Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Friday, 13 January 2012

Sunao Ni Narenakute 2



     “Sayang masak ape ni”,kata Firdaus sambil memeluk isterinya dari belakang.Nabila terkejut.
Dia memusingkan badannya memandang Firdaus.
Nabila:Abang ni.Terkejut Ila.Malu la Mak Teh tengok tu.
Firdaus:Biar la.Bukan orang lain pun.Isteri abang gak.
Nabila:Abang dah siap nak pergi kerja?Kejap ye.Ila nak tolong Mak Teh hidangkan
             sarapan dulu.Abang makan dulu ye?
Firdaus:Okay sayang.Isteri abang masak,abang mesti makan.
         Firdaus mencuit hidung isterinya.Dato Jamal dan Datin Siti memaandang kemesraan anak dan menantunya itu.
Datin Siti:Alhamdulillah abang.Saya rasa bahagia sangat bila tengok diorang macam tu.Akhirnya Firdaus   
                 dapat terima Nabila.
Dato Jamal:Alhamdulillah.abang pun.Semoga kebahagiaan diorang berpanjangan.
**Di pejabat
Dato Jamal:Fir.Bila kamu nak cari setiausaha baru gantikan Farah?
Firdaus:Dah settle pa.Esok dia mula kerja.
Dato Jamal:Express pulak kamu kali ni.Selalunya last minute baru kamu buat.
Firdaus:Tu dulu la pa.Sekarang ni anak papa dah berubah.InsyaALLAH.(Tersenyum)
Dato Jamal:Alhamdulillah.Bagusla macam tu.Satu papa nak pesan.Kamu jagalah Nabila dengan baik dan
                     sayangilah dia.
Firdaus:InsyaALLAH pa.Nabila isteri yang terlalu sempurna untuk Fir.
          Setelah beberapa lama berbual,Dato jamal keluar menuju ke biliknya.Firdaus tersenyum sendirian memikirkan hal tadi.Dia akui Nabila banyak mengubahnya.Senyumannya terhenti apabila pintu biliknya diketuk.
Firdaus:Masuklah.
            Fikri berjalan menuju ke arah Firdaus dan duduk di kerusi di hadapannya.
Fikri:Kau ni kenapa?Asyik senyum je dari tadi?Kau okay tak?
Firdaus:Aku bersyukur sangat Fik.ALLAH sedarkan aku yang aku telah mendapatkan sesuatu yang terbaik
               sebelum terlambat.Aku diberi peluang untuk menebus kesilapan aku terhadap Nabila.
Fikri:Alhamdulillah.Bagusla kalau macam tu.Aku tengok kau pun dah semakin ceria sekarang.Kalau dulu
            asyik marah-marah je.(Tergelak)
Firdaus:Pandai la kau.Aku ni mane tahu marah-marah orang ni.(Senyum)
**Malam itu
         “Amin Ya Rabbal Alamin”,Firdaus mengaminkan doa setelah mengimani solat Isyak.Setelah itu mereka bersalaman.
Firdaus:Kami masuk bilik dulu ye mama..papa..
          Dato Jamal dan Datin Siti mengangguk.Firdaus dan Nabila berjalan keluar dari ruangan solat menuju ke bilik mereka.Sesampai di bilik,Firdaus memeluk Nabila.
Firdaus:Abang ade surprise untuk sayang.
Nabila:Surprise ape bang?
Firdaus:Pejam mata dulu.
           Nabila memejamkan matanya.Beberapa minit kemudiaan,Nabila membuka matanya.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat seutas rantai emas di tangan suaminya.Firdaus memakaikannya di leher Nabila.Setelah itu dia mengucup dahi isterinya dan berkata “Selamat Hari Lahir Sayang”.
Nabila:Terima kasih abang.macammane abang tahu?
Firdaus:Sama-sama.Sayang kan isteri abang.Mesti la abang tahu.Nabila suke?
Nabila:Suke sangat bang.cantik.
Firdaus:Maafkan segala kesilapan abang yang lalu.Abang akan berusaha untuk menjadi seorang suami
               yang terbaik untuk sayang.InsyaALLAH.
Nabila:Abang.Ila dah lupa semua tu.Semua tu dah berlalu.Ila bersyukur sebab abang cintakan Ila.
             Terima kasih bang.
             Nabila mengusap lembut pipi suaminya.Tanpa disedari,air matanya menitis.Firdaus menyeka airmata itu dan memeluk Nabila seeratnya.
**
Esoknya di pejabat
               Seorang perempuan yang manis bertudung memasuki bilik Firdaus bersama Fikri.
Fikri:Fir.Ni la setiausaha baru kau.Mysara.
Mysara:Assalamualaikum tuan.Nama saya Mysara.InsyaALLAH,saya akan bekerja sebaik mungkin.Sila
               beri tunjuk ajar.
Firdaus:Waalaikumussalam.InsyaALLAH.Selamat datang ke syarikat kami.Mari saya kenalkan dengan
              staff-staff kat sini.
               Sejak dari hari itu,Firdaus dan Mysara sering bersama.Firdaus tidak menyangka yang rasa cintanya wujud untuk Mysara.Perwatakannya sama seperti Nabila.Namun dia sedar,dia tidak boleh berperasaan begitu.Dia tidak mahu kehilangan Nabila.Dia tidak mahu melukakan Nabila lagi.
**Di rumah
Nabila:Kenapa abang muram je?Kebelakangan ni,Ila jarang Nampak abang senyum.Abang ade masalah
              ke?
Firdaus:Takde ape la sayang.Abang penat je.Banyak kerja kat pejabat.
                Firdaus berbohong.Dia tidak mahu isterinya tahu tentang perasaannya terhadap Mysara.Dia tidak mahu isterinya terluka.
**Di klinik
Doktor:Tahniah Puan Nabila.Awak hamil tiga minggu.
Nabila:Betul ke doktor?Alhamdulillah.
               Nabila memeluk ibu mertuanya Datin Siti.Datin Siti menyuruh Nabila ke klinik kerana Nabila sering muntah untuk memeriksa kesihatannya.Alhamdulillah,rupa-rupanya ia adalah tanda akan munculnya insane baru dalam hidup mereka.
Datin Siti:Syukurlah Nabila.Mama tumpang gembira.Mama akan jadi nenek la tak lama lagi.
Nabila:Alhamdulillah ma.Boleh tak Ila ke pejabat abang Fir.Ila nak sampaikan berita gembira ni pada dia.
Datin Siti:Mama temankan ye?
Nabila:Tak perlu la ma.Ila pergi dengan teksi.
Datin Siti:Kalau dah macam tu kata kamu,ye la.Hati-hati ye.
              Nabila bersalaman dengan Datin Siti.Dia berasa amat teruja untuk menceritakan hal itu kepada suaminya.
**Di pejabat
               Nabila berjalan ke arah setiausaha Firdaus,Mysara.
Mysara:Assalamualaikum puan.Puan siapa?Ade ape-ape yang boleh saya bantu?
Nabila:Waalaikumussalam.Saya isteri Firdaus.Boleh saya jumpe dia?
Mysara:Silakan puan.Tuan ade dibiliknya bersama Encik Fikri.Kalau tiada ape-ape lagi,
               saya minta diri untuk ke bilik Dato sekejap.
Nabila:Tade pape.Terima kasih ye.

                Nabila berjalan menuju ke bilik Firdaus.Dia ingin mengetuk pintu bilik Firdaus.Namun hasratnya terbantut apabila terdengar perbualan suaminya dan Fikri.
Fikri:Fir.Cuba la bawa bertenang.Sabar.
Firdaus:Aku tak tahu nak buat ape lagi.Aku dah cube.Tapi cinta dalam hati aku ni makin kuat.Aku sendiri
               tak tahu camne aku boleh jatuh cinta kat Mysara.Aku taknak lukakan Nabila kalau dia tahu
                hal ni.Aku sayang dia.
               Nabila terkejut mendengar kata-kata suaminya itu.Dia berlari keluar dari pejabat itu dan menahan sebuah teksi untuk pulang ke rumah.Air mata Nabila tidah berhenti mengalir.Dia berbisik dalam hatinya”Abang.Ila sayangkan abang”.
               Firdaus bersiap-siap untuk pulang ke rumah.Dia berjalan keluar dari pejabatnya.
Mysara:Tuan!!
Firdaus:Kenapa Mysara?
Mysara:Tuan dah jumpe isteri tuan?
Firdaus:Isteri saye?
Mysara:Tuan tak tahu.Tadi isteri tuan datang.Saya suruh dia ke bilik tuan.Lepas tu saya ke bilik Dato
               Jamal.
          Firdaus terkejut.Dia mengucapkan terima kasih kepada Mysara.Dia tidak sabar untuk pulang bertanyakan hal itu kepada Nabila.
**Di rumah
          Firdaus berjalan laju menuju ke arah biliknya.Dato Jamal dan Datin Siti memerhatikan sahaja tingkah anaknya itu.Sesampai di biliknya,Firdaus  membuka pintu biliknya dan melihat Nabila baru selesai menunaikan solat Asar.Firdaus berjalan masuk.Nabila yang menyedari hal itu segera bangun dan bersalaman dengan suaminya.
Nabila:Abang dah balik?Maaf.Ila tak perasan.
Firdaus:Tak mengapa.Sayang pergi pejabat abang?
Nabila:Ade.Tapi Ila takut mengganggu abang.Jadi Ila pun balik.Maaf ye bang.
Firdaus:Tak mengape.Kenape sayang ke pejabat?
          Nabila tersenyum dan menggenggam jari-jemari suaminya.
Nabila:Abang.Ila jumpe doktor ngan mama tadi.Alhamdulillah,Ila hamil tiga minggu bang.
Firdaus:Hamil?Alhamdulillah sayang.Syukur.Abang gembira sangat.Tapi kenapa abang tak pernah
              nampak tanda-tanda sayang mengandung?
Nabila:Tu la.Asyik dengan pejabat je.(Tersenyum)
 Firdaus:Semua dah tahu?
Nabila:Dah .Mama yang bagitahu.Mak dengan ayah Ila insyaALLAH minggu depan diorang datang.
             Firdaus tersenyum gembira dan memeluk erat isterinya.Air mata Nabila menitis di bahu Firdaus.
Firdaus:Kenapa ni sayang?
Nabila:Abang.Ila minta maaf kalau selama ini,Ila gagal untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk
              abang.Maafkan Ila.Ila sayangkan abang.
Firdaus:Kenapa cakap macam tu.Sayang dah terlalu baik untuk abang.Dah.Jangan nangis lagi.
               Firdaus meyeka air mata Nabila daripada terus mengalir.Sejak menerima berita itu,Firdaus sering meluangkan masanya di rumah bersama Nabila.Dia berasa tidak sanggup untuk berpisah dengan Nabila walaupun sekejap.Untuk seketika,dia melupakan cintanya terhadap Mysara.
8 bulan kemudian
            Firdaus sedang berbual bersama Nabila di halaman rumah.Dato Jamal dan Datin Siti menyertai mereka.Tiba-tiba Nabila mengaduh kesakitan.
Nabila:Abang.Sakit.Sakit bang.
Firdaus:Kenapa ni sayang?Kenapa?!!(cemas)
Datin Siti:Isteri kamu dah nak melahirkan ni.Cepat bawa dia ke hospital.
             Firdaus bersegera membawa isterinya ke hospital dibantu oleh mama dan papanya.Dalam perjalanan,Datin Siti menelefon besannya untuk memberitahu hal itu.
**
Di hospital
Doktor:Alhamdulillah.Bayi encik selamat.Tapi isteri encik,kami minta maaf.Kami dah cube sedaya upaya.
Firdaus:Doktor jangan main-main doktor.Mane isteri saya?Ila..Ila!!!!!!!
Dato Jamal:Sabar Fir.ALLAH lebih sayangkan isteri kamu.
              Firdaus melutut di lantai.Dia menangis semahunya dan menjerit”Ila.Jangan tinggalkan abang.Abang sayangkan Ila”.Dato Jamal,Datin Siti,Encik Ismail dan Puan Zaiton turut sama menangis.
Mereka sangat merasa kehilangan Nabila terutamanya orang tua Nabila.Namun mereka redha dengan takdir itu.Firdaus menuju ke ruangan arwah isterinya ditempatkan.
Firdaus:Ila.Kenapa tinggalkan abang?Kita dah janji yang kita akan sama-sama jaga anak kita ni
                kan.Bangun la Ila.Ila tak sayangkan abang ke?
          Namun Firdaus sedar,dia hanya berharap.Dia mahu menenangtkan hatinya yang terluka.Dia menangis dan mengucup dahi arwah isterinya.
          Selesai upacara pengebumian,Firdaus masuk ke biliknya.Dia membaringkan dirinya di katil.Dia mengusap lembut bantal arwah Nabila dan berkata”Abang rindukan sayang”.Tiba-tiba dia terpandang sesuatu di bawah bantal itu.Dia mengambil dan mendapati ia adalah sepucuk surat.Di surat itu tertulis “Buat Suamiku Tercinta”.Firdaus membuka surat itu.
**Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum abang.Andainya abang menemuai surat ini,pastinya Ila telah tiada lagi di dunia ini.Pertamanya,Ila nak minta maaf dengan abang andainya Ila pernah menyakiti abang.Maafkan Ila andainya Ila bukan isteri yang baik untuk abang.Ila menulis surat ini kerana Ila bimbang kalau Ila tak mampu bertahan masa melahirkan nanti dan ALLAH lebih sayangkan Ila.Andainya Ila pergi dulu,abang relakan Ila ye.Jangan tangisi kepergiaan Ila.Ila tak nak abang sedih.Ila terlalu sayangkan abang.Abang jagalah anak kita sebaiknya andai ALLAH mahukan dia bersama abang.Abang carila pengganti Ila.Abang kahwinilah Mysara.Abang cintakan dia kan.Cinta itu suci bang.InsyaALLAH,dia akan jadi isteri dan ibu yang terbaik untuk abang dan anak kita.Jangan biarkan anak kita kehilangan kasih sayang dan belaian seorang ibu.Abang hadiahkanlah rantai Ila itu padanya.Ila Cuma nak abang bahagia.Janji dengan Ila yang abang akan selalu senyum.Abang jangan risau.Walaupun Ila tiada lagi di dunia ni,Ila tetap hidup dalam hati abang.Terima kasih kerana menyayangi,mencintai dan menemani Ila sampai akhir hayat Ila.Ila sangat bahagia hidup dengan abang.Ila terlalu sayangkan abang.Jangan biarkan air mata mengalir dari mata abang.Ila tak mahu.Andai jodoh antara kita kuat,InsyaALLAH kita akan bertemu di syurga nanti.Amin.Abang jaga diri baik-baik ye.Bagitahu anak kita yang Ila sayangkan dia.Ila pergi dulu.Maafkan Ila.


                                                                                                                                 Salam Sayang
                                                                                                                                      (Nabila)

               Selesai membaca surat itu,air mata Firdaus semakin mengalir.Dia tidak menyangka Ila mengetahui cintanya terhadap Mysara.Betapa sucinya hati Ila.Dia tidak menunjukkan rasa luka di hatinya.Hanya kebahagiaan yang dipamerkannya.Dia telah menyakiti arwah isterinya.”Maafkan abang sayang”,rintihnya.
**Malam itu.
                  Setelah menunaikan solat Isyak,Firdaus berdoa kepada ILAHI.
“Ya ALLAH.Aku telah menyakiti isteriku.Namun dia tidak pernah berdendam terhadapku.Ampunkan aku Ya ALLAH.Ampunkan dosa isteriku.Tempatkanlah dii di kalangan hambaMU yang beriman.Sesungguhnya dia seorang wanita yang berhati mulia.Terima kasih kerana memberikan waktu untuk aku bersamanya walaupun seketika.Satukanlah kami kembali di syurgaMU nanti.Amin Ya Rabbal Alamin.
                Firdaus bangun  menuju ke arah anaknya.Dia memandang  anaknya dan berkata”InsyaALLAH sayang.Abang akan jaga anak kita dengan baik.Semoga dia akan mewarisi sifat sayang”.Dia mencium dahi anaknya”Nabilah.Ibu kamu sangat mencintaimu”,sambungnya lagi.
Tamat……..



No comments:

Post a Comment