Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Wednesday 27 March 2013

30 Kisah Pengembaraan Si Bujang = LAPAR





Musim kemarau sudah tiba. Nampaknya kemarau kali ini berlangsung begitu lama sehingga menimbulkan bencana kekeringan dan kebuluran di seluruh pelosok negeri, termasuk Kampung Batu Gamping. Banyak dusun dan ladang pertanian yang tidak mengeluarkan hasil.
            Kerana itu awal-awal lagi Sultan Abdurrahim menyuruh seorang menterinya mengirim bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Namun, ternyata menteri tersebut menggunakan kesempatan itu untuk mencemarkan nama baik Sultan. Dia hanya memberi bantuan kepada daerah-daerah yang tidak jauh dari ibu kota saja. Sedangkan, untuk daerah-daerah terpencil, dia mengirimkan bantuan dengan menggunakan namanya. Kononnya dialah yang memberi bantuan kepada mereka. Denagn demikian, pengaruh diri dan kelompoknya akan semakin  luas sehingga dapat menandingi pengaruh sultan.
            Akhirnya, pemberi bantuan daripada kelompok menteri yang jahat itu sampai juga ke kampung Bujang. Mereka terdiri daripada para anak muda kota yang fasih bercakap panjang lebar mengenai kejahatan sultan dan sikap sultan yang mengabaikan rakyatnya.
            “ Wahai penduduk kampung. Sultan sudah lama hidup senang dan membiarkan kita hidup menderita. Patutkah kita biarkan saja hal ini?” tanya seorang pemuda yang begitu fasih berpidato.
            “ Tidak. Tidak,” jawab ratusan penduduk kampung.
            “ Saudara, boleh saya bertanya?” Bujang berteriak dari jauh.
            “ Silakan!” ujar pemuda itu sambil tersenyum kerana menyangka provokasinya berjaya.
            “ Saudara, saya bersyukur ada orang yang baik hati seperti saudara semua.”
            “ Itu kewajipan kami,” potong pemuda itu dengan bangga.
            “ Tetapi mengapa kalian berpidato terlebih dahulu sebelum membahagikan makanan? Apakah kalian tidak ikhlas memberikannya kepada kami?” tanya Bujang.
            “ Kami ikhlas menolong kalian. Cuma kami tidak mahu bencana kelaparan ini berulang lagi. Kerana itu, kami berusaha menyedarkan kalian bahawa selama ini sultan sudah memperdaya kita. Kita tidak boleh membiarkan ketidakadilann ini berlarutan. Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya pemuda itu kepada ratusan penduduk kampung yang sudah tidak sabar lagi.
            “ Benar. Kita kakn menuntut keadilan,” ujar seorang penduduk kampung diikuti oleh yang lain.
            Bujang terdiam melihat suasana yang makin panas tersebut. Dia melihat orang kampung yang lapar semakin tidak sabar. Dia sedar dalam keadaan seperti itu, tidak berguna dia bercakap lagi. Jika ia tetap mahu meneruskan perdebatan, ratusan penduduk yang kelaparan itu akan menghambatnya. Kerana itu dia memutuskan untuk pergi meninggalkan kerumunan orang ramai itu.
            Keesokan harinya rombongan pemuda itu kembali lagi ke kampung Batu Gamping. Mereka dapati situasi di kampung itu sangat kondusif untk provokasi mereka. Kerana itu, pemuda yang biasa berpidato itu sudah menyiapkan pidato yang lebih keras lagi bagi menanam kebencian penduduk kampung kepada sultan. Dia berdiri di hadapan orang-orang kampung bagi menyampaikan pidatonya. Namun baru beberapa ayat meluncur dari mulutnya, mereka dikejutkan oleh suara tangisan lima orang anak kecil. Lalu pandangan mereka tertuju kepada lima orang anak kecil yang berdiri bersama Bujang itu.
            “ Bujang, mengapa dengan anak-anak itu?” tanya Ulil, pemuda yang biasa berpidato itu.
            “ Mereka kelaparan.”
            “ Mengapa kamu tidak memberi mereka makan?”
            “ Saya akan memberinya makan. Tetapi sekarang saya sedang menasihati mereka supaya mereka faham yang kampung ini sedang ditimpa bencana kelaparan,” jawab Bujang sambil memegang kepala seorang kanak-kanak.
            “ Huh, dasar orang kampung! Mengapalah kamu ini bodoh sangat. Bujang? Kanak-kanak itu kelaparan. Mereka memerlukan makanan bukan nasihat. Kalau kamu mahu menasihati mereka, berilah mereka makanan dahulu supaya mereka tenang. Dengan demikian, mereka dapat mendengar nasihatmu dengan baik,” ujar Ulil dengan angkuhnya.
            “ Kamu pandai sekali. Ternyata kalian orang yang pandai-pandai ya?” kata Bujang.
            “ Kami ini orang-orang yang berpendidikan. Jadi kami selalu menggunakan logik akal dalam segala hal,” jawab Ulil sambil tersenyum bangga.
            “ Tetapi…”
            “ Tetapi apa pula?” soal Ulil dengan angkuh.
            “ Mengapa kalian berpidato dahulu sebelum memberi kami makanan? Bagaimana kami dapat mendengar pidato kalian dengan baik jika perut kami masih kosong? Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya Bujang kepada ratusan penduduk kampung yang hadir.
            “ Benar Bujang. Benar. Kami lapar. Kami lapar,” teriak ratusan penduduk kampung yang hadir dalam perhimpunan itu.
            Melihat suasana yang kian panas, rombongan muda kota itu segera membahagi-bahagikan makanan yang mereka bawa. Penduduk kampung dengan tertib beratur untuk mendapatkannya. Suara mereka yang berteriak, “ Lapar… lapar…” sangat menakutkan para pemuda kota tersebut.
            Setelah makanan habis dibahagi-bahagikan, pemuda yang biasa berpidato itu mahu menyambung pidatonya. Tetapi, penduduk kampung beransur-ansur meninggalkan tempat itu. Akhirnya tidak ada seorang pun yang mahu mendengar pidatonya. Begitu juga pada hari-hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota tersebut tidak lagi datang ke Kampung Batu Gamping.


(30 Kisah Pengembaraan Si Bujang Bertemu Puteri Melaka= Harlis Kurniawan)

2 comments:

  1. Assalamualaikum wrh..
    simple dan bez cite nyer..
    pandai perli..hahaha
    cume sayg...
    awat nyo tulisan kecik sgt..ripit mato2 nk baco nyo..besor gak sikit tlisan..hehe..
    jangan marah =)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam wrh... mmg bez sgt buku ni..nanti fazira bace ye... lya dh besarkan tulisan tu..hehe

    ReplyDelete