maafkan Sha.Sha yang salah.Sha fitnah Ain macam-macam.Semua tu sebab sifat dengki Sha.Maafkan Sha.Bangunlah Ain.
Adham:Bangunlah Ain.Kami semua nak minta maaf dengan awak.Bangunlah.
Tiba-tiba jari Ain bergerak.Dia membuka matanya dengan perlahan-lahan.Shazwani keluar untuk memanggil doktor.Ain cuba berbicara dengan Fasha dengan suara yang tersekat-sekat.
Ain :Sha.Ain maafkan Sha.Ain tak pernah berniat macam tu pun.Cuma satu yang Ain minta.Sha belajar
untuk menghargai erti sebuah persahabatan.Persahabatan itu satu hubungan yang suci Sha.Tak semua
dapat memiliki sahabat.Ain sayang Sha.
Beberapa minit kemudian,Ain telah menghembuskan nafas terakhir.Kecederaan otaknya sangat parah
dan tidak mampu diselamatkan lagi.
Fasha:Ain!!!!!!!!!!!Jangan pergi.Sha minta maaf.
Puan Hamimah memeluk Fasha untuk menenangkannya..Mereka berdua menangis.Doktor menepuk bahu Encik Faris supaya dia bersabar dengan kepergiaan Ain.Air mata Adham mengalir.Insan yang dicintainya telah pergi meninggalkannya.Dia berbicara dalam hati.
#Ain.Saya bangga pernah mencintai insan seperti awak.Uhibbuki Fillah.Saya relakan kepergian awak walaupun ia sangat melukakan.ALLAH lebih menyayangi awak.Semoga awak tenang di alam sana dan ditempatkan bersama hamba-hambaNYA yang beriman.Amin#
****
Sejak dari hari itu,Fasha telah berubah menjadi seorang yang pendiam.Dia terlalu merindukan arwah Ain kerana rasa bersalahnya.Dia sering menyebut nama arwah Ain untuk memohon maaf darinya.Rasa cinta dalam hati Adham terhadap arwah Ain masih lagi wujud.Dia berdoa kepada ILAHI agar dia tabah menhadapi semua itu."Ya ALLAH.Aku mencintaiNYA keranaMU.Maka jagalah cinta ini.Jangan biarkan nafsu menguasai diriku.Gantikanlah cinta ini.Hamba akan berusaha untuk menjadi yang terbaik kerana hamba juga menginginkan yang terbaik.InsyaALLAH",bicara Adham.
*************
Persahabatan adalah suatu hubungan yang sangat indah.Tidak semua dapat memiliki sahabat.Hargailah sebuah persahabatan itu kerana ianya tidak mampu dibeli.
Labels:
Cerpen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment