Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Thursday 2 February 2012

Betapa Cintanya ALLAH kepada HambaNYA



Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.
Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?”
“Tentu sekali tidak,” jawab sahabat-sahabat serentak. Rasulullah menambah lagi, “demi ALLAH, sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya/”
Sehubungan dengan ini juga kita dapat menilai sendiri kasih sayang ALLAH kepada kita sehingga seboleh-bolehnya. Dia tidak mahu hamba-Nya masuk ke dalam neraka, namun kedegilan dan keengkaran hamba untuk berbakti kepada-Nya membuatkan hamba itu sendiri dihumbankan ke dalam api neraka, kerana ALLAH itu sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya.


        Betapa cinta dan sayangnya ALLAH kepada kita.Betapa kasihnya DIA kepada kita.MasyaALLAH..Namun manusia lalai dari semua cinta itu kerana mereka mengutamakan cinta kepada manusia.

Kenapa cinta manusia lebih kita nampak daripada cinta ALLAH?
1)Kerana kita dapat melihat manusia namun ALLAH tidak.


2)Kenal ALLAH & Rasul tapi kita tak rasainya.


3)Kenal ALLAH dan Rasul tapi kabur dengan prinsip hidup sebagai seorang Muslim.


   Cinta kepada manusia adalah fitrah yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia.Namun perasaan itu mesti dikawal agar tidak melampaui batas sehingga mengagungkan cinta manusia lebih daripada cinta kepada ALLAH.


  Apakah yang dimaksudkan dengan cinta kepada ALLAH?
Cinta kepada ALLAH adalah ibadat kita kepada ALLAH.Merendahkan diri dan menghinakan diri dengan beribadat yang sesungguhnya kepada ALLAH.Seperti yang diterangkan dalam surah Az-Zarriyaat ayat 56(وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون)..Maksudnya "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaKU".


         Kita perlu sentiasa menyebut nama-nama ALLAH iaitu Al-Asma Ul-Husna.Contohnya apabila kita meberikan nasihat kepada seseorang tetapi dia tidak mahu mendengarnya,kita sebut An-Nur & Al-Hadi berulang kali.InsyaALLAH,pintu hatinya akan terbuka untuk menerimanya.Kasih sayang ALLAH kepada kita tidak terbatas.Bersangka baiklah pada ALLAH.


Kenapa kita perlu cinta kepada ALLAH?


ALLAH segala-galanya. ALLAH itu penyelamat, pelindung, pendidik, pemberi hidayah, pemberi rezeki dan kawan setia kita. Kalau kita faham dan hayati itu, akan datang kasih sayang. Cinta kepada selain ALLAH tidak salah tetapi jangan mengatasi cinta kepada ALLAH. Tidak salah cinta kepada isteri, orang tua dan anak, tetapi jangan mengatasi cinta kepada ALLAH. ALLAH mewajibkan kita mencintai- Nya.

Mengapa kita disuruh cinta kepada ALLAH sedangkan ALLAH Maha Sempurna? Apakah ALLAH suruh kita mencintai- Nya untuk meninggikan derajatNya? ALLAH sudah sempurna. Ke-Mahasempurnaan ALLAH kekal dan azali. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Cinta kita bukan untuk meninggikanNya. Kalau kita tidak cinta, tidak puji, tidak sembah, atau kita caci maki, ALLAH tidak tergugat dan tidak cacat. Berbeza dengan manusia. Manusia bila dihina dia cacat bila dipuji dia terangkat.


ALLAH yang menjadikan manusia, maka ALLAH tahu apa keperluan manusia lahir dan batin (rohaniah). ALLAH jadikan sebab-sebabnya supaya keperluan itu tercukupi. ALLAH mewajibkan kita cinta kepada ALLAH, di situlah datang rahmat dari ALLAH. Sebab manusia yang cinta kepada ALLAH, akan automatik cinta kepada makhluk ALLAH terutamanya sesama manusia.


Ertinya hamba ALLAH yang mencintai ALLAH nescaya perikemanusiaannya sangat tinggi. Dia pengasih pada orang lain, bertimbang rasa, kasihan, tidak boleh mendengar orang susah, sangat mengutamakan orang, sangat bekerjasama, suka menghibur orang, suka memaafkan dan meminta maaf dan sebagainya. Ini keperluan manusia. ALLAH tidak perlu cinta manusia. Kalau manusia tidak cinta ALLAH maka hilanglah perikemanusiaan seperti terjadi hari ini. Kalau sudah tidak cinta ALLAH, hidup individualistik, bagaimana hendak bekerjasama dengan orang lain? Ini yang terjadi. Bukan diri saja yang susah, masyarakat pun susah karena perikemanusiaan sudah tidak ada. Cinta sesama manusia sudah tidak ada kerana terputus cinta dengan ALLAH.



Bagaimana hendak mengawal cinta kepada manusia?


1)Jaga pergaulan


2)Pilih kawan yang baik


3)Lazimi amalan-amalan sunat


4)Doa untuk memperoleh pasangan hidup yang soleh


Kesan cinta kepada ALLAH


 1)Kita sentiasa ikhlas dan khusyuk dalam setiap amalan.


2)Tida sebarang  riak dan ujub dalam hati.contohnya dari Aisyah ra, pada suatu malam bila saya dapati Nabi tiada saya meraba-raba mencari baginda dan saya terpegang kaki baginda ketika itu baginda sedang sujud.Baginda  berkata dia melakukannya untuk menunjukkan kesyukurannya kepada ALLAH.


3)Bila rasa cinta wujud dalam diri kita kepada ALLAH,maka kita akan redha dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.Seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W.Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Namun baginda hanya berdoa kepada ALLAH sekiranya perkara itu tidak membuatkan ALLAH murka kepadaNYA,maka dia rela dicaci,dihina dan dicederakan.Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18).


Bagaimana hendak menzahirkan cinta kepada ALLAH?


  =Kalau ALLAH sayang kepada seseorang,maka ALLAH akan memberitahu malaikat Jibril yang DIA menyayangi hambaNYA itu.Jibril akan memberitahu hal tersebut kepada malaikat-malaikat yang lain dan semua menyayanginya=   


1)Segera menyahut panggilan ALLAH(azan)


2)Buka sms dan e-mail ALLAH (Al-Quran).


3)Selalu buka MMS(kebesaran ALLAH) ALLAH


4)Khusyuk kepada ALLAH


5)Sabar dengan ujian ALLAH.


6)Rasa cemburu dengan seseorang yang amalannya lebih rapat dengan ALLAH.


7)Buat amalan yang menunjukkan kita mencari redha ALLAH.


Carilah cinta Allah s.w.t, sebelum mencari cinta manusia, “bahagia buat mereka yg bertemu cinta yg teragung, yang membawa ke syurga hakiki dan abadi.


       







      
    





2 comments:

  1. Cintakan bunga,bunga kan layu cintakan manusia,manusia kan mati...cintakan tuhan kekal abadi.itulah tnda cinta ilahi..
    nmun mnusia xleh lari dri mncintai mnusia yg lain.coz mnusia d lahirkan dngn fitrah mncintai antara mereka....cinta itu suci dn indah..tp mnusia yg mnntukanbgaimna ia di bawa atau di dorong..ke mana detinasi cinta yg di semai....

    ReplyDelete
  2. Btul 2...berdoalah pada Allah agar rasa kasih dan cinta yang lahir dari dalam hati kita ikhlas kerana Allah dan bukan kerana nafsu...

    ReplyDelete