Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 26 January 2012

Salah Faham Tentang Hijab


Pada zaman sekarang,terlalu banyak salah faham yang terjadi akibat ceteknya ilmu pengetahuan dalam masalah aurat wanita islam.Mereka menyempitkan soal hijab itu kepada sehelai kain semata-mata,sedangkan konsep hijab itu jelas menerangkan luaran dan dalaman.

  Syaitan,jin dan manusia membisikkan bahawa menutup aurat adalah hijab.Dan hijab pula hanyalah tudung semata-mata.Jika sudah memakai tudung,bermakna seseorang wanita sudah melaksanakan perintah menutup aurat.Maka perkara-perkara yang lain sudah tidak dipedulikan atau diambil berat.Akibatnya,tidak hairan berlaku banyak maksiat yang mana pelakunya adalah Muslimah yang bertudung,tanpa melihat jenis,saiz atau warna tudungnya.

 Jika kita memperincikan salah faham tersebut,kita boleh bahagikan kepada 14 jenis salah faham dan ia adalah pemandangan yang biasa kita lihat di tempat awam @ kenderaan awam:

1)Mengenakan tudung tetapi baju kebarung @ baju kebaya yang kainnya terbelah,malah sendat.

2)Mengenakan tudung tetapi memakai baju t-shirt @ kemeja lengan pendek.

3)Mengenakan tudung,memakai baju t-shirt @ kemeja lengan panjang tetapi lengan bajunya dilipat.

4)Mengenakan tudung tetapi mendedahkan jambul @ hujung rambutnya.

5)Mengenakan tudung tetapi hujung tudungnya dilempar @ dipin ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya daripada ditutup oleh tudung.

6)Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul,leher,tengkuk dan dadanya.

7)Bertudung tetapi tudungnya singkat,atas paras dada menampakkan benjolan buah dada.

8)Berseluar sama ada seluar slack @ jean tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk dan potongan kaki terutamanya pinggang,pinggul dan peha.

9)Berbaju kemeja tetapi kemeja yang singkat dan ketat.Kain kemeja itu tidak pun menutup @ dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan @ belakang.

10)Berbaju t-shirt dan berlengan pendek serta menampakkan lengan dan sikunya.

11)Memakai baju kurung yang sangat ketat,menampakkan bentuk badan,menampakkan pinggang yang langsing,bahagian dada yang dipersempitkan dan warna-warni yang cukup menarik perhatian.

12)Memakai skirt singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skirt terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk di dalam komuter misalnnya.

13)Menutup aurat dengan lengkap tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

14)Menutup aurat dengan lengkap tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah,pasar raya dan tempat-tempat lain.

  Pemandangan-pemandangan di atas menunjukkan pelakunya tidak memahami apa makna Islam yang dianuti.Apa makna suruhan menutup aurat yang merangkumi luaran dan dalaman.kita mempunyai pengetahuan agama sahaja tetapi tidak membawa apa-apa erti sebenarnya.Jika tidak,tidaklah berlaku dan didedahkan di mana-mana ada wanita bertudung litup tetapi mulutnya jahat dan hatinya juga jahat.

  Syaitan yang nampak @ tidak nampak,dalam usaha menggoda manusia memiliki pelbagai cara dan strategi.Strategi yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan.Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita.Dia terus berusaha agar manusia keluar daripada landasan yang dutentukan oleh syarak,termasuklah melepaskan hijab @ pakaian muslimah.

No comments:

Post a Comment