Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakahku masih bisa
Terus melangkah
Serpihan hidupku
Kan ku bangun
Di atas satu cinta
Subhanallah
Aku mencintainya
Subhanallah
Aku menyayanginya
Dari ufuk timur
Hingga ke barat
Selalu dihatiku
Suke sangat dengar lagu ni!!!!!!!!!!
Hati itu tidak pernah mampu untuk mengukirkan walau hanya sebaris kata...Hati itu juga tidak mampu berbicara untuk bermain kata...Namun dalam diam ia berbisik....Cuba untuk menzahirkan rasa...Namun ia sukar untuk difahami...Terlalu sulit untuk dijelasi...Akhirnya hati itu hanya mampu untuk menanti agar dirinya dimengerti oleh seseorang yang memahami...
Scrolling Text
Smile
Friday, 17 February 2012
Thursday, 16 February 2012
Khilaf
Lihat mangga itu......Berada tinggi di puncak dahan.....Menanti untuk masak ranum.....Namun mangga itu tidak mampu......Untuk bertahan dalam penantiannya.....Pabila dia melihat mangga yang lain dipetik....."Kenapa diriku belum dipetik?"berbicara mangga sendiri.....Lalu tanpa sedar.....Mangga itu menggugurkan dirinya.....Jatuh menyembah tanah.....Betapa khilafnya mangga itu.....ALLAH telah menciptakan dirinya begitu istimewa.....Masak ranum di dahan.....Agar mereka yang benar-benar menginginkan mangga itu.....Berusaha untuk mencapainya.....Walau sesukar apapun.....Namun mangga itu khilaf.....Ia telah menggugurkan dirinya.....Mangga itu hanya mampu berharap.....Masih ada sinar untuk hidupnya......Menjernihkan kembali khilaf diri.....Dengan hadirnya keikhlasan hati.....
Mencari CintaMU 2
Ya ALLAH
Hamba berdosa Ya ALLAH
Hamba malu pada diri hamba sendiri
Hamba malu
Bebunga indah yang telah sekian lama
Dilindungi dalam kuntumannya
Tersimpan jauh disudut sanubari
Kerana bebunga itu khuatir
Dirinya disalah erti
Namun ketika bebunga itu mulai mekar
Dia lupa akan kuntumannya
Yang sebelum ini melindunginya
Menanti untuk diwarnai
Dan untuk seketika
Bebunga itu alpa
Hingga akhirnya
Kelopaknya berguguran
Bertaburan membajiri tanah
Bebunga itu menyedari khilaf diri
Namun semua itu sudah berlalu
Tidak mampu diundur kembali
Bebunga itu menanti
Sinar yang baru untuk menerangi
Hidupnya yang pudar mewarnai diri
Ya ALLAH
Ampunilah hambaMU ini
Di atas khilaf diri ini
Tenangkanlah hati ini
Tabahkanlah hati ini
Dalam usahaku
MENCARI CINTAMU.......
Saturday, 11 February 2012
Mencari CintaMU
Ya ALLAH
Kalbuku ini menangis
Menangis dalam mencari cintaMU
Menangis dalam meraih cintaMU
Ya ALLAH
Sungguh sulit menyusuri arus ini
Bergunung halangan ditempuhi
Aku memutuskan sesuatu yang sukar
Untuk diri ini menerimanya
Hingga kalbu ini terluka
Ya ALLAH
Aku tekadkan kalbuku ini
Untuk menjauh dari semua itu
Aku sirami nafsu yang menguasai diri
Namun tak semudah yang dibayangi
Ya ALLAH
Semakinku cuba menghindari
Semakin mendekat ia di hati
Aku yakini kalbu ini
Untuk tabah menjernihkan semuanya
Agar diriku ini
Bisa mendekatiMU
Ya ALLAH
Bantulah hambaMU ini
Kuatkanlah kalbuku ini
Sepanjang perjalananku
Mencari cintaMU
Ya ALLAH...Mudahkanlah segala urusan dalam kehidupanku...Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha memudahkan atas setiap kesulitan...Tabahkanlah hati ini Ya ALLAH...Dan jagalah hati ini agar tidak berpaling dari cintaMU....Amin Ya Rabbal Alamin...
Thursday, 2 February 2012
Betapa Cintanya ALLAH kepada HambaNYA
Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.
Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?”
“Tentu sekali tidak,” jawab sahabat-sahabat serentak. Rasulullah menambah lagi, “demi ALLAH, sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya/”
Sehubungan dengan ini juga kita dapat menilai sendiri kasih sayang ALLAH kepada kita sehingga seboleh-bolehnya. Dia tidak mahu hamba-Nya masuk ke dalam neraka, namun kedegilan dan keengkaran hamba untuk berbakti kepada-Nya membuatkan hamba itu sendiri dihumbankan ke dalam api neraka, kerana ALLAH itu sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya.
Betapa cinta dan sayangnya ALLAH kepada kita.Betapa kasihnya DIA kepada kita.MasyaALLAH..Namun manusia lalai dari semua cinta itu kerana mereka mengutamakan cinta kepada manusia.
Kenapa cinta manusia lebih kita nampak daripada cinta ALLAH?
1)Kerana kita dapat melihat manusia namun ALLAH tidak.
2)Kenal ALLAH & Rasul tapi kita tak rasainya.
3)Kenal ALLAH dan Rasul tapi kabur dengan prinsip hidup sebagai seorang Muslim.
Cinta kepada manusia adalah fitrah yang ALLAH kurniakan kepada setiap manusia.Namun perasaan itu mesti dikawal agar tidak melampaui batas sehingga mengagungkan cinta manusia lebih daripada cinta kepada ALLAH.
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta kepada ALLAH?
Cinta kepada ALLAH adalah ibadat kita kepada ALLAH.Merendahkan diri dan menghinakan diri dengan beribadat yang sesungguhnya kepada ALLAH.Seperti yang diterangkan dalam surah Az-Zarriyaat ayat 56(وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون)..Maksudnya "Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah kepadaKU".
Kita perlu sentiasa menyebut nama-nama ALLAH iaitu Al-Asma Ul-Husna.Contohnya apabila kita meberikan nasihat kepada seseorang tetapi dia tidak mahu mendengarnya,kita sebut An-Nur & Al-Hadi berulang kali.InsyaALLAH,pintu hatinya akan terbuka untuk menerimanya.Kasih sayang ALLAH kepada kita tidak terbatas.Bersangka baiklah pada ALLAH.
Kenapa kita perlu cinta kepada ALLAH?
ALLAH segala-galanya. ALLAH itu penyelamat, pelindung, pendidik, pemberi hidayah, pemberi rezeki dan kawan setia kita. Kalau kita faham dan hayati itu, akan datang kasih sayang. Cinta kepada selain ALLAH tidak salah tetapi jangan mengatasi cinta kepada ALLAH. Tidak salah cinta kepada isteri, orang tua dan anak, tetapi jangan mengatasi cinta kepada ALLAH. ALLAH mewajibkan kita mencintai- Nya.
Mengapa kita disuruh cinta kepada ALLAH sedangkan ALLAH Maha Sempurna? Apakah ALLAH suruh kita mencintai- Nya untuk meninggikan derajatNya? ALLAH sudah sempurna. Ke-Mahasempurnaan ALLAH kekal dan azali. Tidak berkurang dan tidak bertambah. Cinta kita bukan untuk meninggikanNya. Kalau kita tidak cinta, tidak puji, tidak sembah, atau kita caci maki, ALLAH tidak tergugat dan tidak cacat. Berbeza dengan manusia. Manusia bila dihina dia cacat bila dipuji dia terangkat.
ALLAH yang menjadikan manusia, maka ALLAH tahu apa keperluan manusia lahir dan batin (rohaniah). ALLAH jadikan sebab-sebabnya supaya keperluan itu tercukupi. ALLAH mewajibkan kita cinta kepada ALLAH, di situlah datang rahmat dari ALLAH. Sebab manusia yang cinta kepada ALLAH, akan automatik cinta kepada makhluk ALLAH terutamanya sesama manusia.
Ertinya hamba ALLAH yang mencintai ALLAH nescaya perikemanusiaannya sangat tinggi. Dia pengasih pada orang lain, bertimbang rasa, kasihan, tidak boleh mendengar orang susah, sangat mengutamakan orang, sangat bekerjasama, suka menghibur orang, suka memaafkan dan meminta maaf dan sebagainya. Ini keperluan manusia. ALLAH tidak perlu cinta manusia. Kalau manusia tidak cinta ALLAH maka hilanglah perikemanusiaan seperti terjadi hari ini. Kalau sudah tidak cinta ALLAH, hidup individualistik, bagaimana hendak bekerjasama dengan orang lain? Ini yang terjadi. Bukan diri saja yang susah, masyarakat pun susah karena perikemanusiaan sudah tidak ada. Cinta sesama manusia sudah tidak ada kerana terputus cinta dengan ALLAH.
Bagaimana hendak mengawal cinta kepada manusia?
1)Jaga pergaulan
2)Pilih kawan yang baik
3)Lazimi amalan-amalan sunat
4)Doa untuk memperoleh pasangan hidup yang soleh
Kesan cinta kepada ALLAH
1)Kita sentiasa ikhlas dan khusyuk dalam setiap amalan.
2)Tida sebarang riak dan ujub dalam hati.contohnya dari Aisyah ra, pada suatu malam bila saya dapati Nabi tiada saya meraba-raba mencari baginda dan saya terpegang kaki baginda ketika itu baginda sedang sujud.Baginda berkata dia melakukannya untuk menunjukkan kesyukurannya kepada ALLAH.
3)Bila rasa cinta wujud dalam diri kita kepada ALLAH,maka kita akan redha dengan apa yang berlaku dalam hidup kita.Seperti yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W.Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Namun baginda hanya berdoa kepada ALLAH sekiranya perkara itu tidak membuatkan ALLAH murka kepadaNYA,maka dia rela dicaci,dihina dan dicederakan.Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18).
Bagaimana hendak menzahirkan cinta kepada ALLAH?
=Kalau ALLAH sayang kepada seseorang,maka ALLAH akan memberitahu malaikat Jibril yang DIA menyayangi hambaNYA itu.Jibril akan memberitahu hal tersebut kepada malaikat-malaikat yang lain dan semua menyayanginya=
1)Segera menyahut panggilan ALLAH(azan)
2)Buka sms dan e-mail ALLAH (Al-Quran).
3)Selalu buka MMS(kebesaran ALLAH) ALLAH
4)Khusyuk kepada ALLAH
5)Sabar dengan ujian ALLAH.
6)Rasa cemburu dengan seseorang yang amalannya lebih rapat dengan ALLAH.
7)Buat amalan yang menunjukkan kita mencari redha ALLAH.
Carilah cinta Allah s.w.t, sebelum mencari cinta manusia, “bahagia buat mereka yg bertemu cinta yg teragung, yang membawa ke syurga hakiki dan abadi.
Thursday, 26 January 2012
Salah Faham Tentang Hijab
Pada zaman sekarang,terlalu banyak salah faham yang terjadi akibat ceteknya ilmu pengetahuan dalam masalah aurat wanita islam.Mereka menyempitkan soal hijab itu kepada sehelai kain semata-mata,sedangkan konsep hijab itu jelas menerangkan luaran dan dalaman.
Syaitan,jin dan manusia membisikkan bahawa menutup aurat adalah hijab.Dan hijab pula hanyalah tudung semata-mata.Jika sudah memakai tudung,bermakna seseorang wanita sudah melaksanakan perintah menutup aurat.Maka perkara-perkara yang lain sudah tidak dipedulikan atau diambil berat.Akibatnya,tidak hairan berlaku banyak maksiat yang mana pelakunya adalah Muslimah yang bertudung,tanpa melihat jenis,saiz atau warna tudungnya.
Jika kita memperincikan salah faham tersebut,kita boleh bahagikan kepada 14 jenis salah faham dan ia adalah pemandangan yang biasa kita lihat di tempat awam @ kenderaan awam:
1)Mengenakan tudung tetapi baju kebarung @ baju kebaya yang kainnya terbelah,malah sendat.
2)Mengenakan tudung tetapi memakai baju t-shirt @ kemeja lengan pendek.
3)Mengenakan tudung,memakai baju t-shirt @ kemeja lengan panjang tetapi lengan bajunya dilipat.
4)Mengenakan tudung tetapi mendedahkan jambul @ hujung rambutnya.
5)Mengenakan tudung tetapi hujung tudungnya dilempar @ dipin ke belakang leher,maka terdedahlah dadanya daripada ditutup oleh tudung.
6)Mengenakan tudung tetapi kain tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul,leher,tengkuk dan dadanya.
7)Bertudung tetapi tudungnya singkat,atas paras dada menampakkan benjolan buah dada.
8)Berseluar sama ada seluar slack @ jean tetapi seluarnya ketat dan menampakkan bentuk dan potongan kaki terutamanya pinggang,pinggul dan peha.
9)Berbaju kemeja tetapi kemeja yang singkat dan ketat.Kain kemeja itu tidak pun menutup @ dilabuhkan sehingga menutup bahagian kemaluan depan @ belakang.
10)Berbaju t-shirt dan berlengan pendek serta menampakkan lengan dan sikunya.
11)Memakai baju kurung yang sangat ketat,menampakkan bentuk badan,menampakkan pinggang yang langsing,bahagian dada yang dipersempitkan dan warna-warni yang cukup menarik perhatian.
12)Memakai skirt singkat menampakkan betis dan sesetengahnya suka memakai skirt terbelah yang boleh kelihatan bahagian dalaman apabila duduk di dalam komuter misalnnya.
13)Menutup aurat dengan lengkap tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
14)Menutup aurat dengan lengkap tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.Tidak di sekitar rumah,pasar raya dan tempat-tempat lain.
Pemandangan-pemandangan di atas menunjukkan pelakunya tidak memahami apa makna Islam yang dianuti.Apa makna suruhan menutup aurat yang merangkumi luaran dan dalaman.kita mempunyai pengetahuan agama sahaja tetapi tidak membawa apa-apa erti sebenarnya.Jika tidak,tidaklah berlaku dan didedahkan di mana-mana ada wanita bertudung litup tetapi mulutnya jahat dan hatinya juga jahat.
Syaitan yang nampak @ tidak nampak,dalam usaha menggoda manusia memiliki pelbagai cara dan strategi.Strategi yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan.Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita.Dia terus berusaha agar manusia keluar daripada landasan yang dutentukan oleh syarak,termasuklah melepaskan hijab @ pakaian muslimah.
Saturday, 21 January 2012
Jamshi Yaegi Hallaeyo
Syazwani:Aduh!!Sakit la.Kau ni kan.Tak habis-habis nak tarik rambut aku.Sakit tau tak.
Hafiz :Padan muka kau.Dah hobi aku macam tu.Nak buat macam mana.Terima je la.
Syazwani geram akan tindakan abangnya itu.Namun dia telah masak dengan perangai
abangnya yang terlalu suka mengusiknya.Usikan itulah yang mengukuhkan ikatan dua beradik itu.Hubungan diantara mereka sangat rapat.Syazwani merupakan anak kedua.Dia mempunyai tiga orang adik beradik.Dia anak perempuan tunggal dalam keluarganya.
Hafiz berjalan menuju ke arahadik bongsunya,Adam.Dia meriba adik bongsunya itu.Syazwani menggelengkan kepala melihat perlakuan abangnya itu.
Syazwani:Kau ni.Budak tu dah darjah 6,Bukan 6 bulan sampai kau nak riba-riba.Teruk betul la.
Hafiz :Biarla.Hal aku.Sibuk pulak dia.Kan adik kan.(memandang adik bonsunya sambil menyanyikan lagu)
Syazwani:Tak faham betul la aku dengan kau ni.Belajar dah habis.Tapi macam budak-budak.
Petang itu,sewaktu Syazwani bersama ibunya memasak di dapur,Hafiz datang menghampiri
mereka.
Hafiz :Mak.Nak kahwin.
Emak :Buang tebiat ke ape budak ni.Tiba-tiba nak kahwin pulak.
Hafiz ;Betul la mak.(tergelak)
Emak :macam la kau tu ada calon.Dah.Jangan nak menyakat lagi.
Hafiz :Mak la cari.I follow je.
Syazwani:Siapa la perempuan malang yang jadi isteri kau tu ye.Musnah hidup dia.Kesian.
Hafiz :Bukan malang.Tapi paling bertuah dapat lelaki macam aku.Baik.Kacak pulak tu.
Syazwani:Perasan pulak mamat ni.
Hafiz :Kenyataan Syaz.Aku tak boleh nak tolak hakikat ni.
Syazwani:Dah la.Nak termuntah pulak aku dengar.Keluar la kau.Sibuk je.
Emak :Korang berdua ni kan.Kalau sehari tak bergaduh tak sah.Macam anjing dengan kucing.
Hafiz :Bukan bergaduh mak.Gurau-gurau manje je.Kan Syaz?
Syazwani:Banyak la kau punya manje.
Emak :Dah.Fiz.Jangan nak mengusik lagi.Pergi tengok adik kau tu tengah buat ape.Tanye dia dah solat
ke belum?
Hafiz :Okay ladyboss.
Hafiz berlari keluar menuju ke arah adiknya.Emaknya menggelengkan kepala memerhatikan tingkah anak-anaknya itu.
Malamnya
Sewaktu Syazwani sedang membaca komik di ruangan membaca,Hafiz datang menghampirinya.
Hafiz :Kenapa la aku ni handsome sangat?Patut la ramai yang syok kat aku.Letih la aku macam ni.
Syazwani:Tolong la jangan nak perasan lagi.Loya tekak aku ni.Dah la.Pergi main jauh-jauh.Aku nak bace
komik ni.
Hafiz :Dengki la tu.Mentang-mentangla takde yang suke kat dia.
Syazwani:Adela.Kau je tak tahu.
Hafiz :Mesti dia rabun kan.
Syazwani:Kau cakap baik-baik sikit.Siap kau nanti.
Hafiz :(tergelak)Sorry.Bila kau nak balik universiti kau tu?Naik rimas aku tengok kau.
Syazwani:Amboi mulut kau.Bukan main lagi ye.Kau tu asyik tanam anggur je kat rumah ni.Berbuahnya
tak.InsyaALLAH munggu depan.
Hafiz :Bukan tak berbuah.Cuma lambat sikit sebab buah yang berkualiti bukan mudah untuk didapati.
Cheewah ayat aku.
Syazwani:Ye la tu.Malas aku nak layan kau.
Syazwani mengemas buku-bukunya setelah selesai membaca.Dia ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Lega hatinya kerana Hafiz tiada di situ.Kalau tidak,mesti Hafiz akan mengusiknya.Tiba-tiba
Syazwani:Aduh!!!!!Sakit la.
Hafiz :Kau terhendap-hendap tu cari ape?Cari aku ke?
Syazwani:Aku ingat kau dah tidur tadi.Mak dengan ayah mane?
Hafiz :Tengah bincang pasal calon isteri aku kat dapur tu.Malu aku nak dengar.Siapa la gadis bertuah tu
ye.
Syazwani:Dah la kau.Tak habis-habis dengan sifat perasan dia tu.Kau tu belum kerja lagi.Kau nak sara isteri
kau macam mana?
Hafiz :Cemburu la tu.Kesian kau.Takde yang suka kat kau.
Syazwani:Ade la.Anak raja lagi tau.
Hafiz :Anak Raja Ahmad jiran kita boleh la.
Syazwani:Kau ni kan.Sini kau.Aku nak tumbuk kau biar kau tak boleh bercakap lagi.Sakit betul hati aku.
Syazwani mengejar abangnya itu.Dia sangat geram akan usikan abangnya itu apabila menggelarkannya dengan anak Raja Ahmad yang berumur 8 tahun.
Seminggu kemudian....
Syazwani sedang mengemaskan barang-barangnya untuk pulang kembali ke universitinya bagi memulakan semester baru.Hafiz berjalan ke arahnya.
Hafiz :Dah siap kemas?
Syazwani:Lembut pulak kau hari ni.Sedih ke aku nak balik?Hari tu tak sabar-sabar.
Hafiz :Tak boleh la aku usik kau lagi.
Syazwani:Rilex la.'Baby' kau kan ade.
Hafiz :Ye la tu.(membuat muka sedih)
Syazwani:Kenapa tiba-tiba touching pulak kau ni?Sedih pulak aku dengar.
Hafiz :Kau bertolak pukul berapa ni?
Syazwani:Pukul 9 malam ni.InsyaALLAH.
Tiba-tiba ayahnya datang menghampiri mereka.
Ayah :Dah siap Syaz?
Syazwani:Alhamdulillah ayah.Semua dah siap.
Ayah :Bagus la.Kamu ni kenape Hafiz.Sedih je.
Syazwani:Dia sedih Syaz nak pergi la tu.
Ayah :Sedih pulak.Selalunya korang ni macam anjing dengan kucing je ayah tengok.
Hafiz :Ayah.Fiz nak ikut hantar Syaz malam ni.
Ayah :Boleh.Macam-macam la kau ni.
Syazwani dan ayahnya tergelak melihatkan wajah Hafiz.Namun di dalam hati,Syaz juga amat sedih untuk berpisah dengan abangnya itu.
Di universiti.
Syazwani:Nak call mak saya kejap.Rindu.
Nadia :Ye la tu rindu kat mak.Ntah-ntah rindu kat abang kesayangan dia tu.
Syazwani tersenyum.Dia mengambil handphonenya dan mendail nombor ibunya.
Syazwani:Assalamualaikum mak.
Hafiz :Waalaikumussalam anakku.
Syazwani:Kau ni.Mane mak?Aku nak cakap dengan mak.
Hafiz :Bukan kau rindu kat aku ke?
Syazwani:Takde maknenya.Cepat la.Habis lak kredit aku nanti.
Hafiz :Ye la.Ye la.
**********************************************************************************
Pada suatu hari,sewaktu Syazwani sedang berbual-bual bersama rakan-rakannya,handphonenya berbunyi.Dia melihat nombor Hafiz tertera di skrin.Dia menjawab panggilan itu.
Syazwani:Assalamualaikum.Kenape?
Hafiz :Waalaikumussalam.Saje.Tak boleh ke nak call adik aku sendiri.Macam tak suke je.
Syazwani:Tak la.Sensitif pulak dia.
Mereka berbual-bual untuk seketika.Sebelum mematikan talian,Hafiz berpesan kepada Syazwani.
Hafiz :Syaz.Kau belajar rajin-rajin.Capai cita-cita kau.Jangan hampakan harapan mak dengan
ayah yang nak kau berjaya.Aku minta maaf kalau aku ade sakitkan hati kau selama ni.Aku
tak berniat nak sakitkan hati kau.Aku nak bergurau je.Aku sayang kat kau.
Syazwani:InsyaALLAH.Takpe.Aku tak kisah la.Kau ni lain macam je.Ok tak?
Hafiz :Aku ok je.Kau jaga diri baik-baik ye.Ingat islam sebagai cara hidup.Assalamualaikum.
Syazwani:Waalaikumussalam.
Malam itu,sewaktu Syazwani sedaang mengulangkaji,Ayahnya menelefonnya.
Syazwani:Assalamualaikum ayah.
Ayah:Waalaikumussalam syaz.
Syazwani:Kenape ayah?
Ayah :Abang kau.Abang kau.(menahan sebak)
Syazwani:Kenape dengan abang ayah?
Ayah :Abang kau dah tak de Syaz.Dia dah tinggalkan kita semua.
Syazwani:Ape maksud ayah ni?
Ayah :Abang kau dah meninggal sewaktu dalam perjalanan balik dari masjid.Dia tak dapat nak kawal
motosikalnya lalu terbabas.
Syazwani menangis semahunya malam itu.Dia tidak menyagka bahawa abangnya telah pergi meninggalkannya dengan berjuta kenangan.Rakan baiknya menghampiri.
Nadia :Syaz.Kenape ni?
Syazwani:Abang saya dah meninggal.Dia kemalangan.
Nadia :Innalillahiwainnailaihirojiun.Sabar ye Syaz.Allah lebih sayangkan dia.
Syazwani:Patutla dia call saya siang tadi.Pesan macam-macam kat saya.Rupa-rupanya itu petanda yang dia
akan tinggalkan saya.Saya terkilan.Saya tak bagitahu yang saya juga sayang kat dia.Saya bangga
dapat abang macam dia.Saya belum ucap semua tu.Tapi dia dah tinggalkan saya.
Nadia memeluk Syazwani untuk menenangkannya.Dia bersimpati terhadap sahabatnya itu kerana dia tahu betapa rapatnya hubungan antara Syazwani dan abangnya.
###################################################################################
5 tahun berlalu.
Amirul:Akak.Kenapa akak termenung?
Tanya Amirul,anak jiran rumahnya yang menyertai mereka sekeluarga bercuti di korea.
Syazwani:Takde ape dik.Akak cuma teringatkan abang akak.Dia dah takde.Mase tu adik belum lahir lagi.
Akhirnya,Syazwani telah berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.Dia berbicara dalam hatinya.
#Hafiz.Alhamdulillah.Syaz dah berjaya capai cita-cita Syaz.Syaz dah buktika pada mak dan ayah yang Syaz dah berjaya.Syaz rindukan Fiz.Syaz tak pernah lupakan kenangan kita.Hafiz adalah seorang abang yang terbaik untuk Syaz.Semoga abang Fiz tenang di alam sana.Amin.#
Tamat...
Subscribe to:
Posts (Atom)











