Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Monday 22 July 2013

TAZKIRAH JIWA= Memupuk Cinta Kepada Allah

1) CINTA KEPADA KEMATIAN

Apabila kita cintakan seseorang, kita pasti mahu selalu menemuinya. Ingin melihat dia setiap saat dan ketika. Kerana hati begitu merindui senyuman dan gelak tawanya. Segala apa yang dimilikinya tampak sempurna. Tiada cacat celanya dan kehadirannya sudah cukup membungakan hati kita. Begitu juga halnya bilamana kita mencintai TUHAN. hati sering sahaja mahu menjumpaiNYA. Rasa rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasulullah SAW pernah bersabda " Barangsiapa lebih suka berjumpa dengan ALLAH, maka ALLAH suka menjumpainya. (Riwayat Muttafaqun alaih daripada Abu Hurairah dan Aisya R.A.)

2) JIHAD DIJALAN ALLAH

Untuk membuktikan kebenaran cinta kepada ALLAH, ia perlu sanggup berjuang dijalanNYA. Ia sanggup mengorbankan diri, harta benda, jiwa dan raganya untuk mendapatkan keredhaan dan cinta ILAHI. Firman ALLAH " Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang-orang Mukmin, baik diri mhupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan ALLAH sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar daripada ALLAH didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepti janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah satu kemenangan yang agung. " At- Taubah ayat 111. 

3) MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

Bilamana seseorang itu secara terus menerus mengikuti hawa nafsunya, maka itulah kecintaan yang dikejar-kejar. jadi, dalam menggapai cinta ALLAH, perlu baginya untuk menundukkan hawa nafsu agar cinta itu tidak tersasar daripada kecintaan yang sebenar. Apabila ia telah berjaya dalam mujahadah menundukkan itu (menundukkan ahwa nafsu), tidak akan ada kenikmatan baginya tanpa mengaitkan KEKASIH yang dicintainya. Bukan mudah untuk melawan hawa nafsu. Perlu kekuatan dan keazaman yang tinggi. Kekuatan itu tidak akan diperoleh tanpa izin daripada PENCIPTA. Dari situ wujudlah keakraban dengan ILAHI yang secara tidak langsung telah melahirkan rasa cintayang mendalam terhadapNYA. 

4) SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH

Untuk memupuk rasa cinta terhadapseseorang, kita perlu sentiasa mengingatinya. Perlu selalu menyebut kebaikan dan memerhatikan keistimewaannya. Dari situ, secara tidak langsung dapat memupuk rasa inta kepada individu tersebut. Begitu juga halnya andai kita mahu memupuk rasa cinta kepada TUHAN. Lidah perlu tidak kelu untuk menyebut namaNYA, mengingatinya serta segala sesuatu yang berkait denganNYA. Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada ALLAH? Baacalah Al-Quran - sebagai kalamNYA, mencintai Rasul sebagai utusanNYA serta mencintainya orang yang mencintai Rasul dan agamaNYA.

5) BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

Di antara tanda cinta kepada ALLAH ialah dengan beruzulah dan bermunajat kepada ALLAH. Maka untuk menuju kepada cinta ALLAH, perlu sanggup meluangkan masa 'bermesra' denganNYA. Tatkala insan lain sedang lena diulit mimpi, kita sanggup bangun pada tengah malam (qiamullai).Untuk apa? Benar!! Untuk berhubung dengan DIA yang Maha Segalanya.

(Nazihatul hanan- Air Mata Siti Hajar)
Rujukan http://siti-muthiah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment