Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Tuesday 1 April 2014

Cinta Untuk Dia


   
  
 "Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah hambamu yang lemah ini Ya Allah. Bantulah aku untuk menjaga rasa yang ada dalam hatiku ini Ya Allah". 

#######################

        "Macammana nak semak keputusan peperiksaan final aku ni. Internet pulak takde. Aduh" keluh Aila dalam hatinya. Keputusan peperiksaan untuk semester keduanya telah pun diumumkan semalam. Namun dia tidak dapat menyemaknaya kerana masalah internet dirumahnya. Sedang dia memikirkan perkara itu, tiba- tiba telefon bimbitnya memainkan lagu Amazing nyanyian kumpulan Infinite. 

Aila       : Siapa pulak meseg ni? Mesti kawan-kawan nak tanya keputusan aku ni. 

       Aila mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja berdekatan dengan biliknya. Dia membuka meseg itu dan membacanya. Tekaannya benar kerana meseg itu memang daripada sahabatnya, Jamilah. Aila membalas meseg daripada sahabatnya itu.  

(Aila. Camne kputusan sem 2 awk? ok x?)

( xthulah milah. xleh nak cek. Line xde. Huhu)

(ye ke. Awak nak saya tolong cek utk awk?)

(xpeke? xssahkan milah?)

(Ape sshnye? bka je. Nak tak?)

(Boleh gak.. hehe. Terima kasih Jamilah. )

(Ok. bg no matrik dan passwrd awk)

       Sementara menunggu Jamilah menyemak keputusannya, Aila mundar-mandir kerana memikirkan keputusan yang akan diperolehinya. "Macammana la keputusan Bahasa Inggeris aku. Jangan la kena ulang balik" keluhnya dalam hati. Di universiti tempat Aila belajar, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah matapelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar tidak kira dalam jurusan apapun. Setiap pelajar perlu mencapai target yang telah ditetapkan oleh setiap jurusan untuk matapelajaran tersebut. Sedang asyik dia mundar-mandir, telefon bimbitnya berbunyi. Dia membuka meseg itu dengan perasaan yang berdebar- debar. Sedikit kecewa hatinya dengan result yang diperolehinya. 

( Aila. Result awak yang lain ok. Cuma B.I je. Kena repeat.)

(Ye ke. Xpela. Nak buat macammana. Benda dah jd.)

(Sabar ye Aila. In sya Allah ade hikmahnya kenapa awak kena repeat balik B.I. Mgkn skrg awk xnmpk lg hkmahnya. In sya Allah stu hari nanti.)

(In sya Allah Milah. Aila bersyukur dgn result yang Aila dapat. Allah thu apa yg terbaik utk Aila. Thanks ye Milah)

( Xde hal la. small mtter.)

       Aila berlari mendapatkan umi dan abahnya yang sedang berbual dihalaman rumah. 

Aila       : Umi. Abah. Kakak dah tahu keputusan kakak tadi. Kawan kakak tolong semakkan. 

Abah     : Ye ke. Macammana keputusannya?

Aila       : Kakak kena repeat B.I.

Umi       : Result yang lain macammana?

Aila       : Alhamdulillah. Semua okay.

Abah     : Tak apalah kakak. Redha je la. Kakak dah buat yang tebaik.

Umi       : Betul tu kakak. Umi yakin. Ada sebab kenapa Allah buat ni semua. Jangan sedih ye.

Aila       : Terima kasih umi. Abah. Maafkan kakak. (Aila menangis sambil memeluk umi dan abahnya)

       Aila bersyukur didalam hatinya kerana kedua orang tuanya memahaminya. Dia berasa sungguh terharu dengan sikap kedua orang tuanya. 

Abah      :Bila kakak balik universiti?

Aila        :In sya Allah minggu depan. Abah dengan umi hantar kan?

Umi        :In sya Allah. Kami akan hantarkan. Mesti banyak barang nak bawa untuk mulakan semester baru
                baru. Susah pulak kalau naik bas nanti.

Abah      : Betul tu. Susah pulak kakak nanti.

Aila        : Tahu tak apa..hehe. Terima kasih umi.. Abah. 

############################################################


       Setelah seminngu berlalu, bermulalah kembali rutin Aila sebagai seorang mahasiswi. Seperti yang dijanjikan, kedua orang tuanya menghantarnya ke asrama. 

Aila       : Abah dengan umi tunggu kejap ye. Aila pergi daftar dekat pejabat dulu dan ambil kunci. 

Abah     : Baiklah. 

       Aila berlari menuju ke pejabat. Setelah sampai, dia beratur panjang kerana telah ramai mahasiswi yang lain yang sampai terlebih dahulu darinya. Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya tibalah giliran Aila. Dia cepat-cepat mendaftarkan dirinya dan mengambil kunci biliknya. Setelah itu, dia berlalu mendapatkan kedua orang tuanya yang sedang menuggunya. 

Aila       : Okay. Dah dapat kunci. Kakak dapat bilik tingkat 3. Sekali dengan Aisyah.

Umi       : Baguslah ada kawan. Awal Aisyah sampai.

Aila       : Aisyah sampai seminngu lebih awal. Haha..

Umi       : Ye ke. Semangat betul dia.

Abah     : Dah la tu. Jom kita bawa naik barang-barang ni ke bilik. 

Aila       : Okay abah. Jom.

      Mereka bertiga berjalan perlahan menaiki anak tangga kerana membawa barang-barang yang banyak bersama. Setelah sampai di bilik, Aila mengetuk pintu bilik itu untuk mengetahui sekiranya Aisyah ada di dalam. 

Aila        : Assalamualaikum. (sambil mengetuk pintu)

Aisyah    : Waalaikumussalam.

Aila        : Aisyah. Abah Aila ada ni.

Aisyah    : Okay. Kejap ye Aila.

       Setelah beberapa lama menanti Aisyah, akhirnya pintu dibuka juga.

Aila        : Lama betul Aisyah pakai tudung.

Aisyah    : Biasa la. Hehe.. Masuklah. Pak cik. Mak cik. Jemput masuk.

Umi dan Abah : Terima kasih.

       Setelah berpuas hati dengan keadaan anak mereka, umi dan abah Aila memohon diri untuk pulang.

Abah      : kami balim dulu ye kakak. dah lewat ni. nanti lambat pulak sampai kampung.

Aila        : Baiklah abah.

       Aila bersalaman dengan kedua orang tuanya dan memeluk mereka. Perasaan sebak menyelubungi hatinya apabila memerhatikan langkah kedua orang tuanya yang berlalu meninggalkannya. 

Aila      : Jamilah bilik mana Aisyah?

Aisyah  : Jamilah tingkat paling bawah sekali. haha

Aila      : Ye ke. Untungnya. haha. Roommate yang lain tak sampai lagi ke?

Aisyah  : Dua orang lagi tak sampai. yang lain dah sampai. Tapi diorang pergi makan. 

Aila      : Ye ke. Tak apa la kalau macam tu. Malam nanti la kita buat sesi taaruf.

Aisyah   : Esok kita dah mula kelas kan?

Aila       : Ye. Letih tak hilang lagi ni. Tapi Aila tak boleh masuk kelas lagi la. Kena selesaikan add and drop 
               subject dulu. Aila kan kena repeat B.I.

Aisyah   : Ye ke. tak apa la. Ada sebab. 

Aila       : Mesti akan ada kelas yang tak sama dengan kawan-kawan kelas lama. 

Aisyah   : Tak apa la. Boleh kenal kawan-kawan baru.

        Malam itu, Aila berkenalan dengan teman sebiliknya yang lain. Semuanya 8 orang termasuk dirinya dan Aisyah. 

       Keesokannya, Aila bersiap awal kerana tidak mahu beratur panjang untuk sesi add and drop subject. Sesampainya di sana, dia terserempak dengan sahabat Nora. 

Aila       : Nora ada kat sini jugak?

Nora     : Haha. Nora kena repeat B.I.

Aila      : Sama la macam Aila. Dah tengok jadual?

Nora     : Dah. Kita akan ada satu kelas tak sama dengan kawan-kawan group kita. 

Aila       : Ye ke. Lepas tu kita kena tukar masuk group mana untuk subjek tu?

Nora     : Kita cuba masuk group ni. Tapi kelas junior la.

Aila       : Tak apa la. Janji boleh belajar.

      Setelah beberapa lama didalam dewan untuk sesi add and drop, akhirnya mereka berjaya menyelesaikan urusan mereka. 

Nora     : Kita pergi kelas petang je la ni.

Aila       : Macam tulah nampaknya. Petang ni kelas apa?

Nora     : Kelas B.I dengan kelas dengan History.

Aila       : Kelas dengan junior tu ke?

Nora     : Yup. Kita jumpa kat tempat biasa ye pukul 2 nanti. Kita pergi kelas sama-sama.

Aila       : Okay. 

#########################################

       Petang itu, setelah tamat kelas bahasa Inggeris, Aila dan Nora berlari-lari anak untuk ke kelas seterusnya iaitu History. Setelah sampai, Mereka mengetuk pintu dan masuk ke dalam. Mujurlah pensyarah mereka belum datang. Aila dan Nora berpandangan dengan pelajar-pelajar didalam group itu. Maklumlah, pelajar baru. Tiba-tiba Aila terlihat seorang lelaki yang sedang duduk dibarisan hadapan. Hatinya terasa berdebar setelah melihat lelaki itu. Dia merasakan seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu. Dia berasa sungguh dekat dengannya. Dia pun tidak pasti mengapa dia berperasaan begitu. Setelah itu, Aila dan Nora mengambil tempat duduk di barisan belakang. Aila masih lagi memikirkan tentang apa yang dirasakannya saat itu. Seringkali dia mencuri-curi pandang lelaki tersebut untuk mengetahui samaada mereka pernah bertemu sebelum ini atau tidak. Namun tetap tiada jawapan. Ternyata, dia tidak mengenali lelaki itu kerana itulah kali pertama Aila bertemu dengannya. Lalu mengapa Aila merasakan seolah- olah dia pernah mengenali lelaki itu? Namun, tiada jawapan untu soalan itu.



BERSAMBUNG............................................




 



       



Thursday 6 February 2014

Ayat-ayat Islamik Tentang Cinta

Assalamualaikum wrh wbrkth....
 Dah lama rasanya tak post kat blog ni... Kali ni saya nak kongsikan ayat-ayat tentang cinta yang saya dapat daripada banyak sumber. 


1) Blessed is the man who found a woman who loves Allah more than him and blessed is the woman who found a man who waits for her ask for her from Allah.


2) Tidak ramai perempuan yang mempunyai keberanian meluahkan isi hatinya kepada seorang lelaki. Mereka lebih banyak berdoa dalam sunyi agar si dia tahu bahawa ada seorang wanita yang jatuh hati padanya. "Ya Allah. Seandainya dia tahu aku disini mengharapkannya menjadi suami yang membimbingku, mengarahkan jalanku dan menemaniku meniti jalanMu". Indah sekali doa itu.


3) Ya Allah. Seandainya telah Engkau catatkan dia adalah jodoh yang terbaik untukku, maka izinkanlah rasa cinta itu berlabuh dihatinya. Namun sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku, bawalah rasa cinta itu jauh dariku. Hilang dalam senja nan merah dan jauhkanlah aku daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.

4) Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dan rindu sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terajud menjadi untaian. Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia bibirnya sentiasa basah akan cinta kepada Rabbnya.

5) Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta kerana cinta yang akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita sedar, cintamu kepada-Nya akan membuatkan penantian itu sesuatu yang tidak sia-sia. 

6) Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.


7) Ya Allah. Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasyh, berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku dijannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku diduniaMu Ya Allah, peliharalah kata-kataku daripada menyakitinya.

8) Saya tak akan mencintai orang yang saya cintai. Tapi saya akan cintai orang yang diaturkan untuk saya, oleh Allah dunia dan akhirat. 

Setakat ni sajalah untuk kali ni. In sya Allah kalau saya berkesempatan, saya akan update lagi. 

Monday 22 July 2013

TAZKIRAH JIWA= Memupuk Cinta Kepada Allah

1) CINTA KEPADA KEMATIAN

Apabila kita cintakan seseorang, kita pasti mahu selalu menemuinya. Ingin melihat dia setiap saat dan ketika. Kerana hati begitu merindui senyuman dan gelak tawanya. Segala apa yang dimilikinya tampak sempurna. Tiada cacat celanya dan kehadirannya sudah cukup membungakan hati kita. Begitu juga halnya bilamana kita mencintai TUHAN. hati sering sahaja mahu menjumpaiNYA. Rasa rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasulullah SAW pernah bersabda " Barangsiapa lebih suka berjumpa dengan ALLAH, maka ALLAH suka menjumpainya. (Riwayat Muttafaqun alaih daripada Abu Hurairah dan Aisya R.A.)

2) JIHAD DIJALAN ALLAH

Untuk membuktikan kebenaran cinta kepada ALLAH, ia perlu sanggup berjuang dijalanNYA. Ia sanggup mengorbankan diri, harta benda, jiwa dan raganya untuk mendapatkan keredhaan dan cinta ILAHI. Firman ALLAH " Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang-orang Mukmin, baik diri mhupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan ALLAH sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar daripada ALLAH didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepti janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah satu kemenangan yang agung. " At- Taubah ayat 111. 

3) MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

Bilamana seseorang itu secara terus menerus mengikuti hawa nafsunya, maka itulah kecintaan yang dikejar-kejar. jadi, dalam menggapai cinta ALLAH, perlu baginya untuk menundukkan hawa nafsu agar cinta itu tidak tersasar daripada kecintaan yang sebenar. Apabila ia telah berjaya dalam mujahadah menundukkan itu (menundukkan ahwa nafsu), tidak akan ada kenikmatan baginya tanpa mengaitkan KEKASIH yang dicintainya. Bukan mudah untuk melawan hawa nafsu. Perlu kekuatan dan keazaman yang tinggi. Kekuatan itu tidak akan diperoleh tanpa izin daripada PENCIPTA. Dari situ wujudlah keakraban dengan ILAHI yang secara tidak langsung telah melahirkan rasa cintayang mendalam terhadapNYA. 

4) SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH

Untuk memupuk rasa cinta terhadapseseorang, kita perlu sentiasa mengingatinya. Perlu selalu menyebut kebaikan dan memerhatikan keistimewaannya. Dari situ, secara tidak langsung dapat memupuk rasa inta kepada individu tersebut. Begitu juga halnya andai kita mahu memupuk rasa cinta kepada TUHAN. Lidah perlu tidak kelu untuk menyebut namaNYA, mengingatinya serta segala sesuatu yang berkait denganNYA. Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada ALLAH? Baacalah Al-Quran - sebagai kalamNYA, mencintai Rasul sebagai utusanNYA serta mencintainya orang yang mencintai Rasul dan agamaNYA.

5) BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

Di antara tanda cinta kepada ALLAH ialah dengan beruzulah dan bermunajat kepada ALLAH. Maka untuk menuju kepada cinta ALLAH, perlu sanggup meluangkan masa 'bermesra' denganNYA. Tatkala insan lain sedang lena diulit mimpi, kita sanggup bangun pada tengah malam (qiamullai).Untuk apa? Benar!! Untuk berhubung dengan DIA yang Maha Segalanya.

(Nazihatul hanan- Air Mata Siti Hajar)
Rujukan http://siti-muthiah.blogspot.com

Wednesday 27 March 2013

30 Kisah Pengembaraan Si Bujang = LAPAR





Musim kemarau sudah tiba. Nampaknya kemarau kali ini berlangsung begitu lama sehingga menimbulkan bencana kekeringan dan kebuluran di seluruh pelosok negeri, termasuk Kampung Batu Gamping. Banyak dusun dan ladang pertanian yang tidak mengeluarkan hasil.
            Kerana itu awal-awal lagi Sultan Abdurrahim menyuruh seorang menterinya mengirim bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Namun, ternyata menteri tersebut menggunakan kesempatan itu untuk mencemarkan nama baik Sultan. Dia hanya memberi bantuan kepada daerah-daerah yang tidak jauh dari ibu kota saja. Sedangkan, untuk daerah-daerah terpencil, dia mengirimkan bantuan dengan menggunakan namanya. Kononnya dialah yang memberi bantuan kepada mereka. Denagn demikian, pengaruh diri dan kelompoknya akan semakin  luas sehingga dapat menandingi pengaruh sultan.
            Akhirnya, pemberi bantuan daripada kelompok menteri yang jahat itu sampai juga ke kampung Bujang. Mereka terdiri daripada para anak muda kota yang fasih bercakap panjang lebar mengenai kejahatan sultan dan sikap sultan yang mengabaikan rakyatnya.
            “ Wahai penduduk kampung. Sultan sudah lama hidup senang dan membiarkan kita hidup menderita. Patutkah kita biarkan saja hal ini?” tanya seorang pemuda yang begitu fasih berpidato.
            “ Tidak. Tidak,” jawab ratusan penduduk kampung.
            “ Saudara, boleh saya bertanya?” Bujang berteriak dari jauh.
            “ Silakan!” ujar pemuda itu sambil tersenyum kerana menyangka provokasinya berjaya.
            “ Saudara, saya bersyukur ada orang yang baik hati seperti saudara semua.”
            “ Itu kewajipan kami,” potong pemuda itu dengan bangga.
            “ Tetapi mengapa kalian berpidato terlebih dahulu sebelum membahagikan makanan? Apakah kalian tidak ikhlas memberikannya kepada kami?” tanya Bujang.
            “ Kami ikhlas menolong kalian. Cuma kami tidak mahu bencana kelaparan ini berulang lagi. Kerana itu, kami berusaha menyedarkan kalian bahawa selama ini sultan sudah memperdaya kita. Kita tidak boleh membiarkan ketidakadilann ini berlarutan. Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya pemuda itu kepada ratusan penduduk kampung yang sudah tidak sabar lagi.
            “ Benar. Kita kakn menuntut keadilan,” ujar seorang penduduk kampung diikuti oleh yang lain.
            Bujang terdiam melihat suasana yang makin panas tersebut. Dia melihat orang kampung yang lapar semakin tidak sabar. Dia sedar dalam keadaan seperti itu, tidak berguna dia bercakap lagi. Jika ia tetap mahu meneruskan perdebatan, ratusan penduduk yang kelaparan itu akan menghambatnya. Kerana itu dia memutuskan untuk pergi meninggalkan kerumunan orang ramai itu.
            Keesokan harinya rombongan pemuda itu kembali lagi ke kampung Batu Gamping. Mereka dapati situasi di kampung itu sangat kondusif untk provokasi mereka. Kerana itu, pemuda yang biasa berpidato itu sudah menyiapkan pidato yang lebih keras lagi bagi menanam kebencian penduduk kampung kepada sultan. Dia berdiri di hadapan orang-orang kampung bagi menyampaikan pidatonya. Namun baru beberapa ayat meluncur dari mulutnya, mereka dikejutkan oleh suara tangisan lima orang anak kecil. Lalu pandangan mereka tertuju kepada lima orang anak kecil yang berdiri bersama Bujang itu.
            “ Bujang, mengapa dengan anak-anak itu?” tanya Ulil, pemuda yang biasa berpidato itu.
            “ Mereka kelaparan.”
            “ Mengapa kamu tidak memberi mereka makan?”
            “ Saya akan memberinya makan. Tetapi sekarang saya sedang menasihati mereka supaya mereka faham yang kampung ini sedang ditimpa bencana kelaparan,” jawab Bujang sambil memegang kepala seorang kanak-kanak.
            “ Huh, dasar orang kampung! Mengapalah kamu ini bodoh sangat. Bujang? Kanak-kanak itu kelaparan. Mereka memerlukan makanan bukan nasihat. Kalau kamu mahu menasihati mereka, berilah mereka makanan dahulu supaya mereka tenang. Dengan demikian, mereka dapat mendengar nasihatmu dengan baik,” ujar Ulil dengan angkuhnya.
            “ Kamu pandai sekali. Ternyata kalian orang yang pandai-pandai ya?” kata Bujang.
            “ Kami ini orang-orang yang berpendidikan. Jadi kami selalu menggunakan logik akal dalam segala hal,” jawab Ulil sambil tersenyum bangga.
            “ Tetapi…”
            “ Tetapi apa pula?” soal Ulil dengan angkuh.
            “ Mengapa kalian berpidato dahulu sebelum memberi kami makanan? Bagaimana kami dapat mendengar pidato kalian dengan baik jika perut kami masih kosong? Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya Bujang kepada ratusan penduduk kampung yang hadir.
            “ Benar Bujang. Benar. Kami lapar. Kami lapar,” teriak ratusan penduduk kampung yang hadir dalam perhimpunan itu.
            Melihat suasana yang kian panas, rombongan muda kota itu segera membahagi-bahagikan makanan yang mereka bawa. Penduduk kampung dengan tertib beratur untuk mendapatkannya. Suara mereka yang berteriak, “ Lapar… lapar…” sangat menakutkan para pemuda kota tersebut.
            Setelah makanan habis dibahagi-bahagikan, pemuda yang biasa berpidato itu mahu menyambung pidatonya. Tetapi, penduduk kampung beransur-ansur meninggalkan tempat itu. Akhirnya tidak ada seorang pun yang mahu mendengar pidatonya. Begitu juga pada hari-hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota tersebut tidak lagi datang ke Kampung Batu Gamping.


(30 Kisah Pengembaraan Si Bujang Bertemu Puteri Melaka= Harlis Kurniawan)

Monday 4 March 2013

Habis Dah Baucer Buku

      Assalamualaikum wrh.. Apa khabar semua?  Sihat ke? Harap sihat-sihat la semua ye. Pertamanya, ana nak ucapkan terima kasih kepada anda yang sudi datang ke blok yang tak seberapa ni. Terima kasih banyak-banyak. Kali ni ana nak cerita pasal buku-buku yang ana beli dengan menggunakan baucer buku yang telah diberikan kepada ana awal bulan dua tahun ni. Mesti ramai kawan-kawan yang dapat jugak kan? Awak semua buat apa ye dengan baucer buku tu? First, ana ingt nak beli buku-buku yang berkaitan dengan subjek yang ana ambik sem ni. Tapi kebanyakannya guna yang print. So ana beli la buku-buku lain dan buku political science.  Dekat situ, ana dah gunakan baucer buku RM100. Lepas tu ada RM150 lagi lebih. Alamak!! Nak beli buku apa lagi ni. Tak tahu. Dalam ketidaktahuan itu, ana call ummi ana tanya ana patut beli buku apa? ummi ana jawab "Ikut kakak la kakak nak beli buku gapo pun. ummi tak kisah".

      So, setelah mendapat ketidakkesahan daripada ummi ana, ana pun membuat keputusan untuk menghabiskan baucer buku di pcfair yang telah diadakan di universiti ni baru-baru ni. Hari pertama ana dekat situ. banyak buku yang menarik especially yang gempak starz punya. Tapi hari tu tak boleh nak beli lagi sebab ana lupa bawa baucer buku. Malam tu, akak ajak makan dekat luar. Ana ajak kawan ana Norabaniah yang setia menemani ana untuk join sama. Kitaorang pun pergi makan kat jusco. Lepas makan, kitaorang singgah MPH. Kat situ, ana habiskan RM50 baucer buku. Keesokannya ana pergi balik dekat PC fair tu dan ana habiskan RM100 dekat situ. So, begitulah habisnya baucer buku digunakan oleh ana. kt bawah ni ana sertakan gambar dan tajuk buku yang ana beli.

1)Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-Ayat Cinta Allah


2) Aku, Kau & Cinta



3) Maaf, Aku Masih Mencintaimu






4) Hye-Jee's Secret Diary




5) Melodi Kucing Hitam




6)Benarkan Aku Jadi Pelayanmu



7)Hadiah Santai




8)Si Penjual Aiskrim





9)Under 18 Elite




10) Lawak Kampus Jilid 15


11) Kijiya Jilid 9



12) Lawak Kampus Jilid 16



13) Warisan Puaka



14) Ya Allah. Aku Jatuh Cinta





15) Apa Erti Cinta




16) Lili Buat Najah



17) Ros Biru Untuk Awak





18) Surat Ungu Untuk Nuha


19) Rapat Dalam Kejauhan

Sunday 24 February 2013

Jenis Cinta Lelaki kepada Wanita

   

              Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa jenis cinta kepada wanita ada tiga jenis.

1) Mencintai wanita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya, cinta seorang suami kepada isterinya. Cinta seperti ini adalah cinta yang bermanfaat, kerana akan mendorong orang tersebut melaksanakan syariat Allah, iaitu perkahwinan. Dengan perkahwinan, seseorang dapat menahan mata dan hati dari melihat yang lain, yang tidak seharusnya untuk dilihat.

2) Cinta yang dapat mendatangkan murka Allah dan dapat menjauhkan dari rahmatNya. Orang yang memiliki cinta jenis ini adalah para pencinta yang hingga melanggar garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah. Salah satu bentuk yang paling parah adalah dengan terjerumusnya seseorang kepada zina yang telah diharamkan oleh Allah. Berkenaan dengan cinta jenis ini.

Rasulullah pernah mengingatkan,

"Barangsiapa yang bercinta lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudiaan dia mati, maka ia mati syahid"

3) Ketiga adalah cinta yang mubah. Cinta ini terjadi kerana tidak ada unsur kesengajaan, sebagaimana mencintai bayangan seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik. Tanpa sengaja dia melihatwanita itu lalu jatuh cinta. Cintanya itu sampai menyebabkan dia berbuat maksiat. Bila hasrat cintanya sudah menggebu, sebaiknya dia melanjutkannya dengan perkahwinan. Andai belum mampu, sebaiknya dia berusaha untuk melupakan wanita itu dan senantiaa menyibukkan diri untuk melakukan hal-hal yang lebih bermanfaat. Dia harus merahsiakan cintanya, menahan diri dan tetap bersabar. Bahkan Rasulullah S.A.W memberikan peringatan untuk berpuasa. Jika dapat melakukannya, maka Allah akan memberikan keteguhan dengan kesabaran. Ini sebagai ganjaran kerana usahanya dalam menahan diri dari perbuatan yang diharamkan, menolak ajakan hawa nafsu dan lebih mengutamakan redha Allah. 

(cREDIT tO bURHAN sODIQ = YA ALLAH, AKU JATUH CINTA)

Maratibul-Mahabah) Peringkat Cinta




      Assalamualaikum wrh. Kali ini ana nak kongsikan pembacaan ana dalam satu buku yang berjudul (Ya Allah' Aku Jatuh Cinta karya Burhan Sodiq) yang menerangkan tentang peringkat cinta. Menurut Ibnul Qayyim, seorang ulama pada abad ke-7, terdapat enam peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu.

1) Peringkat pertama dan yang paling tinggi adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata.

       Allah yang paling utama. Tidak ada tandingan dan bandingan. Allah yang pertama dan selalu akan menjadi yang pertama. KedudukanNya tidak boleh diluncurkan menjadi nombor dua atau tiga. Cinta kita kepadaNya harus menjadi uncak dari segala cinta yang kita miliki. Jadi ungkapan-ungkapan seperti : "Kau selalu dihatiku, bersemi di dalam kalbu" atau " Kusebutkan namamu di setiap detik jantungku,""Cintaku hanya untukmu," selayaknya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat dan kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Sayangnya terkadang kita lupa dengan cinta ini. Bahkan kita mendahulukan cinta manusia daripada cinta pada Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat.

Allah berfirman "Bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya. (Al Baqarah: 165)

      Apabila cinta jenis ini tersalah sasarannya, maka akibatnya amat buruk. Adalah sebuah kesalahan besar bila kita menyebut, " Aku tidak boleh hidup tanpamu, hidup dan matiku untukmu," tapi ditujukan untuk kekasih, suami, isteri atau bahkan negara kita. Cinta kita tertinggi hanya untuk Allah dan bukan yang lain.

2) Peringkat kedua 'Isyk

      'Isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah S.A.W. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya dan lain-lain. Namun bukan untuk menghambakan diri padanya. Kita mencintai Rasulullah dengan segenap konsekuensinya. Kita dengan bangga melaksanakan sunnah-sunnahnya dan mengikuti petunjuknya dalam mengamalkan agama ini. Kita juga akan mencintai kehidupannya yang luhur dan penuh amal soleh. Kita rindu untuk berjumpa dengannya kerana kemuliaan yang ada pada diri baginda. Namun kecintaan kita bukanlah menuntut sebuah penghambaan. Kecintaan menuntut sebuah amal yang meneladani akhlaknya. Cinta kita kepada Rasulullah mendorong diri untuk membela agama ini dengan kekuatan yang kita miliki. Demikian juga membela sunnahnya bila sunnahnya diinjak-injak oleh orang lain.

Ali Imran:31 ( "Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.")

3) Peringkat ketiga Syauq

      Syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, yang meluahkan rasa mawaddah wa rahmah. Seorang suami harus mencintai isterinya dengan sepenuh hati. Demikian pula si isteri harus memberi cintanya kepada suaminya. Cinta yang mekar pada diri mereka akan menambah ketenteraman hati dan ketenangan jiwa. Hidup akan menjadi lengkap kerana saling mengerti dan memahami. Apabila terjadi konflik atau perbezaan pendapat, akan mudah diselesaikan kerana aspek cinta mereka yang begitu besar. Kadang kala boleh saja emosi meninggi namun dia akan menjadi surut ketika cinta menjadi pertimbangan utama. Seorang ayah yang begitu memberi perhatian kepada anaknya, mencurahkan cinta kepada buah hatinya. Dia menyayanginya dan rela bekerja siang dan malam untuk anak-anaknya. Selain kerana ibadah kepadaNya, dia melakukannya juga kerana cinta.

4) Peringkat keempat Shababah

      Shababah iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah. Cinta ini menuntut sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan dan melihatnya sebagai sebuah hikmah yang berharga. Seperti kita ketahui bahawa saat ini sedikit sedikit sahaja perbezaan seringkali menimbulkan perpecahan. Misalnya berbeza takbiratul ihram, berbeza gerakan solat, berbeza hari Aidiladha dan Aidilfitri kadang tidak ditangani secara dewasa. lantas masalah pun muncul dan terbinalah ruang pemisah yang teramat jelas antara pengikutnya. Belum lagi kalau kita lihat betapa banyaknya kelompok harakah Islamiah yang muncul. Bila cinta ini ada, In sya Allah segala perbezaan dapat diubah menjadi kekuatan bagi ummat. Tidak semua perbezaan harus dipaksa sama, tapi terkadang hanya memerlukan sedikit pengertian saja. Cinta ini harus muncul sebagai sebentuk usaha untuk mencipta ketenangan hubungan dalam tubuh ummat Islam.

5) Peringkat kelima 'Ithf

      'Ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, termasuk juga di dalamnya adalah berdakwah. rasa ini seringkali muncul bila isi kemanusiaan kita tersentuh. Di saat melihat seorang anak kecil yang merintih memerlukan bantuan, tinggal disebuah gubuk dengan wajah penuh penderitaan, atau saat melihat korban musibah alam bergelimpangan, tentu saja mengetuk rasa keprihatinan kita yang paling dalam. Sudut kemanusiaan kita menjadi tersentuh dan ingin menitiskan air mata. Hati kita tidak tega melihat sebuah penderitaan yang tak kunjung berakhir. Inilah bentuk simpati yang muncul dari hati yang paling dalam.

6) Peringkat keenam adalah cinta yang paling rendah dan sederhana iaitu cinta atau keinginan kepada selain manusia : harta benda. namun keinginan ini sebatas intifa' (pemanfaatan). Cinta jenis ini pula seringkali menggelincirkan manuia. Ini kerana sifat harta memang selalu melalaikan. namun bila kita bijak, banyaknya harta benda tidak seharusnya menjadikan kita terlena. Sebaliknya ia menjadi saranan atau alat untuk meraih cinta yang sebenarnya iaitu cinta pada Allah Ta'ala.