Hati itu tidak pernah mampu untuk mengukirkan walau hanya sebaris kata...Hati itu juga tidak mampu berbicara untuk bermain kata...Namun dalam diam ia berbisik....Cuba untuk menzahirkan rasa...Namun ia sukar untuk difahami...Terlalu sulit untuk dijelasi...Akhirnya hati itu hanya mampu untuk menanti agar dirinya dimengerti oleh seseorang yang memahami...
Scrolling Text
Smile
Saturday, 1 September 2012
Anugerah Yang Terindah
Hazwani :Abang. Sarapan dah siap.
Irwan : Okay sayang. Kejap lagi abang turun.
Beberapa minit kemudian, Irwan turun berpakaian lengkap untuk ke tempat kerjanya. Irwan bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti yang terkenal di Malaysia manakala Hazwani bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah.
Hazwani: Abang balik pukul berapa hari ni?
Irwan : Abang balik lewat sikit kot hari ni. Ada program. Kenapa Wani tak siap lagi ni? Tak kerja ke?
Hazwani : Owh. Hari ni ada majlis kat sekolah. Jadi lewat sikit pergi. Kan Wani dah bagitahu semalam.
Irwan : Oh ye. Abang lupa. Maaf ye sayang.
Hazwani : Takpe abang.
Irwan : Sayang. Hujung minggu ni kita balik rumah mama nak?
Jantung Hazwani tiba-tiba berdegup kencang bila suaminya bertanyakan hal itu.
Irwan : Kenapa sayang diam je ni?
Hazwani : Tak de apa la abang. Wani ikut je abang.
Irwan : Alhamdulillah. Bagus la macam tu.
Setelah selesai bersarapan, Irwan bersiap menuju ke keretanya. Hazwani menurutinya dari belakang dan menyalami suaminya.
Hazwani : Hati-hati ye bang.
Irwan : InsyaALLAH sayang. (Irwan mencium dahi isterinya)
Tak lama kemudian, kereta Irwan hilang dari pandangan mata Hazwani. Dia menutup pintu rumahnya dan berjalan menuju ke biliknya untuk menyiapkan dirinya ke tempat kerjanya.
Hujung minggu****************
Irwan dan Hazwani tiba di perkarangan rumah mama Irwan. Mama dan papanya telah menanti mereka di hadapan rumah untuk menyambut kepulangan anak tunggal kesayangan mereka. Setelah memarkirkan keretanya dibawah garaj, Irwan dan Hazwani berjalan keluar menuju ke arah mama dan papanya.
Irwan : Assalamualaikum Mama. Papa. (Menyalami tangan mereka berdua)
Hazwani menuruti perlakuan suaminya.
Mama : Korang berdua sihat? Dah lama tak balik jumpa mama.
Irwan : Maaf ma. Kitaorang sibuk sikit.
Papa : Tu je la alasannya.
Mama : Sudah la tu. Jom masuk.
Malam itu*********
Setelah selesai menunaikan solat fardhu Maghrib, Hazwani bergegas menuju ke dapur untuk membantu ibu mertuanya menyiapkan makan malam.
Hazwani : Assalamualaikum ma. Mama nak masak apa ni?
Mama : Mama nak masak lauk biasa je.
Hazwani : Mari Wani tolong mama.
Setelah itu suasana menjadi senyap seketika. Kemudiaan mamanya bersuara.
Mama : Kamu berapa hari kat sini?
Hazwani : 2 hari ma. Abang Irwan kena balik awal sikt. Dia cakap ada kerja.
Mama : Owh. Wani...
Hazwani : Ye ma. Kenapa? (Berdebar)
Mama : Dah 5 tahun kamu kahwin dengan Irwan kan. Tapi kamu belum dapat anak lagi. Mama tahu. Mungkin
bukan rezeki korang berdua lagi untuk dapat anak. Tapi mama harap, mama dapat lihat cucu mama
sebelum mama pejam mata.
Hati Wani berdegup kencang. Dia tahu mamanya akan mempersoalkan hal itu. Dia sendiri memang inginkan anak. Itulah impian setiap wanita berkahwin. Namun apakan daya, masih tiada rezeki untuknya mendapatkan cahaya mata.
Hazwani : Maafkan Wani ma. Wani dah abang Irwan dah cuba bermacam cara. Tapi masih tiada rezeki
buat kami lagi ma. (Wani menangis)
Mama : Takpela. Mama faham. Bukan salah kamu.
Hati Wani semakin menangis melihat wajah kesayuan ibu mertuanya. Dia sangat menyayangi ibu mertuanya kerana dia telah kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapanya yang telah meninggal dunia kerana kemalangan. Ibu mertuanya memeluk Wani yang masih lagi dalam tangisnya.
Mama : Sudahla. Jangan menangis lagi. Mari kita siapkan makanan cepat. Nanti papa dengan Irwan nak turun
makan.
Hazwani : Baiklah mama. (Wani menyapu airmatanya)
2 hari kemudian**************
Hazwani dan suaminya dalam perjalanan untuk pulang ke rumah mereka setelah menghabiskan cutinya dirumah mama dan papa mereka. Hazwani memandang wajah suaminya. Tiba-tiba dia bersuara.
Hazwani : Abang.
Irwan : Ye sayang.
Hazwani : Dah 5 tahun kita kahwin kan bang.
Irwan : Kenapa Wani tiba-tiba cakap macam ni?
Hazwani : Kenapa kita belum dikurniakan anak bang?
Irwan : Ya ALLAH sayang. Jangan cakap macam ni. Bukan rezeki kita lagi untuk dapatkan anak.
InsyaALLAH satu hari nanti. Kita jangan putus asa untuk berdoa pada ALLAH.
Hazwani : Maafkan Wani ye bang. Wani kecewakan mama. Mama teringin nak tengok cucu dia. Tapi Wani...
Irwan : Dah sayang. Jangan cakap macam tu lagi. Mama faham tu. Jangan menangis lagi.
(Irwan memegang tangan isterinya dan menciumnya).
****************
Amir : Irwan. Kau ada kelas lagi lepas ni?
Irwan : Ada satu kelas lagi. Kau?
Amir : Aku dah takde kelas.
Irwan : So kau nak balik la ni?
Amir : Tak la. Aku nak singgah hospital dulu. Jumpa isteri aku.
Irwan : Lupa lak aku. Isteri kau bersalin semalam kan. Dapat anak lelaki ke perempuan?
Amir : Alhamdulillah. Anak lelaki. Nanti kalau kau ada masa, datang la melawat dengan isteri kau.
Irwan : InsyaALLAH. Nanti aku datang.
***********************************************************************
Malam itu setelah selesai menikmati makan malam, Irwan membantu isterinya mengemaskan dapur. Setelah itu, mereka duduk bersantai diruang tamu.
Irwan : Sayang.
Hazwani : Ye abang.
Irwan : Mira isteri Amir kawan abang tu dah bersalin semalam. Dapat anak lelaki.
Hazwani : Ye ke bang. Alhamdulillah.
Irwan : Minggu depan kita pergi rumah dia ye. Melawat diorang.
Hazwani : Baiklah bang.
*******************
Irwan : Comel anak kau Amir.
Amir : Mesti la. Tengok sape ayahnya. Aku kan.
Irwan : Mula la tu.
Amir : Tak la. Aku gurau je. Kau bila pulak?
Irwan : Entahla Mir. Belum ada rezeki lagi.
Amir : Sabarlah Wan. InsyaALLAH. Satu hari nanti.
Irwan : Amin.
Hazwani memerhatikan suaminya dengan penuh kesayuan. Dia merasai cahaya kegembiraan di wajah suaminya bila melihatkan bayi itu. Dia tahu betapa suaminya meninginkan anak. Begitu juga dirinya. Namun apakan daya. "Abang. Maafkan Wani kerana tidak mampu memberikan cahaya itu untuk abang".
Irwan : Aku balik dulu la Mir.
Amir : Okay. Terima kasih ye sebab datang Wan. Wani.
Irwan : Sama-sama.
Hazwani : kami balik dulu Mira. Assalamualaikum.
Amir dan Mira : Waalaikumussalam.
Irwan dan Hazwani berjalan menuju ke kereta mereka dan memandunya pulang ke rumah.
*****************
Siti : Kenapa kau ni Wani? Kau ada masalah ke? Muram je Ti tengok.
Hazwani : Takde apela. Wani okay je.
Siti : Ti dah lama kenal Wani. Ti tahu Wani tak okay. Ceritala.
Hazwani : Wani kasihankan suami Wani. Wani tak mampu bahagiakan dia. Wani tahu dia inginkan kehadiran
cahaya mata dalam hidup kami. Tapi dia tidak pernah merungut tentang semua tu. Dia hanya
mendiamkan perkara tu.
Siti : Korang tak pergi jumpa doktor ke buat check-up?
Hazwani : Dah. Doktor cakap kitaorang berdua noramal. Takde masalah.
Siti : Sabarlah Wani. ALLAH sedang menguji korang. Sentiasalah berdoa padaNYA.
Hazwani hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu bersuara lagi. Dia terlalu memikirkan suaminya.
**************************************************************************
Suatu malam, selepas menunaikan solat fardhu Isyak berjemaah bersama suaminya, Wani bersuara
Hazwani : Abang. Wani tahu betapa abang menginginkan seorang anak. Tapi Wani masih belum mampu
untuk beri abang semua tu.
Irwan : Tak ape sayang. Abang faham.
Hazwani : Abang selalu cakap takpe. Tapi Wani tahu hati abang terluka kan bila tengok kawan-kawan abang
semua dah ada anak. tapi abang....(Airmatanya gugur)
Airmata Irwan juga mengalir tanpa disedari. Benar apa yang dikatakan isterinya. Namun dia terlalu menyayangi isterinya. Dia tidak mahu melukakan hati isterinya dengan membicarakan tentang itu. Hazwani menghampiri suaminya. Dia mengangkat wajah suaminya yang berlinangan airmata.
Hazwani : Abang. Wani sayangkan abang. Terlalu sayangkan abang. Sebab tu Wani nak abang bahagia.
Tapi Wani tak mamapu memberikan kebahagiaan tu untuk abang. Wani izinkan abang kahwin
lain. Semoga perempuan itu dapat memberikan zuriat untuk abang.
Irwan lantas bangun dan berkata.
Irwan : Tida!!!. Abang takkan sesekali duakan cinta abang pada Wani. Itu janji abang.
Hazwani : Tapi abang berhak untuk bahagia. Wani yang izinkan.
Irwan : Tidak!!!!!!
Wani menangis. Irwan melutut di hadapan isterinya dan memandang isterinya dengan penuh kasih sayang.
Irwan : Sayang. Abang pun terlalu mencintai sayang. Abang takkan biarkan sayang menghadapi situasi ini
sendirian. Abang nak selalu ada disisi sayang. Tolong jangan cakap hal ni lagi. Abang tak sanggup
dengar semua ni lagi. Hati abang terluka dengar sayang cakap semua ni. Abang akan ytetap setia pada
sayang. Takde yang lain dihati abang selain sayang. InsyaALLAH. Doa kita akan dimakbulkan suatu
hari nanti. Kita jangan berputus asa ye sayang.
Hazwani : Maafkan Wani bang. Wani cuma nak abang bahagia. Wani bersyukur pada ALLAH kerana
mmberikan Wani suami yang berhati mulia seperti abang. Wani sayangkan abang.
Irwan mmenyapu airmata dipipi isterinya dan memeluk erat isterinya. "Abang pun sayangkan Wani".
Setahun kemudiaan. (Di rumah mama dan papa Irwan)
Hazwani sedang sibuk menyiapkan makan tengahhari didapur bersama mertuanya manakala suami dan papanya berbual di halaman rumah. Tiba-tiba......
Hazwani : Mama. Kepala Wani pening sangat.
Mama : Kenapa ni Wani? Dari pagi tadi mama tengok Wani muntah-muntah. Wani mengandung ke?
Hazwani : Wani tak tahu ma. Pening sangat ma.
Tiba-tiba Wani pengsan. Mamanya berasa sangat terkejut.
Mama : Wani? Kenapa ni? Bangun nak.
Mama menjerit memanggil suami dan anaknya.
Irwan : Kenapa ma?
Mama : Isteri kamu Wan. Dia pengsan.
Irwan : MasyaALLAH sayang.
Irwan bergegas mendapatkan isterinya.
Irwan : Bangun sayang. bangun.
Papa : Cepat Wan. Kita hantar Wani ke hospital.
Irwan lantas menggendong isterinya untuk dibawa ke hospital.
Di hospital.........
Irwan : Ya ALLAH. Kau selamatkanlah isteriku. jangan biarkan sesuatu yang buruk terjadi padanya.
Papa : Sabar Wan. InsyaALLAH. Semuanya akan selamat.
Seketika kemudian, doktor Aliani berjalan keluar dari bilik pemeriksaan. Irwan menuju ke arah doktor itu untuk menanyakan tentang isterinya.
Irwan : Doktor. Macammana keadaan isteri saya? Dia tak ape-ape kan.
Doktor : Sabar encik. Isteri encik selamat.
Irwan : Betul ke encik. Alhamdulillah.
Doktor : Tahniah. Isteri encik mengandung.
Irwan : Mengandung doktor. Betul ke?
Doktor : Betul encik. Isteri encik mengandung tiga minggu.
Irwan : Terima kasih doktor. terima kasih.
Doktor : Bersyukurlah pada ALLAH atas kurnianNYA.
Doktor Aliani tersenyum dan berlalu pergi.
Irwan : Mama. Papa. Wani mengandung. Wani mengandung.
Mama dan papa : Alhamdulillah Wan.
" Ya ALLAH. Hamba bersyukur diatas anugerah yang terindah ini. Terima kasih Ya ALLAH..."
*****************************************************
Irwan : Terima kasih sayang kerana membahagiakan abang.
Hazwani : Sama-sama abang. Ni semua anugerah dari ALLAH untuk kita bang. Penantian kita selama ni.
Irwan : Ye sayang. Abang bersyukur sangat. ALLAH dah kabulkan doa kita selama ni.
Hazwani : Betul kata abang. Kita tak boleh berputus asa.
Irwan : Ye sayang. Terima kasih untuk anugerah yang terindah ini. (Irwan mencium dahi isterinya)
Hazwani : Sama-sama abang. Terima kasih kerana setia disisi Wani.
Seketika kemudian, mama dan papanya berjalan memasuki bilik itu.
Mama : Macammana Wani?
Hazwani : Alhamdulillah ma. Wani okay.
Papa : Tahniah nak.
Hazwani. Sama-sama pa.
Mama : Semoga mama sempat melihat cucu mama ni.
Irwan : InsyaALLAH ma. Jangan cakap macam tu.
* Akhirnya ALLAH memberikan anugerah yang terindah dalam kehidupan mereka. Sesuatu yang dinantikan mereka selama ini. sesuatu yang selalu didoakan oleh mereka selama ini. Mereka sedar, selagi mereka tidak berputus asa, ALLAH akan memberikan yang terbaik buat mereka. Yang penting, jangan mudah berputus asa andai ALLAH lambat menjawab doamu. Bukan kerana DIA tidak mempedulikan kita, tapi DIA merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita. Sentiasalah berusaha dan berdoa padaNYA. Semoga DIA sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita didunia dan juga diakhirat. *
TAMAT...........
Monday, 27 August 2012
Doa Tahajjudku 2
Nadhirah menangis lagi dalam doanya. Hatinya tidak merasai ketenangan. Dia lantas bangun untuk melakukan rutin hidupnya. Dia membersihkan diri dan mengambil wudhu' untuk menunaikan solat tahajjud. Dia berdoa mohon pada Ilahi. Ya Allah. Kenapa hatiku ini tidak merasai ketenangan? Ya Allah. Kenapa aku mengingatinya? Ya Allah. Andainya rasa ini adalah rasa cinta kerana nafsu, bawalah rasa ini pergi Ya Allah. Aku tidak mahu terus mengingatinya. Jangan biarkan aku mengingati dia. Amin Ya Rabbal Alamin.
Husna :Nad.Jom pergi library buat assignment.
Nadhirah :Okay. Jom.
Husna:Nad okay tak ni?
Nadhirah:Nad okay je.
Nadhirah berjalan menuju ke library bersama Husna. Anis tidak bersama mereka kerana Anis mempunyai urusan lain.
Malam itu, Nadhirah menerima pesanan ringkas daripada sahabat karibnya Syaza. Nadhirah sangat menyayangi dan mempercayai temannya itu. Dialah tempat untuk Nadhirah meluahkan segala yang perasaan dan berkongsi cerita dengannya.
Syaza: Assalamualaikum Nad.
Nadhirah :Waalaikumussalam Syaza.
Syaza: Nad sihat. Dah lama kita tak jumpa. Reunion hari tu pun Nad tak pergi. Syaza tunggu Nad.
Nadhirah :Alhamdulillah. Nad sihat. Maaf. Nad ada hal sikit. Sebab tu Nad tak pergi. Nad pun rindu nak jumpa
Syaza.
Syaza: Nad buat ape ni?
Nadhirah: Tak de buat ape pun. Syaz. Nad ade sesuatu nak cerita kat Syaz.
Syaza: Ape Nad?
Nadhirah: Syaz ingat lagi tak kawan lelaki Nad yang Nad cakap Nad suka dia tu?Syaza pun meseg dengan dia
kan.
Syaza: Fazley tu ke?
Nadhirah:Yup. Fazley.
Syaza: Kenapa dengan dia Nad?
Nadhirah :Susah Nad nak cerita. Nanti law Syaz ada masa, Syaz baca cerpen kat blog Nad. Doa Tahajjud
cintaku.
Syaza: InsyaAllah nanti Syaz baca.
Nadhirah: K lah Syaz. Nad tidur dulu ye. Mengantuk. Selamat malam.
Syaza: Ok. Selamat malam.
Suatu hari, Nadhirah ingin mendengar lagu baru. Dia membuka aplikasi youtube. Dia mendengar lagu baru dari Ainan Tasneem yang bertajuk Aku Suka Dia. Nadhirah sangat menyukai muzik lagu itu. Cuma liriknya yang tidak sesuai. Nadhirah cuba untuk mengubah lirik lagu tu. Akhirnya dia berjaya. Setelah selesai mengubah lirk itu, Nad menunjukkannya kepada teman sebiliknya.
Nadhirah : Wardah. Fazira. Okay tak lirik ni?Nad ubah lagu Aku suka dia tu.
Wardah: Okay la Nad. Best sangat.
Fazira: Betul tu. Okay lirik ni.
Wardah: Kita nyanyi balik nak tak lirik ni? Lepas tu post kat youtube. Aku suka dia versi islamik.
Nadhirah: Okay gak tu. Tapi sape nak nyanyi?
Wardah: Suruh encik mimpi la nyanyi.Hehe.
Nadhirah: ye la tu encik mimpi. kenal pun tak.
Wardah: Nad je la nyanyi.Nad kan pandai nyanyi. Nanti kita ubah suara Nad buat suara kartun.
Hari itu, Nadhirah dengan wardah berusaha menyiapkan video untuk lirik lagu itu. Akhirnya mereka berjaya menyiapkannya dan mengeposknnya di youtube.
Wardah: Tak sangka Nad. Kita berjaya.
Nadhirah: Yup. Alhamdulillah. Hehe. Wardah la banyak berusaha untuk siapkan video ni. Terima kasih.
Wardah: Okay. No problem.
Lirik Lagu Aku Suka Dia (Doa Tahajjudku)
Hatiku mengingati dia
Hatiku merindui dia
Aku tidak tahu mengapa
Rasa rinduku ini ada
Aku menangis sendirian
Aku menangis dalam doa
Ya Allah jaga hati ini
Bawalah rasa ini pergi
Bila aku mengingati dirinya
hatiku rasa berduka
Ku berdoa padaMu Ya Tuhanku
Rindukan diriku padaMu
Kekadang hatiku diuji
Bila ku ingin mendekati
DiriMu Ya Rabbul Izzati
Cinta kasihku yang abadi.
namun aku mengetahui
Engkau cintakan diri ini
Engakau menguji keikhlasan
Bila ku cuba mendekati
Andainya ada rasa cinta untuknya
Ikhlaskan ia keranaMu.
Jangan biarkan ku merindui dirinya
Melebihi kasih padaMu.
Dalam doa tahajjudku.
Ku memohon.hanya kepadaMu
Akhirnya kini
Ku merasa ketenangan
Bila ku dekat denganMu
Akhirnya kini
Aku mulai bahagia
menerima cinta dariMu.
Doa tahajjudku
Beberapa hari selepas itu, Nadhirah menerima pesanan ringkas dari Syaza. Syaza memberitahu Nadhirah bahawa dia telah membaca cerpen itu. Syaza bertanya Nadhirah betulkah apa yang diceritakan dalam cerpen tu? Betul ke Fazley buat macam tu.
Nadhirah: Betul. Tu la yang berlaku. Kenapa Syaz?
Syaza:Takde pape la Nad. Nad. Law satu hari nanti Nad tahu yang Syaz lakukan kesilapan yang sangat besar
pada Nad, Nad maafkan Syaz tak?
Nadhirah:InsyaAllah Nad maafkan. Nad sayang Syaz.
Syaza: Terima kasih Nad.
Nadhirah: Sama-sama Syaz.
2 minggu kemudian, Nadirah selesai menduduki ujian midterm. Dia bergembira bersama teman-teman sebiliknya kerana dia sudah tidak sabar untuk pulang ke rumah. Mereka mengemas pakaian untuk dibawa pulang.
Di rumahnya.
Malam itu, Nadhirah menidurkan adik bongsunya. Setelah itu, dia bersiap sedia untuk tidur.
Tiba-tiba dia menerima satu pesanan ringkas dari Syaza.
Syaza: Nad.
Nadhirah: Ye Syaz.
Syaza: Tengah buat ape?
Nadhirah : Baru lepas tidurkan adik Nad.
Syaza: Nad. Syaz ada sesuatu nak bagitahu Nad. Syaz harap, pesahabatan kita tak putus kerana hal ni.
Nadhirah:Apa Syaz?
Syaza: Syaz dengan Fazley ada hubungan.
Selepas menerima meseg itu, airmata Nad mengalir. Nadhirah bersa sungguh terhina dan malu akan perbuatannya selama ini. Ya Allah...Ujian apakah ini Ya Allah. Sungguh hamba lemah. Rintih Nadhirah dalam hati.
Nadhirah: Owh. Takpela.
Syaza: Nad tak marah Syaz?
Nadhirah: Untuk apa?
Syaza: Sebab khianati nad.
Nadhirah: Ye. Nad terluka sangat. Nad terkejut dengan semua ni.Kenapa Syaz tak jujur dari awal?Syaz tahu
betapa Nad menyayangi dan mempercayai Syaz?Syaz buat nad macam orang bodoh ceritakan semua
tentang Fazley pada Syaz. Syaz gelakkan Nad dari belakang. Kenapa buat Nad macam ni? Korang
berdua buat Nad macam Nad ni takde perasaan. Nad pun ada perasaan. Sama macam korang.
Syaza: Maafkan Syaz Nad.
Nadhirah: Nad maafkan. takpela. Nad tidur dulu. Nad ngantuk.Assalamualaikum.
Nadhirah menangis lagi. Hatinya berasa sangat terluka. Dia terkilan dengan sikap mereka kerana tidak bersikap jujur. Nad bersyukur kerana rasanya untuk Fazley semakin hilang. Mungkin itu jawapan untuk doanya selama ini. Nad bersyukur dia mengetahui semuanya sebelum terlambat. Nad menghantar satu pesanan ringkas pada Fazley.
Nadhirah: Faz. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sangat-sangat. nad harap lepas ni Nad takkan
dengar ape2 berita pun dari awak lagi.
Nadhirah tertidur bersama linangan airmata. Pkul 2 pagi, dia bangun membersihkan diri dan menunaikan solat tahajjud.
Ya Allah.
Berat sungguh ujian ni.
Kenapa semua ini harus berlaku.
Hamba rasa terhina Ya ALLAH
Hamba malu terhadap diri hamba sendiri.
Ampuni segala dosa hamba
Namun hamba bersyukur
Engkau menjawab doa hamba selama ini
Engkau menerangi semuanya sebelum hamba buta dalam penipuan mereka.
Walaupun kenyataan ini sungguh menyakitkan hamba,
namun hamba redha
Kerana Engkau mengaturkan semuanya
Bawalah hamba jauh dari kepalsuan cinta dunia ini.
Dekatkanlah hamba dengan cintaMu
Semoga hubungan teman baik hamba kekal
Permuadahkanlah segala urusan mereka
Jagalah hubungan mereka
Berikanlah kebahagiaan kepada mereka
Amin Ya Rabbal Alamin.
Seketika kemudian, Nadhirah menerima pesanan ringkas dari Fazley.
Fazley: Kenapa Nad cakap macam tu?
Nadhirah: Tahniah atas hubungan awak dengan Syaz.
Fazley: Jangan cakap macam tu Nad. Faz minta maaf. Nad perempuan paling baik pernah Faz jumpa.
Nadhirah: Awak mainkan perasaan saya. Awak bagi harapan setinggi gunung pada saya. Akhirnya awak
cuma mainkan saya. Saya pun manusia sama macam awak. kenapa tak jujur. Alhamdulillah. Saya
bersyukur sebab Allah hilangkan rasa kasih dan cinta saya pada awak. Mungkin ini caranya Allah nak tunjukkan pada saya yang awak bukan jodoh saya. Semoga awak bahagia dengan Syaz.
Fazley :Faz taknak lukakan Nad.
Nadhirah: Faz dah pun lukakan hati Nad dengan semua penipuan ni.
Fazley: Nad. Maafkan Faz. Faz keliru dengan perasaan Faz. Hati Faz berbelah bagi. Tolong Faz.
Nadhirah:Faz tak keliru. Faz cintakan Syaz. Tu kenyataannya.
Fazley: Mana Nad tahu Faz cintakan Nad?
Nadhirah:Sebab Faz couyple dengan dia. Bermakna Faz nak jadikan dia isteri Faz. Sudahlah Faz. Cukuplah
dengan penipuan korang selama ni.
Fazley: Faz akui Faz jatuh hati pada Syaz, tapi Faz suka Nad. Maafkan Faz.
Nadhirah: Cukuplah Faz. Jangan mainkan Nad lagi.
Fazley: maafkan Faz Nad. Faz dah tersilap langkah. Faz nak jadi macam dulu balik. Faz nak serahkan hati
Faz pada Allah balik.
Nadhirah:Baguslah macam tu. Maafkan Nad. Nad tak dapat teruskan semua ni lagi. Nad takkan sesekali
putuskan persahabatan ni. Cuma Nad tak mahu kita berhubung lagi.
Fazley: Maafkan Faz. Jangan tinggalkan Faz. Faz tak benarkan Nad pergi.
Nadhirah: Untuk apa Faz minta nad untuk tetap di sisi Faz? Untuk sakitkan hati Nad lagi? Faz dah ada
Syaz disisi Faz. Setialah pada dia. Jangan sesekali lukakan hati dia.
Fazley: Faz dah taknak fikir semua ni lagi. Faz dah cakap tadi Faz nak serahkan hati Faz balik pada Allah.
Nadhirah: Allah dah jawab semua doa Nad. Allah dah tunjukkan siapa awak yang sebenarnya.
Fazley: Nad. Kita masih boleh berdoa semoga ada jodoh antara kita.
Nadhirah: Nad tak minta jodoh dengan Faz. Nad takkan sesekali terima Faz lagi dalam hidup Nad.
Fazley: Nad. Faz rasa cinta Faz pada Syaz bukan kerana Allah. Tapi nafsu.
Nadhirah: Dan perasaan cinta Nad pada Faz selama ni hanya nafsu. Bukan kerana Allah.
Fazley meminta Nadhirah untuk tetap disisinya. Memohon maaf pada Nad atas kesilapannya. Namun Nad tetap dengan pendiriannya. Sungguh ujian ini amat berat bagi Nad kerana dia diuji dengan hubungan persahabatan. Dia terlalu menyayangi Syaz kerana baginya Syaz adalah kawan yang paling setia dengannya. Namun sebaliknya yang berlaku. kepercayaannya dikhianati. Nadhirah benar merasakan diri dia hina. Dia teramat malu dengan dirinya sendiri.
Ya Allah.
Terima kasih kerana membukakan kebenaran ini
Hingga hamba mampu menilai semuanya.
Ya Allah.
Andainya hamba jatuh cinta
Cintakanlah hamba pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Seseorang yang benar-benar ikhlas menyintai hamba.
untuk waktu ini
Dekatkanlah hati hamba dengan cintaMu.
Menjauhi dari kepura-puraan dunia.
Ampunilah segala dosa-dosa hamba.
Jagalah hati hamba ini
Jangan biarkan ia tejatuh sehingga membawa hamba jauh dariMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nadhirah tidak pernah berhenti dengan doanya. Dia tahu, Allah menguji keikhlasan hatinya melalui ujian-ujian yang diberikan padanya. Dia menerima segala yang berlaku dalam hidupnya dengan redha kerana dia yakin, ada sinar kebahagiaan menanti di hujung ceritanya.
Seketika kemudian, Nadhirah menerima pesanan ringkas dari Fazley.
Fazley: Kenapa Nad cakap macam tu?
Nadhirah: Tahniah atas hubungan awak dengan Syaz.
Fazley: Jangan cakap macam tu Nad. Faz minta maaf. Nad perempuan paling baik pernah Faz jumpa.
Nadhirah: Awak mainkan perasaan saya. Awak bagi harapan setinggi gunung pada saya. Akhirnya awak
cuma mainkan saya. Saya pun manusia sama macam awak. kenapa tak jujur. Alhamdulillah. Saya
bersyukur sebab Allah hilangkan rasa kasih dan cinta saya pada awak. Mungkin ini caranya Allah nak tunjukkan pada saya yang awak bukan jodoh saya. Semoga awak bahagia dengan Syaz.
Fazley :Faz taknak lukakan Nad.
Nadhirah: Faz dah pun lukakan hati Nad dengan semua penipuan ni.
Fazley: Nad. Maafkan Faz. Faz keliru dengan perasaan Faz. Hati Faz berbelah bagi. Tolong Faz.
Nadhirah:Faz tak keliru. Faz cintakan Syaz. Tu kenyataannya.
Fazley: Mana Nad tahu Faz cintakan Nad?
Nadhirah:Sebab Faz couyple dengan dia. Bermakna Faz nak jadikan dia isteri Faz. Sudahlah Faz. Cukuplah
dengan penipuan korang selama ni.
Fazley: Faz akui Faz jatuh hati pada Syaz, tapi Faz suka Nad. Maafkan Faz.
Nadhirah: Cukuplah Faz. Jangan mainkan Nad lagi.
Fazley: maafkan Faz Nad. Faz dah tersilap langkah. Faz nak jadi macam dulu balik. Faz nak serahkan hati
Faz pada Allah balik.
Nadhirah:Baguslah macam tu. Maafkan Nad. Nad tak dapat teruskan semua ni lagi. Nad takkan sesekali
putuskan persahabatan ni. Cuma Nad tak mahu kita berhubung lagi.
Fazley: Maafkan Faz. Jangan tinggalkan Faz. Faz tak benarkan Nad pergi.
Nadhirah: Untuk apa Faz minta nad untuk tetap di sisi Faz? Untuk sakitkan hati Nad lagi? Faz dah ada
Syaz disisi Faz. Setialah pada dia. Jangan sesekali lukakan hati dia.
Fazley: Faz dah taknak fikir semua ni lagi. Faz dah cakap tadi Faz nak serahkan hati Faz balik pada Allah.
Nadhirah: Allah dah jawab semua doa Nad. Allah dah tunjukkan siapa awak yang sebenarnya.
Fazley: Nad. Kita masih boleh berdoa semoga ada jodoh antara kita.
Nadhirah: Nad tak minta jodoh dengan Faz. Nad takkan sesekali terima Faz lagi dalam hidup Nad.
Fazley: Nad. Faz rasa cinta Faz pada Syaz bukan kerana Allah. Tapi nafsu.
Nadhirah: Dan perasaan cinta Nad pada Faz selama ni hanya nafsu. Bukan kerana Allah.
Fazley meminta Nadhirah untuk tetap disisinya. Memohon maaf pada Nad atas kesilapannya. Namun Nad tetap dengan pendiriannya. Sungguh ujian ini amat berat bagi Nad kerana dia diuji dengan hubungan persahabatan. Dia terlalu menyayangi Syaz kerana baginya Syaz adalah kawan yang paling setia dengannya. Namun sebaliknya yang berlaku. kepercayaannya dikhianati. Nadhirah benar merasakan diri dia hina. Dia teramat malu dengan dirinya sendiri.
Ya Allah.
Terima kasih kerana membukakan kebenaran ini
Hingga hamba mampu menilai semuanya.
Ya Allah.
Andainya hamba jatuh cinta
Cintakanlah hamba pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
Seseorang yang benar-benar ikhlas menyintai hamba.
untuk waktu ini
Dekatkanlah hati hamba dengan cintaMu.
Menjauhi dari kepura-puraan dunia.
Ampunilah segala dosa-dosa hamba.
Jagalah hati hamba ini
Jangan biarkan ia tejatuh sehingga membawa hamba jauh dariMu.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nadhirah tidak pernah berhenti dengan doanya. Dia tahu, Allah menguji keikhlasan hatinya melalui ujian-ujian yang diberikan padanya. Dia menerima segala yang berlaku dalam hidupnya dengan redha kerana dia yakin, ada sinar kebahagiaan menanti di hujung ceritanya.
Monday, 16 July 2012
Cinta Tanpa Bicara
Syakirin :Encik Alif Irfan. Tak nak balik lagi ke?
Irfan :Kau ni kan. Masuk tak ketuk pintu. Ayat pulak skema.Belum lagi.Nak habiskan kerja sikit lagi ni.
Syakirin :Owh.Kalau macam tu aku balik dulu la Ir.
Irfan :Okay.Tapi kau jangan lupa lak meeting esok dengan syarikat Berjaya Holdings tu.
Syakirin :Aku tak lupa la.Jagan risau.Aku balik dulu.Assalamualaikum.
Irfan :Waalaikumussalam.
Irfan meneruskan kerja-kerjanya sehingga jam menunjukkan pukul 1.30 pagi.Irfan mmengemas mejanya dan bersedia untuk pulang.Irfan merupakan seorang lelaki yang bekerjaya. Dia bekerja sebagai CEO di syarikat Bintang.Usianya telah mencecah 31 tahun.Namun dia masih belum berkahwin.Bukan tiada yang suka padanya,namun kerana dia terlalu memilih dalam mencari teman hidupnya.Dia mempunyai seorang adik perempuan yang belajar di sebuah universiti.
Suatu petang, Irfan berbual-bual bersama ibu dan bapanya di halaman rumah.
Mama :Irfan.Bila kau nak bawa calon menantu untuk kami?Kau tu bukannya muda lagi.
Irfan :Ala mak.Rilek la.Awal lagi.Lagipun Ir belum jumpa yang sesuai lagi.
Mama :Ye la tu.Mama nak kenalkan kau dengan Maisarah anak kawan mama tu kau tak nak.Budak tu
baik orangnya.Berbudi bahasa.
Irfan :Yang tu memang okay. Cuma kurang cantik sikit je.
Mama :Kalau tu la yang kau kejar,sampai bila-bila pun kau takakn dapat cinta sejati.
Irfan :Cinta sejati?Tu tak jadi hal la mak.Small matter.
Mama :Ikut suka kau la Ir.Kau dah besar.Pilihlah hidup kau sendiri.Malas mama nak layan kau ni.Papanya
pun satu.Diam je.Bukan nak nasihatkan anak dia ni.
Namun papanya hanya tersenyum.
Mama :Senyum je dia.
Irfan :Papa pun sokong Ir kan pa.Mama jangan risau la.Ir ada prinsip hidup Ir sendiri untuk cari teman
hidup Ir.Ir nak yang terbaik.Ir nak cari yang cantik macam Ratu Balqis.Kasih setulus Zulaikha.
Sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah dan seistimewa Siti Khadijah.
Mama :Tinggi cita-cita kau ye Ir.Dah la.Mama masuk dulu.Malas dah mama nak campur hal kamu.
Ibunya berlalu pergi meninggalkan Irfan bersama papanya.Irfan puas kerana mamanya tidak akan lagi mendesaknya.Tambahan pula papanya hanya diam sahaja tanpa menuturkan sebaris kata.Irfan berpendapat bahawa papanya bersetuju dengannya.
Keesokannya di pejabat....
Irfan :Tension la aku Syakir.Mama aku tu sibuk suruh aku bawa balik menantu untuk dia.
Syakirin :Dah tu apa yang tensionnya?Betul la apa mama kau cakap tu.Kau bukannya muda lagi.Aku ni pun
dah ada seorang anak.
Irfan :Bukan aku tak nak.Tapi masalahnya,aku belum jumpa yang sesuai.
Syakirin :Kau berharap yang terlalu sempurna Ir.Bila kau nak jumpa kalau kau terus macam tu.
Irfan :Tak salah kan.Aku nak seorang yang dapat membahagiakan hidup aku.
Syakirin :Ye.Tak salah.Tapi kau lupa yang setiap manusia pasti ada kekurangan mereka sendiri.
Irfan :Dah la.malas aku cakap dengan kau.Bukan nak sokong aku.Sama je macam mama aku.
Syakirin :Bukan macam tu la Ir.Aku cuma bagitahu je.Maaf la.
Irfan :Dah la.
Irfan berjalan keluar dari biliknya meninggalkan Syakirin terkebil sendirian.Syakirin pun tidak faham akan sikap temannya itu.Irfan berjalan menuju ke keretanya dan memandunya ke sebuah tasik.Dia duduk disitu sambil termenung.Tiba-tiba Irfan terpandang seorang wanita yang berbaju dan bertudung biru sedang menulis sesuatu bersama seorang remaja disebelahnya.Dia memerhatikan wanita itu dari jauh."Cantiknya perempuan tu",bicaranya dalam hati.Seketika kemudian,wanita tersebut bangun dan menuju ke sebuah kereta.Wanita itu memandu dan berlalu pergi tanpa menyedari bahawa dia diperhatikan.Irfan tersenyum sendirian dan berkata "Macam ni la yang aku nak.Sopan.Cantik".Irfan berjalan menghampiri keretanya dan berlalu pulang.
Malam itu,selepas makan malam,Irfan duduk diruang tamu bersama mama dan papanya.
Irfan :Mama.Papa. Ir rasa Ir dah jumpa jodoh Ir.
Mama :Ye ke Ir?Siapa?
Irfan :Yang tu Ir akan siasat.Ir jumpa kat tasik tadi.Cantik ma.Sopan pulak tu.
Mama :Bagusla tu Ir.Nanti jangan lupa kenalkan kat mama dengan papa.
Irfan :Okay mama.
Di pejabat,Irfan menceritakan peristiwa itu kepada Syakirin.
Syakirin :Bagus la tu Ir.Aku harap kau akan bertemu jodoh dengannya.
Irfan :InsyaALLAH.Amin.
Sejak dari itu,Irfan sering melawati tasik itu untuk bertemu dengan wanita idamannya itu.Dia hanya memerhatikan wanita itu dari jauh tanpa mempunyai keberanian untuk menegurnya.Tahulah dia bahawa wanita itu sering berkunjung ke tasik itu bersama adiknya untuk menulis.Irfan semakin tertarik dengan wanita itu.
2 minggu kemudian..
Syakirin :Kenapa kau ni Ir.Monyok je.
Irfan :Syakir.Aku tak tahu la.Aku memang dah jatuh cinta perempuan tu.Tapi aku takut nak tegur dia.
Syakirin :La.Cuba la beranikan diri tu.nanti melepas lak.Kau jugak yang gigit jari.
Irfan :Nanti la aku cuba.
Suatu hari,Irfan memberanikan dirinya untuk menegur perempuan tu.
Irfan :Assalamualaikum.
Wanita itu terkejut.Dia memandang ke arah Irfan dan hanya tersenyum.
Irfan :Boleh saya kenal awak?Nama awak siapa?
Namun wanita itu tetap tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan. Akhirnya adik wanita itu menjawab.
Amila :Nama kakak saya Nur Madihah.
Irfan :Owh.Cantik nama tu.Sebenarnya saya ada sesuatu nak bagitahu awak.Saya dah lama perhatikan
awak.Saya rasa saya dah jatuh cinta kat awak.
Wanita itu melarikan wajahnya dari memandang Irfan.Irfan hampa kerana wanita itu tidak sedikit pun menuturkan bicara.
Irfan :Madihah.Cakaplah sesuatu.
Amila :Maaf abang.Kakak saya bisu.Dia tak boleh cakap.
Irfan :Apa????Bisu!!!Tidak..Ini pembohongan.
Amila :Betul abang.Kakak saya kemalangan hari tu.lepas tu dia terus jadi macam ni.
Irfan :Macam mana wanita secantik awak adalah seorang yang bisu.Bodohnya aku.Rupa-rupanya selama
ni aku jatuh cinta kat perempuan bisu.
Tiba-tiba Madihah menangis.Dia terguris dengan kata-kata Irfan.
Amila :Abang ingat semua manusia kat duniani sempurna ke?Abang jangan ingat abang ada rupa,cukup sifat
dan abang boleh hina orang lain!!!!!!!!Abang ingat perempuan bisu ni tak layak untuk dicintai
ke?????
Irfan berlari meninggalkan Amila dan Madihah.Betapa terkejutnya hati Irfan bila mengetahui hakikat itu.Dia berlari meninggalkan wanita itu kerana terlalu kecewa.Dia tidak menyangka bahawa wanita yang dicintainya selama ini adalah seorang perempuan yang bisu.Dia tidak dapat menerima hakikat itu.
Sesampainya dirumah,Irfan berlari masuk ke dalam rumah dan duduk diruang tamu.Mamanya memerhatikan kelakuannya.Dia menghampiri Irfan.
Mama :Kenapa ni Ir?
Irfan :Ir betul-betul kecewa ma.Kecewa sangat.
Mama :Apa maksud Ir ni?Mama tak faham.
Irfan :Perempuan yang Ir cerita kat mama hari tu rupa-rupanya bisu.Ir rasa tertipu.
Mama :Kenapa pula kalau perempuan tu bisu?
Irfan :Mama boleh tanya Ir kenapa?Ma.Bisu tu maknanya cacat.Takkan Ir nak kahwin dengan
perempuan yang cacat.
Mama :Ir.jaga sikit mulut kau tu.Semua tu dah takdir ALLAH untuk dia.Kamu yang salah.Bukan
perempuan tu yang minta kamu untuk mencintai dia.tapi kau sendiri.
Tiba-tiba papanya berjalan menuju ke arah Irfan dan berkata padanya.
Papa :Ir.Papa diam selama ni bukan bermakna papa setuju dengan kamu.kamu tahu tak kamu ni
seorang yang mementingkan diri sendiri.Kamu tak fikir ke perasaan perempuan tu?Kamu sibuk
dengan prinsip kamu tu tapi kamu lupa.Untuk apa kamu berharap yang secantik ratu Balqis kalau
tak seindah Sulaiman.Untuk apa mahukan kasih setulus Zulaikha jika diri tidak setampan Yusuf.
Mengapa kamu berharap yang sekuat Siti Hajar dan Siti Sarah jika diri tak seteguh Ibrahim.
Mengapa dicari seistimewa Khadijah jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.Kamu terlalu
sibuk mencari yang sempurna Ir.Tapi kamu lupa kekurangan yang ada pada diri kamu sendiri.
Kamu lupa tu Ir.
Setelah itu papanya berlalu.Kelihatan mata papanya sebak menahan tangis.Irfan tersentuh dengan kata-kata papanya tadi.Betapa berdosanya dia selama ini."Ya ALLAH.Betapa khilafnya hamba Ya ALLAH"'bicaranya dalam hati.Airmatanya mengalir.Dia berlalu ke biliknya.Seleps menunaikan solat fardhu maghrib,Irfan berdoa pada Ilahi.
Ya ALLAH.
Betapa berdosanya.
Hamba terlalu mengharap pada yang sempurna.
Hingga hamba lupa akan kekurangan diri hamba sendiri.
Hamba lupa semua itu adalah pemberianMU.
Ampuni hamba YA ALLAH.
Hamba telah melukakan hatinya.
Padahal dia langsung tidak bersalah.
Hamba telah menyakitinya.
Ampuni hamba Ya ALLAH.
Setelah itu, Irfan berjalan keluar dari biliknya menghampiri mama dan papanya yang baru lepas menunaikan solat maghrib dibilik solat.Dia terduduk dihadapan mama dan papanya.
Irfan :Mama.Papa.Maafkan segala kesilapan Ir selama ni.Ampunkan Ir.
Papa :Dah la tu Ir.Ir perlu minta maaf dengan perempuan tu.Ir dah lukakan hati dia.
Mama :Betul tu Ir.Minta maaf padanya.Ir.Cinta itu adalah menerima seseorang itu seadanya.Lebik baik kamu
mencintainya kerana kekurangan yang ada padanya kerana bila kamu tahu kelebihan yang ada pada
dirinya,cinta kamu terus bersemi.
Mereka bertiga berpelukan malam itu.Keesokannya,Irfan pergi ke tasik itu untuk berjumpa dengan wanita itu.Namun ianya hampa.Wanita itu tidak juga muncul.Irfan terus menunggu pada hari-hari seterusnya.Namun tetap hampa.
Malam itu,seleps menunaikan solat sunat tahajjud,Irfan berdoa pada ALLAH.
Ya ALLAH.
Berikanlah hamba peluang untuk bertemu dengan Madihah.
Hamba telah menyakiti hatinya.
Hamba ingin memohon ampun darinya.
Bantulah hamba YA ALLAH.
Hujung minggu itu,Irfan ke universiti adiknya,Haliza untuk menjemput adiknya kerana adiknya bercuti selama 2 minggu.Sesampainya disitu,Irfan mencari kelibat adiknya.Kelihatan adiknya sedang berjalan menghampirinya bersama temannya. Alangkah terkejutnya dia apabila terpandang teman adiknya itu. Ya. Amila.Adik kepada perempuan yang dicarinya selama ini.
Haliza :Assalamualaikum abang.Kenalkan.Ni kawan Liza,Amila.
Amila :Ni abang awak Liza?
Haliza :Ye.Kenapa?Awak kenal ke?
Amila :Maaf Liza.Abang awaklah lelaki yang telah melukakan hati kakak saya tu.Yang saya cerita hari tu.
Irfan :Amila.Maafkan abang.Abang menyesal dengan perbuatan abang.Abang nak jumpa dia.Abang nak
minta maaf dengan dia.
Haliza :Sampai hati abang buat kak Madihah macam tu.
Irfan :Abang dah menyesal.Tolong la abang.Abang betul nak jumpa dia.Abang nak minta maaf
dengannya.
(mata Irfan Merah menahan sebak)
Amila :Baiklah abang.Mila tolong.Tapi janji jangan lukakan hati kak Madihah lagi.
Irfan :Terima kasih Mila.Jom kita pergi sekarang.
Haliza :Inagt ye abang.Ni peluang terakhir abang.
Mereka menuju ke rumah Amila. Sesampainya disitu,kelihatan bapa Amila,Encik Zul sedang membaca surat khabar di beranda rumah.Mereka keluar dan menghampiri Encik Zul.
Amila :Assalamualaikum abah.
Encik Zul:Waalaikumussalam.
Amila :Abah.Kenalkan ni kawan Mila,Haliza.Ni abang dia Irfan.Kak Madihah ada abah?
Encik Zul:Ada kat belakang tu.Pergi la.
Irfan :Pak Cik.Sebenarnya saya datang sini sebab saya nak minta maaf dengan Madihah.Saya bersalah
pada dia.Saya dah sakitkan hati dia.Saya minta maaf pak cik.Saya dah menyesal Pak Cik.
Encik Zul:Jadi kamu la Irfan tu.Takpe.Pak Cik faham.Mari kita pergi.
Mereka berjalan menuju ke belakang rumah untuk mencari Madihah.Kelihatan Madihah sedang membaca novel di atas buaian.Madihah terkejut apabila terpandang Irfan.Dia bangun untuk masuk ke dalam rumahnya.
Irfan :Madihah!!!!!!!Tunggu.
Langkah Madihah terhenti.Dia memandang ke arah mereka semua.
Irfan :Madihah.Saya minta maaf.Saya tahu saya yang salah.Saya buat selama ni.Saya menyakiti hati awak
sedangkan awak tidak bersalah apa pun.Maafkan saya Madihah.
Madihah kembali untuk melangkah masuk ke dalam rumahnya.Tiba-tiba Irfan menjerit.
Irfan :Saya cintakan awak Madihah.Saya cintakan awak.Cinta telah pun lahir dalam hati saya untuk awak.
Saya mencintai awak sebagaimana diri awak.
Saya terima segala kekurangan yang ada pada diri awak.Awak terlalu baik.Maafkan saya.
Berikanlah peluang untuk saya tebus kesilapan saya.
Madihah:Saya maafkan awak sebab perasaan cinta itu pun telah lahir dalam hati saya.
Irfan :Awak boleh bercakap?Bukankah awak bisu?
Abah :Sejak bila pulak Madihah bisu ni?
Amila :Kak Madihah tak bisu pun.Hari tu kitaorang sengaja buat macam tu sebab nak tahu sejauh mana
keikhlasan cinta abang untuk kak Madihah.Kitaorang selalu buat macam tu.Cuma abang sorang je
yang sedar akan kesilapan tu.Ramai yang akan jatuh cinta kerana kelebihan yang
ada dalam diri seseorang tu tanpa dapat menerima kekurangannya.Tapi abang sedar semua tu.
Irfan :Jadi selama ni Madihah memang boleh bercakap?
Madihah tersenyum dan mengangguk.Irfan berasa sangat gembira.Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan jodoh yang terbaik untuknya.Kini dia mengerti akan kesilapannya yang lalu kerana terlalu sibuk mencari yang sempurna tanpa berusaha untuk menjadi yang terbaik.Alhamdulillah dia menyedari semuanya sebelum terlambat.Andai kita menyintai kelebihan yang ada padanya,kita akan meninggalkannya apabila mengetahui kekurangannya.Cintailah seseorang itu kerana ALLAH.InsyaALLAH kasih itu akan kekal bersama kamu.
Sunday, 15 July 2012
Corakan Cinta
Bismillahirrahmanirrahim...Asslamualaikum...Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk melakar kata di sini. Pertamanya saya ingin memohon maaf andai ada yang terasa dengan coretan saya ini. Baiklah. Kita mulakan..Ehem3..hehe.. Kebelakangan ni, topik tentang hati telah menjadi satu topik yang hangat dibicarakan oleh remaja masa kini. Ramai yang share sesuatu berkaitan dengan hati ini terutamanya kat facebook.
Tu salah satu gambar yang berbicara tentang hati. Mesti ramai yang mengetahui maksud di sebalik ayat tu kan...Hmm.. Setiap manusia mesti pernah jatuh cinta. Perasaan tu memang satu anugerah yang ALLAH hadiahkan pada setiap hambaNYA. Cuma menjadi tugas kita untuk mencorakkan cinta itu dengan lakaran yang sepatutnya seperti yang diajar dalam Islam. Jangan sampai kita jatuh cinta terhadap seseorang tu lebih daripada cinta kita terhadap ALLAH. Mungkin jatuh cinta itu boleh menggembirakan kita dan mungkin juga bisa menyakiti. Sebab tu kalau kita jatuh cinta, jangan kita harapkan cinta juga sebagai balasan. Kerana tidak semestinya kita mencintai seseorang yang mencintai kita. Andai kita jatuh cinta, serahkan rasa itu pada ALLAH. Berdoa pada dia agar cinta itu tidak dicemari dengan nafsu. InsyaALLAH, andai ALLAH takdirkan dia jodoh kita, cepat atau lambat, jauh atau dekat, ALLAH akan satukan hati kita dengannya. Apa yang perlu kita buat, dekatkan diri kita dengan ALLAH. Berdoa pada DIA agar kita mampu mengawal rasa cinta itu. Berdoa padaNYA agar cinta yang lahir dari hati kita ikhlas kerana ALLAH dan bukan kerana nafsu. Ada yang jatuh cinta kerana paras rupa, dan ada yang jatuh cinta kerana harta. Jika kerana paras rupa engkau jatuh cinta, cinta itu akan hilang bersama pudarnya kecantikan itu.. (ayat dalm citer hoorey2) .
Kadang-kadang seseorang itu terlalu sibuk mengejar kesempurnaan pada diri pasangannya sehinggakan dia lupa akan kekurangan dirinya sendiri. Sebab tu kalau kita mahukan pasangan yang soleh, jangan terlalu memilih untuk mencari yang soleh tapi kita kena berusaha untuk menjadi yang solehah. Begitu juga sekiranya menginginkan seseorang yang solehah. Jangan terlalu sibuk memilih untuk mencari yang solehah, tetapi berusahalah untuk menjadi yang soleh. Betul kan. Dalam Al-Quran pun ada sebut dalam surah An-Nur ayat 26 yang bermaksud (Perempuan-perempuan jahat untuk lelaki-lelaki jahat. Lelaki-lelaki jahat untuk perempuan-perempuan jahat. Perempuan-perempuan baik untuk lelaki-lelaki baik dan lelaki-lelaki baik untuk perempuan-perempuan baik. Mereka itu orang yang baik terlepas dari tuduhan yang mereka katakan dan bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia)
Kalau kita mencorakkan cinta itu seperti yang diajar dalam Islam, insyaALLAH ia akan menjadi sangat indah. Tapi andainya kita mencorakkan cinta itu dengan cara yang salah, bagaimana kita nak mengharapkan keberkatan dalam hubungan cinta itu. Kesimpulannya jatuh cinta itu tak salah sebab ia memang fitrah. Cuma terpulang kepada kita untuk mencorakkan cinta tu. kalau betul warna yang digunakan, maka cantiklah cinta itu.
So, kalau kita jatuh cinta berdoalah pada ALLAH agar dipertemukan jodoh dengannya. Tapi kalau tak, InsyaALLAH ada insan yang lain yang telah ALLAH ciptakan untuk kita. Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. InsyaALLAH. Amin.
Sekian...Terima kasih..
Friday, 29 June 2012
Doa Tahajjud Cintaku
Nadhirah mengambil buku catatannya di atas meja belajarnya. Dia ingin mencatatkan sesuatu mengenai perancangannya bersama teman-teman sekolah lamanya untuk mengadakan perjumpaan semula (reunion). Dia telah berbincang sejak daripada awal untuk mengadakan reunion selepas peperiksaan SPM.
Umi :Buat apa tu kakak?
Nadhirah :Ni umi. Kakak tengah kira berapa jumlah belanja untuk buat reunion sekolah lama
nanti. Umi... Takpe ke kakak buat reunion kat rumah ni?
Umi :Owh. Takpe sayang. Boleh je.
Nadhirah :Terima kasih umi. Abah mana umi?
Umi :Abah ada kat luar tu. Kenapa?
Nadhirah :Kakak nak minta tolong abah belikan barang-barang untuk reunion nanti.
Umi :Pergilah cakap kat abah tu.
Nadhirah berjalan mencari abahnya. Akhirnya dia menemui abahnya sedang membaca surat khabar di beranda rumahnya. Nadhirah meminta abahnya untuk membawanya ke pasar pada hujung minggu nanti.
Nadhirah :Abah. Nanti kita pergi ye...
Abah :Ye la. Banyak ke nak beli?
Nadhirah :Banyak jugak. Ayam, bihun, mug dan banyak lagi la.(Tersenyum)
Abah :Ish..Banyak tu. Nanti bagi upah kat abah ye.
Nadhirah :Abah ni. Dengan anak pun nak berkira.
Abah :Abah gurau je la. Nanti kita pergi ye.
Nadhirah :Terima kasih abah. Sayang abah.
Setelah itu, Nadhirah berlalu ke biliknya. Dia mencapai handphonenya di atas almari untuk menelefon teman-temannya. Dia ingin memberitahu mereka jumlah yang perlu dibayar oleh setiap orang.
Hari reunion.....................
Aifa :Yang lain tak sampai lagi ke Nad?
Nadhirah :Fazira dengan Siti dah sampai tadi. Nad suruh diorang pergi beli ais tadi. Yang lain
belum sampai lagi.
Aifa :Sementara tunggu diorang, jom kita siapkan apa yang patut dulu. Bila diorang datang
nanti, tinggal nak goreng bihun je. Lepas tu kita suruh diorang bungkus mug. Yang
lelaki bakar ayam.
Nadhirah :Okey Fa. Jom.
Beberapa minit kemudian, teman-temannya yang lain sampai.
Elyana :Sorry Nad. Kitaorang lambat sikit.
Nadhirah :Takpela Ana. Yang penting, korang dah sampai. Yang lelaki belum sampai lagi. Jom
kita ke dapur semua.
Iffatul :Diorang dah sampai la Nad. Ada kat pokok tu. Malu-malu pulak diorang. Nad panggil
la diorang tu.
Nadhirah :Ye la. Nanti Nad panggil. Korang pergi tolong Aifa tu. Dari tadi lagi dia tak berhenti
buat kerja tu.
Elyana :Baiklah Nad.
Nadhirah berjalan keluar dari dapur rumahnya. Dia berjalan ke arah teman-teman lelakinya. Nadhirah duduk dari jauh dan memanggil mereka. Jantung Nadhirah berdegup kencang ketika itu. Dia terpandang seorang lelaki yang telah lama tidak ditemuinya dan yang sentiasa berada di hatinya sejak bertahun lamanya, Fazley. Namun hanya dia yang mengetahuinya. Baginya, perasaan cinta yang lahir dari dalam hati itu tak semestinya perlu dilafazkan. Dia lebih suka memendamnya dalam hati dan mencintainya dalam diam. Akhirnya mereka semua bejalan menuruti Nadhirah.
*************
Bermula dari hari itu, Nadhirah kembali berhubung dengan Fazley. Samaada di laman sosial facebook atau handphone. Kini Nadhirah menyambungkan pelajarannya di sebuah universiti di ibu kota. Suatu hari, Nad berchatting di laman sosial facebook dengan Fazley. Tanpa disedari, Nadhirah telah melakukan satu kesilapan. Dia telah meluahkan rasa cinta yang dipendamnya selama-bertahun itu terhadap Fazley. Nadhirah terkejut dengan perbuatannya sendiri dan berasa amat malu. Dia segera menutup laptopnya. Entah apalah tanggapan Fazley tehadapnya. Dia berasa menyesal dengan perbuatannya. Dia beristigfar. Hatinya menangis dan berbicara sendirian
Ya ALLAH.Hamba khilaf Ya ALLAH. Hamba telah merendahkan martabat diri hamba yang engkau jadikan begitu tinggi. Rasa cinta yang dipendam terlafaz jua kerana kelalaian hati. Ampuni hamba YA ALLAH.
Sejak dari hari itu, mereka sudah tidak berhubung. Suatu hari, Nadhirah telah menghadiri satu ceramah di universitinya berkaitan cinta. Setelah mendengar ceramah itu, Nadhirah berasa sangat menyesal dengan perbuatannya selama ini yang membuatkan hatinya semakin jauh dari ALLAH. Berhubung dengan lelaki walaupun tanpa urusan. Sewaktu dalam perjalanan pulang menuju ke biliknya, Nadhirah nekad untuk tidak berhubung dengan mana-mana lelaki lagi.
Selama beberapa hari itu, Nadhirah sudah tidah berhubung dengan mana-mana lelaki lagi.
Namun akhirnya, keikhlasan hatinya teruji. ALLAH memberikan ujian untuknya bagi mengukur keihlasan hatinya untuk mencari cinta ALLAH. Fazley tiba-tiba menghantar pesanan ringkas padanya bahawa dia akan menunggu Nadhirah dan berterima kasih padanya. Nadhirah tidak memahami makna yang tersirat di sebalik kata-kata itu. Lantas tanpa memikirkan apa-apa, Nadhirah membalas pesanan itu. Tujuannya hanya satu. Untuk mengetahui yang tersirat di sebalik yang tersurat. Namun tiada jawapan yang diterimanya. Nadhirah berasa kecewa.
Dua hari kemudian, Nadhirah bersama teman-teman sekuliahnya sedang menunggu kehadiran pensyarah mereka. Tiba-tiba handphone Nadhirah berbunyi. Dia menerima satu pesanan ringkas. Alangkah terkejutnya Nadhirah apabila melihat nama yang tertera di skrin handphonenya. Fazley yang menghantarnya. Dengan hati yang berdebar, Nadhirah membuka pesanan itu. Setelah selesai membacanya, Air mata Nadhirah mengalir. Dia cepat-cepat menyekanya. Setelah itu, pensyarahnya tiba. Namun Nadhirah tidak dapat memberikan perhatian terhadap sesi pembelajaran pada petang itu. Hatinya menangis hiba. Setelah sesi pembelajaran selesai, teman-temannya berjalan keluar. Namun dia masih di situ. Dia menangis kerana tidak mampu menahannya lagi. Dia beristigfar dengan sepenuh hatinya. Memohon ampu kepada ALLAH kerana kelemahan dirinya.
Tidak lama kemudian, dua orang sahabat karib Nadhirah muncul.Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Nadhirah menangis. Nadhirah terkejut melihat sahabatnya itu.
Nadhirah :Korang tak balik lagi ke?
Anis :Kitaorang tengok awak tak de kat tadi, tu yang kitaorang patah balik. Nad ada
masalah ke?
Husna :Ye la Nad. Kenapa Nad menangis?
Nadhirah :Tak de apa la Husna, Anis. Nad okay.
Anis :Nad. Awak tak boleh tipu kami. Kami kawan awak.
Husna :Betul tu Nad. Kalau kami ada buat salah, maafkan kami.
Nadhirah :Korang tak buat salah apa pun.
Anis :Nad. Bagitahulah kami. Kami sedih tengok awak macam ni.
Nadhirah tidak mampu untuk meneruskan bicaranya. Dia menyerahkan handphonenya kepada Anis supaya mereka membaca meseg yang diterimanya tadi. Setelah membacanya, serentak kedua-dua mereka menjadi sebak.
Husna :Nad. Husna tak sangka masih ada lelaki seperti ni sekarang.Nad jangan sedih ye.
InsyaALLAH.
Anis :Tak sangka korang berdua sedang melakukan perkara yang sama. Berjihad melawan
nafsu hati. Berjihad mencari cinta yang suci.Berdoalah pada ALLAH Nad. Semoga
segala urusan Nad dipermudahkan olehnya. Sekarang ni, Nad perlu banyak berdoa
dan bertawakkal pada ALLAH.
Husna :Betul tu Nad. Jatuh cinta tak salah. Malah ia fitrah. Cuma kita yang perlu
wewarnainya dengan warna yang sempurna. Jangan sampai ianya menjadi fitnah.
memudarkan warna kesucian cinta tu.
Nadhirah :InsyaALLAH Anis. Husna. Terima kasih. Nad sayang korang.
Mereka bertiga berpelukan.Setelah itu, mereka bertiga berjalan menuju kebilik masing-masing. Sesampainya di bilik, Nadhirah menuju ke bilik air untuk mengambil wudhuk bagi menunaikan solat fardhu Asar. Setelah selesai menunaikan solat Fardhu Asar, Nadhirah membaca ayat-ayat suci Al-Quran untuk menenangkan hatinya.
Malam itu, Nadhirah bangun dari tidurnya untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Nadhirah menangis dalam doanya.
Ya ALLAH.
Ampunilah hambaMu yang lemah ini Ya ALLAH
Jagalah hati hamba ini.
Tuntulah hati hamba ini.
Sepanjang perjalanan hamba.
Mengembara mencari cintaMU.
Cinta yang suci dan yang kekal abadi.
Kuatkanlah iman di hati hamba.
Ya ALLAH Ya Tuhanku
Andai adanya rasa cinta di hati ini
Andai lahirnya rasa cinta dari hati ini
Ikhlaskanlah cinta itu hanya keranaMU.
Dan bukan kerana nafsu
Ya Muhaimin
Andai adanya cinta di hati ini
Jagalah ia agar tidak melebihi
Cinta hamba kepadaMU.
Bantulah hamba Ya ALLAH.
Terkadang hamba terasa lemah dan tidak berdaya.
Maka berikanlah kekuatan untuk hati ini.
Dalam usaha hamba ini Ya ALLAH
Amin Ya Rabbal Alamin
Bermula hari itu, Nadhirah tidak lupa untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Mengubati hatinya yang merindui kekasihnya yang Abadi. Dia meyerahkan semuanya kepada ALLAH. Dia tahu, dalam hatinya masih ada cinta terhadap Fazley. Andai adanya jodoh di antara mereka, cepat atau lambat, jauh atau dekat, susah atau senang, InsyaALLAH mereka akan bersatu. Apa yang peting padanya sekarang adalah meneruskan pencariannya mencari cinta yang hakiki dan rindu yang abadi hanya pada Ilahi.Dia yakin bahawa ALLAH sentiasa bersama hamba-hambaNYA yang berjihad dijalanNYA.
Daripada Fazley.
Nad. Maafkan Faz sebab tak balas meseg Nad sebelum ni. maafkan Faz andainya meseg Faz sebelum ni menimbulkan tanda tanya di hati Nad. Faz tak layak untuk gadis yang baik seperti Nad. faz tak layak untuk Nad. Sekarang ni Faz tengah berusaha untuk jaga ikhtilat Faz. Faz minta maaf. Faz ingin berubah. Faz hargai perasaan Nad pada Faz. Faz tak pernah fikir bukan-bukan. InsyaALLAH Nad, andai terciptanya jodoh di antara kita, insyaALLAH kita akan bersatu. Buat masa sekarang ni, kita belajar bersungguh-sungguh dan buktikan kejayaan kita. Faz jauh dari Nad. Faz tak mampu untuk jaga Nad. Tapi Nad, andainya dalam penantian itu nanti, Nad menemui seorang lelaki yang lebih baik daripada Faz, Nad pergilah pada dia. Maafkan Faz kalau Faz ada sakitkan hati Nad. Faz tak mahu kita semua terus hanyut dalam dosa terutamanya Nad. Faz tak mahu Nad buat dosa. Jaga diri baik-baik Nad. Assalamualaikum.
Subscribe to:
Posts (Atom)























