Scrolling Text

Andai Hatimu Menangis Kerana Tiada Yang Memahami,Berbicaralah Pada Tuhanmu Kerana DIA Sentiaasa Disisimu Walaupun Tika Saat Kamu MelupakanNYA

Smile

Tuesday, 1 April 2014

Cinta Untuk Dia


   
  
 "Ya Allah Ya Tuhanku. Bantulah hambamu yang lemah ini Ya Allah. Bantulah aku untuk menjaga rasa yang ada dalam hatiku ini Ya Allah". 

#######################

        "Macammana nak semak keputusan peperiksaan final aku ni. Internet pulak takde. Aduh" keluh Aila dalam hatinya. Keputusan peperiksaan untuk semester keduanya telah pun diumumkan semalam. Namun dia tidak dapat menyemaknaya kerana masalah internet dirumahnya. Sedang dia memikirkan perkara itu, tiba- tiba telefon bimbitnya memainkan lagu Amazing nyanyian kumpulan Infinite. 

Aila       : Siapa pulak meseg ni? Mesti kawan-kawan nak tanya keputusan aku ni. 

       Aila mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja berdekatan dengan biliknya. Dia membuka meseg itu dan membacanya. Tekaannya benar kerana meseg itu memang daripada sahabatnya, Jamilah. Aila membalas meseg daripada sahabatnya itu.  

(Aila. Camne kputusan sem 2 awk? ok x?)

( xthulah milah. xleh nak cek. Line xde. Huhu)

(ye ke. Awak nak saya tolong cek utk awk?)

(xpeke? xssahkan milah?)

(Ape sshnye? bka je. Nak tak?)

(Boleh gak.. hehe. Terima kasih Jamilah. )

(Ok. bg no matrik dan passwrd awk)

       Sementara menunggu Jamilah menyemak keputusannya, Aila mundar-mandir kerana memikirkan keputusan yang akan diperolehinya. "Macammana la keputusan Bahasa Inggeris aku. Jangan la kena ulang balik" keluhnya dalam hati. Di universiti tempat Aila belajar, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab adalah matapelajaran yang wajib diambil oleh semua pelajar tidak kira dalam jurusan apapun. Setiap pelajar perlu mencapai target yang telah ditetapkan oleh setiap jurusan untuk matapelajaran tersebut. Sedang asyik dia mundar-mandir, telefon bimbitnya berbunyi. Dia membuka meseg itu dengan perasaan yang berdebar- debar. Sedikit kecewa hatinya dengan result yang diperolehinya. 

( Aila. Result awak yang lain ok. Cuma B.I je. Kena repeat.)

(Ye ke. Xpela. Nak buat macammana. Benda dah jd.)

(Sabar ye Aila. In sya Allah ade hikmahnya kenapa awak kena repeat balik B.I. Mgkn skrg awk xnmpk lg hkmahnya. In sya Allah stu hari nanti.)

(In sya Allah Milah. Aila bersyukur dgn result yang Aila dapat. Allah thu apa yg terbaik utk Aila. Thanks ye Milah)

( Xde hal la. small mtter.)

       Aila berlari mendapatkan umi dan abahnya yang sedang berbual dihalaman rumah. 

Aila       : Umi. Abah. Kakak dah tahu keputusan kakak tadi. Kawan kakak tolong semakkan. 

Abah     : Ye ke. Macammana keputusannya?

Aila       : Kakak kena repeat B.I.

Umi       : Result yang lain macammana?

Aila       : Alhamdulillah. Semua okay.

Abah     : Tak apalah kakak. Redha je la. Kakak dah buat yang tebaik.

Umi       : Betul tu kakak. Umi yakin. Ada sebab kenapa Allah buat ni semua. Jangan sedih ye.

Aila       : Terima kasih umi. Abah. Maafkan kakak. (Aila menangis sambil memeluk umi dan abahnya)

       Aila bersyukur didalam hatinya kerana kedua orang tuanya memahaminya. Dia berasa sungguh terharu dengan sikap kedua orang tuanya. 

Abah      :Bila kakak balik universiti?

Aila        :In sya Allah minggu depan. Abah dengan umi hantar kan?

Umi        :In sya Allah. Kami akan hantarkan. Mesti banyak barang nak bawa untuk mulakan semester baru
                baru. Susah pulak kalau naik bas nanti.

Abah      : Betul tu. Susah pulak kakak nanti.

Aila        : Tahu tak apa..hehe. Terima kasih umi.. Abah. 

############################################################


       Setelah seminngu berlalu, bermulalah kembali rutin Aila sebagai seorang mahasiswi. Seperti yang dijanjikan, kedua orang tuanya menghantarnya ke asrama. 

Aila       : Abah dengan umi tunggu kejap ye. Aila pergi daftar dekat pejabat dulu dan ambil kunci. 

Abah     : Baiklah. 

       Aila berlari menuju ke pejabat. Setelah sampai, dia beratur panjang kerana telah ramai mahasiswi yang lain yang sampai terlebih dahulu darinya. Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya tibalah giliran Aila. Dia cepat-cepat mendaftarkan dirinya dan mengambil kunci biliknya. Setelah itu, dia berlalu mendapatkan kedua orang tuanya yang sedang menuggunya. 

Aila       : Okay. Dah dapat kunci. Kakak dapat bilik tingkat 3. Sekali dengan Aisyah.

Umi       : Baguslah ada kawan. Awal Aisyah sampai.

Aila       : Aisyah sampai seminngu lebih awal. Haha..

Umi       : Ye ke. Semangat betul dia.

Abah     : Dah la tu. Jom kita bawa naik barang-barang ni ke bilik. 

Aila       : Okay abah. Jom.

      Mereka bertiga berjalan perlahan menaiki anak tangga kerana membawa barang-barang yang banyak bersama. Setelah sampai di bilik, Aila mengetuk pintu bilik itu untuk mengetahui sekiranya Aisyah ada di dalam. 

Aila        : Assalamualaikum. (sambil mengetuk pintu)

Aisyah    : Waalaikumussalam.

Aila        : Aisyah. Abah Aila ada ni.

Aisyah    : Okay. Kejap ye Aila.

       Setelah beberapa lama menanti Aisyah, akhirnya pintu dibuka juga.

Aila        : Lama betul Aisyah pakai tudung.

Aisyah    : Biasa la. Hehe.. Masuklah. Pak cik. Mak cik. Jemput masuk.

Umi dan Abah : Terima kasih.

       Setelah berpuas hati dengan keadaan anak mereka, umi dan abah Aila memohon diri untuk pulang.

Abah      : kami balim dulu ye kakak. dah lewat ni. nanti lambat pulak sampai kampung.

Aila        : Baiklah abah.

       Aila bersalaman dengan kedua orang tuanya dan memeluk mereka. Perasaan sebak menyelubungi hatinya apabila memerhatikan langkah kedua orang tuanya yang berlalu meninggalkannya. 

Aila      : Jamilah bilik mana Aisyah?

Aisyah  : Jamilah tingkat paling bawah sekali. haha

Aila      : Ye ke. Untungnya. haha. Roommate yang lain tak sampai lagi ke?

Aisyah  : Dua orang lagi tak sampai. yang lain dah sampai. Tapi diorang pergi makan. 

Aila      : Ye ke. Tak apa la kalau macam tu. Malam nanti la kita buat sesi taaruf.

Aisyah   : Esok kita dah mula kelas kan?

Aila       : Ye. Letih tak hilang lagi ni. Tapi Aila tak boleh masuk kelas lagi la. Kena selesaikan add and drop 
               subject dulu. Aila kan kena repeat B.I.

Aisyah   : Ye ke. tak apa la. Ada sebab. 

Aila       : Mesti akan ada kelas yang tak sama dengan kawan-kawan kelas lama. 

Aisyah   : Tak apa la. Boleh kenal kawan-kawan baru.

        Malam itu, Aila berkenalan dengan teman sebiliknya yang lain. Semuanya 8 orang termasuk dirinya dan Aisyah. 

       Keesokannya, Aila bersiap awal kerana tidak mahu beratur panjang untuk sesi add and drop subject. Sesampainya di sana, dia terserempak dengan sahabat Nora. 

Aila       : Nora ada kat sini jugak?

Nora     : Haha. Nora kena repeat B.I.

Aila      : Sama la macam Aila. Dah tengok jadual?

Nora     : Dah. Kita akan ada satu kelas tak sama dengan kawan-kawan group kita. 

Aila       : Ye ke. Lepas tu kita kena tukar masuk group mana untuk subjek tu?

Nora     : Kita cuba masuk group ni. Tapi kelas junior la.

Aila       : Tak apa la. Janji boleh belajar.

      Setelah beberapa lama didalam dewan untuk sesi add and drop, akhirnya mereka berjaya menyelesaikan urusan mereka. 

Nora     : Kita pergi kelas petang je la ni.

Aila       : Macam tulah nampaknya. Petang ni kelas apa?

Nora     : Kelas B.I dengan kelas dengan History.

Aila       : Kelas dengan junior tu ke?

Nora     : Yup. Kita jumpa kat tempat biasa ye pukul 2 nanti. Kita pergi kelas sama-sama.

Aila       : Okay. 

#########################################

       Petang itu, setelah tamat kelas bahasa Inggeris, Aila dan Nora berlari-lari anak untuk ke kelas seterusnya iaitu History. Setelah sampai, Mereka mengetuk pintu dan masuk ke dalam. Mujurlah pensyarah mereka belum datang. Aila dan Nora berpandangan dengan pelajar-pelajar didalam group itu. Maklumlah, pelajar baru. Tiba-tiba Aila terlihat seorang lelaki yang sedang duduk dibarisan hadapan. Hatinya terasa berdebar setelah melihat lelaki itu. Dia merasakan seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu. Dia berasa sungguh dekat dengannya. Dia pun tidak pasti mengapa dia berperasaan begitu. Setelah itu, Aila dan Nora mengambil tempat duduk di barisan belakang. Aila masih lagi memikirkan tentang apa yang dirasakannya saat itu. Seringkali dia mencuri-curi pandang lelaki tersebut untuk mengetahui samaada mereka pernah bertemu sebelum ini atau tidak. Namun tetap tiada jawapan. Ternyata, dia tidak mengenali lelaki itu kerana itulah kali pertama Aila bertemu dengannya. Lalu mengapa Aila merasakan seolah- olah dia pernah mengenali lelaki itu? Namun, tiada jawapan untu soalan itu.



BERSAMBUNG............................................




 



       



Thursday, 6 February 2014

Ayat-ayat Islamik Tentang Cinta

Assalamualaikum wrh wbrkth....
 Dah lama rasanya tak post kat blog ni... Kali ni saya nak kongsikan ayat-ayat tentang cinta yang saya dapat daripada banyak sumber. 


1) Blessed is the man who found a woman who loves Allah more than him and blessed is the woman who found a man who waits for her ask for her from Allah.


2) Tidak ramai perempuan yang mempunyai keberanian meluahkan isi hatinya kepada seorang lelaki. Mereka lebih banyak berdoa dalam sunyi agar si dia tahu bahawa ada seorang wanita yang jatuh hati padanya. "Ya Allah. Seandainya dia tahu aku disini mengharapkannya menjadi suami yang membimbingku, mengarahkan jalanku dan menemaniku meniti jalanMu". Indah sekali doa itu.


3) Ya Allah. Seandainya telah Engkau catatkan dia adalah jodoh yang terbaik untukku, maka izinkanlah rasa cinta itu berlabuh dihatinya. Namun sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku, bawalah rasa cinta itu jauh dariku. Hilang dalam senja nan merah dan jauhkanlah aku daripada perasaan keluh kesah dan dukacita.

4) Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta dan rindu sejati. Ibarat tasbih dan benang pengikatnya. Terajud menjadi untaian. Yang akan selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia bibirnya sentiasa basah akan cinta kepada Rabbnya.

5) Untuk hati yang masih menanti, menantilah dengan cinta kerana cinta yang akan membuatmu menerima apa jua kehendak Tuhan kelak. Tanpa kita sedar, cintamu kepada-Nya akan membuatkan penantian itu sesuatu yang tidak sia-sia. 

6) Bila awak mahu cinta saya, carilah dulu cinta Allah. Bila awak mahu rindu saya, rinduilah dulu Allah dan RasulNya. Jika awak mahu sayang saya, sayangilah dulu agama lebih daripada diri saya ini.


7) Ya Allah. Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arasyh, berikanlah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku dijannahMu, limpahkanlah aku dengan sifat tunduk akan segala perintahnya. Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku diduniaMu Ya Allah, peliharalah kata-kataku daripada menyakitinya.

8) Saya tak akan mencintai orang yang saya cintai. Tapi saya akan cintai orang yang diaturkan untuk saya, oleh Allah dunia dan akhirat. 

Setakat ni sajalah untuk kali ni. In sya Allah kalau saya berkesempatan, saya akan update lagi. 

Monday, 22 July 2013

TAZKIRAH JIWA= Memupuk Cinta Kepada Allah

1) CINTA KEPADA KEMATIAN

Apabila kita cintakan seseorang, kita pasti mahu selalu menemuinya. Ingin melihat dia setiap saat dan ketika. Kerana hati begitu merindui senyuman dan gelak tawanya. Segala apa yang dimilikinya tampak sempurna. Tiada cacat celanya dan kehadirannya sudah cukup membungakan hati kita. Begitu juga halnya bilamana kita mencintai TUHAN. hati sering sahaja mahu menjumpaiNYA. Rasa rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Rasulullah SAW pernah bersabda " Barangsiapa lebih suka berjumpa dengan ALLAH, maka ALLAH suka menjumpainya. (Riwayat Muttafaqun alaih daripada Abu Hurairah dan Aisya R.A.)

2) JIHAD DIJALAN ALLAH

Untuk membuktikan kebenaran cinta kepada ALLAH, ia perlu sanggup berjuang dijalanNYA. Ia sanggup mengorbankan diri, harta benda, jiwa dan raganya untuk mendapatkan keredhaan dan cinta ILAHI. Firman ALLAH " Sesungguhnya ALLAH membeli daripada orang-orang Mukmin, baik diri mhupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan ALLAH sehingga mereka membunuh atau terbunuh (sebagai) janji yang benar daripada ALLAH didalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepti janjinya selain ALLAH? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu dan demikian itulah satu kemenangan yang agung. " At- Taubah ayat 111. 

3) MENUNDUKKAN HAWA NAFSU

Bilamana seseorang itu secara terus menerus mengikuti hawa nafsunya, maka itulah kecintaan yang dikejar-kejar. jadi, dalam menggapai cinta ALLAH, perlu baginya untuk menundukkan hawa nafsu agar cinta itu tidak tersasar daripada kecintaan yang sebenar. Apabila ia telah berjaya dalam mujahadah menundukkan itu (menundukkan ahwa nafsu), tidak akan ada kenikmatan baginya tanpa mengaitkan KEKASIH yang dicintainya. Bukan mudah untuk melawan hawa nafsu. Perlu kekuatan dan keazaman yang tinggi. Kekuatan itu tidak akan diperoleh tanpa izin daripada PENCIPTA. Dari situ wujudlah keakraban dengan ILAHI yang secara tidak langsung telah melahirkan rasa cintayang mendalam terhadapNYA. 

4) SENTIASA BERZIKIR KEPADA ALLAH

Untuk memupuk rasa cinta terhadapseseorang, kita perlu sentiasa mengingatinya. Perlu selalu menyebut kebaikan dan memerhatikan keistimewaannya. Dari situ, secara tidak langsung dapat memupuk rasa inta kepada individu tersebut. Begitu juga halnya andai kita mahu memupuk rasa cinta kepada TUHAN. Lidah perlu tidak kelu untuk menyebut namaNYA, mengingatinya serta segala sesuatu yang berkait denganNYA. Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada ALLAH? Baacalah Al-Quran - sebagai kalamNYA, mencintai Rasul sebagai utusanNYA serta mencintainya orang yang mencintai Rasul dan agamaNYA.

5) BERMUNAJAT KEPADA ALLAH

Di antara tanda cinta kepada ALLAH ialah dengan beruzulah dan bermunajat kepada ALLAH. Maka untuk menuju kepada cinta ALLAH, perlu sanggup meluangkan masa 'bermesra' denganNYA. Tatkala insan lain sedang lena diulit mimpi, kita sanggup bangun pada tengah malam (qiamullai).Untuk apa? Benar!! Untuk berhubung dengan DIA yang Maha Segalanya.

(Nazihatul hanan- Air Mata Siti Hajar)
Rujukan http://siti-muthiah.blogspot.com

Wednesday, 27 March 2013

30 Kisah Pengembaraan Si Bujang = LAPAR





Musim kemarau sudah tiba. Nampaknya kemarau kali ini berlangsung begitu lama sehingga menimbulkan bencana kekeringan dan kebuluran di seluruh pelosok negeri, termasuk Kampung Batu Gamping. Banyak dusun dan ladang pertanian yang tidak mengeluarkan hasil.
            Kerana itu awal-awal lagi Sultan Abdurrahim menyuruh seorang menterinya mengirim bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Namun, ternyata menteri tersebut menggunakan kesempatan itu untuk mencemarkan nama baik Sultan. Dia hanya memberi bantuan kepada daerah-daerah yang tidak jauh dari ibu kota saja. Sedangkan, untuk daerah-daerah terpencil, dia mengirimkan bantuan dengan menggunakan namanya. Kononnya dialah yang memberi bantuan kepada mereka. Denagn demikian, pengaruh diri dan kelompoknya akan semakin  luas sehingga dapat menandingi pengaruh sultan.
            Akhirnya, pemberi bantuan daripada kelompok menteri yang jahat itu sampai juga ke kampung Bujang. Mereka terdiri daripada para anak muda kota yang fasih bercakap panjang lebar mengenai kejahatan sultan dan sikap sultan yang mengabaikan rakyatnya.
            “ Wahai penduduk kampung. Sultan sudah lama hidup senang dan membiarkan kita hidup menderita. Patutkah kita biarkan saja hal ini?” tanya seorang pemuda yang begitu fasih berpidato.
            “ Tidak. Tidak,” jawab ratusan penduduk kampung.
            “ Saudara, boleh saya bertanya?” Bujang berteriak dari jauh.
            “ Silakan!” ujar pemuda itu sambil tersenyum kerana menyangka provokasinya berjaya.
            “ Saudara, saya bersyukur ada orang yang baik hati seperti saudara semua.”
            “ Itu kewajipan kami,” potong pemuda itu dengan bangga.
            “ Tetapi mengapa kalian berpidato terlebih dahulu sebelum membahagikan makanan? Apakah kalian tidak ikhlas memberikannya kepada kami?” tanya Bujang.
            “ Kami ikhlas menolong kalian. Cuma kami tidak mahu bencana kelaparan ini berulang lagi. Kerana itu, kami berusaha menyedarkan kalian bahawa selama ini sultan sudah memperdaya kita. Kita tidak boleh membiarkan ketidakadilann ini berlarutan. Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya pemuda itu kepada ratusan penduduk kampung yang sudah tidak sabar lagi.
            “ Benar. Kita kakn menuntut keadilan,” ujar seorang penduduk kampung diikuti oleh yang lain.
            Bujang terdiam melihat suasana yang makin panas tersebut. Dia melihat orang kampung yang lapar semakin tidak sabar. Dia sedar dalam keadaan seperti itu, tidak berguna dia bercakap lagi. Jika ia tetap mahu meneruskan perdebatan, ratusan penduduk yang kelaparan itu akan menghambatnya. Kerana itu dia memutuskan untuk pergi meninggalkan kerumunan orang ramai itu.
            Keesokan harinya rombongan pemuda itu kembali lagi ke kampung Batu Gamping. Mereka dapati situasi di kampung itu sangat kondusif untk provokasi mereka. Kerana itu, pemuda yang biasa berpidato itu sudah menyiapkan pidato yang lebih keras lagi bagi menanam kebencian penduduk kampung kepada sultan. Dia berdiri di hadapan orang-orang kampung bagi menyampaikan pidatonya. Namun baru beberapa ayat meluncur dari mulutnya, mereka dikejutkan oleh suara tangisan lima orang anak kecil. Lalu pandangan mereka tertuju kepada lima orang anak kecil yang berdiri bersama Bujang itu.
            “ Bujang, mengapa dengan anak-anak itu?” tanya Ulil, pemuda yang biasa berpidato itu.
            “ Mereka kelaparan.”
            “ Mengapa kamu tidak memberi mereka makan?”
            “ Saya akan memberinya makan. Tetapi sekarang saya sedang menasihati mereka supaya mereka faham yang kampung ini sedang ditimpa bencana kelaparan,” jawab Bujang sambil memegang kepala seorang kanak-kanak.
            “ Huh, dasar orang kampung! Mengapalah kamu ini bodoh sangat. Bujang? Kanak-kanak itu kelaparan. Mereka memerlukan makanan bukan nasihat. Kalau kamu mahu menasihati mereka, berilah mereka makanan dahulu supaya mereka tenang. Dengan demikian, mereka dapat mendengar nasihatmu dengan baik,” ujar Ulil dengan angkuhnya.
            “ Kamu pandai sekali. Ternyata kalian orang yang pandai-pandai ya?” kata Bujang.
            “ Kami ini orang-orang yang berpendidikan. Jadi kami selalu menggunakan logik akal dalam segala hal,” jawab Ulil sambil tersenyum bangga.
            “ Tetapi…”
            “ Tetapi apa pula?” soal Ulil dengan angkuh.
            “ Mengapa kalian berpidato dahulu sebelum memberi kami makanan? Bagaimana kami dapat mendengar pidato kalian dengan baik jika perut kami masih kosong? Bukankah begitu saudara-saudara?” tanya Bujang kepada ratusan penduduk kampung yang hadir.
            “ Benar Bujang. Benar. Kami lapar. Kami lapar,” teriak ratusan penduduk kampung yang hadir dalam perhimpunan itu.
            Melihat suasana yang kian panas, rombongan muda kota itu segera membahagi-bahagikan makanan yang mereka bawa. Penduduk kampung dengan tertib beratur untuk mendapatkannya. Suara mereka yang berteriak, “ Lapar… lapar…” sangat menakutkan para pemuda kota tersebut.
            Setelah makanan habis dibahagi-bahagikan, pemuda yang biasa berpidato itu mahu menyambung pidatonya. Tetapi, penduduk kampung beransur-ansur meninggalkan tempat itu. Akhirnya tidak ada seorang pun yang mahu mendengar pidatonya. Begitu juga pada hari-hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota hari berikutnya. Kerana itu, rombongan pemuda kota tersebut tidak lagi datang ke Kampung Batu Gamping.


(30 Kisah Pengembaraan Si Bujang Bertemu Puteri Melaka= Harlis Kurniawan)

Monday, 4 March 2013

Habis Dah Baucer Buku

      Assalamualaikum wrh.. Apa khabar semua?  Sihat ke? Harap sihat-sihat la semua ye. Pertamanya, ana nak ucapkan terima kasih kepada anda yang sudi datang ke blok yang tak seberapa ni. Terima kasih banyak-banyak. Kali ni ana nak cerita pasal buku-buku yang ana beli dengan menggunakan baucer buku yang telah diberikan kepada ana awal bulan dua tahun ni. Mesti ramai kawan-kawan yang dapat jugak kan? Awak semua buat apa ye dengan baucer buku tu? First, ana ingt nak beli buku-buku yang berkaitan dengan subjek yang ana ambik sem ni. Tapi kebanyakannya guna yang print. So ana beli la buku-buku lain dan buku political science.  Dekat situ, ana dah gunakan baucer buku RM100. Lepas tu ada RM150 lagi lebih. Alamak!! Nak beli buku apa lagi ni. Tak tahu. Dalam ketidaktahuan itu, ana call ummi ana tanya ana patut beli buku apa? ummi ana jawab "Ikut kakak la kakak nak beli buku gapo pun. ummi tak kisah".

      So, setelah mendapat ketidakkesahan daripada ummi ana, ana pun membuat keputusan untuk menghabiskan baucer buku di pcfair yang telah diadakan di universiti ni baru-baru ni. Hari pertama ana dekat situ. banyak buku yang menarik especially yang gempak starz punya. Tapi hari tu tak boleh nak beli lagi sebab ana lupa bawa baucer buku. Malam tu, akak ajak makan dekat luar. Ana ajak kawan ana Norabaniah yang setia menemani ana untuk join sama. Kitaorang pun pergi makan kat jusco. Lepas makan, kitaorang singgah MPH. Kat situ, ana habiskan RM50 baucer buku. Keesokannya ana pergi balik dekat PC fair tu dan ana habiskan RM100 dekat situ. So, begitulah habisnya baucer buku digunakan oleh ana. kt bawah ni ana sertakan gambar dan tajuk buku yang ana beli.

1)Sentuhlah Jiwamu dengan Ayat-Ayat Cinta Allah


2) Aku, Kau & Cinta



3) Maaf, Aku Masih Mencintaimu






4) Hye-Jee's Secret Diary




5) Melodi Kucing Hitam




6)Benarkan Aku Jadi Pelayanmu



7)Hadiah Santai




8)Si Penjual Aiskrim





9)Under 18 Elite




10) Lawak Kampus Jilid 15


11) Kijiya Jilid 9



12) Lawak Kampus Jilid 16



13) Warisan Puaka



14) Ya Allah. Aku Jatuh Cinta





15) Apa Erti Cinta




16) Lili Buat Najah



17) Ros Biru Untuk Awak





18) Surat Ungu Untuk Nuha


19) Rapat Dalam Kejauhan

Sunday, 24 February 2013

Jenis Cinta Lelaki kepada Wanita

   

              Ibnul Qayyim menjelaskan bahawa jenis cinta kepada wanita ada tiga jenis.

1) Mencintai wanita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Contohnya, cinta seorang suami kepada isterinya. Cinta seperti ini adalah cinta yang bermanfaat, kerana akan mendorong orang tersebut melaksanakan syariat Allah, iaitu perkahwinan. Dengan perkahwinan, seseorang dapat menahan mata dan hati dari melihat yang lain, yang tidak seharusnya untuk dilihat.

2) Cinta yang dapat mendatangkan murka Allah dan dapat menjauhkan dari rahmatNya. Orang yang memiliki cinta jenis ini adalah para pencinta yang hingga melanggar garis-garis yang telah ditetapkan oleh Allah. Salah satu bentuk yang paling parah adalah dengan terjerumusnya seseorang kepada zina yang telah diharamkan oleh Allah. Berkenaan dengan cinta jenis ini.

Rasulullah pernah mengingatkan,

"Barangsiapa yang bercinta lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudiaan dia mati, maka ia mati syahid"

3) Ketiga adalah cinta yang mubah. Cinta ini terjadi kerana tidak ada unsur kesengajaan, sebagaimana mencintai bayangan seorang wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik. Tanpa sengaja dia melihatwanita itu lalu jatuh cinta. Cintanya itu sampai menyebabkan dia berbuat maksiat. Bila hasrat cintanya sudah menggebu, sebaiknya dia melanjutkannya dengan perkahwinan. Andai belum mampu, sebaiknya dia berusaha untuk melupakan wanita itu dan senantiaa menyibukkan diri untuk melakukan hal-hal yang lebih bermanfaat. Dia harus merahsiakan cintanya, menahan diri dan tetap bersabar. Bahkan Rasulullah S.A.W memberikan peringatan untuk berpuasa. Jika dapat melakukannya, maka Allah akan memberikan keteguhan dengan kesabaran. Ini sebagai ganjaran kerana usahanya dalam menahan diri dari perbuatan yang diharamkan, menolak ajakan hawa nafsu dan lebih mengutamakan redha Allah. 

(cREDIT tO bURHAN sODIQ = YA ALLAH, AKU JATUH CINTA)

Maratibul-Mahabah) Peringkat Cinta




      Assalamualaikum wrh. Kali ini ana nak kongsikan pembacaan ana dalam satu buku yang berjudul (Ya Allah' Aku Jatuh Cinta karya Burhan Sodiq) yang menerangkan tentang peringkat cinta. Menurut Ibnul Qayyim, seorang ulama pada abad ke-7, terdapat enam peringkat cinta (maratibul-mahabah) iaitu.

1) Peringkat pertama dan yang paling tinggi adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata.

       Allah yang paling utama. Tidak ada tandingan dan bandingan. Allah yang pertama dan selalu akan menjadi yang pertama. KedudukanNya tidak boleh diluncurkan menjadi nombor dua atau tiga. Cinta kita kepadaNya harus menjadi uncak dari segala cinta yang kita miliki. Jadi ungkapan-ungkapan seperti : "Kau selalu dihatiku, bersemi di dalam kalbu" atau " Kusebutkan namamu di setiap detik jantungku,""Cintaku hanya untukmu," selayaknya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat dan kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Sayangnya terkadang kita lupa dengan cinta ini. Bahkan kita mendahulukan cinta manusia daripada cinta pada Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat.

Allah berfirman "Bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya. (Al Baqarah: 165)

      Apabila cinta jenis ini tersalah sasarannya, maka akibatnya amat buruk. Adalah sebuah kesalahan besar bila kita menyebut, " Aku tidak boleh hidup tanpamu, hidup dan matiku untukmu," tapi ditujukan untuk kekasih, suami, isteri atau bahkan negara kita. Cinta kita tertinggi hanya untuk Allah dan bukan yang lain.

2) Peringkat kedua 'Isyk

      'Isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah S.A.W. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya dan lain-lain. Namun bukan untuk menghambakan diri padanya. Kita mencintai Rasulullah dengan segenap konsekuensinya. Kita dengan bangga melaksanakan sunnah-sunnahnya dan mengikuti petunjuknya dalam mengamalkan agama ini. Kita juga akan mencintai kehidupannya yang luhur dan penuh amal soleh. Kita rindu untuk berjumpa dengannya kerana kemuliaan yang ada pada diri baginda. Namun kecintaan kita bukanlah menuntut sebuah penghambaan. Kecintaan menuntut sebuah amal yang meneladani akhlaknya. Cinta kita kepada Rasulullah mendorong diri untuk membela agama ini dengan kekuatan yang kita miliki. Demikian juga membela sunnahnya bila sunnahnya diinjak-injak oleh orang lain.

Ali Imran:31 ( "Katakanlah jika kalian cinta kepada Allah, maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian.")

3) Peringkat ketiga Syauq

      Syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin yang lainnya. Antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak, yang meluahkan rasa mawaddah wa rahmah. Seorang suami harus mencintai isterinya dengan sepenuh hati. Demikian pula si isteri harus memberi cintanya kepada suaminya. Cinta yang mekar pada diri mereka akan menambah ketenteraman hati dan ketenangan jiwa. Hidup akan menjadi lengkap kerana saling mengerti dan memahami. Apabila terjadi konflik atau perbezaan pendapat, akan mudah diselesaikan kerana aspek cinta mereka yang begitu besar. Kadang kala boleh saja emosi meninggi namun dia akan menjadi surut ketika cinta menjadi pertimbangan utama. Seorang ayah yang begitu memberi perhatian kepada anaknya, mencurahkan cinta kepada buah hatinya. Dia menyayanginya dan rela bekerja siang dan malam untuk anak-anaknya. Selain kerana ibadah kepadaNya, dia melakukannya juga kerana cinta.

4) Peringkat keempat Shababah

      Shababah iaitu cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah. Cinta ini menuntut sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan dan melihatnya sebagai sebuah hikmah yang berharga. Seperti kita ketahui bahawa saat ini sedikit sedikit sahaja perbezaan seringkali menimbulkan perpecahan. Misalnya berbeza takbiratul ihram, berbeza gerakan solat, berbeza hari Aidiladha dan Aidilfitri kadang tidak ditangani secara dewasa. lantas masalah pun muncul dan terbinalah ruang pemisah yang teramat jelas antara pengikutnya. Belum lagi kalau kita lihat betapa banyaknya kelompok harakah Islamiah yang muncul. Bila cinta ini ada, In sya Allah segala perbezaan dapat diubah menjadi kekuatan bagi ummat. Tidak semua perbezaan harus dipaksa sama, tapi terkadang hanya memerlukan sedikit pengertian saja. Cinta ini harus muncul sebagai sebentuk usaha untuk mencipta ketenangan hubungan dalam tubuh ummat Islam.

5) Peringkat kelima 'Ithf

      'Ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, termasuk juga di dalamnya adalah berdakwah. rasa ini seringkali muncul bila isi kemanusiaan kita tersentuh. Di saat melihat seorang anak kecil yang merintih memerlukan bantuan, tinggal disebuah gubuk dengan wajah penuh penderitaan, atau saat melihat korban musibah alam bergelimpangan, tentu saja mengetuk rasa keprihatinan kita yang paling dalam. Sudut kemanusiaan kita menjadi tersentuh dan ingin menitiskan air mata. Hati kita tidak tega melihat sebuah penderitaan yang tak kunjung berakhir. Inilah bentuk simpati yang muncul dari hati yang paling dalam.

6) Peringkat keenam adalah cinta yang paling rendah dan sederhana iaitu cinta atau keinginan kepada selain manusia : harta benda. namun keinginan ini sebatas intifa' (pemanfaatan). Cinta jenis ini pula seringkali menggelincirkan manuia. Ini kerana sifat harta memang selalu melalaikan. namun bila kita bijak, banyaknya harta benda tidak seharusnya menjadikan kita terlena. Sebaliknya ia menjadi saranan atau alat untuk meraih cinta yang sebenarnya iaitu cinta pada Allah Ta'ala.

Thursday, 21 February 2013

Ya ALLAH Jagakan Dia Untukku 2



Zinnirah  : Ummi dengan abah tunggu kat sini dulu dengan adik-adik. Irah masuk untuk pendaftaran dulu
                sementara pelajar tak ramai ni.

Ummi     : Ye lah Irah. Pergilah. Kami tunggu kat sini.

       Zinnirah berjalan memasuki dewan pendaftaran bagi pelajar-pelajar untuk semester baru. Dia berbaris menunggu gilirannya tiba. Sesekali dia memandang sekeliling melihat keriuhan dan telatah-telatah pelajar yang ingin mendaftarkan diri untuk semester ini. Tiba-tiba ada seseorang yang menegur Zinnirah dari belakang.

Aini       : Assalamualaikum cik adik.

Zinnirah : Waalaikumussalam. Eh. Aini. Sihat ke? Lama tak jumpa.

Aini       : Alhamdulillah. AinI sihat. Baru nak daftar ke?

Zinnirah : Ye. Baru nak daftar. Aini dah daftar ke?

Aini       : Dah. harap kita dapat bilik sekali. AinI tunggu kat luar ye.

Zinnirah : In sya ALLAH. Okay. (Tersenyum)

       Zinnirah memerhatikan langkah Aini yang sedang berjalan keluar dari dewan. Dia tersenyum melihat telatah teman baiknya itu. Temannya itu tetap ceria dan sentiasa tersenyum. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya tibalah giliran Zinnirah. Dia lantas mendaftarkan dirinya tanpa membuang masa.

*********


Aini       : Irah dah siap? Macammana? Irah dapat mahallah mana? Bilik nombor berapa?

Zinnirah : AinI ni. banyak pula soalan dia. Irah dapat mahallah Zulaikha. Bilik no A-2-1.

Aini       : Alhamdulillah. Kita sama. (Aini memeluk Zinnirah)

Zinnirah : Alhamdulillah. (Tersenyum). Jom Irah kenalkan AinI dengan keluarga Irah. Mereka ada kat sana
               tu.

Aini       : Nak nak. Jom. (Ketawa)

       Mereka berjalan beriringan menuju ke arah keluarga Irah yang sedang berteduh dibawah pokok.

Ummi     : Dah daftar Irah?

Zinnirah  : Alhamdulillah. Dah ummi. Ummi, abah. Ni Irah kenalkan kawan baik Irah, Aini.

       Aini menghampiri ummi Zinnirah untuk bersalam dengannya.

Aini        : Apa khabar ummi?

Ummi     : Alhamdulillah. Ummi sihat.

Abah     : Kalau semua dah siap, jomla kita kita bergerak. Bawa semua barang pergi ke bilik kamu
               Irah. Abah takut nanti lewat pula perjalanan kami untuk pulang ke kampung nanti.

Zinnirah  : Baiklah abah.

Aini        : Kalau begitu, saya minta diri dulu ye. Jumpa kat bilik nanti ye Irah. Assalamualaikum.

       "Waalaikumussalam" serentak mereka menjawab salam daripada Aini. Kemudian mereka sekeluarga berlalu menuju ke tempat letak kereta.

******************************

Ummi     : Bilik ni untuk dua orang sahaja? Bagusla. kamu sebilik dengan orang yang kamu telah kenal.

Zinnirah  : Alhamdulillah ummi.

Abah      : Barang-barang kamu semua dah dibawa naik.

Zinnirah  : Alhamdulillah. Terima kasih abah.
             
*******************************
Ummi     : Jaga diri ye Irah. Belajar rajin-rajin. Doa ummi dan abah sentiasa bersama Irah.

Zinnirah  : In sya ALLAH ummi. Irah akan berusaha. (memeluk umminya dalam tangisan)

Abah     : Dah la tu. irah. Ni duit belanja kamu. Belajar rajin-rajin ye nak.

Zinnirah  : In sya ALLAH. Terima kasih abah.

       Zinnirah bersalam dengan kedua orang tuanya dan mencium pipi insan yang dikasihinya itu. Walaupun dia telah biasa berjauhan dari kedua orang tuanya, namun sebak di kala waktu perpisahan menjelma tetap terasa.

Abah     : Baiklah Irah. Kami balik dulu ye. Assalamualaikum.

Zinnirah : Hati-hati abah. Waalaikumussalam.

       Zinnirah memerhatikan kepergian keluarganya dengan penuh perasaan sebak. Namun dia redha kerana dia di sini untuk berjihad dijalanNYA. Berjihad untuk menuntut ilmu.

#Esoknya#

Aini       : Irah buat apa tu?

Zinnirah : Irah tengah tengok jadual untuk kelas esok. Kelas esok sampai petang.

Aini       : Aini pun. Tapi esok mesti setiap kelas cuma separuh masa je. Esok kan hari pertama. Mesti
               esok kelas untuk sesi taaruf je.

Zinnirah : Betul tu Aini.

Aini       : Jom kita turun cafe. Aini lapar.

Zinnirah : Sekejap ye. Irah bersiap dulu.

Aini       : Baiklah.

#Di cafe#

Aini       : Irah tak nak makan ke?

Zinnirah : Irah masih kenyang lagi makan tengah hari tadi. Aini je la yang makan.

Aini       : Betul ke ni Irah?

Zinnirah : Betul sayang.

Aini      : Baiklah. Irah ambil makanan dulu ye.

       Zinnirah menganggukkan kepalanya. Setelah itu Aini berlalu menuju ke tempat lauk-pauk yang terhidang. Sementara itu, Zinnirah memerhatikan sekeliling. Dia tersenyum apabila seorang perempuan datang menghampirinya.

Amrah   : Assalamualaikum Irah.

Zinnirah : Waalaikumussalam Amrah. Makin berisi ye sekarang.

Amrah   : Ye ke. Alamak. Amrah kena diet ni. (Tergelak)

Zinnirah : Amrah sihat?

Amrah    : Alhamdulillah. Sihat. Irah seorang je?

Zinnirah  : Tak la. Irah dengan Aini. Dia tengah beli makanan tu.

Amrah    : Kita masih sekelas kan Irah?

Zinnirah  : Ye. Sekelas. Amrah ada meseg Irah semalam bagitahu Amrah kelas berapa kan. Maaf Irah
               tak dapat balas. lupa nak top up.

Amrah    : Amrah dah agak. Tak apa. Seronoknya. Kita sekelas lagi.

Zinnirah  : Amrah tak nak makan ke?

Amrah    : Nak nak. Lupa pula tujuan asal ke sini lepas jumpa Irah. Amrah pergi dulu ye.

Zinnirah  : Tak makan kat sini?

Amrah   : Tak. Amrah nak bungkus. Sampaikan salam Assalamualaikum Amrah kat Aini ye.
               Assalamualaikum Irah.

Zinnirah  : In sya ALLAH. Waalaikumussalam.

       Seketika kemudian, Aini menghampiri Zinnirah. Dia meletakkan makanan dan minuman yang telah dibelinya.

Aini       : Maaf lambat Irah. Ramai sangat orang.

Zinnirah : Tak pe. Tadi Irah jumpa Amrah. Dia kirim salam Assalamualaikum kat Aini.

Aini       : Ye ke. Waalaikumussalam.

#Esoknya di kelas#

      Zinnirah mengambil tempat dibahagian belakang. Sementara menunggu semua pelajar masuk dan menunggu kedatangan pensyarah, Zinnirah berbual dengan rakan sekelasnya. Tiba-tiba kedengaran seorang lelaki memberi salam dan masuk dari pintu hadapan. Lelaki itu duduk di bahagian hadapan. Alangkah terkejutnya Zinnirah apabila terpandangkan lelaki itu. Lantas dia beristigfar dalam hati

"Astagfirullahalzim. Kenapa dia hadir lagi dalam hidupku ini Ya Allah. Apakah makna semua ni? Di saat hamba ingin melupakan dia, kenapa semakin dekat dia hadir? Ya Allah. Bantulah hamba. Tabahkanlah hati ini. Sesungguhnya hamba mengerti. Engkau sedang mengaturkan sesuatu yang terbaik buat hamba".

       Seketika kemudiaan, seorang pensyarah lelaki memasuki kelas mereka. Pensyarah itu memperkenalkan dirinya. Namanya Muhammad Iqbal. Setelah itu, dia mengarahkan kami untuk memperkenalkan diri kami masing-masing. Apabila sampai giliran lelaki itu memperkenalkan dirinya, hati Zinnirah berdegup kencang.

Fadhli      : Assalamualaikum wrh. Nama saya Muhd Fadhli. Kawan-kawan semua boleh panggil saya
                 Fadhli. Saya berasal daripada Kelantan.

      Setelah selesai sesi taaruf, pensyarah itu menerangkan serba sedikit tentang apa yang akan mereka pelajari dalam kelas ini nanti.

*************************

      Zinnirah berjalan pulang ke biliknya bersendirian. Hatinya masih lagi resah memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Dia tidak berhenti beristigfar dalam hati supaya Allah memberikan ketenangan buat hatinya. Setelah sampi di biliknya, kelihatan Aini telah menunggu kepulangan Zinnirah.

Aini       : Irah. Baru sampai?

       Namun Zinnirah hanya mendiamkan dirinya. Tiada jawapan yang diberikan kepada Aini.

Aini       : Irah kenapa ni? Irah okay ke tak?

Zinnirah : Eh Aini. Irah okay. Dah lama Aini balik?

Aini        : Lama la jugak. Aini ke mana sekarang baru balik? Dah la muka nampak runsing sangat.

Zinnirah  : Irah jumpa kawan kejap tadi. Irah okay je.

      Aini hanya memerhatikan sahaja gelagat sahabatnya itu. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang telah berlaku. Namun dia tidak mahu bertanyakan tentang itu.

Malam itu

     Seperti kebiasannya, Zinnirah bangun dari lenanya untuk beribadat kepada kekasih hatinya Allah SWT. Zinnirah membersihkan dirinya dan mengambil wudhu'. Setelah itu, dia membentangkan sejadahnya dan bersedia untuk menunaikan qiammullail. Dia memulakannya dengan solat tahajjud. Dia berdoa dalam sunyi.

Ya Allah. Jagalah hati hamba ini Ya Allah. Jangan biarkan hati ini lalai dari mengingatiMu. Bantulah hamba untuk tabah menghadapi semua ini. Sunnguh hamba tidak menyangka semua ini akan berlaku. Di saat hamba ingin melupakannya, semakin dekat dia dengan hamba. Hamba tidak mampu untuk berhadapan dengannya. Hati hamba lemah. Maka berikanlah kekuatan buat hati ini Ya Allah. Jangan biarkan lemah kerana seorang lelaki. Andainya rasa yang ada dalam hati hamba ini benar, alirkan rasa itu dalam keindahan kasih sayangMu. Andainya rasa ini hanya dusta, bawalah rasa ini pergi. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri hamba. 

      Berlinangan airmata Zinnirah di saat dia mengaminkan doanya itu. Dia tahu. Dia tidak boleh lemah. Dia mesti kuat. Ini adalah ujian dari Allah untuknya. Ujian untuk menguji sejauhmana keinginan Zinnirah untuk mencintai Allah SWT.

*****************************


     















Tuesday, 8 January 2013

Bila Al-Quran Mula Berbicara




Waktu engkau masih kanak-kanak,
Engkau laksana kawan sejatiku.
Dengan wudhuk, aku kau sentuh.
Dalam keadaan suci aku kau pegang.
Aku kau junjung dan kau pelajari.
Aku kau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari.
Setelah selesai engkau menciumku mesra.

Sekarang engkau telah dewasa.
Nampaknya engkau sudah tidak berminat lagi padaku.
Apakah aku bahan bacaan yang tinggal sejarah?
Menurutmu aku mungkin bahan yang tidak menambah pengetahuanmu.
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.
Sekarang aku tersimpan rapi sekali.
Sehingga engkau lupa di mana aku tersimpan.
Aku sudah engkau anggap sebagai pengisi stormu.

Kadangkala aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa.
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan.
Kini aku lebih banyak beristigfar, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari. Di dalam laci aku kau kau pendamkan.

Dulu...Pagi-pagi..Surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang aku kau baca beramai-ramai bersama teman-temanmu di surau.
Sekarang...Seawal pagi, sambil minum kopi..Kau baca surat khabar dahulu.
Waktu lapang kau baca buku karangan manusia.
Sedang aku yang berisi ayat-ayat yang datang daripada ALLAH Azza Wajalla.
Engkau abaikan dan engkau lupakan.

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Bismillah)
Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja.
Di komputermu pun kau putarkan muzik kegemaranmu.
Jarang sekali engkau putarkan ayat-ayatku.
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan.
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu.

Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi.
Tidak ada kaset yang berisi ayat ALLAH di dalam keretamu.
Sepanjang perjalanan radiomu sentiasa tertuju ke stesen radio kesukaanmu.
Mengasyikkan.

Bila malam tiba, engkau tahan bersengkang mata berjam-jam di depan televisyen.
Menonton siaran televisyen.
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk.
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah.
Waktu pun cepat berlalu.
Aku semakin kusam dalam lacimu.
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama.

Seingatku, awal Ramadhan baru engkau membacaku kembali.
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz tidak semerdu dahulu.
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku.
Atau ketika kematian saudara atau taulanmu.

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba.
Engkau akan diperiksa oleh malaikat-malaikatNYA.
Apakah televisyen, radio, hiburan dan komputer dapat menolongmu?
Yang pasti ayat-ayat ALLAH yang ada padaku yang menolongmu.
Itu janji Tuhanmu. ALLAH S.W.T.

Sekarang engkau begitu leka membuang waktumu.
Setiap saat yang berlalu dan akhirnya.
Kubur yang setia menunggumu.
Engkau pasti kembali.
kempali kepada Tuhanmu.

Jika engkau selalu membaca dan menghayati aku.
Di kuburmu nanti aku datang sebagai seorang pemuda gagah dan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri.
Dalam perjalanan ke akhirat.

Sunday, 23 December 2012

Sebuah Cerita Secalit Rasa (Akhir)

     


     Ujian yang pertama untuk Zahira adalah dengan kehadiran Farid kembali. Farid menghantar SMS kepadanya. Zahira membalas SMS itu dengan memberitahu bahawa dia tidak dapat berhubung dengan Farid lagi. Farid tidak dapat menerima keputusan itu. Namun Zahira tetap dengan keputusannya. Alhamdulillah. Dia dapat bertahan dengan ujian yang pertama itu.

       Setelah itu, ujian yang kedua pula hadir dalam hidupnya. Kehadiran semula Haiqal dalam hidupnya. Zahira tewas dengan ujian itu kerana kasihnya pada Haiqal. Mereka berhubung seperti biasa. Suatu hari, Haiqal meminta gambar Zahira kerana dia terlalui ingin mengenali Zahira. Zahira takut untuk menghantarnya kerana bimbang Haiqal tidak mahu berteman dengannya lagi selepas itu. Namun akhirnya Zahira memberikan jua gambarnya kepada Haiqal. Haiqal la lelaki pertama dan terakhir yang menerima gambar Zahira. Beberapa hari kemudian, Haiqal tidak menghantar SMS lagi kepada Zahira. Zahira menghantarkan SMS kepada Haiqal, namun tiada jawapan yang diterimanya. Zahira berasa sangat dengan keadaan itu. Dia sangat menyesali apa yang telah dilakukannya. Dia tewas dengan nafsunya. Sekali lagi Zahira menangis memohon ampun dari ALLAH. Dia sentiasa menunaikan Qiam. Membaca Al-Quran untuk mendekatkan dirinya pada ALLAH. Untuk mencintai kekasihnya Yang Abadi itu. Alhamdulillah. Zahira berasa sangat tenang. Hatinya berasa begitu dekat ALLAH. Dia meluahkan semuanya kepada ILAHI. Menceritakan kesilapannya yang lalu.

        Sekali lagi Zahira diuji dengan kehadiran lelaki dalam hidupnya. Seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Menghulurkan salam perkenalan dengan menghantarkan SMS kepadanya. Zahira berasa berdepan. Namun Zahira membalas SMS itu bertanyakan siapa lelaki itu dan dri mana lelaki itu mendapatkan nombornya. Lelaki itu memberitahu bahawa namanya ialah Hafi dan Zahira memang tidak mengenalinya dan dia juga tidak mengenali Zahira. Dia memberitahu Zahira menganggapnya adalah aturan dari ALLAH. Zahira tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Lelaki itu. Dia tetap ingin mengetahui dari mana lelaki itu mendapatkan nombor telefonnya. Lelaki itu memberitahu bahawa dia pernah terbaca blog Zahira. Dari situ, dia cuba mendapatkan maklumat tentang Zahira. Dia memberitahu bahawa dia merupakan lulusan dari sebuah universiti di luar negara dan sepanjang disana, dia belajar tentang ilmu untuk mendapatkan maklumat daripada komputer. jadi tidak susah baginya untuk mendapatkan nombor Zahira. Dia meminta maaf kerana menceroboh hak peribadi Zahira. Tidak lama kemudian, Zahira menghantar SMS kepada Hafiz memberitahu bahawa dia tidak mampu untuk membalas salam perkenalan dari Hafiz. Dia menganggap kehadiran Hafiz adalah ujian daripada ALLAH untuknya.. Hafiz tidak membalas SMS itu dan hanya mendiamkan diri. Sungguhpun begitu, Zahira tetap tidak tenang. Hatinya meronta untuk mengetahui siapa lelaki itu sebenarnya. Keadaan itu menyebabkan Zahira lalai seketika. Dia tidak dapat bangun untuk menunaikan Qiam seperti yang menjadi kebiasaanya. Zahira berasa sedih dengan keadaan itu. Dia memohon ampun. Berdoa semoga ALLAH memberikan ketabahan buat hatinya. Alhamdulillah. Dia merasa tenang selepas itu. Dia tidak lagi memikirkan dan menagih cinta daripada manusia. Baginya, yang paling penting adalah untuk dia mencintai ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W.

        Daripada kisah Zahira, dapat kita simpulkan bahawa untuk menjaga hati adalah satu perkara yang terlalu sukar. Sentiasalah berusaha untuk melawan nafsu dihati kita. Kita terlalu sibuk mencari cinta daripada manusia. Menagih cinta daripada manusia. Tapi kita selalu lupa untuk mencari cinta ILAHI. Kita mengaku mencintai ALLAH dan Rasulullah. tapi semua tu hanya kata dibibir. Kita tak pernah buktikan cinta itu. Kita manusia yang bersifat lalai dan lemah. Sebab tu ALLAH Maha Pengampun. Dia sentiasa menunggu kita. Menunggu kita menagis keranaNYA. Semoga kita semua mampu untuk menghadapi ujian daripada ALLAH untuk kita. Ujian itu adalah tanda cintanya Dia pada kita. Dia rindu nak dengar suara kita. Sebab itu dia menghadirkan ujian untuk kita. Ingatlah bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengalirkan airmata untuk kita. Baginda tak kenal kita. Tapi baginda mampu untuk menangis kerana merindui kita. Teringat satu ayat yang pernah ana baca APA ERTINYA CINTA KEPADA MANUSIA JIKA CINTA DAN RINDU RASULULLAH S.A.W TIDAK PERNAH KITA BALAS. marilah sama-sama kita berusaha untuk mencinta ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W. In sya ALLAH ketenangan akan hadir dalam hidup kita. serahkan semuanya pada ALLAH kerana Dia tahu apa yang terbaik buat diri kita.

(maaf andai ana melakukan kesilapan. Tegurlah agar ana dapat membaiki segala kelemahan itu. in sya ALLAH)

Sebuah Cerita Secalit Rasa 2

       Assalamualaikum wrh. Untuk post kali ni, ana nak sambung tentang kisah Zahira yang pernah diceritakan pada post sebelum ini. Tentang Zahira yang berkenalan dengan ramai lelaki. Kerana baginya, hubungan dengan lelaki itu diizinkan selagi tidak membicarakan tentang perasaan.

       Zahira berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Farid. Farid merupakan seorang pelajar disebuah pondok. Perkenalan mereka bermula apabila Farid tersilap menghantar SMS padanya. Farid banyak bercerita tentang agama padanya. Farid juga pernah meminta Zahira untuk menjadi teman istimewa dalam hidupnya. Namun Zahira tetap dengan pendiriannya. Dia berteman biasa dengan Farid. Namun mereka sering berbicara tentang perkara yang berkaitan hati. Tentang cinta. Tentang rindu. Mereka seringkali berbual melalui telefon. Farid meminta Zahira untuk menghantarkan gambar Zahira kepadanya. Zahira tetap menolak dengan alasan dia tidak pernah memberikan gambarnya kepada lelaki. Mereka berhubung seperti biasa. Namun tidak lama kemudian, Farid pergi menyepi.

      Suatu hari, seperti biasanya Zahira berfacebook. Zahira menyertai satu group yang cukup popular dalam laman sosial itu. Ruang yang membicarakan tentang agama. Zahira mengepos sesuatu dilaman itu tentang agama. Tidak lama selepas itu, seorang lelaki memberikan komen pada statusnya. Setelah itu, lelaki itu meminta untuk menjadi teman Zahira di facebook. Zahira menerimanya. Bermulalah perkenalan mereka. Walaupun baru sahaja berkenalan, hubungan mereka sangat rapat walaupun tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Zahira selesa berteman dengan Haiqal. Haiqal merupakan seorang lelaki yang sangat baik. Untuk kali pertamanya, Zahira berbual dengan Haiqal melalui telefon. Haiqal meminta nombor telefon ibubapa Zahira kerana dia memberitahu bahawa dia ingin menelefon orang tua Zahira untuk meminta izin dari mereka untuk bersahabat dengan Zahira. Zahira memberikan nombor orang tuanya kepada Haiqal. Setelah itu, Zahira memberitahu orang tuanya tentang Haikal. Ibubapanya memberitahu bahawa Haiqal telah banyak kali menelefon mereka namun tidak pernah dijawab. Zahira sentiasa berhubung dengan Haiqal. Haiqal meminta gambar Zahira. Namun Zahira tidak memberikannya. Haiqal memahaminya. Zahira menyukai Haiqal. Dia sangat gembira apabila mengetahui bahawa Haiqal juga menyukainya. Namun Zahira tetap dengan pendiriannya. Haiqal juga tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana perempuan. Mereka berteman seperti biasa. Namun tidak lama kemudiaan, Haiqal mendiam tanpa kata. Zahira pernah beberapa kali cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

       Zahira berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Ryzal. zahira menemui nombor telefon Ryzal didalam sebuah buku. Lantas Zahira menghantar SMS kepada Ryzal seperti biasa untuk berkenalan dengannya. Ryzal berumur muda setahun dari Zahira. Mereka tidak pernah berjumpa kerana tinggal berlainan negeri. Zahira menjadikan Ryzal sebagai adik angkatnya. Zahira berhubung baik dengan Ryzal. Mereka sentiasa berkongsi cerita. Ryzal pernah meminta Zahira untuk menghantarkan gambar Zahira kepadanya. Namun Zahira menolak kerana dia tidak mahu memberikan gambarnya kepada lelaki. Zahira banyak menasihati Ryzal dalam perkara yang berkaitan agama kerana Ryzal berasal dari sekolah menengah biasa. Banyak yang tidak diketahuinya. Ryzal merupakan seorang lelaki yang baik. Ryzal mempunyai seorang teman wanita. Kerana itu, Zahira banyak menasihatkan Ryzal tentang perkara yang berkaitan cinta. Suatu hari, Ryzal memberitahu Zahira bahawa hubungan cintanya dengan teman wanitanya telah terputus. Zahira memberikan nasihat kepadanya. Meminta Ryzal bersabar dan menyerahkan semuanya pada ALLAH. Namun tidak lama selepas itu, Zahira meninggalkan Ryzal.

      Suatu hari, Zahira mengar tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang sangat popular. Tazkirah yang berkaitan tentang ikhtilat antara lelaki dan perempuan. Zahira menangis mengenangkan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Dia menyesal. Dia nekad ingin berubah. Kerana itulah dia meninggalkan Ryzal. Kerana kasih dan sayang ALLAH pada hambanya, ALLAH menghadiahkan ujian untuk Zahira. Untuk menguji sejauh mana keikhlasan hati Zahira untuk kembali ke jalanNYA.

 

     

            

Saturday, 22 December 2012

Sebuah Cerita Secalit Rasa





       Assalamualaikum wrh sahabat-sahabat semua. Sudah lama rasanya ana tak update blog ana ni. Pertama sekalli, ana nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat kerana sudi singgah di blog ana yang tak seberapa ni. Ana harap, sahabat-sahabat semua mendapat manfaat daripada blog ana ni. Kali ni ana nak cerita lagi pasal topik hangat yang sering menjadi bualan masa kini. topik apa lagi kalau bukan topik CINTA.   Ramai yang suka dengan topik ni. Apa maksud CINTA sebenarnya? Apa itu CINTA? Setiap manusia mempunyai pentafsiran yang berbeza tentang maksud CINTA. Tapi ana yakin, ada persamaan dalam pentafsiran makna CINTA itu iaitu rasa kasih sayang. CINTA adalah rasa yang ALLAH anugerahkan dalam  diri  setiap manusia. Tipulah kalau seseorang itu mengatakan tiada cinta dalam hati dia. Di sini, ana ceritakan satu kisah. Harap sahabat-sahabat semua dapat ambil iktibar daripada cerita ini.

       Zahira, merupakan seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kampung. Zahira merupakan seorang yang sentiasa menjaga auratnya. Dia sentiasa memastikan auratnya ditutup dengan sempurna. Sungguhpun Zahira dapat menjaga auratnya sedemikian rupa, namun dia tidak mampu menjaga hatinya. Ya. Sungguh sulit untuk menjaga perkara yang berkaitan hati. zahira diuji dengan kehadiran ramai lelaki dalam hidupnya. Ada yang dikenalinya, dan ada yang merupakan kenalan SMSnya sahaja.Ada yang dia sering bertemu dan ada yang tidak pernah ditemuinya.. Kehadiran lelaki-lelaki itu membuatkan Zahira hanyut dalam dunianya sendiri. Amir, merupakan salah seorang rakan kenalan Zahira di telefon. Amir belajar disekolah yang sama. Amir merupakan seorang lelaki yang sangat kacak dan menjadi idaman ramai pelajar disekolah itu. Amir berumur setahun lebih tua dari Zahira. Disebabkan terlalu ingin berkenalan dengan Amir, Zahira meminta bantuan rakannya untuk mendapatkan nombor telefon Amir. Akhirnya, Zahira berjaya mendapatkannya. Dia menghantar SMS kepada Amir untuk menghulurkan salam perkenalan. Amir menyambut huluran perkenalan itu. Mereka sentiasa berhubung melalui SMS. Bercerita tentang banyak perkara. Suatu hari, Amir meminta Zahira untuk menjadi teman istimewanya. Hati Zahira melonjak untuk menerimanya. Namun dia berpegang pada prinsip hidupnya yang dia tidak akan pernah bercinta kecuali selepas berkahwin. Lantas dia menolak Amir dengan memberikan nasihat kepada Amir bahawa cinta sebelum nikah itu tidak ada dalam Islam. Dan mereka tetap berhubung seperti biasa sebagai teman. Setiap kali pulang daripada melancong, Zahira tidak lupa untuk membelikan sesuatu buat Amir. Namun dia tidak memberikannya kepada Amir. Dia hanya menyimpan semua itu. Dia menyukai Amir kerana rupa Amir yang kacak. Setelah sekian lama, Amir meminta untuk berjumpa dengan Zahira. Dia ingin mengetahui siapa Zahira sebenarnya. Akhirnya Zahira bersetuju. Namun mereka hanya berpandangan.Sejak dari hari itu, mereka akan tersenyum papabila berjumpa antara satu sama lain. Zahira pernah meminjamkan novel kepada Amir.  Salah seorang guru disekolah itu menjadi perantaraan antara mereka. Guru itu adalah ibu kepada Zahira. Tidak disangka pula, ayah kepada Amir merupakan teman sekelas ibu Zahira sewaktu sekolah dahulu. Zahira juga pernah memberikan hadiah untuk Amir. Namun tidak beberapa lama kemudian, Amir pergi menyepi dari hidup Zahira tanpa sebarang kata. Keadaan itu membuatkan Zahira sedih. Setelah sekian lama, Zahira membuang semua perkara yang berkaitan dengan Amir. Dia tidak mahu lagi mengingati Amir. Baginya, Amir hanya ingin mempermainkan dirinya. Amir tidak akan pernah menyukai perempuan yang tidak cantik sepertinya. Kenangan bersama Amir berlalu begitu sahaja.

       Setakat ini dulu ana ceritakan kisah ni. Post yang akan datang nanti, ana akan sambung lagi tentang perjalanan hidup Zahira yang sentiasa berperang dengan nafsu hatinya. In sya ALLAH. Natikan sambungannya ye.
     

     

       

Monday, 22 October 2012

"Ya ALLAH. Jagakan Dia Untukku"

 


    "Balik pakai bedak banyak-banyak sikit wei. Tak nampak aku nak tengok kau. Gelap sangat".

     Zinnirah menangis terkenangkan kembali masa silamnya dahulu. Waktu dimana dia sering dihina kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Namun dia tidak pernah membalas hinaan itu. Dia hanya mendiamkan diri dan tetap cuba untuk tersenyum dengan hinaan itu walaupun hakikatnya hatinya sedikit terluka. Bila dia bersendirian, hatinya menangis jua. bukan kerana dia tidak mensyukuri apa yang telah ALLAH S.W.T berikan padanya. Dia tidak mampu menahan sebak didadanya. Dia memohon pada Ilahi untuk memberikan ketabahan kepada hatinya. Memohon semoga ALLAH mengampuni dosa mereka yang menghinanya. 

Aini        : Kenapa ni Irah? Kenapa Irah nangis?
Zinnirah  : Tak de ape la Aini. Betul. (Aini menyeka airmatanya)
Aini        : Kalau tak de ape-ape, kenapa Irah nangis?
Zinnirah  : Betul tak de ape. Tidurla.
Aini        : Irah dodoikan Aini dengan zikir. Suka dengar Irah zikir. Merdu sangat.
Zinnirah  : Manja betul budak ni. Okay. Jom tidur.
Aini        : Jangan lupa kejutkan Aini untuk qiam nanti ye.
Zinnirah  : insyaALLAH.

      Zinnirah adalah seorang pelajar disebuah universiti yang terkenal di ibu kota. Walaupun dia tidak memiliki paras rupa yang cantik seperti perempuan lain, namun dia mempunyai akhlak yang sangat baik. Sentiasa ingin menjadi sahabat yang baik untuk sahabatnya. Dia sanggup mengorbankan apa sahaja untuk melihat senyuman diwajah temannya. 

Aini       : Kelas sampai pukul berapa hari ni Irah?
Zinnirah : Pukul 6 petang.
Aini       : Lewatnya. Dah makan belum ni?
Zinnirah : Dah. Irah pergi dulu ye. Assalamualaikum.
Aini       : Waalaikumussalam. Jaga diri ye.


Malam itu.....

Aini       : Awal Irah tidur malam ni?
Zinnirah : Irah letih sikit hari ni. Irah tidur dulu ye.
Aini       : Tidurlah. Tapi jangan lupa kejutkan Aini nanti ye.
Zinnirah : InsyaALLAH. Selamat malam. Assalamualaikum.
Aini       : Waalaikumussalam.

      Zinnirah terjaga dari tidurnay apabila jam menunjukkan tepat pukul 4.00 pagi. Dia bangun untuk membersihkan dirinya dan berqiamullail.

Zinnirah : Aini. Bangun. Dah pukul 4.30 pagi ni.
Aini       : Dah 4.30 pagi ke?
Zinnirah : Ye sayang. Jomla. Kita qiam.
Aini       : Irah qiam dulu ye. Nanti Aini ikut.
Zinnirah : Okay. Jangan tidur pulak ye.

      Setelah itu Zinnirah menunaikan solat sunat Tahajjud. Dia berdoa kepada Ilahi agar sentiasa menjaga hatinya untuk kekal dijalan ALLAH S.W.T. Memohan pada Ilahi agar dirinya didekatkan dengan cinta Ilahi. Memohon andai suatu saat nanti wujudnya rasa cinta kepada manusia dalam hatinya, biarlah rasa itu lahir kerana ALLAH. Dengan itu, dia tidak akan kecewa dengan cinta dunia. InsyaALLAH. Setelah itu, zinnirah meneruskan lagi dengan menunaikan solat sunat taubat, hajat dan witir.

####################################

Amrah   : Irah. Jom pergi jumpa madam Hayati. Amrah ada benda nak tanya madam. Tapi kalau Irah nak
               balik dulu takpela.
Zinnirah : Takpe la Amrah. Irah temankan.
Amrah   : Terima kasih Irah.
Zinnirah : Sama-sama.

      Sewaktu dalam perjalanan, Zinnirah terpandang pada seorang lelaki. Hatinya tiba-tiba terasa berdebar. " MasyaALLAH. Indahnya dia", detiknya dalam hati. Zinnirah cepat-cepat tersedar dari lamunannya dan beristigfar memohon ampun. 

**********************************

      Malam itu, Zinnirah masih lagi terfikirkan lelaki yang ditemuinya petang tadi. Dia sendiri tidak mengetahui mengapa dia berperasaan begitu. " Ya ALLAH. Rasa apakah ini? Adakah aku telah jatuh cinta padanya Ya ALLAH? Hamba belum mengenalinya Ya ALLAH. Adakah rasa ini kerana nafsuku yang tertarik akan keindahan dirinya. Andai ianya benar, bawalah rasa ini pergi Ya ALLAH", rintih hatinya.

      Apabila jam menunjukkan pukul 4.00 pagi, seperti biasa Zinnirah bangun untuk berqiamullail. Selepas menunaikan solat sunat tahajjud, dia menangis dalam doanya.

"Ya ALLAH. Kenapa dengan hatiku ini? Adakah telah lahir rasa cinta hamba untuk dirinya? Hamba belum pernah menemuinya sebelum ini. Hamba mohon Ya ALLAH. Jagalah rasa ini Ya ALLAH. Jangan biarkan rasa ini merupakan penyebab yang menjauhkan hamba dariMU. Jagalah rasa ini Ya ALLAH. 

      Sejak dari itu, Zinnirah sering terserempak dengan lelaki yang ditemuinya tempoh hari. Zinnirah memerhatikan lelaki itu dari jauh. Dia merasakan bahawa lelaki itu merupakan seorang lelaki yang sangat baik dan soleh.

      Suatu hari, sewaktu Aini dan Zinnirah sedang berbual-bual di kafetaria, telefon bimbit Zinnirah berbunyi. Nama teman sekelasnyanya Amrah tertera diskrin telefon bimbitnya. 

Zinnirah : Assalamualaikum Amrah.
Amrah   : Waalaikumussalam. Irah. Amrah nak minta tolong.
Zinnirah : Minta tolong apa Amrah?
Amrah   : Amrah nak minta tolong Irah temankan Amrah jumpa sepupu Amrah. Amrah ada benda nak
               ambik daripada dia. Mama Amrah kirim kat dia.Dia balik kampung minggu lepas.
Zinnirah : Okay. Amrah kat mana ni?
Amrah   : Kat depan kedai photostat. Irah datang sini ye. Terima kasih banyak-banyak Irah.

     Zinnirah meminta izin daripada temannya untuk berlalu. Dia bangun dan bergegas menuju ke arah kedai photostat.

Zinnirah : Maaf Amrah. Irah lewat sikit.
Amrah   : Tak pe. Maaf kalau Amrah susahkan Irah. Amrah tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Sepupu
               Amrah tu lelaki.
Zinnirah : Tak ape. Selagi Irah boleh tolong, Irah tolong.
Amrah   : Terima kasih banyak Irah. Jom.
Zinnirah : Okay. jom.


     Mereka berjalan menuju ke tempat di mana Amrah telah berjanji untuk berjumpa dengan sepupunya.
Selepas seketika mereka menunggu, sepupu Amrah pun muncul. Alangkah terkejutnya Zinnirah bila terpandang akan lelaki itu. Ya. Lelaki itu adalah lelaki yang telah membuat hatinya berdegup kencang.

Fadhli    : Assalamualaikum Amrah. Maaf lewat sikit. Ada hal tadi.
Amrah   : Tak pe. Maaf menyusahkan.
Fadhli    : Tak menyusahkan pun. Ni barang yang Mak cik Wani kirim.
Amrah   : Owh. Terima kasih banyak. Oh ye lupa pulak. Ni kawan Amrah. Zinnirah. Amrah minta dia
             temankan Amrah untuk jumpa Fadhli.
Fadhli    : Owh. Saya Fadhli.
Zinnirah : Zinnirah. (Menundukkan kepalanya)
Fadhli   : Okay la kalau macam tu. Fadhli pergi dulu. Assalamualaikum.
Amrah & Zinnirah : Waalaikumussalam.

     Hati Zinnirah berdegup kencang. Matanya merah menahan sebak. Dia tidak menyangka lelaki itu adalah sepupu kepada temannya.

Amrah   : Kenapa ni Irah? Irah nampak macam runsing je.
Zinnirah : Tak de ape. Irah okay je.
Amrah   : Kalau macam tu tak ape la. Jom kita balik.
Zinnirah : Okay. Jom.

******************************************************************************
 
  Malam itu, sekali lagi hati Zinnirah berasa tidak tenang. Dia menangis lagi dalam doanya. "Ya ALLAH. Bawalah rasa ini pergi. Hamba tidak mahu ianya terus mekar dalam hati ini. Hamba tidak layak untuk menyintainya. Terlalu banyak kekurangan yang ada pada diri ini. Jangan biarkan hati hamba ini lalai dengan cinta dunia yang belum pasti akan akhirnya. Hamba ingin menyerahkan hati ini padaMU. Sesungguhnya hanya Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri ini".

##############################################################################

Final exam.

Aini     : Irah. Macammana exam tadi? Okay?
Zinnirah : Alhamdulillah okay. Aini?
Aini     : Alhamdulillah okay jugak.
Zinnirah : Bagusla.
Aini      : Irah terus balik ke lepas ni?
Zinnirah : InsyaALLAH. Uncle Irah dah meseg tadi bagitahu yang dia dalam perjalanan ke sini.
Aini      : Owh. Ye ke. Jom kita cepat. Nanti tak sempat pulak nak bawa barang-barang Irah turun.
Zinnirah : Jom. Terima kasih Aini.

     Aini dan Zinnirah berjalan menuju ke mahallah mereka.

     Tiga puluh minit kemudiaan, Pak cik Irah pun sampai. Aini membantu Zinnirah membawa barang-barangnya ke kereta Pak Cik Irah. Selepas itu mereka bersalaman dan berpelukan.

Aini      : Irah. Aini mesti akan rindukan Irah.
Zinnirah : Irah pun sama. Tapi tak pe. InsyaALLAH semester depan kita duduk sebilik lagi ye. Jaga diri.
Aini      : InsyaALLAH. Irah pun. Aini sayang Irah. (Menyeka airmatanya)
Zinnirah : Irah pun sayang Aini kerana ALLAH.

     Tiba-tiba Amrah menyapa dari belakang.

Amrah   : Irah. Tak bagitahu pun Irah dah nak balik.
Zinnirah : Maaf Amrah. Irah tak sempat nak bagitahu.
Amrah   : Tak apela Irah. Irah hati-hati ye. Jaga diri baik-baik.
Zinnirah : InsyaALLAH. Amrah pun sama ye. (Mereka berpelukan antara satu sama lain)

     Airmata mengiringi perpisahan tiga sahabat itu. Zinnirah berlalu pergi meninggalkan teman-temannya itu.

    Tiba-tiba Zinnirah terpandang Fadhli yang sedang berbual-bual bersama teman-temannya. Zinnirah berbicara dalam hatinya. " Semoga untuk semester seterusnya, saya tidak akan lagi menemui awak. Dengan cara itu, rasa dalam hati saya ini akan hilang. Semoga awak akan menemui seorang insan yang terbaik untuk diri awak. Yang pasti orang itu bukan saya. Maafkan saya kerana meyintai awak".